Ahad, 9 Januari 2011

Wikileaks Hanya Palsu Jika Dedah Keburukan Pembangkang ! Cit !!


BARU-baru ini kita digegarkan dengan pendedahan sebuah laman Wikileaks yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang terlibat dalam kes liwat pembantunya. Riuh rendah dibuatnya sehingga Anwar dan konco-konconya tak cukup padang turun ke akar umbi buat penafian. Mereka kata, Wikileaks tak boleh dipercayai. Laporannya 100 peratus bohong dan palsu. 

Mereka minta rakyat terutama blogger jangan mempercayai laporan dalam wikileaks. Begitulah pemimpin pembangkang menghabiskan masa untuk beri penjelasan mempertahankan kesucian dan kemurnian ketua mereka. Selain itu, mereka tak habis-habis mengutuk Wikileaks dan kalau boleh minta Amerika Syarikat (AS) hapuskan laman itu termasuk mendakwa pengasasnya kerana menyebarkan laporan palsu. 

Tetapi, sikap menuduh Wikileaks sebagai laman palsu tiba-tiba bertukar kepada laman yang betul dan tepat apabila Wikileaks mendedahkan perbuatan seorang menteri dituduh memperkosa. Riuh rendah puak pembangkang turun padang dan tak cukup padang, mereka guna kaki lima di bandar-bandar untuk mengutuk dan mendesak Perdana Menteri supaya mengambil tindakan tegas ke atas menteri berkenaan. Tidak cukup dengan itu, ada kalangan pemimpinnya membuat laporan polis minta siasat kes itu. Wahai rakyat yang juga saudara ku, tengoklah perangai buruk pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lantang menuduh laporan itu bohong, palsu, tidak berasas, karut marut dan sebagainya. 

Tetapi pada masa yang sama kalau terkena pada orang lain, laman yang sebelum ini dikatakan bohong, bertukar kepada benar dan tepat. Beginikah sikap pembangkang beragama Islam? Busuk hati, perangai jahat dan kurang cerdik? Apa saja perkara negatif berlaku kepada mereka dikatakan bohong, tetapi jika berlaku kepada orang lain, sepantas kilat mengatakan itu benar? Pemimpin seperti inikah yang perlu kita sokong? Pada saya, pemimpin pembangkang menyertai politik tak lebih untuk kepentingan diri, bukan membela rakyat, mempertahankan tanah air dan agama. 

Walaupun saya tidak suka politik, tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Saya boleh diletakkan dalam kategori pengundi atas pagar. Setelah saya membuat kajian mengenai pembangkang, yang suka menegak benang basah dan tidak pernah mahu menerima hakikat mereka melakukan kesalahan, saya mula sedar dan selepas itu tawar hati untuk memberi sokongan kepada mereka. 

Saya tak nak mengajak rakan-rakan di luar sana meninggalkan pembangkang, cuma saya nak beri nasihat kepada rakan-rakan supaya berfikir dahulu sebelum memberi sokongan kepada pemimpin, sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Saya tak nafikan ada pemimpin pembangkang yang baik, berjuang dengan hati ikhlas untuk rakyat dan agamanya. 

Pemimpin seperti ini tidak ada sebab untuk kita tidak memberi sokongan. Sebaliknya, kalau pemimpin yang secara terang melakukan kejahatan, tetapi menafikannya, orang seperti ini wajar ditinggalkan. Jangan sekali-kali memberi sokongan kerana undi yang kita berikan, jika pemimpin ini menang akan menyebabkan rakyat hidup dalam penderitaan. Kepada pembangkang, suka saya ingatkan. Sebelum menuduh orang lain berbuat kejahatan, cermin diri sendiri terlebih dahulu dan teliti semula rekod anda. Bukan satu kes, tetapi banyak kes atas kesalahan sama direkodkan. 

Pada saya ini bukan perancangan pihak tertentu untuk menjatuhkan seseorang, tetapi ia berpunca daripada perbuatan yang dicarinya sendiri. 

Adaptasi dari ruangan suara anda di Sinar Harian tulisan : PEMERHATI POLITIK

Wallahhualam

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif