Jumaat, 4 Februari 2011

Peguam Bela Peliwat Bakal Membela Penderhaka!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini ditahan polis mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan dalam blognya baru-baru ini yang dilihat menghina dan menghasut orang ramai supaya menentang institusi raja.

Wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin depan mengikut Seksyen 4 (1) (c) akta tersebut.

Shuhaimi ditahan selama 10 minit sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 11.15 pagi ini.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis serta seorang penjamin iaitu Abdul Razak Ismail.

Sementara itu, Shuhaimi ketika ditemui pemberita selepas dibebaskan hari ini memberitahu, beliau dipanggil ke IPD Shah Alam melalui panggilan telefon petang semalam dan diminta hadir ke balai pada sebelah malam untuk ditahan.

Ujarnya, beliau bagaimanapun meminta kebenaran untuk hadir pagi ini kerana sedang dalam perjalanan untuk memberi ceramah di luar Selangor.

“Jadi pagi ini saya hadir untuk ditangkap dan sudahpun ditangkap, kemudian diberi jaminan polis beserta seorang penjamin iaitu Abdul Razak.

“Saya akan didakwa Isnin ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” katanya yang ditemani peguam Latheefah Koya, ADUN Sri Andalas, Dr. A. Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan penyokong-penyokong PKR.

Ketika ditanya adakah beliau akan hadir di mahkamah pada Isnin ini, Shuhaimi mengesahkan kehadirannya.

Sumber
_________________________________________________________

Kata Taming Sari :

Semasa menulis dulu, Shuhaimi tidak berfikir secara rasional. Jelas dan bersuluh tulisannya yang pada zahirnya nampak biasa namun mesej di dalamnya terisi hasutan yang boleh mengugat kedaulatan Sultan Selangor.

Hanya kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan SUK baru yang diperkenan baginda, si Shuhaimi yang jelas menderhaka sanggup menidakkan keputusan YTM Sultan Selangor.

Hari Isnin ini kita saksikan si penderhaka yang bakal didakwa. Peguam yang disenaraikan membela si penderhaka ini juga jelas peguam yang sama membela seorang peliwat.

Malu rasanya kerana negara ini ada manusia hipokrit yang berstatus peguam kerana berpaksikan politik, undang-undang dimanipulasi, agama dipermainkan dan bangsa digadaikan.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif