Jumaat, 14 Januari 2011

Pejabat First Lady Of Malaysia Di Pejabat PM Putrajaya?


Pendedahan ini sudah bergema panas di blog-blog pembangkang yang meminta DS Najib sebagai PM dan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menjelaskan kepada rakyat, apakah rasional dan fungsi Pejabat Wanita Pertama Malaysia atau First Lady Of Malaysia di Pejabat Perdana Menteri. Antara blog yang hangat membincangkan isu ini adalah ayesdotcom. Blogger itu mengutarakan persoalan yang perlu dijawab segera oleh pihak yang berkenaan agar tidak timbul syak wasangka di kalangan rakyat kepada Najib dan isterinya.

Bukti FLOM di Pejabat PM dalam web Pejabat PM.


Antara persoalan tersebut :
1. Sejak bilakah FLOM diwujudkan sebagai satu divisyen di Pejabat Perdana Menteri sehingga penjawat awam diletakkan bertugas di bawah divisyen iu. Semasa zaman Tun Mahadhir atau Tun Abdullah wujudkan divisyen itu?

2. Siapakah yang sepatutnya duduk di pejabat FLOM dan layak digelar sebagai First Lady of Malaysia? isteri PM atau isteri DYMM SPB YDP Agong iaitu Permaisuri Agong? Jika di negara Amerika, sememangnya layak Michelle Obama diangkat sebagai First Lady kerana di negara republik itu tiada sistem beraja. Cuba kita selidik web number 10 milik Pejabat Perdana Menteri Britain dimana negara itu mengamalkan sistem beraja, tidak wujudpun First Lady di sana. 

3. Apakah fungsi FLOM dan adakah divisyen itu termasuk di dalam kumpulan konseptual yang turut mempengaruhi keputusan PM?

Bagi Taming Sari, First Lady ini wujud selepas Najib memerintah sedangkan ketika di zaman Tun Abdullah dan Tun M serta perdana menteri sebelum ini tidak pernah kedengaran. Isteri-isteri PM dahulu lebih bersifat pengikut kepada PM dan berfungsi sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Isteri PM tidak pernah menonjol dan lebih menumpukan kepada aspek memberi peransang dan motivasi kepada PM untuk memerintah negara. Kenapa Rosmah Mansor perlu dilayan se-gah ini pula?

Ketika di zaman DS Najib ini, Rosmah diangkat setinggi langit. Dia pula wujud sebagai identiti lain yang tersendiri mencipta nama dengan penganjuran pelbagai program termasuk Permata dan Konvensyen Wanita-wanita pertama yang menelan belanja beratus juta ringgit wang rakyat. Perlukah Rosmah berpencak sehebat ini sambil menyaingi ketangkasan suaminya. Di bawah peruntukan mana pula Rosmah boleh mengunakan wang rakyat dan siapa pula yang endoskan perkara ini? Jika persoalan itu dijawab dengan kewujudan FLOM, ia pastinya sesuatu yang tidak adil kerana fungsi FLOM sendiri tidak diketahui dan kewujudan juga diragui. 

Bukan Taming Sari mahu membuka pekung namun ini bukan isu remeh yang boleh diketepikan dengan mudah. Sebelum ini pun Taming Sari bangkitkan banyak isu yang melibatkan Rosmah. Rakyat sentiasa berwaspada dengan dasar-dasar PM yang dilihat semakin menekan rakyat. Apa sahaja cerita panas yang melibatkan PM terutama isterinya, Rosmah, pasti akan mendapat perhatian rakyat. Kewujudan Permata dan Konvesyen Wanita Pertama sehingga kini tidak memuaskan perasaan rakyat.  Berjuta ringgit wang rakyat dilihat dibazirkan dengan program yang semata mahukan status populis. Isu-isu ini bakal menjadi bom jangka yang bakal meletup di PRU 13 nanti jika pihak terbabit terus menerus mendiamkan diri. 

DS Najib, pegawai di Pejabat Perdana Menteri, UMNO dan BN perlu segera menjelaskan perkara ini dan setidak-tidaknya meletakkan penjelasan itu di dalam web rasmi Pejabat PM fungsi sebenar FLOM di pejabat itu. 

Nota kaki : Setakad ini Taming Sari sendiri tidak nampak apa rasionalnya FLOM. Ada sesiapa boleh bantu?

Penulis,

5 ulasan:

KERIS HITAM BERSEPUH EMAS berkata...

SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN JATUHNYA SESEBUAH KERAJAAN ADA YANG DISEBABKAN ANGKARA WANITA.

aha berkata...

ada yang berkata,
" pak lah jatuh kerana menantu, najib bakal jatuh kerana isteri ". wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kelemahan najib ialah rosmah...............jd hati2lah tok jib oiiiii, syngkan bini sorang tu ker atau agama, bangsa dan negara??????????????? jwb jgn tak jwb..........rakyat dok perati..... nek mah pulak, jgn pentingkan diri, anda org pintarkan..(pandai menubuhkan permata pintar negara tu) jd ambil kiralah peranan anda yg melampau itu akn menjatuh laki anda...........

Ana berkata...

Baru-baru Rosmah membuat lawatan ke Arab Saudi berkaitan dengan pendidikan,atasa kapasiti apakah Rosmah ke sana adakah dia seoarang Menteri Pendidikan ataupun Menteri Di jabatan Perdana Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas. Ini yang menimbulkan persoalan di hati rakyat, kenapa jadi begini. Semasa di Arab Saudi banyak dibincangkan mengenai pendidikan yang sepatutnya melibatkan Kementerian Pendidika serta pegawai di Kementerian berkenaan. Projek permata negara sepatutnya di letkana di bawah Kementerian Pendidikan supaya tidak berlaku double standard yang mengelirukan. Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran caca marba. Lihat sekarang, sudah ada dua talaian kecemasan Negara, 999 dan 15999, kenapa jadi begini. Sedangkan Amerika sebuah Negara besar hanya ada satu talian sahaja. Kenapa, kerana Menteri nak glemer, menteri nak syok sendiri. Sepetutnya aia berpusat dengan satu talian satu nombor sahaja...Macam dengan Rosmah ni, dia pun nak glemer juga , nak setaraf dengan suaminya, semua pentadbiran kerajaan dia nak campur tangan macam tak percata jer.....kalau macam ni dialah superwomen dan tidak perlu lantik ramai menteri ataupun ketua jabatan.....memadailah seorang isteri PM sahaja...inilah puncanya pengundi menlak UMNO ataupun BN, orang bukan benci kat UMNO ataupun BN, tapi orang benci dengan pemimpin, kepimpinan yang banyak salah guna kuasa. Kalau macam ni laporan yang mengatakan ternd ataupun sikap pengundi mul ke arah UMNO/BN adalah amat meleset....

Tanpa Nama berkata...

Jangan undi najib general election nanti. habis cerita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif