Khamis, 3 Mac 2011

Isu Ini Bukti PKR Anti Sultan Selangor!


Belum pun reda sepenuhnya isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang mencetuskan 'ketegangan hubungan' antara kerajaan negeri dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kini timbul pula isu baru.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seolah-olah masih tidak menyedari kuasa-kuasa baginda sebagai ketua negeri dan pemerintah tertinggi di negeri itu.

Apa tidaknya, dalam isu pelantikan Canselor Universiti Selangor (sebelum ini dikenali Universiti Industri Selangor - Unisel), kuasa dan kedudukan baginda yang termaktub dalam perlembagaan universiti itu tidak dihormati.

Tindakan ahli Exco negeri itu, Dr. Halimah Ali mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor lebih awal daripada penyerahan watikah oleh baginda, jelas cerminan sikap atau pandangan Kerajaan PKR Selangor terhadap peranan Sultan Selangor.

Klausa dalam perlembagaan universiti itu jelas menyatakan baginda adalah canselor universiti itu atau wakil yang dilantik oleh baginda, tetapi Halimah nampaknya ghairah mendahului baginda.

Memanglah, pada asasnya pelantikan tersebut diperkenankan Sultan Sharafuddin, tetapi tindakan membelakangkan baginda dalam pengumuman nama canselor baru itu seolah-olah tidak menghormati baginda.

Akibatnya, Sultan Sharafuddin sendiri pada upacara penyerahan watikah kepada Raja Arshad, menitahkan supaya semua pihak mematuhi perlembagaan universiti yang menetapkan pemilihan dan pelantikan canselor universiti tersebut adalah di bawah bidang kuasa baginda.

Justeru, apabila baginda sendiri bertitah supaya soal pelantikan itu tidak dipolitikkan, Kerajaan PKR Selangor seharusnya merafak sembah memohon keampunan baginda atas 'keterlanjuran' Halimah sebelumnya.

Bagi sesetengah pihak khususnya pemimpin kerajaan negeri itu, isu ini mungkin kecil atau cuba diperbesar-besarkan memandangkan baginda sendiri telah memperkenankan pelantikan Raja Arshad.

Ya, memang isu pelantikan Canselor Universiti Selangor ini tidak sebesar konflik pelantikan SUK Selangor sebelum ini.

Namun, daripada keengganan Kerajaan PKR Selangor 'mengiktiraf' SUK baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sehinggalah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei didakwa menghina Sultan Selangor; dan isu terbaru pelantikan Canselor Universiti Selangor, rakyat memerhatikan semua ini.

Sultan Selangor juga kerap menegur kerajaan negeri secara terbuka malah pernah membatalkan kehadirannya ke majlis ulang tahun Yayasan Selangor pada hujung tahun lalu kerana baginda kecewa dengan kos penganjuran yang tinggi.

Isu-isu melibatkan 'hubungan' Sultan Selangor dan Kerajaan PKR Selangor menyebabkan rakyat beranggapan bahawa kerajaan negeri mudah memperlecehkan baginda.

Sebenarnya, rakyat Selangor semakin gelisah dan tidak senang melihat sikap Kerajaan PKR Selangor yang tidak meletakkan kedudukan Sultan Selangor di tempat teratas pentadbirannya.

Sumber

Wallahhualam.

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

makin hari makin menyirap aku kalau tersentuh dengan istana.
bukannya Paduka Tuanku tak nak perkenankan tetapi hendaklah dicadangkan kepada baginda dahulu. Barulah namanya MENASIHATI SULTAN.

ini yang dikatakan
BODOH TAK BOLEH DIAJAR
PANDAI TAK BOLEH DIIKUT!

Aku Juga Yang Bingai
Bob Lokman - Lawak yang menghina ibubapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif