Jumaat, 11 Februari 2011

Pemuda Majlis Gereja Malaysia "Hina" Ustazah Siti Norbahyah



Kenyataan yang kurang ajar yang dikeluarkan oleh Pemuda Majlis Gereja Malaysia (CCM) mengatakan bahawa Ustazah Siti Norbahyah Mahamood sebagai selebriti bagaikan menjatuhkan imej pendakwah tersohor itu. Ustazah ini lebih tinggi martabatnya dari selebriti lain yang hanya tahu menghibur keterlaluan. Memang beliau seorang selebriti kerana sering muncul dalam slot Semanis Kurma siaran TV9 namun beliau lebih tepat adalah pendakwah selebriti yang perlu dihormati.

Pemuda CCM membidas kenyataan Ustazah kononnya beliau mengeluarkan kenyataan menghina ajaran Kristian. Ustazah dikatakan menuduh maksiat, couple dan disko sebagai budaya tradisi Kristian. Baca sini selanjutnya.

PERSOALANNYA. Benarkah Ustazah berkata sedemikian?

Taming Sari sendiri menonton rancangan Halaqah tersebut dan menafikan Ustazah berkata sedemikian. Jika benar ada Ustazah menyata sedemikian, sertakan dengan bukti video agar ia jelas. 

Bagi Taming Sari yang pernah bersama Ustazah satu ketika dahulu menjayakan program forum di salah sebuah universiti di utara amat yakin, beliau seorang yang amat berhati-hati dalam berkata-kata. Beliau seorang yang amat dedikasi, bertangungjawab dan tidak pernah menyakitkan hati kawan atau lawan. Taming Sari melihat pemuda CCM sengaja mahu menjolok sarang tebuan dan sengaja mahu menabur fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti seorang pendakwah Islam.

Pemuda CCM diingatkan jangan cuba bermain api dan sengaja mencetuskan kemarahan orang Islam yang sayangkan ulama dan pendakwah Islam. Kenyataan menyamakan Ustazah dengan selebriti murahan hanya kerana membangkitkan kenyataan Ustazah yang diragui kebenarannya adalah satu tindakan melampau dan perlu diajar.

Kepada peminat dan anak murid Ustazah Siti Norbahyah, anda wajib menentang fitnah ini. 

Nota kaki : Memang diakui budaya disko, maksiat dan couple ini budaya dari barat yang rata-rata mereka ini adalah beragama Yahudi dan Kristian. Kita akui, ajaran agama-agama itu turut menolak perbuatan maksiat dilakukan penganutnya tetapi mereka sendiri yang tidak memahami  hal agama masing-masing telah menghalalkan semuanya. Sendiri kena fikirlah.

Tambahan :

Orang Islam terutamanya perlulah berhati-hati dengan permainan mereka ini. Bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam AlQuran (Al Baqarah 120):
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif