Isnin, 7 Februari 2011

Taktik Baru DAP Hina Melayu Melalui Risalah My Balik Pulau !!

Risalah Mybalik Pulau yang diterbitkan oleh Persatuan Seni Pendidikan

5 Feb 2011, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang menuntut permohonan maaf dari Muhammad Farid Saad, ADUN BN Betong kerana mendakwa risalah Mybalik Pulau yang didakwa oleh ADUN Betong tersebut diterbitkan oleh Kementerian Pelancongan bukannya kerajaan negeri Pulau Pinang (baca sini). Ternyata Guan Eng berbohong dan meludah ke muka sendiri.


Ilustrasi kartun yang dilukis oleh May Leong dalam risalah Mybalik Pulau yang menghina orang Melayu sebagai peminta sedekah dari Chetti dan Along. Amat biadap dan rasis sekali kartun ini. Risalah My Balik Pulau turut merbahaya kerana cuba memutarbelitkan sejarah. "Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu" kata Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain dalam Utusan Malaysia pada 2 Februari 2011 (baca sini).

Arts Ed adalah satu NGO yang menjadi Executice Committe di bawah sekretariat Socio Economic & Enviromental Research of Institute (SERI), Penang. Arts ED telah mengedarkan risalah ini kepada sekolah-sekolah di sekitar Balik Pulau sejak sebulan yang lalu. Tindakan Arts ED ini adalah untuk menanam fakta yang salah kepada penduduk Balik Pulau bahawa orang Cina sudah lama bertapak di Balik Pulau.

Mengapa Arts ED dan SERI perlu menyuntik fakta salah tersebut? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau untuk merealisasikan hasrat mereka menubuhkan Universiti Nanyang di Balik Pulau (baca sini). Sebelum mengusir tanah, DAP mahu usir dahulu kepercayaan yang ada dalam fikiran orang Melayu. Agenda yang dirancang oleh SERI yang mengadakan polisi penyelidikan dan pendidikan di Pulau Pinag.
Guan Eng yang bertanggugjawab penuh dengan risalah My Balik Pulau ini. SERI adalah sebuah institut yang berada di bawah naungan kerajaan DAP Pulau Pinang. Dua orang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ditempatkan sebagai Executive Director SERI (baca sini). Guan Eng secara terancang telah cuba untuk menyuntik fakta palsu kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang, khususnya generasi muda bahawa orang Cina sudah lama bertapak di Pulau Pinang. Rugi orang Melayu Pulau Pinang kerana ada Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa Melayu tetapi menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri. Sanggup menjadi talibarut DAP bagi menjayakan usaha merampas tanah orang-orang Melayu di Balik Pulau.

Sumber

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif