Sabtu, 22 Januari 2011

Penyokong Ramai, Pengundi Belum Tentu !


Puluhan ribu di Tenang mengiringi calon PAS, cikgu Mala yang dilaporkan di dalam akhbar dan portal pembangkang semasa proses penamaan calon hari ini.  Apa yang peliknya, Haprakdaily kata ada 20 ribu, Malaysiakini kata ada 10 ribu paling menarik ada yang pos dalam Youtube kata ada 100 ribu orang. Macam-macam. 

Hakikatnya, biarlah berjuta pun penyokong PAS yang mereka laporkan hadir, ia tidak melambangkan apa-apa umpama lalat menghurungi sampah dan buih-buih di lautan semata. Gimik politik portal dan akhbar pembangkang sebenarnya sudah lapuk kerana rata-rata mereka yang berada di sana tahu, penyokong PAS sebenarnya tidaklah seramai mencecah puluhan ribu apatah lagi beratus ribu. 

Biarlah mereka dengan mimpi basah mereka sedangkan kita semua tahu, yang hadir mengiringi itu lebih ramainya orang luar yang bukan pengundi di kawasan Tenang. Propaganda media dibuat bagi menunjukkan sokongan orang Tenang kepada mereka masih ramai. Namun, apa yang menyebabkan Taming Sari mengandaikan mereka seperti buih dan lalat kerana kuasa undian terletak di tangan mereka yang mendaftar di Tenang dan jika yang bersorak, yang terkinjal-kinjal itu bukan pengundi, ibarat mereka hanya melakukan perkara yang sia-sia.

Pengundi Tenang harus yakin untuk tolak PAS demi memastikan pembangunan negara terus dipacu ke puncak jaya disamping agama Islam terus dimartabatkan serta ketuanan Melayu terus dipertahankan. Dengan keihklasan hati anda mengundi BN dengan niat kerana Allah, pasti anda akan dikurniakan balasan baik dari Allah S.W.T. Ternyata dan terbukti bahawa BN sahaja yang layak menjadi khalifah di bumi Malaysia ini.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

taipingcentral_harapan melayu berkata...

suasana sekitar tenang dipenuhi bau masam.. ptuih. ekekekeke.. http://taipingcentral.blogspot.com/2011/01/panazz-tenang-penyokong-pas-membasahi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif