Jumaat, 4 Mac 2011

Bukan Ummi Sahaja Puas Aksi Semalam!


Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 malam tadi “mengganyang” Ketua Pembangkang tersebut pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Bertempat di Rumpun Makmur, Ummi yang merupakan adik kepada orang kanan Anwar, Azmin Ali mendedahkan satu persatu tingkah laku Ketua Umum PKR yang menjadi tokoh utama parti pembangkang hari ini.

Bermula dengan pendedahan skandal Anwar dengan kakak iparnya, Shamsidar Taharin, Ummi begitu bersemangat menelanjangkan Anwar yang dulunya terkenal dengan panggilan “pak syeikh” dalam soal rasuah, liwat dan penyalahgunaan kuasa ketika berada di puncak kuasa.

Ceramahnya yang bertentangan dengan ceramah parti pembangkang yang turut menampilkan Anwar dan kuncu-kuncunya lain sedikit pun tidak menggentarkan Ummi Hafilda yang terus menerus menelanjangkan satu persatu tindak tanduk Anwar.

Ketua Pembangkang yang tiba di pentas ceramah mereka kira-kira pukul 10 malam menaikkan lagi semangat Ummi apabila mencabar Anwar menafikan segala tuduhan dan dakwaan yang didedahkan oleh beliau.

“Saya cabar Anwar kalau berani samanlah saya atas segala dakwaan yang saya lontarkan ini. Saya mahu menyelamatkan negara daripada “pelacur” agama, bangsa dan negara demi kepentingan rakyat negara ini.

“Saya cabar Anwar kalau berani samanlah saya atas segala dakwaan yang saya lontarkan ini. Saya mahu menyelamatkan negara daripada “pelacur” agama, bangsa dan negara demi kepentingan rakyat negara ini.

“Ingatlah saudara…Anwar raja putar alam hanya tahu cakap dan retorik serta seorang pemimpin yang berselindung di sebalik ketokohan beliau hingga menjadi orang kesayangan Tun Dr Mahathir pada satu ketika dahulu.

“Namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-segalanya apabila beliau akhirnya tersingkir daripada kerajaan dan parti pada 1998. Saya bersyukur kerana walaupun dihina, ditohmah dengan pelbagai kata-kata keji, saya berjaya menyelamatkan negara daripada raja putar alam,” katanya.

Ummi seterusnya berkongsi pengalaman bagaimana beliau menghadapi saat-saat getir apabila ditangkap setelah mendedahkan tingkah laku Timbalan Perdana Menteri pada 1997.

“Saya ditangkap seperti seorang penjenayah. Selepas itu saya ditekan, dimasukkan ke dalam lokap dan menerima pelbagai tekanan lain. Namun Alhamdulillah, dengan berkat doa dan kesabaran, hari ini saya bersama saudara dan saudari sekalian untuk berkongsi tingkah laku tokoh pembangkang itu,” katanya.

Beliau turut berceloteh bagaimana Anwar hari ini sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Anwar pernah sebut anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Azmin anak saya..ops tersilap….,” katanya yang disambut gelak ketawa hadirin yang hadir.

Ketua pembangkang yang berceramah bertentangan denga Ummi seolah-olah tidak keruan apabila ceramahnya tidak seperti biasa dan penonton yang hadir pun dikatakan terkejut kerana Anwar tidak sepertimana kebiasaan beliau berceramah.


Nota kaki : Anwar bagai hilang telur malam tadi apabila diserang begitu ekstrim oleh Ummi dan keyakinan Ummi makin tinggi kerana dia tahu dia berada dipihak yang benar. Anwar dikhabarkan datang lewat dan pulang awal seakan tidak mampu menangkis serangan srikandi negara ini. Taming Sari juga sangat berpuas hati sepuas Ummi melepaskan geramnya kepada Anwar. Kebenaran harus ditegakkan dan percayalah Ummi semua blogger pro kerajaan akan berdiri teguh bersama Ummi bagi menghapuskan pengaruh Peliwat Negara, Agama dan Bangsa ini. Bukan Ummi sahaja puas malam tadi, semua pencinta keadilan dan bencikan peliwat turut puas dengan cetusan hati Ummi.

Gempar! gambar Ummi di super Impose! Ummi harus saman Harakahdaily!!. Baca sini.

Wallahhualam.

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A'kum. Sebagai seorang Islam yang cintakan agama, bangsa dan negara, yang benar akan tetap benar. Allah maha mengetahui. Hukuman Allah itu benar.

KUASA, KEKAYAAAN dan PENGARUH merupakan punca kemungkaran manusia terhadap Allah.

Dengan KUASA manusia terpedaya mencari KEKAYAAN dan PENGARUH. Sebenarnya hanya Allah yang MAHA BERKUASA.

Dengan KEKAYAAN manusia tertipu mencari KUASA dan PENGARUH. Sebenarnya hanya Allah yang MAHA KAYA.

Dengan PENGARUH manusia terperangkap mencarI KUASA dan KEKAYAAN. Sebenarnya hanya Allah yang MAHA BERPENGARUH.

KUASA, KEKAYAAN dan PENGARUH telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam Islam. Lihat saja dunia Islam dewasa ini.

SIAPALAH KITA. SEDANGKAN MEMBUAT SEHELAI BULU ROMA PUN KITA TAK BERDAYA.

Ingatlah saudara-saudara muslimin dan muslimat. Kita dijadikan Allah supaya menjadi khalifah supaya membuat kebaikan dan memakmurkan dunia bukan menghancurkannya (ayat 11 Surah Al Baqarah). Kita dijadikan Allah untuk mengabdikan diri kepada NYA (ayat 56 Surah Adz-Dzaariyaat).

SESEORANG ULAMAK TIDAK SEMESTINYA ALIM. ALIM PULA TIDAK BERMAKNA MENJADI ULAMAK.

Allah melihat pada 'HATI-HATI" kita dan bukan pada banyaknya ilmu dan amalan seseorang.

Jika titian yang lebar dan luas pun masih belum berjaya di lintasi, bagaimanalah ketika melalui Titian MUSTAQIM (titian yang digambarkan seperti rambut sehelai dibelah tujuh)yang perlu dilalui. Titian ini wujud dalam diri kita semasa hidup ini. Hanya iman yang lahir dari "HATI" sahaja yang berupaya melaksanakannya.

Saya mengingatkan diri saya dan muslimin serta muslimat, marilah kita bersama-sama bertaubat untuk mendapat keredhaan Illahi.

Amin...

Hidup ku dan mati ku adalah milik Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif