Khamis, 10 November 2011

Belum Bermula Sukan Sea, Sudah Ada Yang Terkorban! Alfatihah

Kontinjen negara di Sukan SEA Indonesia, khususnya di Palembang, dikejutkan dengan berita kematian seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Allahyarham Harun Osman adalah pegawai Belia dan Sukan MSN. Beliau meninggal dunia ketika menyambut ketibaan atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badarudin II di sini.

Allahyarham dikatakan sedang berbual dengan beberapa rakan semasa menunggu ketibaan atlet dan tiba-tiba pengsan kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia). Beliau kemudian diberikan bantuan awal oleh pasukan perubatan penganjur temasya itu.

Ketua Kontinjen Malaysia di Palembang Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata Harun kemudian dibawa ke Hospital R S Myria, dan disahkan meninggal dunia pada 6 petang waktu tempatan.

"Harun dipercayai mengalami serangan jantung. Pada awalnya iaitu pada sebelah pagi, dia (Allahyarham) mengadu sakit di bahagian dada," katanya.

Jenazah Harun akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur sejurus selesai bedah siasat.

Sumber

Wallahhua'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif