Khamis, 13 Januari 2011

Sedih !! : THR Gegar Siar Rintihan Orang Bachok


Kira-kira pukul 7.40 pagi tadi THR Gegar.Fm Radio Pantai Timur, telah menyiarkan luahan perasaan seorang penduduk Bachok berkaitan masalah air di kawasan taman perumahannya. Taming Sari rasa pengadu ini bukan orang Kelantan kerana bait-bait kata-katanya tidak mengambarkan dia ini orang Kelantan.

Isunya berkaitan air. Antara perkara yang merunsingkan fikirannya adalah :

1. Rumahnya kerap berlaku gangguan bekalan air dan kadangkala sehingga berminggu-minggu.

2. Dia terpaksa menumpang mandi di rumah jiran yang duduk di kampung berhampiran kerana di sana ada air perigi serta terpaksa turut membawa isteri dan anak-anaknya juga mandi.

3. Sudah membuat laporan kepada Syarikat Air Kelantan namun, tiada tindakan. Apabila telefon sering tidak angkat dan jika diangkat, bermacam-macam alasan sampah yang diberikan oleh pegawai syarikat itu.

4. Lori catuan air pun tidak disediakan seakan-akan syarikat itu sudah tidak mahu bertangungjawab dengan masalah air di kawasan itu.

Sedih Taming Sari mendengar rintihan sahabat kita di Bachok yang mengemis setitis air setiap hari di negeri Kelantan. Paling tersentuh, pembaca bayangkanlah bagaimana pagi-pagi lagi dia terpaksa mengusung anak-anaknya pergi mengetuk pintu rumah orang semata mahu menumpang mandi. Anaknya hendak ke sekolah, dia juga mahu berkerja. Anda bayangkan juga bagaimana dengan rutin harian yang terganggu, dan bagaimana dia membuang air dan memasak. Hanya orang yang sabar sahaja boleh hidup sedemikian rupa.

Masalah air di Kelantan amat serius. Ini baru seorang yang meluahkannya. Negara kita sudah menuju ke dekad ke-2 tahun millinium dan bercita-cita menjadi negara maju tahun 2020. Sepatutnya rakyat sudah tidak sesengsara ini dalam menikmati keperluan asas yang paling penting itu. Perlulah sebagai penduduk negara maju kita masih mengemis setitis air dan ia sering dijadikan masalah pokok yang menganggu fikiran kita seharian.

Siapakah yang bertangungjawab menyediakan kemudahan air?

PASTILAH KERAJAAN NEGERI YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB. JADI INILAH BUKTI BAHAWA KERAJAAN NEGERI KELANTAN DIBAWAH PAS SESAT TIDAK BERUSAHA MEMBAIKI TARAF HIDUP RAKYAT MALAH HANYA BERPELUK TUBUH MENUNGGU PILIHANRAYA. APABILA TIBA PILIHANRAYA, SIBUKLAH MEREKA BERJJANJI MACAM-MACAM. ORANG KELANTAN YANG SEMPIT OTAKNYA, TETAP JUGA MEMILIH PEMIMPIN DIKALANGAN PAS YANG MENYELEWENG, PENIPU DAN PEMALAS.

Paling sengsara orang luar yang terpaksa menetap di Kelantan kerana arahan kerja. Mereka (orang luar) di negeri asal mereka, mereka mengundi BN, tetapi akhirnya terpaksa menetap dan hidup di negeri PAS. Orang Kelantan pula duduk di negeri BN dan hidup senang lenang. Apabila tiba waktu mengundi, sebahagian besar mereka pulang ke kampung di Kelantan dan mengundi PAS. Siapa yang terinaya di dalam hal ini?

Kepada orang Kelantan, Taming Sari merayu kasihanilah orang-orang luar yang sengsara hidup di negeri mundur ini. Paling tidak boleh diterima, masalah air disini cukup kritikal dan sangat-sangat melampau penganiayaan kerajaan negeri Kelantan kepada rakyatnya. Kezaliman mereka hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Bukalah minda kamu wahai rakyat Kelantan. Dengan memilih BN, pasti hidup kamu akan lebih selesa dan memudahkan kamu melakukan ibadat kepada Allah S.W.T.

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif