Jumaat, 11 Februari 2011

Ganjaran Untuk Guru lagi! : Masih Nak Sokong Pembangkang?


Apa guna sibuk memberi ganjaran kepada guru-guru kerana golongan ini kerap menjadi dalang menentang dasar-dasar kerajaan. Kalau tidak percaya, cubalah kaji dan teliti dalam sebuah sekolah berapa ramai guru yang berada di atas platform ideologi aspirasi perdana dan berapa ramai pula terpesong menyokong pembangkang? Ada sesetengahnya siap berkempen di dalam kelas dan mengdotrin pemikiran pelajarnya dengan ideologi sesatnya.

Semalam kerajaan melalui Menteri Pelajaran mengumumkan insentif RM7,500 kepada setiap guru besar yang cemerlang meningkatkan pencapaian sekolah. Bagi Taming Sari ini tidak perlu kerana ia akan mengelirukan misi sebenar guru besar untuk menjalankan tangungjawabnya.

Paling tepat tanggungjawab hakiki semua guru besar memastikan sekolah jagaannya meningkat dari segi prestasinya malah dia perlu menumpukan sepenuhnya kerja sebagai seorang guru dan bukannya melakukan kerja lain. Dia juga perlu memantau guru-guru di bawah seliannya agar fokus kepada kerjaya yang diamanahkan. Ini adalah amanah yang mereka ikrarkan sebelum menjadi guru. Jadi, kita tidak mahu dengar perkatan gagal dalam mendidik anak bangsa. Kejayaan perlu dicari dengan apa sahaja cara sekalipun.

Ganjaran itu tetap ada namun tidak perlulah sebanyak itu. Cukuplah sekadar sekolah itu diangkat kepada status tertentu dan bukannya berbentuk wang ringgit kepada individu itu sendiri. Kesannya, mereka hilang keihklasan dalam membentuk jati diri anak bangsa.

Nota kaki : Pssstt ! Ingat guru sahaja ke penjawat awam yang cemerlang?

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif