Jumaat, 28 Januari 2011

Penguna Jalan Raya Kota Bharu-Machang Wajib Baca!


Berikut adalah email yang telah dihantar oleh Taming Sari kepada JKR bagi mengadu kesesakan teruk di jalan Kota Bharu-Machang. Seperti yang Taming Sari janjikan, pihak JKR telah menghantar respon yang baik dan memberi khabar gembira kepada penguna jalan Kota Bharu- Machang. Berikut adalah email yang dihantar melalui blog.tamingsari@gmail.com:
_________________________________________________________

-----Original Message-----

From: taming sari 
Cc: Judin Abdul Karim, Dato' Sri Prof. Ir. Dr. 
To: Jurutera Daerah Kota Bharu 
To: Shafii Mohamad 
Cc: 

Sent: 09/01/2011 8:55:46
Subject: Jalan Kota Bharu - Machang

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan,

Maaf sekiranya email saya ini menganggu tugas tuan. Saya di sini mahu memanjangkan aduan orang ramai yang merungut apabila sering berlaku kesesakan teruk lalulintas di Jalan Kota Bharu - Machang. Saya sendiri adalah penguna utama jalan tersebut kerana saya yang menetap di Ketereh, Kelantan bertugas di Machang.

Faktor utama punca kesesakan yang saya dapat lihat apabila sekian lama melalui jalan tersebut :

a. Jalan dua lorong yang tidak praktikal.
Ianya hanya dapat dirasai di Kok Lanas hingga menghampiri Pulai Condong sahaja. Namun, sikap pemandu yang tidak mahu memandu di lorong kiri walaupun perlahan menambahkan lagi kesesakan ini. Ramai yang bertindak memotong sebelah kiri kerana semua isyarat, lampu dan hon tidak diendahkan. Ada pemandu yang mengunakan lorong kiri untuk meletak kereta menyebabkan lorong
kiri tidak dapat digunakan. Selain itu, lorong kiri juga banyak lopak dan rosak.

b. Banyak lampu isyarat pejalan kaki.
Lampu isyarat pejalan kaki penyumbang kepada kesesakan adalah di hadapan SK. Ketereh dan SMK Ketereh. Dua lampu isyarat ini apabila merah (Pelajar Melintas) akan menyebabkan barisan yang panjang dan kadangkala penguna jalan raya mengambil masa yang lama untuk melepasi dua lampu isyarat ini. Sikap pemandu yang memotong barisan lebih memburukkan keadaan. Keadaan ini sungguh
membahayakan nyawa penguna jalanraya malah nyawa pelajar juga turut terancam.

Cadangan penyelesaian :

a. Jika peruntukan kerajaan terhad, saya mencadangkan agar kerajaan membina jejantas dihadapan SMK Ketereh dan SK Ketereh agar lintasan pelajar tidak menganggu lalulintas. Lampu isyarat sudah tidak praktikal di kawasan tersebut kerana bilangan kenderaan semakin hari semakin bertambah dan jalan tersebut adalah jalan utama ke ibu negeri Kota Bharu.

b. Saya juga mencadangkan agar kerajaan membina jalanraya dengan dua lorong sehala. Dengan adanya dua lorong maka memudahkan kenderaan berat dipotong tanpa membahayanya nyawa penguna jalan raya. Dengan adanya dua lorong ini, maka mobiliti ekonomi di Kota Bharu ke Machang akan lebih cepat membangun.

c. Pihak berkuasa terutama polis trafik harus sentiasa memantau lalulintas di jalan ini kerana ramai penguna jalanraya yang melakukan kesalahan ketika melalui kawasan ini antaranya mengunakan laluan kecemasan, memotong kiri, memotong di garisan berkembar, tidak memakai tali pingang keledar, memandu melebihi had laju dan memandu terlalu perlahan sehingga menyebab kesesakan.

Semoga aduan saya ini walaupun tidak menyertakan butiran pengadu diharap dapat dipanjangkan. Ini adalah suara pembayar cukai yang cukup kesal dengan pembangunan yang perlahan bagi menaiktaraf jalan Kota Bharu-Machang walaupun ia adalah jalan utama menghubung kedua-dua bandar itu. Ia demi kebaikan untuk semua bagi mengelak jalan ini terus menerus menjadi sungai berdarah yang kerap kali berlaku kemalangan maut.
--
Sekian. Terima Kasih.

Ikhlas,

*Taming Sari*


Berikut adalah respon email yang dibalas JKR :

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan

Tajuk:1/9/2011 9:42 AM Aduan mengenai kesesakan teruk lalulintas di Jalan Kota Bharu - Machang, Kelantan

Dengan hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Lanjutan maklumbalas terdahulu, adalah dimaklumkan bahawa pihak JKR Daerah Kota Bharu sedia maklum dengan permasalahan tersebut. Kerajaan telah merancang untuk membina Lebuh Raya baru Kuala Krai - Kota bharu kerana amat memahami masalah kesesakan jalan yang dibangkitkan. Masalah ini dapat diselesaikan apabila projek ini dilaksanakan nanti. Penyelesaian sementara mungkin seperti yang dicadangkan termasuk peningkatan penguatkuasaan terhadap pesalah2 Pengguna jalan raya.

Pihak tuan boleh hubungi Bahagian Jalan JKR Daerah Kota Bharu melalui talian 09 7455989 untuk maklumat lanjut.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,

Noorwahidayah binti Zaki
Juruteknik Awam
Urusetia Aduan
b/p. Ketua Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 8254 / 7609 / 7664 / 8252 / 7656
______________________________________________________________________

Taming Sari amat yakin dengan janji ini kerana sememangnya pihak kerajaan pusat jarang gagal menunaikan janji tidak seperti kerajaan PAS Kelantan yang menzalimi rakyat negeri itu.

Terima kasih JKR atas usaha ini dan terima kasih Kerajaan Pusat (BN) atas keperihatinan ini.

Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa sebenarnya Jahiliah.

"Namun, sikap pemandu yang tidak mahu memandu di lorong kiri walaupun perlahan menambahkan lagi kesesakan ini. Ramai yang bertindak memotong sebelah kiri kerana semua isyarat, lampu dan hon tidak diendahkan. Ada pemandu yang mengunakan lorong kiri untuk meletak kereta menyebabkan lorong
kiri tidak dapat digunakan. Selain itu, lorong kiri juga banyak lopak dan rosak."

Apa jenis punya kepala otak tapi tok gurunya ada hati pula kata tak undi PAS Jahiliah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TakundiPASorangjahiliah_/Article/
'Tak undi PAS orang jahiliah'

2011/01/28
LABIS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.

Beliau merujuk demikian ketika ditanya mengenai peluang PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan berkata: “Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam.

Dari segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan ‘jahala’ atau kata terbitan ‘jahlun’ bermaksud bodoh dan sesat atau jahil yang merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dulu ketika mereka masih mundur dari segi akhlak dan moral.

Tanpa Nama berkata...

Sendiri komen ke you abang? Kesian you kan?

Berapa dapat upah jadi pencacai UMNO kt alam maya ni? Ada otak fikir. Ada Quran tu kasi selak2 sikit, tadabbur sikit..

Kalau ada yang tak betul, tegur. Samada pihak kerajaan atau pembangkang. Bukankah perlunya pembangkang dalam negara? Sama juga dengan kerajaan.

Satu lagi, kalau UMNO salah , you jangan buat tutup mata abang, tapi kalau pembangkang yang pada pandangan you tersilap, you mengaum menyalak2 abang. Gunakan hikmahmu.. Be fair and square. Yang salah tetap salah.

Alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif