Isnin, 10 Januari 2011

Orang Tumpat, Muka Tak Malu !

Hari ni Zaki dan rakan-rakannya (gambar: Zaki baju hijau berjeket di tengah
sempat menyampaikan sumbangan banjir kepada 200 penduduk yang terlibat dengan banjir di Kampung Ana, Tok Oh dan Cherang Melintang, Tumpat.

Haprakdaily hari ini menuntut janji PM berkenaan dengan projek tebatan banjir di daerah Tumpat yang pernah disuarakan DS Najib ketika PRK Pengkalan Pasir 2005. Janji itu dilaporkan telah ditabur semasa kempen pilihanraya itu dan batu asas untuk pelaksanaan projek itu telahpun diletakkan. Namun sehingga hari ini, projek tersebut masih gagal dilaksanakan. Paling menarik, kalau-lah rakyat yang teruk meroyan tidak mengapa, ini ADUN PAS kawasan itu yang sibuk minta BN tunaikan janji di kawasan jajahan yang berada dibawah tangungjawabnya.

Menurut Haprakdaily :
Mana janji Kerajaan Persekutuan untuk membina Sistem Tebatan Banjir di Jajahan Pasir Mas ? Masih ingat janji PM semasa PRK Pengkalan Pasir?" tanya seorang rakan Facebook Mohd Zaki Ibrahim, Adun Kelaboran.

"Masa tu 2005 Najib mari letak batu asas jah....lepas tu balik Perak, tak mari-mari," jelas Zaki yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dalam facebooknya.

Macamlah orang Tumpat khususnya dan orang Kelantan amnya tidak tahu. Gula-gula pilihanraya hanya manis ketika tempohnya masih ada dan hanya akan berkekalan jika kawasan itu dimenangi BN. Namun, hakikatnya kawasan itu dimenangi PAS dan sudah pastilah segala janji yang ditaburkan akan tinggal janji kerana syarat utamanya, orang Tumpat dan Kelantan harus memilih BN dahulu sebelum dapat apa yang dijanjikan semua.

Sudahlah orang Tumpat menangkan orang PAS, sibuk pula minta BN tunaikan janji. Di mana prinsip perjuangan rakyat yang mereka ketengahkan ini? Pergilah merayu kepada orang PAS yang dimenangkan itu untuk adakan projek tebatan banjir. Malahan PAS adalah pemerintah Kerajaan Negeri yang punya banyak duit hasil balak. Amat malang jika pemimpin mereka sendiri tidak berusaha dan meminta orang lain selesaikan masalah rumah tangga mereka. Seperti seorang suami meminta orang lain bagi makan anak bininya. Padan muka bini-nya juga kerana dulu orang yang mampu ajak bernikah tak mahu, kahwin juga dengan lelaki miskin dan membebankan itu. Begitulah perumpamaannya. Bukankah ini bukti jelas PAS adalah pemerintah dayus dan menzalimi rakyat?

Ironinya, Kerajaan PAS Kelantan tidak pernah sensitif dengan masalah rakyat. Tebatan banjir sepatutnya diusahakan oleh kerajaan negeri itu sendiri. Orang Kelantan juga terbelenggu dengan masalah air yang sudah 20 tahun lamanya tidak dinaiktaraf. Berusahalah mencari duit bagi membangunkan negeri dan janganlah asyik mengemis dengan kerajaan pusat. 

Kepada orang Kelantan, buka sikit minda kamu itu dan jangan diperbodohkan dengan Isle PAS yang jelas hipokrik dan tidak menguntungkan kamu kerana sibuk nak pertahankan Isle, hidup anda diselumbungi kemunduran. Islam patut diperteguhkan dalam diri kamu itu dan jika kamu memilih BN sekalipun kamu masih boleh meneruskan usaha memperjuangan Islam. Tanpa PAS pun, Islam boleh dipertahankan. BN telah membuktikan bahawa ia adalah parti yang terus menerus menegakkan Islam di Malaysia ini.

Nota kaki : Orang Kelantan, cukuplah ditipu oleh Parti Sesat itu, pilihlah BN, kelak bukan janji yang ditabur BN juga ditunaikan, janji yang ditabur PAS pun tetap akan BN tunaikan. Percayalah!!

Wallahhualam.

Penulis,
       

6 ulasan:

irs-Hursaini berkata...

Janji pilihanraya - KALAU MENANG.

Batu asas untuk bina jambatan di Palekbang, Tumpat..pas letak tahun 1995, sampai sekarang jambatan xbuat lagi.

Walhal PAS perintah negeri Kelantan sampai sekarang?

beribesaq berkata...

Orang nberpolitik kita berpolitaik..tulah Melayu kelantan..kadang-kadang nampak macam cerdik...kadang-kadang nampak macam bodoh bangan. Faham tak apa tu kempen, apa tu janji pilihanraya, apatu menifesto pilihanray....benda-benda tu semuanya akan insya allah akan ditunaikan dai laksanakan sekiranya mendapat mandat pengundi...faham kot...tapi kalau parti yang bertanding kalah...tankanlah dia nak tunaikan janjinya...kalau dia buat nampaklah bodohnya....PAS mungkin boleh tunaikan janji-janji pilhanraya di kawasan dia kalah...alhamdulillah.....kalau boleh buat..betulkah pas dah laksanakan semua janji p/raya di kawasan yang pas kalah...buktikanlah...

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

keh..keh...keh.. ulasan dan komen tahap tadika permata.

DI MALAYSIA KITA ADA KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI. PENGAGIHAN KUASA PUSAT DAN NEGERI.LAGIPUN KALAULAH BN YANG DITERAJUI OLEH UMNO YANG BERJUANG UNTUK ORANG MELAYU. DIKELANTANLAH DIANTARA GOLONGAN MELAYU PALING RAMAI.

Tanpa Nama berkata...

awat minta kat bn. patutnya minta kat n.ajis doa tolak bah. doa air tak naik. mana syaitan kawan pas, tak mau tolong ka? n.ajis kan ada, cukup la dgn sembahyang hajat dan doa ajer, lain semuanya dunia belaka, ujian Allah.

Bentaraguru berkata...

Pemimpin Pas, Pis, Pus ni memang pandai bercakap. Dalam kempennya, bila pas memerintah, semua boleh buat.... !. Kenapa pula minta BN buat ?. Bodoh la....
Pemimpin Pas ni, boleh kerah rakyat datang jauh-jauh untuk sembahyang hajat untuk menjahnamkan muslim lain, ketua kerajaan BN pula tu ?. Semoga doa mereka itu, dikembalikan ALLAH atas batang tengkok mereka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

najib berjanji....
kalau bn menang...
masa tu orang kelantan kena fikirlah...
nak ke tak nak....
mereka pilih tak nak...dengan memberi kemenangan pada pas.
nak salahkan najib pasal apa.
pas menang..rakyat dah percaya pada janji pas...jadi kerja pas la buat.
kalau bn menang...itu tanggung jawab bn kerana rakyat mengharap dan percaya janji2 bn.
sendiri yang buat silap...nak salahkan orang lain...
nak ke kamu bekerja tapi wang gaji orang lain yang dapat.
orang kelantan sendiri yang tak sudi dengan pertolongan bn...
nak wat camna....sendiri mau ingat la....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif