Sabtu, 9 Julai 2011

FBM KLCI Bakal Merudum Esok!


Bagaikan ada bencana bakal menimpa, Kuala Lumpur dengan drastik berubah menjadi bandar koboi malam ini. Penghuni kota diselumbungi rasa risau dan bimbang bertindak tidak keluar rumah dan memilih untuk berkurung menjelang esok. 

Polis dikatakan mengadakan sekatan disetiap laluan memasuki KL dan ini menambahkan lagi rasa malas penghuni kota untuk keluar. Polis betul-betul serius menjalankan Ops Menutup Bersih demi keselamatan dan ketenteraman awam. 

Kedai, pasaraya, pusat hiburan dan permis perniagaan lain dikhabarkan ditutup awal kerana bimbang amukan anjing-anjing bersih. Tambahan pula kota raya bagikan sunyi berbanding selalu.

Pemandu teksi antara mereka yang merungut kerana jumlah pengunjung yang kurang menjadikan perkhidmatan mereka tidak diperlukan. KL bagaikan lumpuh sama sekali.

Jika keadaan ini berterusan maka pelabur FDI dan dalaman pasti menjangkakan sesuatu bakal berlaku kepada harga saham-saham tempatan. Pastinya kesan kejatuhan bakal berlaku persis bagaimana kerisauan pelabur pada tarikh 16 September dahulu. 

Kita sama-samalah menunggu hari esok melihat kesan yang lebih dahsyat menjelang satu perhimpunan haram anjuran pakatan syaitan yang tetap juga mahu diadakan.

Wallahhua'alam. 

 Penulis,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh.. Sabtu pasaran saham mana buka.. Jangan tunjuk sangat BODOH hang Tu.. Bahalol..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif