Ahad, 27 Februari 2011

Guru Asli VS Guru Haprak


Kalau anda menonton drama GEMILANG arahan Khabir Bhatia yang ditayangkan setiap Isnin di TV3 pasti anda akan dapat melihat perbezaan pengorbanan guru dahulu dan guru sekarang. Cerita ini bukan semata rekaan penulis skrip namun ia adalah rentetan dari sejarah asal memartabatkan pergorbanan guru mengemilangkan bangsa dan negaranya. Guru dahulu menepati pepatah umpama lilin membakar diri.  

1. Guru dahulu sanggup berkorban apa sahaja demi mendidik anak bangsa. Pengorbanan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh guru kini. Guru kini jauh berbeza, mereka mahu semua jasa mereka dikira dan dibalas. Jika tidak, mereka memberontak, mereka mengajar acuh tidak acuh serta mendesak dan terus mendesak. Jalan terakhir yang mereka pilih adalah menyokong parti pembangkang dan menentang dasar kerajaan biarpun kerajaan sudah bersusah payah menghadiahkan mereka gaji dan elaun yang lebih baik dari penjawat awam yang lain.  

2. Guru dahulu adalah ikon masyarakat dan manusia berilmu yang boleh dipercayai dan dihormati. Guru kini banyak yang penipu dan sukar dipercayai. Paling kejam, ada yang mengambil kesempatan ke atas pelajar terutama pelajar perempuan semata memenuhi nafsu serakah. Kerpercayaan yang diberikan ibu bapa dikhianati dan menjejaskan imej guru.

3. Guru dahulu sangat anggresif dan komited dengan tangungjawab mengajar dan mendidik anak bangsanya. Guru kini ramai yang bersikap sebaliknya. Ramai yang menceburi bidang perniagaan samaada jualan langsung,  jualan biasa dan pelaburan internet. Apabila pelaburan gagal atau perniagaan hancur, salahkan kerajaan kerana dikatakan mereka kurang memberi insentif. Jika mereka siangnya di sekolah, malamnya berkerja atau berniaga, bagaimana mereka mampu memberi 100% fokus untuk mendidik pelajar mereka? 

4. Guru dahulu lambang kepada semangat patriotisme. Jika bercakap soal Islam maka dimulut mereka mengagongkan Nabi Muhammad S.A.W dan jika bercakap soal negara, maka pemimpin negara lah yang diangkat mereka sebagai idola kepada pelajar-pelajar mereka. Guru dahulu juga lambang kepada semangat cintakan agama dan bangsa. Namun hari ini jauh berbeza. Walaupun bukan semua namun ada segelintir yang mencampur adukkan politik di bilik darjah. Jika bercakap soal Islam, pemimpin PAS yang mereka angkat, jika bercakap soal negarawan, Anwar Ibrahim yang mereka puja. 

Mengapa guru dahulu amat berbeza dengan guru hari ini? Mudah sahaja jawapannya kerana ramai guru kini, yang lahir di pentas ilmu bukan dari niat asal mereka untuk menjadi guru. Guru hari ini ramai terhasil dari mahasiswa penganggur yang hanya dilatih dalam tempoh yang amat singkat untuk menjadi seorang guru. Mereka-mereka ini diselamatkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dengan menyediakan ruang pekerjaan sebagai guru. 

Punca lain juga wujud kerana hati. Biarpun hati itu lembut, tapi apabila ia keras, biar dihentak dengan apa sahajapun, ia tidak akan luluh. Hanya mereka yang bersyukur dan tahu menghargai sahaja akan mampu mengawal gelora nafsu sekaligus mengembalikan keikhlasan mempertahankan martabat kerjaya paling mulia.

Namun, khas kepada semua guru, kenyataan di atas hanya ditujukan secara umum. Jika ada yang terasa maka siapa yang termakan cili maka dialah terasa pedasnya. Bukan semua guru bekas mahasiswa penganggur berkarakter seperti yang dinyatakan di atas. Ramai yang komited dan bertanggungjawab. 

Namun ini juga boleh dijadikan indikator sebab musabab mengapa guru hari ini tidak segah guru dahulu.  

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif