Rabu, 12 Januari 2011

Ummi Hafilda Srikandi Bakal Penyelamat Melayu !!


Teruskan perjuanganmu Ummi. Dengan ketegasanmu mahu menyaman empat mangkuk ayun punca kehancuran kemakmuran negara dan petualang bangsa Melayu ini bakal menyuntik rasa ingin tahu ramai rakyat tentang mengapa, wanita tidak berkepentingan seperti anda ini begitu berani mencampuri urusan ini. Mangkuk ayun yang dimaksudkan itu adalah Anwar anugerah tuhan, Azizah senyap basah, Karpal tunda dan Pas sesat. Ummi Hafilda Ali (gambar), adik kepada Ahli Parlimen Gombak dan merangkap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terang-terangnya dewasa ini mendedahkan beberapa perkara berkaitan Anwar, Azmin dan PKR.

Ummi muncul selepas pendedahannya mahu abangnya, Azmin bertaubat dan sehingga kini, Azmin yang mungkin menyerang Ummi dibelakang tabir masih senyap dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu. Ummi dalam kenyataannya mahu abangnya kembali ke pangkal jalan dan berterus terang di dalam menerangkan hubungan Anwar dengan Isteri Azmin, Shamsidar. Namun, apabila Anwar dan PKR mula berbunyi dan menyebarkan bahawa Ummi cuba membuat konspirasi,  kesabaran Ummi tidak dapat ditangung lagi.

Menurut Ummi yang menceritakan panjang lebar di dalam Utusan Malaysia :
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

Ummi semakin hilang sabar walaupun ditenangkan ibunya dengan alasan :
“..... Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

Selepas pendedahan Ezam Mohd Noor dan juga Zulkifli Noordin masih tidak mengubah pendirian penyokong PKR dari mimpi yang dibuai syaitan, kehadiran Ummi ini diharap mampu membuka mata mereka itu. Anwar dan tiga lagi mangkuk ayun itu yang berani mempolitikkan isu ketuanan Melayu dan seterusnya mengancam nasib bangsa Melayu harus ditentang habis-habisan. Setiap pejuang bangsa dan agama perlu berdiri teguh bersama Ummi.

Bagi Taming Sari, prinsip Ummi mudah, dia tidak mahu negara ini diwarisi kepada generasi peliwat dan keluarga Anwar yang amat-amat dikenalinya sebagai keluarga yang hanya mahu membalas dendam kepada negara. 

Nota kaki : Kerana dendam Anwar, sanggup gadaikan maruah Melayu. PKR patut diubah menjadi Parti Dendam Anwar. 

Wallahhualam.

Penulis,


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As Salam. Buat saudaraku Tamingsari, jadikanlah ini sebagai rujukan saudara..... InsyaAllah. Kesesatan pihak sana, pihak sini dalam berpolitik yang saudara canangkan akan lebih nyata melalui website ini. Siapa agaknya diri saudara sekarang? Benar2 Islam Sejati atau Islam Sekular Kapitalis? Jadikanlah peristiwa 3Mac 1924 lebih bermakna dari 31 Ogos 1957. www.mykhlafah.com

Tamingsari berkata...

Wsalam...

Alahai...rupanya bagi website spam...

Sah lah dari PAS kapitalis juga pengkomen di atas!

Tanpa Nama berkata...

As salam, walau bagaimanapun Allah tak spam website tersebut. Saya tak menyokong PAS, DAP, KEADILAN, UMNO mahupun BEBAS. berdaftar dengan SPR pun tidak. tak perlu cepat mengalah dan marah. InsyaAllah saudara akan bertemu jalan yang sebenar. Google lah tarikh ini "3 Mac 1924" carilah siapa diri kita.

Tanpa Nama berkata...

Bila dah jumpa, luangkanlah sedikit masa membaca sejarah hitam umat kita hingga ke hari ini termasuk soal kehidupan, ekonomi dan politik. Fahamilah apa itu sekular dan kapitalis. Bukalah minda baru saudara untuk keluar dari semua parti politik yang ada sekarang. InsyaAllah akan lahirlah politik Sistem Khilafah yang sepatutnya kita sokong. Saya minta Maaf atas segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Assalam..blog ni x ilmiah langsung..asyik nak hentam orang je..cube la fikir scara kritis dulu sblum tulis..

Tanpa Nama berkata...

wahai sahabatku anon,saya dah banyak kali dah cakap cam tu kat dio...tp dasar x der agama...camnie lar...mak dia bagi makan duit haram nieh...

Tamingsari berkata...

Ya Allah,

Semoga kau timpakan balasan seadilnya buat pengkomen yang menurut nafsu tanpa berfikir dengan otak pemberian mu...

Kau berikanlah mereka hidayah agar tidak egois dan tunjukkan kuasa Mu ya Allah..

Amin

Tanpa Nama berkata...

Aikkk...!!!!peliknye......!!!dulu dalam post bulan 2 lepas...dia hina tg nik aziz sebab doa bala..nie dah bertukar plak...memang x sedar diri...hipokrit...kuman di seberang nampak...gajah di depan x nampak...manusia!manusia!

Tanpa Nama berkata...

sudahla .. teruskan ko punyer blog yang menghancurkan melayu sendiri..

TUN TEJA berkata...

ASSALAMUALAIKUM....MASIH TIDAK SEDAR SEDAR LAGI BANGSAKU RUPANYA....UMI...THANKS ..JANGAN PUTUS SEMANGAT..KAMI DOAKAN KITA SEMUA DI TUNJUKKAN KEBENARANNYA...YALLAH KUATKANLAH JIWA UMI..UNTUK MENEMPUH DUGAAN INI. BUKAKANLAH HATI,BANGSAKU YANG MASIH LENA DIBUAI....mimpi palsu. TIDAK SEDIKITPUN TERFIKIR OLEHMU WAHAI PENGIKUT .....A.A.A. ? ATAU SENGAJA ?

hafizhamdan berkata...

Salam saudaraku Tamingsari.Moga ALLAH sentiasa lindungi agama kita, bangsa kita dan negara kita yg kita kasihi.Moga niat murni saudara akan ALLAH berkati dan permudahkan agar anak muda bangsa MELAYU kita sedar dan kembali kepada BN.bagi saya,tidak akan ada satu parti yang lengkap & sempurna di dunia ini.bahkan negara2 yang menjadi contoh negara demokrasi pun masih lagi banyak cacat celanya pada parti2 politik mereka.mungkin anak muda kita ini terlalu taksub dengan ayat2 manis anwar dan sekutunya.sy sendiri baru sahaja selesai menjalankan tanggungjawab kepada bangsa di Dun Tenang.di depan mata saya mereka berbohong dan menipu.apalah guna jika permulaan ceramah dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran,takbir dan sebagainya tapi selepas itu hanya kata2 fitnah yang ditabur,kata2 kesat yang dikatakan?dimana hilangnya identiti kita sebagai melayu yang beragama ISLAM.
cukuplah wahai anak muda bangsaku.sedarlah,dengan UMNO kita aman,dengan UMNO kita hidup penuh subsidi,dengan UMNO kita masih lagi berpeluang utk mengamalkan ISLAM.Andai kita mahu negara ini berubah kearah kebaikan,kita tidak perlu sokong DAP,PKR @ PAS.kita ubah dalam UMNO itu sendiri dan itu yang dimaksudkan dengan Transformasi UMNO.Ayuh bangkit bersama,jangan mudah membangkang tanpa rujuk dahulu apa yang kita bangkangkan.cukuplah dengan pulau pinang & selangor.kembalikan martabat ISLAM dan melayu.Andai saya ada tersilap,saya mohon maaf.
salam
-anakmelayu-
*bagi yang cepat marah&angin,
layari http://www.thedeenshow.com/

Tanpa Nama berkata...

BOLEH KE SESEORANG ITU MASUK SYURGA DGN BANGSA??? MINTAK DOA DEKAT ALLAH TP SURUHAN ALLAH KITE BUAT KE X??? MUHASABAH DIRI TU DULU..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif