Selasa, 15 Februari 2011

Amankah Mesir Selepas Ini?


Sejarah membuktikan apabila sesebuah negara itu berlaku pengulingan kerajaan secara kekerasan, maka sukarlah negara itu menikmati nikmat keamanan semula. Rakyat diajar untuk memberontak, memeras ugut kerajaan, membangkang dan berdemontrasi di jalanan tanpa ada apa-apa sekatan, maka ia hanya akan merugikan rakyat dan negara itu sendiri. Rakyat akan merasakan mereka lebih berkuasa kerana tiada undang-undang yang menghadkan tindakan mereka. Di sini, bukan bermaksud mereka tidak boleh bersuara, tetapi suara mereka ada hadnya demi menjaga kepentingan bersama dan keselamatan negara.

Lihatlah apa yang berlaku di Thailand, apabila pengulingan secara kekerasan berlaku kepada kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra akhirnya sehingga kini Thailand gagal merasai nikmat keamanan. Kerajaan baru pimpinan Abhisit Vejjajiva terus dihantui dengan penunjuk perasaan yang impikan kerajaan pimpinannya sempurna. Abhisit menerima tempias yang hampir melumpuhkan kerajaan pimpinannya apabila penunjuk perasaan di kalangan kumpulan rakyat anti-kerajaan berbaju merah, melancarkan serangan di jalanan di Bangkok tahun lalu. Ramai dikalangan pengkaji politik menjangkakan Thailand akan gagal mengecapi keamanan hasil dari kesilapan mengajar dan menghalalkan rakyatnya berdemonstrasi.

Selain Thailand, negara Islam seperti Iraq turut menerima nasib yang sama. Walaupun pengulingan kerajaan arwah Saddam Hussain tidak daripada rakyatnya, namun lihatlah, penjajah berbangsa Amerika yang menyerang Iraq dengan berlesenkan tuduhan adanya senjata kimia di Iraq merubah wajah Iraq kepada bumi paling malang. Ada dikalangan warga Iraq mengeluh, lebih baik mereka berada di bawah kerajaan diktator Saddam daripada hidup dibawah kerajaan demokrasi baru ciptaan Amerika yang tidak pernah aman. Gerila pro Saddam sehingga kini terus menerus mengancam keselamatan rakyat Iraq walaupun fokus utama mereka menghalau anjing Amerika dari bumi Iraq. 

Selain dua negara itu, terdapat juga negara lain yang mengalami nasib yang sama dan menimbulkan tanda tanya, adakah Mesir yang kononnya baru mengalami revolusi politiknya mampu mengecapi nikmat keamanan? Seharusnya kejadian di negara lain dijadikan ikhtibar dan teorinya Mesir akan gagal menikmati keamanan di dalam negara itu. Rakyat akan terus menerus mengunakan pemberontakan bagi menegur kesilapan kerajaan.    

Di rantau Asia Tenggara, Singapura adalah negara yang paling kuat mengawal dan menghadkan kebebasan suara rakyatnya. Pelbagai akta ditubuhkan demi mengelak kerajaan Singapura dikritik rakyat dan ini menyebabkan rakyatnya tidak berani. Media Singapura juga dikongkong dan hanya pujian sahaja dibenarkan kepada kerajaan. Walaupun ada satu dua blog yang menghentam Singapura di lawan cyber, Singapura sudahpun bertindak menubuhkan akta mengekang blog tersebut dari terus beroperasi.

Di Malaysia, keseimbangan kebebasan media masih dipertahankan. Walaupun media arus perdana diletakkan sebagai agen menerangkan secara tepat dasar dan misi kerajaan, dalam masa yang sama, media pembangkang dibenarkan turut beroperasi secara terkawal di negara ini. Terpulanglah kepada rakyat menilai sendiri berita yang sahih dan inilah sebenarnya resepi mengapa negara ini masih kekal menikmati keamanan dan keharmonian. Keutuhan dalam berpolitik matang di dalam negara ini terus dinikmati berperisaikan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan. Dengan adanya akta ini kita mampu mengelak, rakyat bertindak ekstrimis dan menolak keprofesionalan.

Resepi ini akan mampu dipertahankan kerana ia bukan satu tindakan kejam.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

1 ulasan:

hafiz berkata...

kawe sutuju benor hok demo tulih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif