Isnin, 3 Januari 2011

PKR Terus Berwatakkan Samseng, Penderhaka Dan Anti Nasional


Dengan kenyataan berbaur hasutan dari ADUN Sri Muda, Selangor dari PKR Saudara Shuhaimi Hj Shafiei (gambar) mempertikai kuasa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mengisi satu lagi plot penderhakaan Pakatan Haram kepada Institusi Kesultanan. Menurut Shuhaimi di dalam blognya :
Menurut Shuhaimi, pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan di dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat PKR itu turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan "Beraja di mata, bersultan di hati" oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh "raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja".

Utusan Malaysia dengan lantangnya mahu, Shuhaimi ditahan dibawah ISA kerana didakwa telah menghasut rakyat bagi melawan Sultan dek kerana tindakan baginda seperti di atas. Apa yang dinyatakan oleh Utusan sememangnya ada kebenaran malah tindakan ADUN PR Selangor yang mengisi tampuk pemerintahan negeri sekarang ini kerap melawan arus dari apa yang dikehendaki istana. 

Sikap ADUN PR yang jelas tidak menghormati Institusi Diraja membuktikan mereka terlalu rakus dan angkuh dengan kuasa yang ada malah lebih tepat lagi jika kita melabelkan mereka sebagai anti-Rukun Negara. 

Mereka yang gemar mengatakan apa yang mereka lakukan adalah pro-rakyat dan bersama-sama rakyat bagi memperjuangkan hak mereka sedangkan rakyat tidak bersetuju dengan cara itu. Jika Jebat menderhaka untuk membela kematian saudaranya Tuah atas sebab-sebab suci, ternyata Pakatan Haram mahu menderhaka kerana sayangkan kuasa dan tamakkan pangkat dan kedudukan. 

Rakyat semakin keliru dengan situasi ini dan pastinya pihak berwajib perlu segera memulihkan keyakinan rakyat Selangor kepada Institusi Kesultanannya. Kepada rakyat Selangor, cukuplah eksperimen yang anda lakukan bagi memilih Pakatan Haram memerintah negeri itu sepenggal kerana hanya di dalam tempoh itu, sudah banyak kehancuran yang diciptakan mereka. 

Berubahlah memilih barisan lama yang bakal meneruskan agenda pembangunan di Selangor dan tidak menganggu gugat hak istimewa Islam dan Melayu serta terus memartabatkan Istitusi Raja di negeri itu.

Nota Kaki : Jika Sultan pun mereka berani derhakai, apakan pula rakyat negeri itu yang kononnya hendak mereka bela. Mereka lebih mendahulukan tembolok sendiri dari periuk nasi rakyat. 

Wallahhualam.

Penulis,

    

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ibarat kaduk naik junjung.Ini kes melawan tauke, begitulah kiranya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif