Khamis, 3 Mac 2011

Badrul Hisham, Pergilah Ke Sidang DUN, Jangan Gentar!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata, beliau akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan hujung bulan ini.

Beliau berkata, sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti.

Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DUN Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.


Kata Taming Sari :

Sememangnya Badrul kini kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang selepas mahkamah memutuskan ia tidak kosong seperti mana dakwaan speaker DUN Selangor. 

Speaker DUN Selangor yang dilihat kerap melakukan keputusan berat sebelah telah memutuskan DUN itu kosong sambil menolak permohonan dan rayuan dari Badrul Hisham.

Speaker melakukan sedemikian tepat pada persidangan khas DUN Selangor bagi mengundi meminda perlembagaan bagi menambahkan kuasa menteri besar Selangor dalam pemilihan SUK Selangor. Dengan mengurangkan undi di pihak BN mereka berpendapat, 2/3 yang dicari akan diperolehi. Hakikatnya mereka tetap gagal.

Hari ini, mereka sudah tidak hiraukan semua itu lagi dan senyap-senyap redho dengan pelantikan Khusrin sebagai SUK. 

Biasalah, perjuangan Pakatan Rakyat ada pasang surut ikut selera politik mereka. Yang bodoh, bahalul dan bingainya adalah penyokong tegar mereka yang jahil dan buta kayu.

Wallahhualam.

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif