Jumaat, 11 November 2011

Dulu 10.10.10, kini 11.11.11 Pula Eksiden Kemalangan Melibatkan Bas


Baca sini untuk laporan kemalangan di Rembau, N9 pada 10.10.10.

Menurut Utusan Malaysia 11.11.11,
Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt. Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru daripada sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Kemalangan dan malang memang tidak berbau namun kita perlu lebih berhati-hati selepas ini. Kawasan kemalangan seperti di Rembau dan Slim River perlu dipantau bagi mengelak kejadian yang sama berulang.

Faktor tarikh tidak ada langsung signifikan kepada kejadian ini. Tamingsari mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Alfatihah.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif