Rabu, 23 November 2011

Fida Putus Dengan Mamat Sepah Atas Sebab Maruah!

Bermula dengan kisah percintaan yang terjalin antara dia dengan Mohd. Noor Murad atau Mamat yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Sepah, sehinggalah dia dikritik hebat kerana tidak lagi tampil dengan ciri-ciri gadis muslimah.

Malah, sekeping gambarnya tidak bertudung dan telah dimuat naik oleh Mamat menerusi laman Facebook ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat dan seterusnya ia menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelawak berkenaan.

Bangkit daripada hujan kritik yang menimpanya, Fida menegaskan bahawa sehingga kini dia masih lagi bertudung dan segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu adalah sekadar mengikuti perkembangan fesyen.

"Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.

"Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu," tegasnya.

Tambah Fida, dia sendiri cuba mengelak untuk memperkatakan dengan lebih lanjut tentang aurat, namun memberitahu dia masih lagi kekal menutup kepala dan berharap agar peminat dapat menerima perubahan tersebut.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak mengenai perubahan yang dilakukannya sekarang itu adalah semata-mata mahu mencari publisiti murahan supaya orang lebih mengenali dirinya.

Ujarnya, segala kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya itu dianggap sebagai satu tamparan yang cukup hebat sepanjang berkecimpung dalam dunia seni dan mengakui agak tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya itu.

"Mulanya saya ada membaca komen-komen negatif yang dilemparkan dan secara jujurnya saya memang amat kecewa. Bagi saya masing-masing ada hak untuk membuat kritikan, tetapi yang cukup mengecewakan saya apabila ada yang bertindak keterlaluan.

"Kalau mereka memberi kritikan yang membina terutamanya tentang kerjaya, saya masih lagi boleh menerimanya. Namun apa yang membuat hati saya terguris apabila ada yang sanggup menggunakan kata-kata kesat," luahnya.

Meskipun pada awalnya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, Fida mengakui dia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama tentang perubahan terhadap dirinya itu.

Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana terus mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan segala yang berlaku ke atas dirinya itu ternyata tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.

"Saya menganggap semua yang berlaku itu ada hikmahnya dan setakat ini saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan mengacara walaupun terus dikaitkan dengan isu-isu kontroversi," ujarnya.

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat.


Baguslah Fida putus dengan mamat atas sebab mempertahankan maruah sendiri. Beginilah contoh terbaik yang perlu diikut oleh wanita di luar sana kerana bukan semua lelaki boleh dipercayai termasuk di dalam ahli keluarga sendiri. Sekurang-kurangnya Fida sudah kenal hati budi Mamat sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius.

Fida perlu beristhifar dan berfikir sejenak mengapa dia seorang artis yang patutnya menjadi contoh kepada ramai artis wanita yang lain boleh terpedaya dengan mainan lelaki. Maruah perlu diutamakan. Islam lah satu-satunya jalan bagi memartabatkan maruah seseorang wanita. Turutilah ajaran Islam, pasti anda selamat.

Kepada wanita diluar sana,
"Jadilah kamu seperti buah epal yang manis dan ranum serta berada di pucuk pokok yang tinggi. Biarlah kamu digapai oleh lelaki sejati yang sanggup memanjat tinggi mengapaimu daripada kamu mengugurkan diri ke tanah yang akhirnya dimakan oleh binatang sahaja. Begitulah mahalnya maruah kamu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif