Khamis, 10 Mac 2011

"Ohhhhh ..... FLOM Tidak Wujud.... " Kata Seorang Pak Cik Sambil Tersengih!


Bagaikan rakyat tidak nampak dan tidak sedar ada sesuatu yang disimpan oleh Menteri-menteri Jabatan Perdana Menteri berkaitan pejabat First Lady Of Malaysia di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya. Rakyat sudah tahu, dan nampak sendiri wujudnya direktori itu di laman web Pejabat Perdana Menteri. Tapi kalau hari ini kita buka, sudah tiada. Kata salah seorang Menterinya :

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau berkata, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul. "Sudah dinyatakan sebelum ini bahawa tidak ada kakitangan tetap dan kontrak yang diperuntukkan khusus untuk isteri Perdana Menteri. "Oleh yang demikian tidak timbul elemen-elemen kos tambahan dan kakitangan yang menguruskan isteri Perdana Menteri kerana mereka adalah kakitangan kepada Perdana Menteri," katanya ketika menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Taming Sari sendiri pernah mendesak kerajaan memberi penjelasan dan bersikap telus di dalam hal ini. Selepas pendedahannya, rakyat kini sememangnya sudah tahu.

Tindakan Pejabat Perdana Menteri menutup direktori laman webnya yang boleh dibuka hari sebelumnya sambil tertera dengan jelas wujudnya divisyen FLOM. Alasan dangkal Nazri Aziz mengatakan direktori itu di dalam proses penyelenggaran adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Wujud persoalan, mengapa selepas semua pihak mendesak agar PM dan pegawai di pejabat itu menjelaskan secara terperinci mengenai kewujudan FLOM barulah sibuk mereka hendak membuat penyelenggaraan kepada direktori itu. Sudah penjelasan tidak dibuat, dijawab pula persoalan itu dengan alasan dangkal dan memperbodohkan rakyat.

Isu FLOM wujud apabila banyak projek isteri PM, Rosmah Mansor yang menjadi buah mulut pembangkang serta turut Taming Sari perdebatkan.

Nota kaki : Dah terdedah kurap itu, cepat-cepat kau tutup sambil menipu "MANA ADA KURAP MA...... Apalah kau Nazri! Nak jaga PM takkan sampai nak tipu rakyat pula... Jawablah dengan telus. 

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

AnaQarnaba berkata...

Nazri ni tidak menjaga PM dengan baik. Dia ni main lepas kahak di laman..Jawapan yang dberi standard Tadika. Tidak jujur menjaga kepentingan PM. Mungkin dia sendiri tidak tahu kewujudan potfolio tersebut. Mungkin dia ni terlalu menjaga kepentingan PM sehngga dia terlupa bahawa dia telh membohongi rakyat dan PM sendiri dengan jawapan bodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif