Khamis, 27 Januari 2011

Tindakan Bodoh Buang Direktori FLOM Di Web Pejabat PM


Selepas pendedahan dan kritikan pedas samaada di kem pembangkang dan kem pro kerajaan sendiri berkaitan kewujudan pejabat First Lady Of Malaysia (FLOM) di Pejabat Perdana Menteri, pegawai pejabat Perdana Menteri telah mengambil tindakan membuang direktori pegawai di lawan web tersebut hari ini. FLOM dipercayai adalah pejabat milik isteri DS Najib, DS Rosmah Mansor. Sebelum ini, Taming Sari sendiri mempersoalkan kewujudan pejabat tersebut di pejabat PM, Putrajaya. Baca sini jika anda belum memahami isu ini.


Sebelum ini, di link ini, website pejabat PM telah memaparkan direktori pegawai-pegawai yang berada di dalam pejabat itu dan turut memaparkan satu divisyen yang digelar FLOM atau First Lady Of Malaysia (gambar atas). Di dalam divisyen itu turut memaparkan beberapa orang kakitangan kerajaan dibawahnya sekaligus menunjukkan FLOM wujud sebagai satu divisyen yang berhubung langsung dengan perjalanan sistem kerajaan. Ini bermakna FLOM juga mempengaruhi setiap satu keputusan Perdana Menteri.

Hari ini, link tersebut sudah tiada dan tidak dapat dikesan lagi. Ini bermakna, saranan Taming Sari sudah silap mereka caturi dan jelas mereka terlalu terikut-ikutkan desakan pembangkang. Sebenarnya tindakan membuang direktori ini tanpa sebarang notis yang jelas sengaja mengudang petaka yang lebih buruk lagi. Apa yang Taming Sari sarankan dahulu, jika sudah terlanjur memaparkannya, PM dan pegawai di pejabat itu perlu menerangkan di dalam website itu juga apakah peranan FLOM, bukan terus membuang direktori tersebut.

Beberapa persoalan yang dibangkitkan dahulu termasuk adakah di dalam pembentangan bajet 2011 yang memaparkan peruntukan yang besar kepada projek Permata Negara adalah dipengaruhi oleh FLOM? Selain itu, persoalan lain ialah adakah keaktifan Rosmah melaksanakan pelbagai aktiviti yang gah sehingga berjuta wang rakyat di'lesap'kankan juga berkaitan dengan kewujudan FLOM? Jawapan kepada persoalan ini masih gagal dijawab sedangkan perkara inilah yang sedang bermain difikiran rakyat selepas dibangkitkan bertubi-tubi oleh pembangkang.

Di dalam suara keadilan online yang dibaca oleh berjuta rakyat Malaysia pasti terpesona dengan kenyataan Ketua Wanita PKR, Si Mak Lampir Zuraida Kamarudin :
Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.

“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.

Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.

“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.

Standart pembangkang sememangnya pantang berjumpa isu-isu yang boleh memburukkan BN dan UMNO tambahan pula berkaitan DS Najib semenangnya akan diulas dengan penuh seni. Namun kenyataan mak lampir di atas ada asasnya dan sememangnya selepas rakyat mengetahui kewujuda FLOM selepas pendedahan sebelum ini, satu tindakan yang lebih profesional perlu dilakukan oleh PM dan pegawainya untuk menjelaskannya.

Taming Sari yakin, PM, BN, UMNO dan pegawai pejabat PM masih punyai masa untuk memperbaiki kesilapan ini dan perlu menjelaskan dengan penuh transparen fungsi-fungsi FLOM supaya rakyat tidak raasa tertipu dan ragu ke atas tindak-tanduk isteri Perdana Menteri. 

Tindakan bodoh membuang direktori ini bakal menimbulkan lagi syak wasangka di kalangan rakyat dan makin berapai-api lah lidah pembangkang mengapi-apikan jiwa dan sanubari rakyat untuk membenci Rosmah Mansor. Itulah psikologinya dan Taming Sari pasti ramai orang yang arif dapat menasihatkan Perdana Menteri atas kekhilafan ini.

Rakyat masih sayangkan BN dan DS Najib. Janganlah kerana FLOM, rakyat menghukum seperti apa yang berlaku di zaman Pak Lah. 

Renung-renungkanlah.

Penulis,

3 ulasan:

keris hitam bersepuh emas berkata...

SUDAH...SUDAHLAH TAMING SARI. SIAPA KAMU HENDAK MELARANG SEMUA INI. NAJIB PUN TAK BERANI NAK TEGUR ROSMAH MANSOR.KAU TELANG AJELAH , KAU PERBETULKAN AJE BENAG YANG SUDAH TENTU BASAH SEBAB KAU PENYOKONG TEGAR MEREKA. AKU ADA SATU CADANGAN PADA KAU, APABILA ORANG BERTANYA TENTANG FLOM KAU JAWAB MACAM NI, PENUBUHAN PEJABAT FLOAM SATU SEN TAK PAKAI DUIT RAKYAT UNTUK BAYAR GAJI KERANA SEMUANNYA SPONSER DARI OMAN SAMA MACAM LAWATAN TEMPOH HARI, OLEH ITU RAKYAT TAK PERLU RISAU TENTANG PEMBAZIRAN DUIT MEREKA.

KAH..KAH..KAH. YANG AKU HAIRANKAN ADA LAGI ORANG YANG BODOH. INI ADALAH KEJAYAAN UMNO YANG PALING BESAR IAITU MENGWUJUDKAN MANUSIA BODOH YANG AKAN MENJADI MENYOKONG MEREKA.

Tamingsari berkata...

Sudah-sudahlah keris hitam bersepuh emas yang langsung tidak pernah komen di blog ini dengan komen yang membina.

Tapi aku suke ko sbb ko pengkomen setia walaupun cara komen pro PAS.

Tapi pikir2 balik, baik ko tak payah komen le, sbb aku pun tak de le berharap pembaca mcm ko untuk komen...

Sebb makin bnyk ko komen, makin terserlah kiblat kau kpd PAS yang sesat tu.

Cit!!

Tanpa Nama berkata...

Haha..Tamingsari pandai mengomen, tapi takut dikomen.. Standard org tuo dulu2 yang nak dikomen bagus2 jer..BANGANG sungguh..minda MELAYU kelas ke-5..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif