Ahad, 23 Januari 2011

UMNO Selangor Komited Bantu Mangsa Renjatan Elektrik


Datuk Seri Noh Omar telah bertindak bagi membantu adik Muhamad Hairuman Miskon yang terkena renjatan elektrik ketika berkerja di ladang kelapa sawit. Anak muda yatim piatu ini perlu dibantu segera dan disebabkan itulah Taming Sari pernah mengeluarkan kenyataan di dalam blog ini berkaitan nasib malang beliau. Akibat kejadian itu doktor terpaksa memotong kedua-dua belah tangannya.


Datuk Noh di dalam blognya berkata :

Penderitaan mangsa renjatan elektrik, Muhamad Hairuman Miskon terus mendapat perhatian termasuk daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang berjanji membiayai kos rawatan pemuda yatim piatu itu sepanjang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pihaknya dan UMNO bahagian itu akan terus menghulurkan bantuan kepada Muhamad Hairuman bagi meringankan beban yang ditanggung keluarganya.

"UMNO Tanjong Karang termasuk Pergerakan Pemuda dan Wanita sebenarnya telah memberi bantuan awal kepada keluarga mangsa sejak kami mendapat tahu kejadian malang yang menimpanya dan sumbangan dihulurkan ketika dia berada di Hospital Sungai Buloh lagi.

"Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) bersama kariah masjid dan warung-warung kedai juga telah mewujudkan tabung khas bagi membantu keluarga mangsa dan bantuan masih diteruskan," katanya ketika melawat rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Tengi Darat, Tanjong Karang

Di dalam blog pembangkang, kerap kali juga mengeluarkan kenyataan yang sama namun mereka tidak pernah melaporkan ada pemimpin mereka menjenguk atau membantu mangsa.

Semoga adik Hairuman tabah dengan ujian Allah ini.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif