Jumaat, 28 Januari 2011

Pengundi Tenang, Mari Kenali Calon BN Lebih Dekat


Sekiranya anda ingin mengenali Calon BN lebih dekat, saya akan memberi sedikit Latar Belakang Calon ini. Nama sebenar beliau adalah Mohd Azahar Bin Ibrahim, Beliau berumur 39 tahun dan anak tempatan Labis sendiri. Seperti yang kita tahu calon PAS adalah bukan dari anak tempatan. Isteri beliau bernama Tuty Roshizana Tumin dan beliau mempunyai 3 anak. Saudara Mohd Azahar ini juga bersekolah di SK Sri Labis, SMK Munshi Ibhrahim dan SMK Dato Bentara di Segamat. Beliau juga anak muda Lulusan ijazah sains politik university of portsmouth, UK pada tahun 1996 dan sebelum itu mempunyai Diploma pentadbiran awam, ITM melaka pada 1993.

PENGLIBATAN POLITIK

Beliau adalah Bendahari pemuda Umno Bahagian Labis dan juga Ketua Umno cawangan Kampung Paya Merah pada 2004-2008

PENGALAMAN PENTADBIRAN

Beliau pernah memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Kluang pada tahun 1997-2000.selepas itu beliau di hantar ke segamat untuk jawatan yang sama dari tahun 2000-2006.selepas itu beliau di hantar ke Kecil Rengit untuk jawatan yang sama pada tahun 2006 sehingga kini.

PENGALAMAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN

Beliau adalah ahli jawatankuasa Yayasan Tenang pada tahun 2000 sehingga sekarang,Setiausaha Jawatankuasa penyelarasan mukim-mukim DUN RENGIT pada tahun 2000 hingga kini,Pengerusi Belia 4B Labis pada tahun 2001 sehingga 2010 dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ) Cawangan Rengit.

menurut info dari Penduduk di Labis,Beliau sanggup menghabiskan masa dengan rakyat 24 jam sehari dan kadang-kadang Beliau tidak tidur untuk membantu masyarakat di Labis.ini adalah sedikit latar belakang Beliau.

info yang terbaru saya terima juga tadi Teknik terbaru PAS,Penyokong PAS akan memakai baju Biasa dan datang ke rumah penggundi meminta IC atau Kad Pengenalan yang terdiri dari orang-orang tua.bila ditanya,penyokong PAS ini akan memberitahu mereka meminta IC kerana ingin memberi hadiah pada 31hb ini.apakah motifnya itu ??? yang terbaru orang tua sudah terkena di Paya Merah...

KEPADA YANG MEMBACA ARTIKEL INI KHUSUSNYA DARI DUN TENANG ANDA FIKIR LAH DENGAN SEDALAM-DALAMNYA YANG MANA SATU PILIHAN ANDA.SAMA ADA PARTI UNTUK MENIPU RAKYAT DENGAN MEBERI JANJI-JANJI PALSU ATAUPUN PARTI YANG SELALU MEMIKIRKAN MASA DEPAN RAKYAT DAN KESELESAAN RAKYAT


Banner Sokongan :


Copy dan paste Html code banner di atas di blog anda tanda sokongan kepada beliau :



Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif