Khamis, 24 November 2011

Kepenatan Punca Malaysia Tewas Kepada Syria!


Melihat kepada keadaan permainan Malaysia pada separuh masa pertama, sebenarnya Malaysia mampu menyaingi Syria semalam. Pasukan Syria bukanlah sebuah pasukan yang kuat tetapi mungkin mereka punya cukup stamina dan persediaan mental, mereka akhirnya mampu melakar kejayaan 2-0 ke atas pasukan negara.

Memang pada awal lagi Ong Kim Swee sudah menyangka bahawa anak buahnya akan menghadapi masalah fokus kerana masih keletihan selepas baru sahaja pulang dari Indonesia dua hari lalu. Ditambah pula dengan barisan serangan yang cedera serta beberapa orang pemain yang tidak layak lagi beraksi di sukan olimpik, skuad negara nampak pincang terutama di barisan depan.

Dilihat kepada penguasaan permainan di peringkat awal jelas, barisan tengah Malaysia yang dikemudi Nazmi dan Gurusamy masih boleh diharap. Cuma ketumpulan dan kegopohan Fakri sahaja menjadi punca sukar untuk Malaysia menghadirkan peluang.

Ong Kim Swee masih punya peluang untuk mengembalikan semangat bola sepak negara di arena olimpik kerana pasukan Bahrain menunggu pada hari Ahad ini untuk ditewaskan. Dalam tempoh beberapa hari ini, Kim Swee boleh mengintai pemain lain yang ada di dalam negara bagi mengisi barisan hadapan yang dilihat tumpul sejak Sukan Sea lagi. Ini cabaran baru jurulatih itu.

Tamingsari berharap, Kim Swee perlu segera menyedarkan anak buahnya untuk tidak terus dibuai rasa gembira atas kemenagan emas di peringkat sukan sea. Sudah tiba masanya Malaysia mencuba untuk ke peringkat lebih tinggi lagi.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif