Sabtu, 8 Januari 2011

Rakyat Kelantan Pilihlah : 5 Atau 17 Tahun


Pernah Taming Sari dedahkan mengenai Jawapan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri Kelantan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman, bahawa Kerajaan PAS Kelantan melalui Syarikat Air Kelantan memerlukan 17 tahun bagi menyediakan air bersih di negeri itu. Menurutnya :
"Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027," katanya ketika menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini (2010).
Baca selanjutnya di sini.

Hari ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin optimis memendekkan tempoh 17 tahun itu kepada 5 tahun kerana pada tahun 2020 nanti, rakyat Kelantan sudah bebas dari masalah yang membelenggu mereka sejak PAS memerintah negeri itu lagi. Perkara itu hanya akan ditunaikan jika UMNO memerintah Kelantan. Menurut Bernama.com :
Badan Perhubungan Umno Kelantan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu dalam tempoh satu penggal atau lima tahun jika Barisan Nasional diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, tempoh itu lebih cepat berbanding jaminan kerajaan PAS Kelantan bahawa isu itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh 17 tahun akan datang.

"Kita tidak mahu rakyat Kelantan menerima kesulitan itu dalam tempoh yang terlalu lama kerana isu itu merupakan antara keperluan asas yang mesti diutamakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Isu air adalah isu setempat yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Pimpinan Nik Ajis sejak 20 tahun lalu. Selain air, Kelantan turut menghadapi masalah jalanraya tidak dinaiktaraf, perancangan bandar paling teruk, masalah pembentungan dan kumbahan serta masalah tambatan banjir. Kerajaan PAS hanya menutup mulut, pekakkan teliga dan butakan mata,  jika perkara ini diutarakan dan hanya bersuara jika diminta untuk ganyang UMNO.

Rakyat Kelantan perlu bijak melakukan perubahan bagi mengelak terus ketinggalan dari segi pembangunan. Apa guna anda memiliki rumah besar, tetapi airnya anda korek dari dasar bumi sedangkan anda sepatutnya menikmati air bersih yang patut disediakan oleh kerajaan negeri.

Pelabur terutama dari luar negara sehingga kini masih gagal dipancing oleh Nik Ajis kerana isu infra yang tidak sempurna di sini. Ekonomi Kelantan terus mundur dengan peluang pekerjaan di sini cukup terhad. Dengan kepadatan penduduk dan keluasan negeri yang besar sepatutnya Kelantan setanding, Perak, Selangor, Johor dan P.Pinang yang mampu menyediakan kemudahan pekerjaan kepada rakyatnya.

Namun, penyakit kelembaban ini muncul sejak PAS memerintah Kelantan dan kesannya, rakyat Kelantan hadapi sehingga ke hari ini. Dari rakyat kepada rakyat, jesteru, rakyat Kelantan harus berani memilih perubahan dan buktikannya pada PRU13 nanti.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

MALAYSIAN UNITED berkata...

Salam.. Minta jasa baik saudara untuk link kan blog saya pada blog saudara..
www.malaysianutd.blogspot.com
TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif