Sabtu, 8 Januari 2011

Osama Peminat No. 1 Jamal Abdillah ?

Cerita dibawah tidak ada kena mengena dengan Osama bin Laden.

Peminat nombor satu penghibur tersohor tanah air Jamal Abdillah, Osama Yamani hadir menyaksikan persembahan untuk tontonan wakil media massa menjelang Konsert J2011-Lagenda yang bermula di Istana Budaya, malam tadi.

Osama Yamani, 10, yang kini belajar di Sekolah Gunung Rapat, Ipoh, Perak merupakan anak sulung Jamal Abdillah bersama bekas isteri keduanya, Noraina Yusof.

Osama yang tinggal bersama ibu tiri Jamal, Noraishah Nor sampai di sini dua jam sebelum konsert itu berlangsung.

"Kehadiran Osama menyuntik semangat kepada saya untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi menghiburkan para peminat sepan jang empat hari konsert solo ini diadakan.

"Sebenarnya Osama selalu datang menyaksikan persembahan dan konsert saya. Pembantu saya menjemputnya di Ipoh untuk sama-sama menyaksikan konsert malam ini.

"Dia duduk dengan nenek tirinya di kampung, tetapi malam ini dia datang untuk memberi semangat kepada saya," kata Jamal sambil mencium pipi anak sulungnya itu.

Selain Osama Yamani, Jamal mempunyai seorang lagi anak, Ahmad Zaki Yamani, 5, dengan bekas isteri ketiganya, Fatimatuzaha Samad yang kini menetap di Shah Alam.

Osama yang menyedari hakikat ayahnya seorang penyanyi terkenal dan mempunyai ribuan peminat setia juga meminati lagu-lagu nyanyian ayahnya.

"Lagu Azura dan Gadis Melayu adalah antara dua lagu yang paling Osama minati. Sebab itulah di saat akhir saya menukar dua buah lagu demi untuk anak saya," kata Jamal.


Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif