Jumaat, 18 Februari 2011

Mahsiswa Pro Pembangkang Perlu Dibuang Dari Universiti


Pihak universiti yang kini memiliki autonomi penuh menghukum pelajarnya patut mengambil tindakan segera menghukum pelajar yang menimbulkan huru-hara di kampus. Suasana pilihanraya kampus yang sedang diharungi kini dicemari dengan demontrasi mahasiswa yang dilihat persis demontrasi pembangkang di luar. 

Taming Sari melihat perkara ini perlu diambil perhatian serius kerana kerajaan BN membina Universiti adalah untuk melahirkan bakal pewaris kepimpinan negara. Apa yang berlaku pada hari ini sudah menyimpang kerana bukan sahaja mahasiswa di dalamnya sudah lari dari tujuan asal malah mereka turut cenderung memilih fahaman politik songsang bawaan PAS dan PKR. Paling malang apabila ada dikalangan pensyarah universiti yang berkelulusan PHD bergelar DR hasil tajaan kerajaan BN turut menghasut pelajar mengidolakan pemimpin pembangkang di luar untuk membentuk wadah perjuangan.

Lihatlah cara mereka berkempen iaitu cara berpidato, logo parti mereka, risalah flyers yang digunakan, laman blog yang mereka bangunkan persis apa yang dilakukan oleh pembangkang di luar sana. Ini bukti mereka sebenarnya turut ditaja oleh parti PAS dan PKR demi menghuru-harakan suasana di kampus dan mendotrin pemikiran pelajar lain untuk memilih perjuangan pembangkang apabila mereka tamat pengajian nanti. 

Sikap mereka yang anti-HEP dan sering mencurigai HEP selaku SPR kepada pilihanraya kampus turut sama meniru sikap curiga pemimpin pembangkang kepada Suruhanjaya Pilihanraya di pilihanraya umum. Semua ini tidak lain hanya mahu mendidik jiwa mahasiswa pro mereka supaya berhati busuk dan terus menerus menghentam dan menyalahkan HEP. Jika terus didotrin sebegini apabila mereka sudah tamat pengajian nanti, mereka turut akan mencurigai kerajaan dan menyokong barisan pembangkang untuk menentang kerajaan. 

Taming Sari dapat melihat bahawa mahasiswa seperti ini bakal menjadi ancaman kepada kerajaan dan negara pada masa akan datang serta wajib bagi kita memerangi mereka. Kerajaan harus mengenakan tindakan buang universiti kepada mereka yang ekstrim ini supaya penyakit ini tidak terus merebak. Kita bukan menghalang demokrasi politik mahasiswa tetapi kita tidak mahu mereka menyalahfahami demokrasi dengan berpihak kepada PAS dan PKR yang Useless dan berideologi anti-nasional ini. 

Pihak universiti dan KPT perlu mengambil perhatian serius ke atas fenomena ini. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami sokong 500% cadangan tersebut

Abe zul Kelate berkata...

MEREKA SEUMPAMA BARAH DALAM IPT....SEBELUM TERLAMBAT LAKUKAN SESUATU....JANGAN BIARKAN IPT HILANG SERI DAN FUNGSINYA AKIBAT PERBUATAN SEGELINTIR SISWA YANG TIDAK BERTAMADUN DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR....KEPADA SISWA LUPAKANLAH POLITIK UNTUK SEKETIKA...TUMPUKAN KEPADA PENGAJIAN ANDA..ANDA LAH HARAPAN AYAH DAN BONDA.....PEMIMPIN POLITIK PEMBANGKANG TIADA SEBESAR ZARAH PUN JASA DALAM IPT....MEREKA HANYA INGIN MELIHAT KEMUSNAHAN DAN KEHANCURAN LANTARAN ITU ANDA LAH PLATFORM MEREKA DALAM MENCAPAI CITA-CITA POLITIK SEMPIT DAN MUAL.....JALAN ANDA MASIH TERLALU JAUH....USAH SIA-SIA KAN MASA DEPAN ANDA...USAH PERJUDIKAN UNTUNG NASIB ANDA KEPADA MEREKA YANG TIDAK MENGERTI.....ANDALAH PENENTU MASA DEPAN ANDA......PILIH LAH JALAN TERANG AGAR ANDA TIDAK TERSESAT DALAM CAHAYA........

Tamingsari berkata...

Betul abe zul...

1st TQ sbb bnyk komen dlm blog ini dan setia melawat blog ini...

Kawe stuju ayat mu : "jangan sesat dalam cahaya"....

Ini adalah orng fasiq dan munafik...

Kpd mahasiswa, ingat, kamu berada di tangga seperti itu atas jasa dan bantuan kerajaan BN dengan izin Allah...

Berterima kasihlah pada kerajaan krn dengan berterima kasih itu kamu tergolong dalam golongan mereka yg bersyukur...

WDG87 berkata...

YG PUAK2 PEMIMPIN BN (BUKAN MENTERI PUN) SELALU BUAT PROGRAM DI SEKOLAH2 DAN UNIVERSITI TU NAPE XPERSOALKAN. GI ATAS KAPASITI KEMENTERIAN, TAPI AMBIL KESEMPATAN KEMPEN KERAJAAN BN DAN CEMUH PEMBANGKANG.. JGN LUPA,KELAB UMNO LUAR NEGARA DITUBUHKAN KHAS UTK PELAJAR!!

Tanpa Nama berkata...

Blog yang langsung tidak berilmiah.

Kerajaan demokrasi, bebas lah bersuara. Pelajar pun perlu terdedah pada politik. Mereka generasi pemimpin masa depan. Biarlah mengasah bakat kepimpinan mereka. Bebaskan fikiran mereka untuk menyokong atau menentang.

Sudah tentu menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat. Kebajikan dan kemaslahatan rakyat itu tugas kerajaan. Sudah tentu sekiranya pembangkang menjadi kerajaan, mereka juga perlu menyediakan dana pendidikan, tajaan untuk rakyat belajar, sama sahja. Tak perlu mengungkit. Entah entah kalau pembangkang jadi government, rakyat dapat lebih baik dari apa yang sekarang. Ini kerajaan dengan rakyat pun nak meniaga.

Profesor bertaraf PhD mungkin lebih cerdik menilai tahap dan situasi kerajaan, lebih berfikir. Guna akal. Otak. Sebab itu mereka beralih kepada pembangkang. Bukan seperti mereka-mereka yang menyokong BN membuta tuli.

Yang silap tetap silap, salah tetap salah waima pembangkang.

Wallahu'alam.

Tamingsari berkata...

Blog ini tak ilmiah ke atau apa ke, ada bapak kau kesah ke si jumud?

Sbb blog nie pro kerajaan dan anti pembangkang so tak ilmiah le..

Bangang punya komen...

TAK ILMIAH LANGSUNG...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif