Sabtu, 15 Januari 2011

Terminal Bersepadu Selatan : Isu Remeh Jadi Besar !!


Hanya kerana isu remeh, agensi yang terlibat di dalam mengawal selia dan mengurus Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan tidak mampu menyelesaikan masalah yang diutarakan 51 pengusaha Bas ke selatan tanahair. Terminal kelas antarabangsa yang dibina dengan belanja RM540 juta itu sepatutnya sudah boleh beroperasi sepenuhnya akhir tahun lepas. Tetapi dek kerana lemahnya pihak terbabit memahami sepenuhnya kehendak pengusaha menyebabkan ia masih gagal beroperasi dengan baik. 

Sikap LPKP melalui pengerusinya mengungut pengusaha jika tidak berpindah dari terminal di Bukit Jalil ke TBS akan dikenakan tindakan pembatalan permit langsung tidak diendahkan pengusaha. Bagi mereka, tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana rakyat lebih memerlukan mereka kerana bas adalah kenderaan awam terpenting yang membantu rakyat bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.  

Antara perkara yang diutarakan mereka adalah :
1. Maju Terminal Management and Services (MAJU TMAS) dicadangkan agar mengendalikan jualan tiket bas dan mengenakan Cas RM1 per penumpang. Sedangkan pengusaha bas mahukan kaunter sendiri untuk menjual tiket mereka atau mengaktifkan jualan tiket secara talian.
2. Isu cas RM20 yang dikenakan setiap buah bas yang keluar masuk ke terminal dilihat membebankan. Namun di dalam mesyuarat pada 11 Januari lalu, cas itu dikurangkan ke RM12 ringgit.
3. Isu lain iaitu kaunter yang tidak cukup iaitu sebanyak 14 kaunter sahaja tersedia sedangkan jumlah pengusaha lebih dari itu menyebabkan pengusaha bas tidak dapat berpindah mengikut jadual.

Di dalam hal ini, pihak berwajib perlu beralah. Janganlah terlalu berkeras di dalam melaksanakan amanat ini kelak akan mendatangkan kesusahan yang lebih buruk. Lagipun pihak pengusaha bas sudah cukup bertolak ansur di dalam hal ini dan isu tiket dan cas keluar masuk terminal sudah boleh mereka terima. 

Sepatutnya sebelum membuat keputusan melibatkan swasta, agensi terlibat perlu mengambil cadangan dan makluman dari mereka dan perbincangan serta brainstorming dengan mereka perlu dibuat terlebih dahulu. Jika tidak begini lah jadinya. 

Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Penguna juga. Namun walaubagaimanapun, projek TBS ini cukup membanggakan rakyat Malaysia kerana ia adalah terminal bas yang bertaraf antarabangsa yang pernah dibina di negara ini. Pengurusannya ala KLIA sememangnya sangat selesa.  

Penulis,

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa pengusaha bas mahu kaunter sendiri???????????jawapan nya budak tahun satu pun bolih jawab...
pengusaha bas mahu kaunter sendiri sebab mereka mahu menjual tiket melalui ulat.
ini semua politik mereka.
bila kita ke kaunter...mereka kata tiket habis...di tunjukan pada ulat2 yang berkeliaran untuk mendapat bas tambahan.
pada hal mereka tak jual tiket dikaunter..
apasalah dikenakan cas satu ringgit sedangkan selama ini pun mereka bayar pada ulat dan ejen lebih dari itu.
kepala hotak pengusaha bas dimalaysia masih tahap pemikiran warga dunia ke3.
harap2....terminal bas dah cantik...perangai penguasaha bas pun ikut cantik.
pesanan pada JPJ dan LPKP...berkerjalah dengan ikhlas.
jauhi diri anda dari rasuah.
jangan biarkan mata anda ditutup dengan RM yang dihulur olih pihak2 yang pentingkan tembolok sendiri.

"harapan dari pengguna tetap perkhidmatan awan"

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu di caj penumpang rm1 setiap orang dan rm12 setiap bas.

model ini model business rent seeking yahudi zionis.

patutnya sudah berakhir rent seeker pada zaman pak lah?

azri berkata...

wahai taming sari..LPKP n agensi2 berkaitan telah bt kerja mereka dan bertolak ansur setakat yg mampu.yg menjadi maslah nye sikap pengusaha bas yg berperangai dok ke belakang lgi.sikap jumud,rakus,dan pikir kan keuntungan jangka masa pendek tanpa memikirkan keseluruhan tindak ta nduk mereka pada masa hadapan boleh buat kan lagi rakyat menderita!sokong anon

Tanpa Nama berkata...

sebagai salah seorang pengguna kerap bas ekspress,aku terpaksa sokong anon yg menyatakan pengusaha bas hanya nk kaut untung dgn menjual tiket kpd ulat.

dan untuk tambah lagi keuntungan,mereka jual tiket banyak2 tanpa keluarkan bas. bila tiket (utk ke destinasi tertentu) dah cukup jumlah seat dlm bas, baru bas akan keluar.

aku pernah naik bas pada jam 1,sdgkan tiket aku jam 10pg. dan aku jmp kwn aku,dlm perjalanan ke destinasi yg sm,naik bas sm,tp tiket dia jam 8pg.

tiket jual,tetapi selagi x cukup jumlah seat,bas x gerak. biasanya jadi wkt musim raya. akibat beli (terpaksa) dari ulat.

Penditakainsingkat berkata...

Salam tuan,
Mohon link ke blog tuan utk kongsi maklumat.
TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif