Selasa, 1 Februari 2011

Krisis Pelajar Di Mesir, Apa Tindakan PAS?


PAS mengambil kesempatan menjual nama mereka disebalik krisis yang berlaku di Mesir. Di dalam Harakah perlbagai bentuk artikel dikeluarkan antaranya kononnya mereka akan berusaha membawa pulang rakyat Malaysia. Ini bentuk pembohongan demi kepentingan politik mereka. Sedangkan PAS tidak boleh lakukan apa-apa selain mengutuk dan  mengata orang. 

Pada awal berlakunya pemberontakan dan demostrasi jalanan tahap bahaya, PAS kononnya mahu kerajaan Malaysia (BN) untuk mengambil ikhtibar dari kejadian itu kononnya rakyat Malaysia turut boleh melakukan sedemikian jika kezaliman kerajaan BN tidak terbendung lagi. Kenyataan ini jelas satu petanda PAS sengaja mahu menghasut rakyat Malaysia untuk bertindak seperti orang yang tidak bertamadun seperti mana amalan mereka yang suka membawa isu politik ke jalanan. Rakyat Malaysia janganlah terpengaruh dengan provokasi PAS ini kerana jelas, negara kita negara yang ada undang-undang dan kerajaan BN kini adalah kerajaan yang adil dan saksama. Cuma manusia yang berkepentingan yang tidak tahu berterima kasih sahaja mengatakan kerajaan yang ada sekarang ini zalim.

Pada Taming Sari, PAS harus mencerminkan muka hodoh mereka dahulu, kerana faktanya, sebelum rakyat Malaysia keseluruhan mahu menumbangkan kerajaan BN, kerajaan PAS Kelantan yang terlebih dahulu harus ditumbangkan kerana jelas menzalimi rakyat negeri itu. Pembaca mahu nafikan? Lihatlah kekejaman Nik Ajis dan PAS dalam menafikan hak air yang dirawat di Kelantan. Ini lah kekejaman tahap kritikal yang bakal tidak terjawab oleh Nik Ajis dihadapan Allah nanti. 

Berbalik pada isu Mesir, PAS cuba mempolitikkan keadaan apabila berlakon seakan mereka sibuk berusaha menekan kerajaan BN untuk segera membawa pelajar Malaysia pulang. Ia mengambarkan seakan-akan Kerajaan BN hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. PAS sengaja mencipta rasa benci rakyat sedangkan mereka sedar, di lapangan, Kerajaan sedang berusaha bagi membawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia. 

Taming Sari mendapat maklumat dari sumber yang sahih, kerajaan BN melalui Kementerian Luar sudah bertungkus lumus membina plan terbaik bagi mengangkut pulang 11 RIBU pelajar Malaysia dan beribu-ribu lagi rakyat Malaysia yang lain. Dengan jumlah pelajar seramai itu, dan tidak termasuk lagi beribu rakyat Malaysia di sana, plan yang praktikal perlu direncana. Sejak dari perkara ini berlaku, kerajaan sudah bertindak termasuk memantau situasi di sana melalui kedutaan Malaysia di Mesir.

DS Najib sendiri di dalam Buletin Utama TV3, menjelaskan bahawa jika kita mengunakan kapal terbang untuk mengambil mereka ia adalah suatu plan yang tidak tepat kerana dalam satu pesawat hanya boleh memuatkan 40 orang. Ia tidak akan menyelesaikan masalah tambahan pula memakan masa yang lama. Maka, plan untuk memindahkan dahulu pelajar dan rakyat Malaysia ke kawasan berhampiran yang lebih selamat perlu dilakukan. 

Apa yang dilakukan kerajaan adalah, mereka akan menghantar satu kapal peninjau TLDM untuk mengangkut rakyat Malaysia dan pelajar ke Jordan bagi membolehkan mereka bertenang di sana sementara menunggu kerajaan menguruskan mereka untuk dibawa pulang. Jumlah pelajar yang ramai tidak memungkinkan mereka boleh diangkut secara serentak. Ini fakta dan apa yang perlu dilakukan di saat ini adalah bertenang. 

Kerajaan turut runsing memikirkan plan segera tambahan pula, pelajar Malaysia terutama kaum hawa pastinya terdedah dengan ancaman kerana dikhabarkan pihak pemberontak sudah melanggar undang-undang dan sanggup merompak dan memecah rumah. Keadaan yang cukup tegang ini sememangnya amat merisaukan waris pelajar yang berada di Malaysia. Taming Sari pasti dengan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana, anda semua bayangkanlah, bagaimana sibuknya Kementerian Luar, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Mesir mahu melayan kerenah waris yang tidak putus-putus menghubungi mereka. Apa yang perlu waris lakukan di sini adalah bertawakkal kepada Allah sambil menaruh kepercayaan kepada kerajaan sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah ini. Jika tekanan  yang berat dilakukan oleh pihak waris, maka kerajaan juga turut tertekan untuk membawa pulang rakyat Malaysia. Taruhkan kepercayaan anda.

Bagi Taming Sari, waris harus menumpukan berita-berita semasa yang dikeluarkan oleh CNN, Aljazira dan pelbagai lagi agensi berita termasuk TV3 dan TV1 bagi membolehkan perkembangan terkini diperolehi. Sebaiknya jangan baca Harakah dan beberapa lagi akhbar sampah pembangkang yang lain kerana anda hanya diprovokasi dan menambah lagi kerisauan. Tiada jalan penyelesaian yang akan anda dapat jika baca itu semua dan jika sudah terbeli, buat sahaja lapik apa-apa atau buang sahaja ke dalam tong sampah.

Taming Sari berharap, semua waris dapat bertenang dan berdoa sebanyak-banyaknya kepada Allah S.W.T kerana hanya Dia yang maha berkuasa untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. Kerajaan sedang berusaha. Kepada kerajaan, perlu ada jurucakap dari Kementerian Luar yang memberitahu tindakan semasa pihak kerajaan supaya semua waris di Malaysia dapat mengetahui situasi dan keadaan di sana. Ini dapat mengelak mereka dari terus mendesak dan menyerbu Wisma Putra, Kementerian Luar dan media lagi. Sesungguhnya rakyat Malaysia dan pelajar di Mesir perlukan bantuan membawa mereka pulang manakala waris di sini mahukan perkembangan terkini. Ini sahaja yang mereka mahu dari kerajaan dan tolonglah kerajaan, tunjukkan apa plan anda.   

Nota kaki : Ikhtibar kepada rakyat Malaysia, tolak PAS, PKR dan DAP, pasti negara kita akan aman sentosa kerana hanya PAS, PKR dan DAP yang suka memecahbelahkan rakyat dan mengoncang keharmonian negara ini. Mahukah kita Malaysia menjadi seperti Mesir? Rosak masa depan negara.

Penulis,

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan menjadi suatu rahsia pelajar lulusan alazhar ialah pengikut setia pas di negara ini. sesiapa sahaja pelajar baru yang pergi ke sana dengan mudah menjadi ahli pas selepas kehadiran mereka ke sana. banyak aktiviti usrah/ perbincangan/ perjumpaan diadakan bagi mendapatkan sokongan mereka semua.

amalat memalukan bagi pas apabila mereka dilihat tidak dapat membantu/ berupaya menyelamatkan penyokong fanatik/ kader politik mereka pada saat mereka memerlukan bantuan ini. oleh yang demikian perlulah ada statement daripada pas tentang hal ini atas nama take care dan sebagainya( atas tujuan mendapatkan undi mereka ) maka bermacamlah cadangan yang dihaburkan oleh mereka.
kepulangan pelajar/ penuntut / rakyat malaysia ke negara ini menjadi beban pada kerajaan sepenuhnya. apa yang perludilakukan oleh pas ialah bising tentang kelemahan/ kelewatan/ gangguan prosedur dll yang bersifat negatif untuk dipalitkan kepada kerajaan. ini menyebabkan satu label negatif dapat diletakkan pada pihak kerajaan.
dan mereka tidak perlu berbuat apa-apa lagi. setelah kesemua mereka pulang ... keluar ayat.. kerjaan terpaksa bertindak selepas pas.....

Tanpa Nama berkata...

Yang nyata Allah nak menunjukan kepada pelajar-pelajar kat sana apa akan berlaku jika diorang menentang kerajaan secara membuat demo secara besar-besaran sehingga penjenayah terlepas dari penjara sehingga meyebabkan mereka sendiri terkeliru nak jatuhkan kerajaan ke nak selamatkan diri, yang pasti pelajar-pelajar tersebut pernah membuat demo kat KL dan anggaplah ini sebagai penunjuk agar mereka ini berubah kepada yang lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BENAR SEBAHAGIAN BESAR PENUNTUT MALAYSIA DI TIMUR TENGAH ADALAH PRO PAS YANG TEGAR....MEREKA TELAH DITARBIYAH OLEH PAS SEBELUM DAN SELEPAS KEBERANGKATAN MEREKA KE LUAR NEGARA...BAGI MEMPERKUATKAN KETAKSUBAN PELAJAR TERHADAP PAS RAMAI PEMIMPIN PAS YANG DATANG MENJENGUK SAMBIL MENANAM IDEOLOGI PAS DI HATI DAN SANUBARI PELAJAR.....MAKA LAHIRLAH INSAN YANG TIDAK BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH DI KALANGAN MEREKA.....PELAJAR -PELAJAR INI BUKAN SAHAJA DITARBIYAH OLEH PAS , MALAH SETENGAH IBU BAPA TURUT MEMAINKAN PERANAN MEREKA BAGI MELAHIRKAN MANUSIA YANG TAKSUB.....MEREKA LUPA USAHA-USAHA YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN SAHINGGA TERBUKA NYA PELUANG UNTUK MEREKA KE SANA.....KEPADA IBU BAPA DAN PELAJAR PRO PAS TOLONGLAH JADI INSAN YANG BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH....KALAU TERLAMPAU BENCINYA KALIAN PADA UMNO TOLONG LAH BERSYUKURLAH PADA ALLAH DI ATAS KENIKMATAN DAN PELUANG YANG ANDA PEROLEHI.......KERAJAAN BUKAN NYA BERPELUK TUBUH DENGAN APA YANG BERLAKU KE ATAS PELAJAR KITA DI SANA......KERAJAAN PERLU MERANCANG BENTUK PERTOLONGAN DAN BANTUAN YANG BETUL-BETUL BERKESAN SEBELUM SEBARANG KEPUTUSAN DIAMBIL.....FAKTOR JARAK, FAKTOR MASA, FAKTOR GEOGRAFI,FAKTOR KESELAMATAN,SERTA BILANGAN PELAJAR YANG BESAR MEMERLUKAN MASA DAN PERANCANGAN YANG RAPI UNTUK DILAKSANA.......KITA TIDAK BOLEH BERTINDAK SECARA SEMBRONO DAN TANGKAP MUAT KERANA IA MELIBATKAN SOAL KESELAMATAN......KEPADA PAS TOLONGLAH LONTARKAN SEBARANG IDEA BAGI MEMBANTU KERAJAAN DAN BUKAN NYA MEMBUAT TOHMAHAN DAN KRITIKAN MURAHAN...TOLONGLAH JADI PEMBANGKANG YANG MATANG DAN BERKUALITI SEBAGAIMANA PEMBANGKANG DI NEGARA LAIN YANG MANA MEREKA TURUT SERTA BERSAMA KERAJAAN BAGI MELAKSANAKAN SESUATU YANG BAIK UNTUK NEGARA DAN RAKYAT......BERCAKAP MEMANG MUDAH TETAPI UNTUK MELAKSANAKAN NYA TIDAK SEMUDAH YANG DIFIKIRKAN......KALAU PAS MEMANG PRIHATIN...TOLONG LAH PAS HANTAR SATU MISI KE SANA DAN KALAU TAK MAMPU TOLONGLAH BAGI IDEA YANG CERDIK DAN BERNAS BAGI MEMBANTU KERAJAAN UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT TERSEBUT.......UMNO DAN KERAJJAAN TIDAK MENGAHARPKAN APA-APA DARI PAS CUMA KITA HARAP PAS TOLONGLAH DIAM.....BIAR UMNO YANG BUAT KERJA..DAN PAS HANYA LAH JADI PENONTON SAHAJA.....USAH DIGANGGU KERJA ORANG...KERANA MEMANG KERAJAAN TIDAK PERNAH DUDUK DIAM DAN SENTIASA MENCARI YANG TERBAIK UNTUK RAKYATNYA.......TAK USAH PAS NAK JADI HERO DAN JAGUH KAMPUNG.....AYUH BUAT KERJA......KEPADA SELURUH ALIM ULAMAK PAS, INILAH SAAT YANG PALING SESUAI UNTUK DIBUAT SEMBAHYANG HAJAT DAN BERDOA AGAR ANAK-ANAK KITA DI SANA DILINDUNGI ALLAH DARI MARA BAHAYA......DAN DOA SEBEGINILAH YANG DIPANDANG OLEH ALLAH S.W.T DAN MUNGKIN AKAN DIMAKBULKAN NYA.......KEPADA PAS TOLONG LAH TINGGALKAN DULU PENTAS POLITIK UNTUK SEKETIKA....DI SAAT INI BUKAN MASA NYA UNTUK BERPOLITIK DAN BERPATIAN...KERANA HAMBA RAKYAT TIDAK SEMPAT DAN MALAS UNTUK MEMIKIRKAN NYA......TOLONGLAH JADI MANUSIA NORMAL UNTUK SEKETIKA...TOLONG LAH JADI MANUSIA NORMAL UNTUK SEKETIKA........



ABE ZUL KELATE

Akiddo Junior berkata...

kenapa isu keselamatan pun nak di politkkan?
Agak rasa terkilan bila waris2 di sini bimbangkan keselamatan anak2 mereka di sana, sesetengah dari kita pula mengambil kesempatan untuk mempolitikkan hal ni.
Untuk saya, tindakan paling bijak ialah fokus menghulurkan bantuan kepada rakyat kita disana, tolak ketepi soal politik dan kepartian.
Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ye lah tuh.. bila isu2 X menguntungkan mrk (DA-Pigs, DA-P-K-aL, DA-amPAS) tok sah dipolitikkanlah, ianya tangungjawab KERAjaan Federal jahilliahlah, KERAjaan Pukatan cuma perlu tonggengjuboq jah lah!

Tanpa Nama berkata...

DALAM APA-APA KEADAAN PAS MELIHAT DARI SUDUT KEUNTUNGAN POLITIK MEREKA.
LIHAT SAHAJA SEMASA KEJADIAN BANJIR DI TENANG TEMPOH HARI... BAYANG ORANG PAS NAK MENOLONG PENGUNDI/ MANGSA BANJIR TAK NAMPAK LANGSUNG.

KALAU DIA NAK BANTU BOLEH BUAT
1. KUTIPAN DERMA KILAT UNTUK MANGSA BANJIR
2. MELAWAT MANGSA BANJIR ( WALAUPUN TELAH KALAH DALAM PILIHANRAYA KECIL )
3. MERAYU BANTUAN DARIPADA JENTERA PILIHANRAYA UNTUK SAMA MEMBANTU

.... SELEPAS KALAH
MUKA PUN TAK NAMPAK.

ORANG JOHOR KATA
INILAH WAJAH SEBENAR MEREKA
DATANG UNTUK KEUNTUNGAN PERIBADI

SAMA JUGA DENGAN ISU KEMATIAN SETIAUSAHA UMNO CAWANGAN ( NAK KUTUK NAJIB SEBABKAN MAYAT TAK DIURUSKAN DENGAN BAIK SEHINGGAKAN ORANG PAS YANG MENGIMAMKAN JENAZAH )

REALITINYA
1. URUSAN JENAZAH BUKAN SAHAJA SEMBAHYANGKAN ( ADA TAHLIL LELAKI, TAHLIL PEREMPUAN , MANDIKAN MAYAT, SEMBAHYANGKAN MAYAT, ANGKAT JENAZAH KE KUBUR, TALKIN DI KUBUR, KEBUMIKAN JENAZAH)
2. DI JOHOR ADA TAHLIL PADA MALAMNYA LEPAS ISYAK ( NEGERI LAIN SAYA TAK TAHU ). BIASANYA SELAMA SEMINGGU
3. SEPANJANG BERBELAS TAHUN IMAM TERSEBUT MENJALANKAN AMANAH DAN TUGAS YANG DIBERI DENGAN SEBAIK MUNGKIN TANPA MENGHARAPKAN NAMA/ BALASAN
4. KEMATIAN ORANG KAMPUNG ITU SELEPAS INI AKAN DIURUSKAN SEGALANYA OLEH PAK IMAM TADI DAN BUKAN IMAM MUDA PAS YANG DATANG MASA KEMPEN TU. BUDAK PAS INI TAK TAHU KAT MANA SEKARANG
5. SELEPAS INI BELUM TENTU UPACARA KEMATIAN AKAN DIHADIRI OLEH CALON PAS SEBAB SELAMA INI ORANG INI TAK BUAT APA-APA PUN TERHADAP TENANG..... FIKIRKANLAH
ADA MUNAFIK DI SINI

AnaQarbana berkata...

Apa tindakan PAS....
[1] salahkan kerajaan..
[2] Adakan tunjuk perasaan bantah kenaikan harga barang....
[3] Solat hajat dan doakan kemusnahan kerajaan BN/UMNO kerana zalim...
[4] Menduh/mendakwa apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari kezaliman Kerajaan BN/UMNO Malaysia...
[5] Tuntut ISA di mansuhkan kerana apa yang berlaku di Mesir itu adalah sebahagian dari ISA
[6] Adakan demonstrasi bantah saman ekor
[7] Menuduh UMNO/ahli UMNO sebagai jahiliah kerana menentang PAS [kononnya PAS itu Islam]

Laksamana Bentan berkata...

Sala, harap maklum,

Pas tidak mengamalkan ajaran Islam semasa berpolitik tetapi mempolitikkan agama Islam.

AnaQarbana berkata...

mempolitikan isu keselamatan...itu antara kerja parti pembangkang termasuk PAS...PASlah bertanggungjawab mewujudkan suasana keselamatan kian ternacam atas nama demokrasi, hak kebebasan bersuara, hak asasi kemanusiaan. Lihatlah apa yang PAS bantu kerajaan dalam soal keselamatan...PAS mempertikaikan pembesaran pasukan keselamatan, memperlekehkan sistem pertahanan negara, menghina membenci PDRM. Sebenarnya PASlah yang bertanggungjawab berlaku huru-hara di Malaysia dan tak mungkin apa yang berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia kerana PAS dan konco-konconya mengidamkan huru hara dan kacau bilau seperti itu, lihatlah dalam beberapa siri PRK dan PRU...PAS yang banyak mencetuskan suasana tidak tenteram semasa berkempen. Apa yang PAS buat untuk menenteramkan keadaan...tiada....kerja PAS mewujudkan suasana tidak aman....PAS hidup dengan rusuhan, demonstrasi atas beberapa perkara ataupun isu remeh....

Bahtera Merdeka berkata...

Salam,

pas akan mempolitikkan apa sahaja:

1. jenazah
2. nama allah
3. keselamatan pelajar
4. keganasan al maunah dan memali
5. isu mesir dan tunisia
6. DAP pijak sejadah dlm mesjid surau
7. gesaan Kuan Yew longgarkan pegangan Islam
8. banyak lagi...banuak lagi..

p/s: http://bahteramerdeka53.blogspot.com

tenangsudey berkata...

Jom baca Krisis Darurat di Mesir - Mengapa dan Bagaimana

Mari lihat dan baca Benarkah Amerika Mencari Jelmaan Hosni Mubarak di Mesir dan kaitannya dengan Krisis Darurat di Mesir

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

SEKARANG SARANG ATAU KILANG MENGELUARKAN "MUJAHIDIN" PAS TELAH PUNAH... KEMANA PULAK PUAK-PUAK NI NAK PERGI.....HABISLAH... ALLAH DAN TUNJUK. TAPI BAGI ORANG2 PAS MEREKA TAK AKAN MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA INI. MEREKA APA PEDULI.

KALAU MEREKA MAHUN MALAYSIA JADI MACAM MESIR.. SAYA SOKONG BEBENAO. APAKAH TIDAKNYA.:

1- APABILA RAKYAT MERONTAK, NEGERA AKAN MENJADI KACAU BILAU.
2- ASKAR DAN POLIS AKAN MENGAMBIL TEMPAT.
3- KERAJAAN AKAN DIGANTIKAN ATAU DIAMBIK ALIH OLEH TENTERA.
4- MAKA JADILAH MAGERAN
5- INILAH PELUANG MELAYU MEROMBAK PERLEMBGAAN.
6- JADIKAN KAN RAJA SEBAGAI KETUA PEMERINTAH DAN KETUANAN MELAYU DIBAGUNKAN SEMULA
7- LANJUTKAN DEB SEHINGGA TAHUN 2050
8- PASTIKAN PENCAPAIAN 50% DASAR EKONOMI BUMIPUTRA
9- TANGGUH PILIHAN RAYA SEHINGGA 5 TAHUN.

SATU SOALAN DARI SAYA.... MAHUKAH MCA, MIC, HINDRAFT, PPP, DAP, PKR, PAS DAN LAIN-LAIN PATI PEMBANGKANG MENERIMA HAKIKAT INI....?????????.

BODOH PUNYA OTAK...NEGERA DAH AMAN, NAK CARI SUSAH PULAK...!!!

Abe zul Kelate berkata...

KEPADA PELAJAR YANG PRO PAS TOLONGLAH TINGGALKAN PERJUANGAN YANG SIA-SIA INI DEMI AGAMA SUCI ALLAH.....SESUNGGUHNYA KALIAN TIDAK AKAN BERDOSA JIKA MENINGGALKAN PERJUANGAN PAS.......

cermin2mirror berkata...

PAS memang pakar dalam putar belit untuk kepentingan peribadi.
Rakyat semua tau,tapi realitynya permainan kotor PAS berjaya..
Terpulang pada rakyat untuk berfikir.
Tapi,kalau hari hari di asak dengan perkataan MASUK PAS AKAN MASUK SYURGA,lembu yang bodoh pun akan ikut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif