Rabu, 19 Januari 2011

Rakyat Kelantan Perlu Hayati Perjuangan Rakyat Tunisia


Rakyat Kelantan perlu menghayati semangat rakyat Tunisia apabila berani mengulingkan presiden diktator Zine Al Abedien Ben Ali. Akibat dari desakan yang kuat rakyat dan golongan pelajar akhirnya Ben Ali terpaksa akur dan melepaskan jawatannya. Rakyat Tunisia bagaikan berpesta meraikan kejayaan itu kerana mereka tidak tahan lagi hidup dibawah pemerintahan Ben Ali yang jelas menzalimi rakyat.

Bagi Taming Sari ulasan Presiden PAS Hj Hadi berkaitan perkara di atas sebenarnya mengena ke batang hidung PAS sendiri. Menurut Hj Hadi di dalam Haprakdaily :
PAS mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekian lama.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT.

Apatah lagi, kata beliau sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.

Apa yang menyebabkan rakyat Tunisia memberontak sebenarnya lebih kepada hak demokrasi mereka dicabuli dan juga pengurusan ekonomi negara yang lemah sehinggakan kadar pengangguran begitu tinggi. Apa yang berlaku di Kelantan juga hampir sama. 

Pemerintah yang zalim kerana gagal menunaikan hak rakyat iaitu keperluan air bersih.

Pemerintah Kelantan yang bergelar Nik Aziz Ben Nik Mat begitu degil untuk tidak mahu melepaskan jawatan MB kononnya dia masih sihat dan mampu memerintah. Sedangkan, sepanjang 20 tahun Nik Aziz memerintah, Kelantan tidak banyak berubah. Tidak ada apa yang dilakukannya apatah lagi dia kini sudah berumur 80 tahun. Kediktatoran Nik Ajis yang pantang ditegur sememangnya sudah menjadi lumrah kerajaan Kelantan.

Di bawah pemerintahan Nik Ajis jelas, rakyat Kelantan dizalimi kerana apa yang rakyat mahu bukanlah sebuah bangunan pencakar langit tetapi air yang bersih di Kelantan. Sejak 20 tahun, Nik Ajis gagal membawa agenda ini ke pintu penyelesaian. Kezaliman ini lebih dahsyat kerana air adalah keperluan paling asas buat semua rakyat. Tidak tahulah bagaimana azabnya Nik Ajis ini mahu menjawab dihadapan Allah nanti tentang tangungjawabnya yang gagal dilaksanakan dengan baik. 

Apa yang pelik, rakyat Kelantan sendiri yang tidak menunai janji, jelas penipu orang lain dan menipu diri sendiri. Semasa pilihanraya mereka memilih PAS tetapi selepas pilihanraya mereka merungut kemalasan kerajaan negeri dibawah PAS dan minta BN yang tunaikan janji. Sedangkan apabila mereka sudah memberi mandat kepada PAS, seharusnya PAS lah tempat mereka memohon bantuan. 

Rakyat Kelantan perlu mengambil semangat rakyat Tunisia bagi mengulingkan kerajaan zalim Nik Ajis di Kelantan yang menzalimi mereka. Taming Sari tidak mengajak anda berdemo dan mengulingkan Nik Ajis secara kekerasan, tetapi gulingkannya dengan kertas undi supaya keegoaannya dapat dibakulsampahkan segera.

Renung-renungkanlah.

Penulis,

3 ulasan:

Tenang Lautan Biru berkata...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.

Raithab berkata...

di atas letak ayat AL Quran..tp kandungan bercanggah....mempunyai unsur fitnah dan tuduhan JAHAT !..

bertaubatlah wahai kamu !

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BENAR APA YANG DIPERKATAKAN TAMING SARI...RAKYAT KELANTAN PERLU BERUBAH,....BERUBAH AGAR LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA....SUDAH LEBIH 20 TAHUN KELANTAN DI BAWAH PAS DAN 20 TAHUN JUGALAH KELANTAN TERUS KETINGGALAN DAN TERKEBELAKANG....AIR ADALAH KEPERLUAN ASAS YANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN OLEH SESIAPA SAHAJA YANG MENJADI PEMERINTAH.....IANYA WAJIB DISEDIA DAN DIJAGA....TETAPI MALANGNYA SEMUA ITU GAGAL DISELESAIKAN OLEH PAS SEJAK SEKIAN LAMA...ITU BELUM DIKIRA SOAL PENGANGURAN, PELUANG KERJA,MASALAH SOSIAL,PEMBANGUNAN,KEBERSIHAN,DAN LAIN-LAIN LAGI.
KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG PRIHATIN.....TOLONGLAH BUKA MINDA UNTUK MENEROBOS DUNIA LUAR BAGI MELIHAT REALITI....USAH TERPEROSOK DI SYURGA CIPTAAN PAS YANG MAHA KELIRU DAN GELITA LANTAS ANDA TIDAK NAMPAK DAN TIDAK KENAL POTENSI DIRI....SEKARANG ZAMAN BERUBAH....KALIAN MESTI TURUT BERUBAH DAN MESTI BERUBAH KERANA KALIAN TIADA PILIHAN LAIN SELAIN PERLU BERUBAH MENGIKUT MASA.....KEGAGAGALAN KALIAN UNTUK BERUBAH AKAN MENYUKARKAN ANDA MENYUSUN TAPAK MENJADI INSAN YANG LEBIH MAJU DAN TERBUKA.....KALIAN TERPAKSA BERLARI BAGI MENGEJAR MEREKA YANG TELAH JAUH KE HADAPAN......USAH TAKUT DENGAN PERUBAHAN SEANDAINYA IA NYA MENDATANGKAN KEBAIKAN BUAT KALIAN......PERCAYALAH DENGAN BERUBAH AKIDAH DAN AGAMA ANDA TIDAK TURUT BERUBAH.....ANDA MASIH MENGADAP ALLAH YANG SATU, MASIH MEMEGANG RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM YANG SAMA, MASIH BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN HADIS YANG SAMA......APA YANG HENDAK DIUBAH HANYALAH PEMIMPIN DAN TAMPUK KUASA......SESUNGGUHNYA KALIAN TIDAK AKAN BERDOSA KERANA MENINGGALKAN PAS...ISLAM ITU BUKAN PAS DAN PAS ITU BUKAN ISLAM...IA NYA BERBEZA.......AYUH BANGUN DAN BANGKITLAH BAGI MEMBUAT PERUBAHAN..KERANA SESUNGGUHNYA MASA YANG TELAH BERLALU ITU ADALAH SIA-SIA.......AYUH KITA MULAKAN LANGKAH BARU....MENEROBOS HIJAB DAN MENGASAH PARADIGMA KE ARAH MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK DAN CEMERLANG......



ABE ZUL KELATE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif