Jumaat, 18 Februari 2011

Khairy Kini Penerjun Tentera Bertauliah


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dianugerahkan sayap penerjun apabila berjaya menamatkan kursus ahli paracut statik dan penerjunan di Zon Gugur, Padang Sanai di sini semalam.

Khairy merupakan antara 101 anggota tentera dan askar wataniah yang berjaya menghabiskan kursus ahli paracut statik tahap satu iaitu kursus asas penerjunan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menamatkan latihan tersebut dengan membuat terjunan pertama menggunakan payung terjun sebelum disusuli peserta lain dari pesawat CN-235 pada ketinggian 304.8 meter.

Aksi cemerlang Khairy disaksikan sendiri bekas Perdana Menteri yang juga bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah, isterinya, Nori Abdullah bersama dua anak mereka serta ibunya, Datuk Rahmah Abdul Hamid.

Menurut Khairy, beliau berasa puas kerana berjaya menamatkan kursus asas tersebut dan seterusnya menerima anugerah sayap penerjun yang disematkan sendiri mantan Perdana Menteri itu.

"Selepas menjalani kursus selama lima minggu dengan membuat lapan kali terjunan termasuk dua kali penerjunan bersama alatan, saya akhirnya berjaya menerima sayap penerjun yang merupakan salah satu kemahiran dalam ketenteraan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber

Wallahhua'alam.

 Penulis,

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beliau seorang pemuda yang berkarisma dan memang layak sebagai pemimpin warga muda .......walaupun ada yang tak suka tetapi beliau sudah buktikan yang sayap penerjunan yang diperolehi bukan percuma atau hadiah harijadi ......beliau ada semangat dan beliau merasai pahit maung menjadi askar wataniah ......walaupun bukan askar sepenuh masa sekurang kurangnya beliau tahu derita seorang tentera ........beliau mempersiapkan diri untuk berpolitik dengan baik ....cuma masa saja menentukan yan ......sokong kj

TESLAMARIN berkata...

mohon link ngan blog saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif