Isnin, 3 Januari 2011

"Telur" Khalid Gagap Dihujung Tanduk !!


Pelbagai alasan diutarakan oleh Pakatan Rakyat Selangor mengulas perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi. Khusrin selaku bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilihat paling lantang menentang ketidaktelusan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan dianggap sebagai agen rampasan kuasa oleh Kerajaan Pusat di Selangor.

Pakatan Haram melihat fenomena ini adalah pendorong kepada UMNO dan BN bakal merampas semula Selangor dari mereka. Mereka begitu lantang menafikan pelantikan itu walaupun ia sudah mendapat perkenan ke bawah Duli Sultan Selangor. Sambil memperlekehkan kemasukan Khusrin hari ini yang dilihat sepatutnya melaporkan diri dihadapan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap, ramai pemerhati di pihak mereka menjangkakan bahawa arah kiblat orang mereka sendiri bakal terbahagi dua iaitu sebelah pihak menyokong Khalid gagap dipayungi Anwar Aljuburi dan ketiak masam Mak Lampir, Zuraida. Manakala sebelah lagi memihak Khusrin yang dinaungi Sultan Selangor.

Hakikatnya, Pakatan haram mudah lupa. Kuasa bagi mengekalkan mereka di Selangor bukan terletak di tangan Sultan atau Khusrin sendiri. Tetapi proses demokrasi yang menjulang kuasa rakyat bakal merubah segalanya. Dengan kerja-kerja tangan mereka hari ini yang membelakangkan kepentingan rakyat, mempergunakan rakyat dan menindas rakyat demi kemaruk kuasa serta survival politik mereka, adakah rakyat masih mahu mengekalkan Pakatan haram di Selangor?

Pakatan haram tidak perlu menyalahkan orang lain dan tidak perlu sehingga mengadaikan taat setia kepada Sultan jika Selangor tidak lagi menjadi hak mereka. Rakyat yang kononnya menjadi pelanggan mereka sebenarnya sudah dianaktirikan malah rakyat sendirilah yang bakal merampas kuasa pemerintahan itu dari mereka.

Khusrin langsung tidak ada kena mengena dengan peralihan kuasa itu nanti.

Nota Kaki : Seperti Khalid Gagap salahkan teks kononnya ditulis berbunyi gagap

Wallahhualam.

Penulis,

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif