Jumaat, 11 Februari 2011

Anak Jati Kelantan "Serang" Nik Ajis, Pemimpin Zalim


Bila saya dengar bahawa kerajaan pimpinan PAS Kelantan di bawah pentadbiran 'diktator' Nik Aziz memberi jaminan bahawa tariff air tidak akan naik, saya hanya mampu tersenyum tawar.


Mereka sembang cukup kencang, kononnya akibat tekanan kenaikkan harga barang, mereka tidak berniat menaikkan tarif air di Kelantan. Bila totok PAS dengar Tok Guru mereka cakap macam ini, melalak gembiralah mereka kononnya PAS memang menjaga kebajikan setiap rakyat Kelantan.


Namun Nik Aziz harus diingatkan, dan menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan beliau selaku rakyat dan anak Kelantan. Bahawa masih ada kampung di sekitar Kelantan yang masih tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan Negeri.

Saya meletakkan diri saya sebagai orang yang layak bercakap pasal hal rakyat Kelantan kerana saya adalah anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan di Kelantan serta dibesarkan di Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz sepanjang 20
tahun.

Tahukah Nik Aziz, bahawa sebelum beliau berbicara mengenai tarif air. Adalah lebih baik beliau melakukan kaji selidik terlebih dahulu. Adakah setiap perkampungan di Kelantan telah pun disediakan air bersih oleh kerajaan Negeri?

Saya berani katakan masih ada perkampungan di Kelantan tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Salah satunya Kampung Pulau Kundur yang terletak di Pantai Cahaya Bulan. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan kawasan pesisiran pantai.

Abang ipar saya menetap di sana, dan kini masih lagi menggunakan air telaga. Namun kini abang ipar saya maju setapak kerana mampu membeli enjin untuk menyedut air telaga tersebut, kalau dulu beliau bersama keluarga hanya menimba guna tangan.

Air telaga ini digunakan untuk mandi, mengambil wudhuk, cuci pakaian dan juga dijadikan sumber minuman untuk abang ipar saya sekeluarga. Adakah ini yang Nik Aziz namakan sebagai kerajaan berkebajikan?

Itu belum dikira di daerah Pasir Mas yang saya dengar mereka juga masih tidak dibekalkan dengan bekalan air bersih selama bertahun-tahun.

Boleh saudara bayangkan 20 tahun Nik Aziz memerintah, masih ada penduduk di Kelantan yang tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan?

Jika ada pun bekalan air, saya berani katakan ianya berkeladak, keruh dan tekanannya cukup rendah, malah tidak keterlaluan jika saya katakan air kencing saya lagi laju daripada air paip yang keluar di setiap batang paip di rumah-rumah sekitar Kelantan.

Tapi semalam Nik Aziz berbicara mengenai tarif air? Tidak dinafikan bahawa tarif air di Kelantan antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya RM0.55 sen per/meter padu. Tapi ini adalah harga yang memang wajar berdasarkan mutu bekalan air di tahap yang rendah.

Rakyat tidak marah jika tarif air naik beberapa sen asalkan mutu perkhidmatan yang disediakan amat memuaskan.

Nasihat saya buat Tok Guru Nik Aziz, jenguk-jenguklah rumah sekitar pesisir pantai di Kelantan, kerana saya berani beri jaminan bahawa masih banyak rumah penduduk di sekitar sana masih tidak mendapat bekalan air yang sempurna dari kerajaan Negeri.

Selepas melawat mereka, sediakan khidmat air buat mereka, pastikan air itu bersih tidak berkeladak. Selepas itu barulah Tok Guru sembang pasal tariff air kepada rakyat Kelantan.

Air bersih pun tidak mampu hendak sediakan, masih ada hati hendak sembang pasal tarif air, Tok Guru saya ada dua perkataan khas buat Tok Guru.

"BOLEH JALAN DAAA!!"


Nota kaki : Hik.. hik... Taming Sari setuju dengan penyatan blogger ini. Memang benar, pemerintah zalim seperti Nik Ajis ini gagal melaksanakan tugasnya sebagai pemerintah. Kezalimannya bakal dibalas oleh Allah nanti. Doa orang Kelantan yang terinaya bakal membakul sampahkan orang tua keparat pemimpin parti sesat ini. haha.

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BENAR APA YANG DIPERKATAKAN....RATA-RATA RAKYAT KELANTAN DAHAGAKAN BEKALAN AIR BERSIH DAN SEMPURNA DARI KERAJAAN KELANTAN....SAHINGGA KINI RAKYAT MASIH MENGHARAP DAN TERUS MENHGARAP...DAN TERPAKSA MENCARI ALTERNATIF LAIN BAGI MENDAPATKAN SUMBER BERKENAAN YANG TENTUNYA MEMERLUKAN KOS.....UNTUK MENGALI TELAGA KOS NYA RIBUAN RINGGIT...UNTUK MEMBUAT PILLING (AIR BAWAH TANAH) TERMASUK PAM ELEKTRIK IANYA MENCECAH RM 2500....ITULAH REALITINYA YANG RAKYAT PERLU BAYAR DEMI MENDAPATKAN SETEGUK AIR DI NEGERI SERAMBI MEKKAH YANG PENUH BERKAT INI.....TIADA APA YANG PAS LAKUKAN UNTUK RAKYAT KELANTAN....YB NYA SIBUK MELARAM DENGAN KERETA MEWAH,RUMAH MEWAH.DUIT BERTIMBUN,TANAH BEREKAR-EKAR.....SERTA SEJUTA NIKMAT DUNIA....ITU BELUM DIKIRA KAWASAN BALAK LAGI.....MEREKA SUNGGUH MEWAH...SUNGGUH MEWAH..TAPI RAKYAT BAGAIMANA ?.....MEREKA CUMA SIBUK BERCERAMAH.....TUNJUK MUKA DI MASJID DAN SURAU SEKALI SEKALA....KADANGKALA SUMBANG SEEKOR DUA LEMBU KURUS UNTUK DIJAMU RAKYAT KEBODOHAN.....SEDANGKAN HASIL MAHSUL NEGERI MASUK POKET TIDAK TERKIRA BANYAKNYA.......TERSENGIH-SENGIH LAH PENGANUT PAS DAN RAKYAT DANGKAL DAPAT MAKAN PERCUMA..DAN MEMUJI PEMIMPIN PAS SELANGIT TINGGINYA.....SAMPAI BILA KALIAN NAK JADI BALACI DAN HAMBA MANUSIA YANG MENIPU,.....MEREKA KENYANG DALAM KEMEWAHAN SEDANGKAN KALIAN SEBALIKNYA.......CUBA FIKIR..CUBA FIKIR..TUHAN BAGI OTAK UNTUK FIKIR...FIKIRLAH...TEPUK DADA TANYA IMAN......

Tanpa Nama berkata...

memang susah untuk mentalbiahkan juak juak penyokong parti Islam ini.yang sedihnya,semuanya orang Melayu.
Bagi mereka,didunia ini perlu bersederhana dengan pemberian ALLAH.Termaktub dalam alquran.Org2 nasrani dapat menikmati duniawi dan mereka menunggu untuk mendapat imbuhan diakhirat sahaja.
Bayangkan lah,kalau negara ini di tadbir olih kafir harbi.Mereka adalah musuh ALLAH dan sudah tentu si kafir ini akan memusuhi Islam.Kebayakan org kafir paham tentang perjuangan Islam melalui al quran.(jangan ingat tak ada org kafir yg tahu terjemahan alquran).
Mungkin anak melayu yg paham secara detail ttg Islam dan al quran tidak paham permainan politik.Ilmu politik adalah tidak kena mengena langsung ,cuma al quran adalah sebagai tempat kita merujuk.
kalau difikirkan,betapa ceteknya pemahaman anak2 melayu tentang politik.yang mereka tahu ialah,PAS itu Islam..
Perlu diingat bahawa,PAS itu parti politik yg menggunakan isu ugama sebabai alat untuk bertahan didalam dunia politik dan mengaut apa yang ada di bumi kelantan selagi mereka berkuasa tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka.
Tanggungjawab dan kewajipan adalah dua benda yang berlainanan.

Pewaris Wasiat berkata...

Bila call mak aku kat kampng nak tanye khabar jer..Mak aku pun complaint.. Kato Negeri Isle...negeri kebajikey..mok ni nok amik wuduk pun payoh, nok masok pun payoh, nak basuh baju, nok gi jambe..semua susah macam zaman Jepun...Tak Dok Air...sedih nyer aku bila kenang kan mak aku yg dok di Kampung...!!! Celaka ko PAS...!!! Memang ko sial laa Nik Aziz..!!! Tuuiiiiiihhhh..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif