Selasa, 1 November 2011

Dato' Seri TUAN HAJI Anwar Ibrahim. Bila Lagi?


Semoga Allah membuka hati hambanya ini.

Itu sahaja doa yang Tamingsari boleh berikan kepada Anwar Ibrahim yang kini bergelut dengan perbicaraan kes liwat dan bermati-matian mempertahankan survival politiknya. Anwar semakin lama tidak keruan, satu-satu masalah datang bagaikan ada yang tidak kena.

Disebabkan itu, Tamingsari menyarankan agar dia pergi menunaikan haji di Mekah dan beribadahlah kepada Allah sebanyak-banyaknya bagi menutup terus tomahan orang ramai berkaitan semua tuduhan yang dikatakan sumbang itu.

Apa lagi alasan Anwar untuk tidak mengadap baitillah? Alasan kewangan? Masakan ini puncanya kerana Anwar mampu mengajikan seorang pembancuh kopi semata hendak dibawa melencong ke luar negara. Soal ke luar negara pun, kerap juga dia ke merata pelosok dunia menagih simpati rakyat antarabangsa. Bukankah itu semua memakan belanja dan kos yang besar? Anwar dilihat mampu sahaja membayarnya.

Apa yang Anwar takutkan? Ada orang kata Anwar takut pijak bumi Mekah kerana bersalah atas dosa-dosanya. Mana tahu mendapat bala Allah. Wallahhualam, siapa di bumi ini yang tidak melakukan dosa Anwar, semua manusia biasa ini melakukan dosa. Sesunggunya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lihatlah Saiful Bukhari yang kau tuduh menfitnahmu telah selamat menunaikan haji tahun lepas. Maknanya engkau yang dilabelkan anugerah tuhan masakan tidak mampu untuk lakukan perkara yang serupa.

Setelah penat mengemis di arena yahudi dan barat, sudah tibalah masa Anwar perlu menagih simpati pula dari Maha Penciptanya. Merataplah, merayulah kepada Allah agar dilindungi dari segala tomahan yang dikatakan fitnah itu. 

Buktikanlah kepada rakyat wahai Anwar, jika kamu adalah orang yang benar. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau hatinya lembut dia akan pergi kalau hatinya keras sampai mati dia akan begini.

abu idris berkata...


arrayah.info
- Nasihat untuk Najib dan Isterinya bila kembali dari Baitullah

Ayah berkata...

Dari sibuk mengajar Najib,

Baik kita tengok anak, isteri dan ahli keluarga kita sendiri...

Tutup aurat ke tidak...

Hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif