Khamis, 6 Januari 2011

PKR Sabah Terus Dibakulsampahkan


Seramai 27 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada suku kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) keluar daripada parti itu hari ini dan lebih ramai anggota akan mengikut jejak mereka.

Mereka menyertai Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, bekas naib presiden PKR yang meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Barisan Borneo Beratu (UBF), bulan lepas.

Kesemua mereka adalah bekas anggota pasukan petugas Kadazandusun Murut PKR. Ketua mereka Daniel John Jambun adalah timbalan pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri PKR.

Lebih ramai anggota pasukan petugas itu akan keluar parti, kata Jambun, pada sidang akhbar yang turut dihadiri Jeffrey.

"Kami anggap PKR sudah tidak sesuai lagi dengan agenda sosio ekonomi Sabah dan Sarawak," kata Jambun.

Sumber : Bernama

Wallahhualam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif