Rabu, 2 Mac 2011

Ingat! Saiful Pernah Berdoa Di Mekah


Biarpun prosiding mahkamah masih berjalan dan sehingga ke hari ini masih belum menemui penghujung, Taming Sari amat pasti Saiful Bukhari berada dipihak yang terinaya oleh seorang politikus rakus dan bernafsu songsang sang Anwar. Malang sungguh negara ini kerana lahirnya manusia seperti Anwar walaupun asal keturunannya baik dan disanjung masyarakat.

Selepas proses mengenalpasti ada sperma di dalam dubur Saiful yang akhirnya menemui DNA yang dikelaskan sebagai "lelaki Y" oleh makmal segala bukti diselongkar bagi menilai dan menyamakan ia dengan DNA Anwar Ibrahim. Ternyata usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T apabila jalan mendapatkannya dipermudahkan dan mahkamah makin diyakinkan bahawa DNA lelaki Y yang ada di dalam dubur Saiful itu sama dengan DNA Anwar Ibrahim.

Sehelai bulu, botol air minuman, berus gigi dan tuala kecil 'Good Morning' merupakan barang yang dirampas oleh pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Bukit Aman dari sel lokap tahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara pada Julai 2008. Bahan kes ini membolehkan bukti diperkukuhkan dan mampu dikaitkan dengan tuduhan ke atas Anwar.


Dalam keterangan di mahkamah semalam, pihak polis dan beberapa orang penganalisis forensik digital telah memberi keterangan berkenaan rakaman kamera tertutup (CCTV) yang dirakam pada 26 Jun 2008, di Kondominium Desa Damansara, tempat Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Salah satu rakaman CCTV yang dipamerkan adalah imej (gambar atas) seorang lelaki yang membawa beg kertas (paper bag) di tangan kanan manakala memegang kertas dan baju kot di tangan kiri. Lelaki yang dipamerkan itu memakai baju putih dan seluar hitam dirakam ketika sedang memasuki lif di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Lelaki ini juga turut didakwa sebagai ‘Lelaki Y’.

Taming Sari amat berharap agar kes ini segera diselesaikan oleh mahkamah selepas satu persatu bukti mengukuhkan bahawa Anwar benar-benar meliwat Saiful. Sehingga sekecil bahan bukti sehingga ke bukti DNA sudah memadai mengaitkan Anwar melakukan perkara sedemikian.

Kita harus ingat, Saiful pernah berdoa di Jabal Rahmah memohon petunjuk Allah bagi membuktikannya dia berada di pihak yang benar. Berdoa di Jabal Rahmah pasti akan mendapat perkenan dari Allah, Tuhan pemakbul segala doa dan Maha Pelindung kepada hambanya yang terinaya. Bersama-samalah kita berdoa agar Saiful terus mendapat pembelaan dan keadilan. Semoga peliwatnya itu segera dihukum.

Nota kaki : Ingat Anwar! andaikata engkau berjaya menutup kes ini sekalipun, azab Allah tetap menanti kau di akhirat nanti.

Wallahhualam.

Penulis,
تاميݞ ساري

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KO NI MMG MANGKUK AYUN...SAME NGAN SAIFUL TU...DUA2 MANGKUK TANDAS...

Tamingsari berkata...

Haha..

Orang yang kena liwat dah mengamuk!...

Kena liwat g buat report ke polis lah bodoh!Tak payah meroyan kat sini...

haha

Tanpa Nama berkata...

Ingat !!!!!

Abdullah Bin Ubai juga penah sembahyah sebelah Nabi tapi sampai akhir kematian jadi munafik.

Serupa macam saiful haramjadah ni.

keris hitam bersepuh emas berkata...

1HELAI BULU, 1 BATANG BERUS GIGI,1 HELAI TUALA KECIL DAN 1 ORANG LELAKI Y = 1 MALAYSIA, I ISRAEL = 1 MELAYU BODOH BERNAMA TAMING SARI. KEH.KEH. KEH

Roslan Alan berkata...

ingat..dulu rahim thamby chik pun pernah berdoa berhari-hari depan kaabah selepas kes rogolnya meletop...
hasilnya si perogol terlepas yang kena rogol di penjara...
hehehehe....

Tamingsari berkata...

Haha...

Keris hitam bersepuh tahi jelas seorang manusia bodoh...

haha...

Tamingsari berkata...

Memakbulkan doa itu Allah lah jua...

Dalam kes ini, Anwar dilihat lebih takut berbanding Saiful yang sanggup bersumpah dan berdoa di Jabal Rahmah.

Ini bukti Saiful berada dipihak yang benar...

Pengampu Anwar takde hujah dah...

Hik2... masih buta lagi...

Tanpa Nama berkata...

jangan kita tuduh menuduh antara satu sama lain. kita tunggu dan lihat,dunia sekarang adalah dunia yang penuh dengan penipuan..hanya Allah, Anwar dan Saiful yang mengetahuinya

Tanpa Nama berkata...

berdoa di jabal rahmah?
kalau berdoa kat hijr ismail ke, depan kaabah ke, kat raudah ke pernah lah dengar mustajab.

jabal rahmah tu hanya tempat pertemuan nabi adam ngan siti hawa jeee. tak de hadis atau ayat quran pun mengatakan tempat tu istimewa utk berdoa.

1. nak menipu tu, elok2 skit laa
2. nampak sangat penulis tak pernah gi mekah

Tamingsari berkata...

Hakikatnya,

Nuar sanjungankau tu takut dengan doa...

Skng nie dia dibalakan oleh Allah kerana kejahatannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif