Jumaat, 11 Mac 2011

Solat Jumaat Di Kompleks Beli Belah?


Semua kompleks beli-belah dan terminal pengangkutan awam di ibu negara dibenarkan memohon untuk mengadakan solat Jumaat di surau bagi menambah kemudahan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan bersedia melonggarkan syarat tauliah menunaikan solat Jumaat bersesuaian dengan pertambahan kepadatan penduduk di ibu negara.

“Kita membayangkan bahawa apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, banyak kawasan akan dibangunkan yang menghimpunkan ramai pekerja di sesuatu tempat.

“Masjid As-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), contohnya, menerima puluhan ribu jemaah melebihi kapasiti meskipun telah dinaik taraf kepada 12,000 orang,” katanya.


Nota kaki : Ini satu usaha murni dari kerajaan pusat. Tahniah Jamil Khir, tidak sia-sia DS Najib lantik tuan sebagai Menteri yang menjaga hal ewal agama Islam.

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

2 ulasan:

Laksamana Bentan berkata...

Salam,

Semua hasrat yang murni ini dapat dilaksanakan sekiranya kuasa politik berada di tangan umat Islam.

Tanpa kuasa politik yang kuat, nak azam pun tak boleh, nak pakai tudung pun dilarang.

SUNGAI RAPAT ONLINE berkata...

Salam Perjuangan,

Mohon Hebahkan Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi hingga 01.00 tengahari. Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif