Selasa, 8 Februari 2011

GAPs Terus Menghentam Anwar!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan 'tukang putar alam terhebat' atas keupayaannya memanipulasi pemimpin pakatan pembangkang demi keuntungan peribadinya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ini terbukti apabila Anwar terus berjaya menangguhkan kes perbicaraan liwat yang dihadapinya dengan mendapatkan khidmat Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai sebagai peguam bela.

Jelas beliau, kelicikan Anwar terserlah apabila mengambil khidmat Karpal dalam kes itu sedangkan semua pihak sedar Karpal pernah mengaku mempunyai bukti tentang penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat semasa menghadapi tuduhan liwat pada 1997.

"Selain Karpal, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin pembangkang lain juga menjadi mangsa manipulasi Anwar yang pernah berjanji membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

"Walaupun semua pemimpin pembangkang kini sedar mereka tertipu dengan 'janji 16 September', kehebatan Anwar sebagai 'tukang putar alam terhebat' semakin terserlah apabila mereka terus menyatakan sokongan kepadanya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Hamidzun menambah, beliau hairan dengan tindak-tanduk pemimpin Kerajaan PKR Selangor, Pas dan DAP yang dilihat semakin 'terpukau' dengan manipulasi berterusan yang dilakukan Anwar.

Menurutnya, semua pihak perlu menilai rekod Anwar sebelum ini yang kehilangan ramai rakan politik ekoran kenyataannya yang sering bercanggah.

Sebagai contoh, katanya, Anwar gagal menarik ramai rakan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai UMNO sewaktu beliau mula menceburi bidang politik, sedangkan beliau pada masa itu merupakan Presiden ABIM yang mempunyai banyak pengaruh.

"Sekarang ini kita dapat lihat berapa ramai pemimpin besar PKR yang bertindak keluar parti. Beliau juga gagal membawa masuk ramai pemimpin UMNO ke dalam PKR seperti sewaktu beliau berhijrah ke UMNO daripada ABIM," jelasnya.

Beliau memberitahu, hasil putar alam terbaru Anwar ialah melalui penerbitan 'buku jingga' iaitu janji pakatan pembangkang jika mengambil alih Putrajaya.

Kata Hamidzun, walaupun 'buku jingga' itu memberi banyak harapan kepada rakyat, ia tidak boleh dipercayai kerana Anwar sehingga kini gagal mengemukakan sumber kewangan untuk pelaksanaan janji-janji tersebut.


Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif