Selasa, 8 Februari 2011

3 Mac 1924 : Bermulalah Umat Islam Menjadi Buih Di Lautan


3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam" .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda:

"Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka"

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:

"Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam" [TMQ al-Anbiya' 21:107]

Malapetaka ketiadaan Khilafah

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara' secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Salah satu pemberontakan rakyat yang disusun Yahudi
untuk menggulingkan Sultan Abdil Hamid 2 pada tahun1908 di Istanbul.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.

Mustafa Kamal Atarturk adalah namanya. Atarturk merupakan gelarannya yang bererti ‘ bapa orang turki’. Kamal Attaturk meninjau ‘tenteranya’ di Gallipoli pada 1915. Ketika itu sedang rancaknya Perang Dunia pertama. Yahudi telah menyusun tentera dan kemenangan Kamal untuk menunjukkan bahawa Kamallah yang boleh menyelamatkan umat Islam, bukannya Khilafah. Taktik Yahudi nampaknya berjaya. 1 Mac 1924 : Kamal Attaturk dalam sidang Agung menegaskan betapa perlunya Turki mencabut dan membuang Islam dari politik negara itu yang telah bertapak sejak berkurun lamanya

Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri.

Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003]. Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001].

Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya! !! [100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe]. Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga...

Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.

Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk 'dipelajari' bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja ('ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya.

Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara 'super power' AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?

Gambaran pemikiran umat Islam hari ini

Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnya diperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara separuh-separuh.

Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat.

Kewajiban mendirikan Khilafah

Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan 'hidup dan mati' yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu..." [TMQ an-Nisa' 4:59]

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud: "Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah" [HR Muslim].

Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai'at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai'at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai'at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.

Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah.

Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah;

"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah) , adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam."[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

Jalan untuk mendirikan semula Khilafah

Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat. Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara' yang berbunyi;

"Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib"

Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam.

Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islam adalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma'ruf dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.

"Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya"

Wahai kaum muslimin,

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin.
_______________________________________________________________

Kata Taming Sari :

Memang benar, selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah, maka hancurlah tiang seri kekuatan umat Islam walaupun ketika itu Islam sudah bertapak begitu luas hampir 2/3 dunia.

Apa menjadi pedoman kita pada hari ini, adalah bagaimana semua ini boleh terjadi. Apakah asbab ia boleh mendatangkan mudarat sebegitu dan pastinya ada sesuatu yang menyumbang kepada kehancuran sistem khalifah yang dipertahankan begitu lama.

Istilah, talibarut atau agen kepada musuh, perpaduan yang goyah, permusuhan, khianat, politik melampau, ulama yang tidak jujur, pemimpin yang tidak telus, semangat asabiyah melampau dan tiada lagi kekuatan fikrah Islamiah yang adalah punca utama penyakit yang akhirnya merosakkan sama sekali kekuatan umat Islam. 

Hari ini, dunia menyaksikan pemberontakan besar-besaran umat Islam yang mengulingkan pemimpin mereka persis apa yang pernah berlaku pada tarikh 3 Mac 1924. Apa yang meragukan, bagaikan ada hasutan terancang oleh pihak musuh mahu melihat negara-negara Islam hancur dan lumpuh. Lihatlah Mesir yang kini lumpuh sepenuhnya apabila sebahagian besar rakyatnya memberontak mahu mengulingkan Presiden mereka Hosni Mubarak. Apa yang berlaku di Mesir langsng tidak merugikan Hosni namun, yang menderita akibat kelumpuhan ekonomi adalah rakyat dan pemberontak itu sendiri. Dikala mereka sedang longlai dibaham kelaparan dan kedaifan, maka kuasa jahat terutama dari barat dan yahudi dengan mudah mampu menguasai mereka. 

Di Malaysia, fenomena perpaduan sesama Islam iaitu terdiri dari orang-orang Melayu terhalang hanya kerana ketaksuban politik sesetengah parti. Politik yang sepatutnya menguntungkan orang Melayu kini semakin terhakis apabila adanya parti yang kononnya memperjuangkan Islam menolak sama-sekali perpaduan sesama umat Islam. Inilah kejahatan dalaman paling dahsyat akibat dari ketaksuban assabiyah kepartian dan pemimpinnya yang terdiri daripada ulamak palsu bertopengkan serban hijau. Paling malang, pemimpin hipokrit dalam parti sesat itu lebih terarah bersatu bersama kumpulan kafir harbi. Ulamak Palsu itu tidak sedar dibelakang mereka, tangan si kafir itu sudah nekad mengengam pisau dan bila-bila masa sahaja akan menikam mereka dari belakang. Ulamak palsu itu jugalah sering menghasut orang Islam di Malaysia untuk turut melakukan pemberontakkan ala Mesir walaupun kesan buruk yang sudah dipertontonkan di Mesir jelas dan nyata.

Di Malaysia, Melayu adalah bangsa yang terbesar memeluk agama Islam, namun masih ramai tidak mengerti apa itu Islam. Islam bagi mereka hanya termaktub di dalam kad pengenalan dan pada nama mereka sahaja. Jika Islam mereka tidak hayati, bagaimana pula cara untuk mempertahankannya.

Ada juga yang tidak sedar akan kuasa pilihanraya yang menjadi nadi dan nyawa kepada Islam dan Melayu. Malah ada yang berbangga tidak pernah mendaftar sebagai pemilih dengan SPR dan berbangga walaupun tidak pernah mengundi. Sedangkan undi dan pilihanraya sahaja mampu mempertahankan ketuanan Islam dan Melayu yang sedang memerintah Malaysia sekarang ini. Dengan izin Allah.
Sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya semuanya ada kaitan kepada kejatuhan era keagungan umat Islam pada tarih hitam itu.

Renung-renungkanlah.

Penulis,

22 ulasan:

enrike berkata...

Ada juga yang tidak sedar akan kuasa pilihanraya yang menjadi nadi dan nyawa kepada Islam dan Melayu. Malah ada yang berbangga tidak pernah mendaftar sebagai pemilih dengan SPR dan berbangga walaupun tidak pernah mengundi.

Sdr Tamingsari...
Demokrasi adalah senjata Dajjal untuk merosakkan perpaduan Islam.... dengan demokrasi kita akan berpecah dan merosakkan perpaduan Islam.... demokrasi langsung tidak dicipta untuk perpaduan melayu dan Islam.... ia juga bukan nadi dan nyawa kepada Islam dan Melayu tapi untuk menghancurkan perpaduan Melayu dan Islam...

Menyokong sistem yang menggalakkan perpecahan adalah HARAM! Islam tidak akan pernah berjaya dengan mengamalakan demokrasi dan mengundi...lihatlah disekeliling anda dan diserata dunia...

sebagai orang Islam dan Muslim kita mesti kembali kepada sistem pemerentahan islam... Khilafah dengan khalifah sebagai pemerentah tertinggi dan al-Quran sebagai perlembagaan...hanya dengan cara ini Islam akan berjaya dan bersatu...


kita tak perlu berperang untuk mencapai cara tersebut... kita tak perlu menentang demokrasi....

apa yang kita perlu lakukan hanyalah TINGGALKAN demokrasi... sistem tersebut akan runtuh jika kita tinggalkan....

langkah pertama untuk meninggalkan demokrasi adalah dengan tidak mengundi...

Tamingsari berkata...

Allahhuakbar,

Sedih aku baca komen di atas...

Yang dia nampak adalah kalifah. tetapi bagaimana kalifah itu dipilih tidak pula difahami.

Zaman ini demokrasi dan mengundilah cara memilih kalifah.

Kalifah yang telah dipilih dan memerintah negara kita iaitu DS Najib.

Cetek sungguh fikiran sesetengah orang Melayu yang masih buta apa kepentingan pilihanraya.

Hancus!!

enrike berkata...

sdr tamingsari .....

lawak apakah yang anda persembahkan dengan mengatakan pilihanraya adalah cara memilih khalifah....

amatlah malang pemikiran yang telah terjajah dan di'brain wash' olah Dajjal dan kuncu2 nya.... saya syorkan sdr membaca ayat 1-10 surat al-khafi setiap hari agar dijauhkan dari fitnah Dajjal...

selain itu saya harap anda membaca tafsir al-quran untuk memahami ajaran Islam. al-quran telah menyatakan secara lengkap bagaimana sistem pemerentahan Islam dijalankan. selain itu bacalah buku2 karangan ulamak muktabar tentang pemerentahan Islam jika maklumat dalam tafsir al-Quran kurang difahami atau perlu penjelasan yang lebih lanjut....

sistem demokrasi itu sendiri bertentangan dengan Islam bagaimana anda mengatakan ia cara untuk memilih khalifah islam.... anda boleh menyamak tangan anda yang terkena najis babi.... tapi anda tidak boleh menyamak babi untuk membersihkannya..

anda boleh menghindari riba dengan tidak berurusan dengan bank.... tapi anda tidak boleh menghalalkan riba dan sistem bank yang telah diharamkan oleh Allah. Oleh itu bukalah minda anda yang terjajah oleh sistem dajjal demokrasi / kapitalis.

ingat anda tidak boleh menghalalkan yang haram dengan alasan modern atau ia merupakan sistem yang diterima pakai oleh dunia.... ingat sistem dunia adalah sistem kafir ciptaan dajal yang tidak bertunjangkan al-Quran...

untuk meruntuhkan sistem ini anda tak perlu melawan atau menentangnya....

anda cuma perlu TINGGALKANNYA...

tinggalkan demokrasi kembali kepada khilafah...
tinggalkan sistem bank dan kembali kepada sistem kewangan Islam..

Tamingsari berkata...

Saudara enrike,

Anda yakin anda sudah betul2 memahami apa itu demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia?

Mengikut pandangan Yusuf al-Qardhawi :

Substasi demokrasi sejalan dengan Islam. Hal ini bisa dilihat dari beberapa hal.

Misalnya:
- Dalam demokrasi proses pemilihan melibatkan ramai orang untuk mengangkat seorang calon yang berhak memimpin dan mengurus keadaan mereka. Tentu saja, mereka tidak akan memilih sesuatu yang tidak mereka sukai. Demikian juga dengan Islam. Islam menolak seseorang menjadi imam shalat yang tidak disukai oleh makmum di belakangnya.
- Usaha setiap rakyat untuk mengangkat khalifah yang telus juga sejajar dengan Islam. Bahkan amar makruf dan nahi mungkar serta memberikan nasihat kepada pemimpin adalah sebahagian dari ajaran Islam.

-Barangsiapa yang tidak menggunakan hak untuk mengundi sehingga calon yang mestinya layak dipilih kalah dan suara majoriti jatuh kepada calon yang sebenarnya tidak layak, bererti ia telah menyalahi perintah Allah untuk memberikan kesaksian pada saat dijanjikan.
- Penetapan hukum yang berdasarkan suara majoriti juga tidak bertentangan dengan prinsip Islam. Contohnya dalam sikap Umar yang tergabung dalam syura. Mereka ditunjuk Umar sebagai calon khalifah dan sekaligus memilih salah seorang di antara mereka untuk menjadi khalifah berdasarkan suara terbanyak. Sementara, lainnya yang tidak terpilih harus tunduk dan patuh. Jika suara yang keluar tiga lawan tiga, mereka harus memilih seseorang yang diunggulkan dari luar mereka. Yaitu Abdullah ibn Umar. Contoh lain adalah penggunaan pendapat jumhur ulama dalam masalah khilafiyah. Tentu saja, suara mayoritas yang diambil ini adalah selama tidak bertentangan dengan nash syariat secara tegas.
- Juga kebebasan bersuara dan kebebasan mengeluarkan pendapat, serta kuasa pengadilan merupakan sejumlah hal dalam demokrasi yang sejalan dengan Islam.

Demokrasi tidak mengalakkan perpecahan, tetapi punca perpecahan ummah apabila ada orang jahil berlagak pandai memberi fatwa palsu yang memesongkan pandangan umat Islam. Faktor manusia itu sendiri penyumbang kepada pepecahan.

Jadi, Di dalam hujahan anda kerap mengkritik sistem demokrasi walaupun anda sendiri tidak mengerti apa maksud dan fungsi demokrasi itu sendiri.

Berikan hujahan yang berserta rujukan. Jangan bercakap berdasarkan idealisme anda dan dikaitkan pula dengan AlQuran dan Islam menampakkan kononnya hujahan anda itu islamik dan ilmiah.

Jelaslah anda ini belum faham apa kepentingan pilihanraya dan pentingnya undi anda itu.

Tanpa Nama berkata...

Kalifah yang sedang memimpin kita pada hari ini adalah DS Najib, Perdana menteri kita yang merupakan orang Islam yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya yang bertunjangkan demokrasi.

Pemimpin Islam yang memimpin kita hari ini adalah hasil dari setiap undian yang kita berikan dan undian ini sentiasa penting bagi memboleh orang Islam didaulahkan sebagai tuan di negara kita ini.

Jadi, menjadi tangungjawab kita memilih pemimpin yang tepat dan menepati kehendak Islam.

Dengan mendaulahkan orang Islam, Islam itu sendiri akan terpelihara.

Islam itu mudah dan dipermudahkan, janganlah kita jumud menafsirkannya dan rujuklah orang yang bijak pandai dan ulama sebenar. jangan asyik membaca buku kerana guru sebenar adalah ulama bukan buku kerana ada kalanya buku itu ditulis oleh mereka yang berkepentingan.

Tanpa Nama berkata...

As Salam, alhamdulillah bila terbaca topik yang saudara keluarkan ini. cuma yang saya musykil saudara kondem sendiri post yang saudara highlight kan. Mungkin saudara belum memahami erti sebenar kejadian 3 mac 1924. Sebabnya saudara nampaknya masih mendukung sistem demokrasi ciptaan kafir kufur barat. sebagai umat islam kita mempunyai sistem pemilihan yang dipanggil SISTEM SYURAH. saudara tahukah?

Saya bagi contoh:
Andaikata ADUN ditempat anda seorang kapir, makan babi, minum arak, ada skandal video lucah. Oleh kerana anda satu parti dengan beliau, anda pun pangkah dia dalam pilihanraya. Patutkah seorang muslim macam saudara dipimpin oleh wakil rakyat kafir macam tu? renungkanlah.........

Contoh lagi.....
Andaikata anda dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah, yang menjatuhkan hukum ialah hakim kafir putarbelit yang makan biawak. Sedangkan Allah sayang umatnya dan beri peluang untuk bertaubat, mati anda ditentukan orang kafir? fikirkanlah.... saudara terlalu menjunjung Akta, Kanun, Enakmen ciptaan kafir sedangkan Hukum Hudud itu hukum AlQuran dari Allah yang dilupa pakai.

Banyak contoh yang akan menyusul......

Pedang rasulullah berkata...

Zaman berzaman, sistem bersilih ganti tetapi tidak AlQuran dan ajaran didalamnya wahai taming sari yang tumpul....Siapa kita untuk menidakkan kata-kata Allah.

Bila sebut soal agama, janganlah dalam kepala saudara terbayang parti bulan dan nik ajis....bukalah minda saudara.

Kita berbicara soal kehidupan, ekonomi, politik Islam sebenar.

p/s - jangan kata taming sari, hang tuah pun sebenarnya tak wujud, dongeng belaka...

kata hang tuah: "takkan melayu hilang didunia" tetapi dialah melayu pertama yang hilang dulu!

Hidup Khilafah berkata...

THUMB UP FOR ENRIKE!

YOU'RE RIGHT!

MEREKA YANG TAK SETUJU DAH SEBATI SEJAK LAHIR DENGAN DUNIA SEKULAR KAPITALIS INI.

FIKIRLAH KENAPA KITA PERLU BERSUJUD DENGAN BRITISH UNTUK MERDEKA? KITA ORANG ISLAM SEPATUTNYA KUAT DAN BERJIHAD MENENTANG DAN BERPERANG.

INGAT, KITA DAPAT KEMERDEKAAN DENGAN BERSYARAT.....

SYARATNYA IALAH PENERAPAN SISTEM SEKULAR DAN EKONOMI KAPITALIS. MAKA LAHIRLAH SAUDARA DAN IDEOLOGI BRITISH KAFIR INI.

RENUNGKANLAH.......
MASYAALLAH!

Tanpa Nama berkata...

"We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity… The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam".
(Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, samada secara intelektual atau kebudayaan… Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam) -

[Lord Curzon, Menteri Luar British, di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924].

Tamingsari berkata...

Hmmmm....

Biarlah ia ciptaan British sekalipun itu lah sistem yang digunapakai kini bagi melantik pemimpin dikalangan kita.

Di dalam negara berbilang kaum seperti kita ini, sudah tiba masanya kita buang pemikiran jumud ini. Demokrasi sudah menjadi sebahagian hidup kita dan menjadi tngungjawab kita memilih pemimpin dengan cara ini.

Bodohnya Melayu Islam yang menolak untuk mengundi krn ia hanya akan menyebabkan pemimpin Islam yang layak memerintah dinafikan.

Padangan di atas ada yang boleh diterima ada yang ditulis dari sudut yang sempit.

Mungkin pengomennya masih mentah dalam menilai rencah baru politik negara.

Hmmmm ... Layan... zas!

Pedang rasulullah berkata...

Apabila Sekular Kapitalis sudah mengalir dalam darah beginilah jadinya. Perubahan kearah yang lebih baik langsung ditolak bulat2.Umpama hidup hanya berserah saja tanpa apa2 perjuangan ke jalan Allah. Jawapan anda adalah jawapan orang yang sudah kalah sebelum berjuang. Apa yang diterangkan saya adalah tuntutan tersebut didalam AlQuran, jika ini saudara kata jumud maka jumud jugalah AlQuran itu , saudara ciptalah AlQuran jilid baru saudara berteraskan sekular ,demokrasi kapitalis saudara, ala-ala kitab bible. terpulang....

Tamingsari berkata...

Adakah di dalam komen balasan sy di atas mengatakan AlQuran itu jumud?

Pastinya tidak...

Dan sy tidak pernah mengalah dengan menegakkan pendirian dan idealisme sy sesuai dengan keadaan semasa yang memerlukan kita proaktif memartabatkan Ummah. Asalkan tindakan kita tidak memgugat akidah kita cukuplah.

Sy tidak nafikan sistem khalifah adalah sistem pemerintahan warisan Rasullulah.

Namun hari ini kita sudah berada di dalam amalan demokrasi. Kita terperangkap... jadi perlukah kita memboikotnya sedangkan kita tahu ia hanya merugikan diri kita jua.

Sy tetap berpengang dengan pendirian sy dan tuan tidak perlu lah terus cuba nak mengajar sy krn apa yang tuan cerita sy faham dan amat memahami.

T.kasih kerana terus setia membaca blog ini.

Tanpa Nama berkata...

Tak terjawab lagi oleh saudara dengan 2 contoh yang saya berikan di atas. ternyata saudara kosong dan sudah sebati dengan keadaan itu.

Politik demokrasi
Perbankan Riba
Undang-undang kafir (lord reid)
Perdagangan -lesen Arak,Babi

Jawablah.....huraikanlah ikut fahaman saudara, saya tunggu!

Tamingsari berkata...

Nak tunggu penjelasan?

Haha...

Orang dunggu macam kau nie memang susah nak faham...

Penjelasan berdasarkan AlQuran Dan hadis? cuba baca psoting terbaru aku ini:

http://blogtamingsari.blogspot.com/2011/02/malaysia-masih-mempertahankan-sistem.html

Ini penjelasan paling tepat berlandaskan hakikat yang kita perlu akui dan disertakan dengan AlQuran dan hadis.

Orang yang berotak jumud macam kau nie di ajar pun tak guna.

Biarlal kau tegar dengan pendirian kau sbb aku tahu, kau tidak akan mampu merubah apa-apa kerana kau ibarat anjing yang menyalak.

Hmmm.... Teruskan membaca blog aku nie....

Kau akan faham apa idealisme aku dan rakan seperjuangan aku.

Tanpa Nama berkata...

Sahlah saudara memang tiada jawapan dengan contoh diatas.

AlQuran tak pernah tak relevan, tak dimakan usia, lengkap serba serbi.

Tak berubah tak mengapa, ini cuma salam yang pertama dari saya.

Tamingsari berkata...

Ya... AlQuran sentiasa releven dulu kini dan selamanya, lengkap serba serbi.

Yang tak releven dan tidak lengkap adalah si jumud pengkomen anon di atas.

Kesian.... haha

Tanpa Nama berkata...

tahupun relevan tetapi kenapa tak ikut? takpalah saya tahu saudara takda jawapan, lotih pakcik!

Tamingsari berkata...

Ya... Sudah lama aku faham.

Aku memang ikut AlQuran... Pemimpin negara ini insyaAllah mengikut AlQuran.

Yang tak perlu diikut adalah kau yang tak releven dan jumud.

So... yang tak faham-faham adalah kau si jumud.

Tanpa Nama berkata...

kalau betul ikut alquran saya tak perlu panjang lebar tulis.....

ini tak ikut sebab tu saya tanya.

Tamingsari berkata...

Kau tidak bertanya wahai anon.. Apa yang tulis panjang lebar itu tuduhan berat sebelah hasil idealis kau yang hanya berpaksikan kepada apa yang kau baca, dengar dan lihat.

Inilah fitnah namannya.

Kau tak kaji betul2 adakah negara kita ini benar-benar gagal memartabatkan Islam berlandaskan hukum AlQuran?

Jika benar Malaysia gagal, kau sendiri belum tentu lahir dalam keluarga Islam.

Kau kena kaji betul-betul sblm menuduh orang tidak ikut AlQuran.

abu idris berkata...

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

insidewinme berkata...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif