Selasa, 8 Februari 2011

Guru Di Kelantan Cabul Pelajar!


Akibat cuba merogol anak muridnya berumur 15 tahun empat tahun lalu, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 54 tahun dipenjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini.

Hakim Zainal L. Salleh turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas tertuduh, Nasir Abd. Rahman kerana cuba mencabul kehormatan anak muridnya itu dan tiga tahun lagi atas kesalahan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.Beliau bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan serentak. Ini bermakna, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.

"Sebagai seorang pendidik, kamu telah lakukan perbuatan jijik terhadap anak murid kamu. Kamu didapati bersalah dan hukuman perlu setimpal dengan apa yang dilakukan agar dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat. Bagaimanapun saya setuju untuk hukuman berjalan secara serentak," kata Zainal dalam penghakimannya

Nota : Kerajaan PAS Kelantan bukan sahaja gagal dalam pemerintahan malah gagal mencorak nilai Islam di dalam jiwa rakyatnya. Pas memang  loser! Jadi apa gunanya memilih PAS jika cara hidup Islam tetap tidak mereka terapkan!

Adakah dengan mengundi PAS, kita melakukan perkara terkutuk pun akan masuk syurga seperti mana Nik Ajis pernah mengampun dosa salah seorang ADUN di Kelantan yang berzina.

Rosaklah Islam dicampurkan dengan PAS Al-Sesat!


Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif