Isnin, 31 Januari 2011

MCA Liabiliti Dalam Barisan Nasional


Sejauhmana dan sekuatmana agaknya aura MCA dalam memenangkan calon UMNO atau MIC jika bertanding di atas tiket Barisan Nasional? Disebalik kita sibuk memperjuangkan ideologi pemerintahan berdasarkan mesra Islam, mesra pembangunan, mesra rakyat, satu Malaysia dan rukun negara, MCA dilihat sering menganggu dengan menimbulkan isu yang tidak selari dengan kehendak Barisan Nasional.

Keputusan di Tenang, memang memenangkan BN namun gagal menarik undi Cina kepada BN. Hampir 70% undi Cina kepada PAS. Aura MCA terus dipersoalkan lagi apabila dilihat tren kaum Cina memangkah Barisan Nasional semakin pudar malahan biar apapun toleransi yang dilakukan Perdana Menteri kepada kaum Cina termasuk mengadaikan kuota biasiswa JPA dan pengambilan kakitangan awam, kaum Cina dilihat masih tidak berterima kasih. . Benar apa yang dikatakan seorang blogger, BN hanya membela biawak hidup (MCA) kerana selepas PRU 12, MCA gagal memenangi kerusi yang banyak tetapi kerana sikap tolerasi dan semangat perkongsian kuasa, pemimpin MCA turut diangkat menjadi menteri. Jasa ini sepatutnya dikenang oleh mereka. MCA dan kaum Cina bagaikan naik tocang dan memijak kepala apabila semua toleransi itu dilupakan apabila menjelang pilihanraya

Kaum Cina masih tidak puas. Jika bagi betis mereka dambakan peha. MCA dalam BN juga tidak pernah puas di dalam agenda demokrasi dan pengkongisan kuasa diantara UMNO, MIC dan parti komponen lain. Kaum Cina dan MCA sering mengkritik agenda Ketuanan Melayu sedangkan mereka sendiri terutama DAP terang-terangan mendaulah Ketuanan Cina. Inilah perkara yang kaum Cina gagal perolehi jika MCA terus dipilih. Barisan Nasional sentiasa menekankan aspek ketuanan Melayu apabila hanya pemimpin dari UMNO sahaja boleh mengisi kerusi Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.

Pakatan Rakyat memiliki agenda pakatan syaitan yang bakal meruntuhkan kuasa politik Melayu dlihat peluang paling utuh bagi memartabatkan Ketuanan Cina. Disebabkan itu, biarpun calon yang bertanding itu dibawah tiket PAS, mereka nampak PAS tidak lebih hanya kuda tunggangan taraf pencacai taik, dan DAP-lah tuan yang bakal menjulang kaum Cina ke persada tertinggi negara. Pemimpin dan penyokong PAS yang bahalul dan otak tahap anjing kurap masih tidak sedar mereka sebenarnya hanya dijadikan alat bagi membolehkan DAP berkuasa. 

Selepas pelbagai cara semua pihak bagi menyedarkan PAS yang masih tidak sedar dengan agenda ini, PAS masih tetap berdegil. Di dalam PAS sendiri ada pemimpin erdogen PAS yang sudah dirasuk Anwar sering bersangka baik kepada DAP. Sedangkan DAP punya agenda jahat sejahat agenda Lee Kuan Yew mahu mengeluarkan Singapura dari Malaysia.

Jadi selepas kita lihat beberapa siri pilihanraya kecil, dapat disimpulkan bahawa sokongan kepada UMNO semakin pulih tetapi yang masih nazak adalah MCA. Paling malang, mereka masih tidak sedar apabila pemimpin MCA sendiri tidak rancak melakukan perubahan seakan mereka sudah mati akal untuk terus bersama di dalam BN.

Renung-renungkanlah.

Penulis,

Ahad, 30 Januari 2011

Cikgu Maarof Sambung MC Sebab Murung, Bini Tewas Teruk !


Syukur kehadrat Allah S.w.t kerana memberikan kemenangan bergaya buat calon BN di PRK DUN Tenang, Saudara Mohd Azahar Ibrahim menewaskan Calon PAS, dengan keputusan keseluruhan :

BN : 6679 (69.1%)
PAS : 2994 (30.6%)
Majoriti : 3685
Rosak : 86
Peratusan Keluar Mengundi : 71%

Tahniah kepada kem BN dan ini membuktikan bahawa pengundi Tenang bijak dan tidak terpengaruh dengan ideologi pembangkang yang sempit dan sesat itu.

Nota kaki : Nasib baik Sekolah dah mula bercuti, jika tidak pasti Cikgu Maarof ambil MC lagi sebab murung kerana bininya tewas. Haha.

Penulis,

Peratusan Keluar Mengundi Makin Baik (55.36 %)


Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini

Penulis,

Sabtu, 29 Januari 2011

Tragedi Hitam Mesir Tidak Berlaku Jika Ada ISA


Tragedi demontrasi mengutuk pentadbiran Hosni Mubarak, Presiden Mesir di Mesir yang sudah meragut banyak nyawa harus menjadi ikhtibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukti bahawa Mesir gagal dalam mempertahankan keselamatan dalaman negara itu dan mungkin kerana Mesir tidak seperti di Malaysia yang masih diperkukuhkan dengan adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pergolakan di Mesir sudah sampai ke kemuncak apabila Presiden Hosni sudah mengarahkan kebinetnya dibubarkan dan kesemua menterinya meletak jawatan. Walaubagaimanapun ia tidak menghentikan demontrasi itu. Hosni terus menerus meminta rakyat Mesir berundur dari bertindak di jalanan dan berjanji untuk memperbaiki keadaan negara. Perintah berkurung telah dikeluarkan Hosni dan tentera kini bertempur hebat dengan penunjuk perasaan anti kerajaan Hosni. Pentempuran itu telah meragut nyawa ramai orang awam walaupun pihak tentera hanya mengunakan peluru getah dan gas pemedih mata. 

Taming Sari yakin, politik Mesir digolakkan oleh orang dalam sendiri yang diupah oleh Yahudi Zionis. Dalam protokol Zionis ke-10 termaktub bahawa, Yahudi akan mengupah ejen tertentu atau parti politik sesebuah negara bagi mengoncang politik negara itu. Ironinya, Zionis amat berbulu dengan Mesir tambahan Mesir banyak melindungi pelarian Palestin dan membenarkan banyak kapal misi keamanan mendarat serta mengunakan laluan di tanah Mesir untuk ke bumi Gaza. Dek kerana itu, Yahudi mengupah ejen tertentu dan rakyat dihasut oleh ejen itu untuk berdemontrasi dan menyebarkan kononnya Presiden Hosni yang korupsi dan tidak telus perlu ditentang habis-habisan. 

Ketegangan di Mesir sekarang ini adalah kejayaan besar buat Zionis dan sekutunya. 

Di Malaysia, perkara yang sama hampir berlaku dan dek kerana negara ini ada Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan, keselamatan dan ketenteraman masih dipertahankan. Ejen Yahudi di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim masih gagal merampas tahta peranan kerajaan pimpinan BN walaupun sudah beberapa kali siri percubaan dilakukannya. Dek kerana tidak mampu menghasut rakyat, Anwar menyerang akta ISA dan meminta rakyat menentang akta itu kononnya ia menzalimi rakyat. 

Rakyat yang totok PAS, PKR dan DAP begitu mempercayai kata-kata Anwar dan mereka sebenarnya tidak sedar, Anwar mahu akta itu dibubarkan dengan niat mahu lebih mengila menghasut rakyat menentang kerajaan seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Dengan menguburkan akta itu, maka protokol Zionis yang ke-10 boleh dijayakannya serta mampu meragut ketenteraman dan kesejahteraan di Malaysia. Kerajaan pimpinan orang Islam yang kini bertahan di Malaysia sudah lama dicemburui Zionis tambahan pula Malaysia yang menjadi ahli NAM, bersikap anti Zionis.

Rakyat Malaysia perlu mengutuk tindakan demontrasi jalanan yang kini diamalkan negara-negara yang tidak diperkukuhkan dengan tiang seri Akta ISA. Anwar dan kuncu-kuncunya perlu diawasi bagi mengelak mereka merampas keharmonian yang sudah terbentuk dengan jayanya selama lebih 53 tahun.

Renung-renungkanlah!   

Penulis,

Yb Zul Kata "Vanekem Macha, Porahh Anwar!"

Ulasan YB Zul berkaitan dengan pengunduran Gobalakrishnan dari Parti Koyak Rabak atau Parti Kelentong Rakyat sangat bernas dan menarik. Kepada juak-juak Anwar, bertaubatlah!

Anda boleh membacanya di sini.

Penulis,

Html Code Bagi Gambar-Gambar PM Bergerak

Jika anda berminat untuk letak ini diblog anda, salin dan tampal di blog anda







Penulis,

Kerana Gobala Peratus Pengasas PKR Keluar Jadi 95%

Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.

"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.

Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.


Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.

PKR kini mempunyai 24 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 31 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.


Penulis,

Sarimah Ibrahim "Hot"kan Teater Muzikal Tun Mahathir


Mengulas tentang individu mengepalai Muzikal Tun Mahathir, aktor tinggi lampai, Esma Daniel ternyata masih mengekalkan momentum pernah dipertontonkan sewaktu pementasan pertama tahun lalu.

Sebaik sahaja kelibatnya disaksikan di Panggung Sari, dia pantas sahaja meraih sorakan penonton. Justeru, pemilihan Esma sebagai Dr. Mahathir dirumuskan paling tepat.

Selain Esma, Ezany, Elly dan Misha, teater yang digarap oleh Rosminah Tahir dengan naskhah ditulis oleh Ismail Kasan itu turut diisi dengan penglibatan deretan nama pelakon popular tanah air.

Antaranya ialah Datuk Jalaludin Hassan, Azean Irdawaty, Diana Johor, Mazhar Mahathir, Zaifri Husin, Rosli Rahman Adam dan Nizam Yamim.

Dalam suasana peminat mula dilanda kebosanan beberapa babak disaluti pada teater muzikal itu, Sarimah Ibrahim yang membawa watak pencerita sebaliknya berjaya menghangatkan panggung dengan gelagat mencuit hatinya.

Malah, kemunculan figura itu umpama ditunggu-tunggu selepas muncul pada awalnya dengan persembahan bercorak humor.

Ditawarkan pengarah untuk membuat penampilan dalam 15 babak membuatkan penyanyi terkenal dengan lagu Kini Kau Tiada itu menggunakan kesempatan diberi dengan sebaik mungkin.

Bayangkan, dari awal kemunculan hingga penghabisan, dia membuatkan penonton ketawa dengan hanya dibantu kostum bersesuaian babak.

“Pengarah teater ini memberi sepenuh kebebasan kepada saya bagi menjayakan 15 babak. Semua adalah idea saya sendiri.

“Sekadar ingin berkongsi, setiap babak saya hasilkan skrip agar ia terlihat seperti drama pendek. Malah, saya menukar 15 helai pakaian semata-mata ingin menampilkan kelainan terhadap setiap satunya.

“Antara babak ditonjolkan termasuk pelajar berketurunan Cina yang jatuh cinta dengan Tun Dr. Mahathir sewaktu berada di institusi pengajian tinggi.

“Namun, tidak semua babak berunsur komedi kerana saya turut menampilkan sindiran menerusi perkahwinan campur,”jelas Sarimah yang pada awalnya dihambat gemuruh sebelum naik ke pentas.

Mengambil masa selama sembilan hari melakukan latihan, Sarimah mengaku saat diberitahu produksi CTRA Production untuk melibatkan diri pada Muzikal Tun Mahathir 2, jiwanya meluap-luap menyatakan persetujuan tanpa berfikir panjang.

Itu kerana darah merah mengalir dalam tubuhnya sentiasa dibalut dengan semangat kecintaan kepada Dr. Mahathir.

EZANY dan Misha mampu memberikan mutu lakonan yang lebih baik.

“Saya sebenarnya lebih suka berlakon. Namun, entah kenapa pengarah di negara ini jarang memberi peluang kepada saya dalam produksi mereka. Dengan pembabitan dalam Muzikal Tun Mahathir 2, saya ingin membuktikan kepada orang lain bahawa saya berminat menjadi pelakon. Tidak ramai yang tahu tentang kesukaan saya ini.

“Bercakap semula tentang teater ini, saya sempat melakukan kajian dan pemerhatian mengenai kisah hidup Dr. Mahathir. Paling mengejutkan, saya dapat idea menarik ini menerusi mimpi baru-baru ini. Ia sungguh tidak disangka,” akui Sarimah yang juga menggayakan rambut palsu bagi memenuhi gaya seorang wartawan penyiaran kurang siuman.

Sepanjang dua jam setengah pelayaran teater muzikal itu, kesimpulannya bahawa bukan mudah untuk mengadaptasi pengkisahan tokoh tertentu.

Seantero dunia sedar kehebatan Dr. Mahathir yang punya relung kehidupan personal dan politik penuh warna. Fakta semata-mata ditafsirkan tidak mencukupi kerana ia bukan penyukat utama.

Meskipun ada sedikit sebanyak kehebatan figura berusia 85 tahun itu hilang dalam rantaian kisah hidup beliau yang semuanya hendak di bawa ke pentas serentak, hakikatnya, pujian harus dilayang buat seisi krew produksi Muzikal Tun Mahathir yang sanggup bergolok gadai merealisasikan teater bersejarah itu.

Muzikal Tun Mahathir 2 dipentaskan bermula 21 hingga 30 Januari ini pada pukul 9 malam.

Bagi peminat yang belum berpeluang menyaksikan karya yang mengangkat laluan negarawan terbilang dalam wadah seni itu boleh membeli tiket berharga RM32, RM52, RM82, RM102, RM152, RM302 dengan menghubungi talian 03-40265558 atau melayari www.ticket2u.biz.

Penulis,

Telekom Malaysia Rugi Di Negeri PAS Kelantan?


Telekom Malaysia Berhad (TM) Kelantan terpaksa menanggung kerugian RM4.32 juta untuk membaik pulih perkhidmatannya berikutan kadar jenayah kecurian kabel meningkat tahun lalu.

Pengurus Besar TM Kelantan, Abd Rashid Che Othman berkata, kadar jenayah kecurian kabel di negeri meningkat sebanyak 27 peratus dengan bilangan kes 948 pada 2010 berbanding 747, tahun sebelumnya.

“Maka, kita menanggung kos kerugian sebanyak RM4.32 juta, bagi membaik pulih semua kemudahan dan perkhidmatan untuk pengguna di sini.

“Ini bukan sahaja merugikan TM, malah menyebabkan seramai 37,365 pelanggan di seluruh negeri mengalami kesulitan kerana mengalami gangguan kemudahan sistem telekomunikasi penting itu dan kemudahan Internet.

“Ini menjadikan Kelantan negeri ke empat tertinggi selepas Johor yang terbabit dengan jenayah kecurian kabel,” katanya kepada Sinar Harian, selepas menyampaikan sagu hati dan sijil penghargaan kepada penduduk yang mematahkan cubaan mencuri kabel TM sepanjang tahun lalu di Kampung Limau Purut, semalam.

Sumber

Kata Taming Sari :

Inilah bukti bahawa PAS Kelantan gagal dalam membangunkan negerinya dan gagal dalam memupuk di dalam jiwa rakyatnya menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.

Pertamanya, gagal dalam membangunkan negeri Kelantan menyebabkan ramainya penganggur di negeri itu. Akibat dari peluang perkerjaan yang sangat terhad, maka ramailah dikalangan penganggur mengambil jalan pintas dengan mencuri untuk mendapatkan pendapatan segera.

Keduanya PAS gagal memupuk dan membawa roh Islam di jiwa rakyat Kelantan menyebabkan mereka kini lebih bertopengkan roh PAS. Sikap roh PAS adalah seperti menjadi seorang perompak, pencuri, ganas, bengis, jahiliah dan bodoh. Jika mereka benar-benar menghayati ajaran Islam, sudah pastilah Kelantan akan kurang kadar jenayah dan pastinya Telekom Malaysia tidak mengalami kerugian seperti itu.

Penulis,

Antara Doktor Dan Kementerian Pelajaran Siapa Besar?


Hanya orang yang terlantar sakit dan hampir mati sahaja mungkin boleh mendapat keistimewaan cuti selama 21 hari. Di dalam Perintah Am penjawat awam sendiri kelayakan setahun bagi cuti sakit hanya 30 hari dan tidak boleh diambil dalam tempoh yang lama melainkan ada sebab musabab yang membenarkannya.

Sememangnya surat Medical Check-up (MC) dikeluarkan oleh doktor bertauliah tetapi terlalu banyak kes dimana surat MC diperdagangkan dengan bayaran tertentu. Ada juga doktor yang mungkin dikenali oleh seseorang kakitangan awam sebagai rakan atau sanak saudara boleh memanipulasi surat tersebut.

Dalam kes Cikgu Maarof suami kepada calon PAS PRK DUN Tenang, dilihat sungguh meragukan. Apakah penyakit yang dialami oleh Maarof sehingga diberikan cuti sebanyak 21 hari? Paling menghairankan, dia diberi cuti ketika isterinya sibuk berkempen pilihanraya sekarang ini. Dia sakit betul-betul ke atau sakit cemburu? Sakit cemburu pun boleh diberikan MC juga ke? Ini dibuktikan, walaupun di dalam cuti sakit, Maarof sibuk berkepit dengan isterinya menemaninya berkempen.

Normala semalam di dalam Haprakdaily ada mengulas kes ini sambil menyerahkan kepada doktor yang memberi cuti untuk menerangkan mengapa suaminya diberi cuti sakit selama itu. Jawapan tidak kukuh malah menampakkan kelemahan calon PAS ini yang tidak jujur dan suka memberi alasan persis jawapan mulut Maafuz Bean. Walaupun nyata tanpa disuluh, suaminya sihat waalfiat diluarannya. Tetapi sukar lah diagak jika otak suaminya sudah sewel atau hatinya sudah dipenuhi rasa cemburu. Tetapi wujud persoalan, adakah sakit jenis itu boleh diberi MC.

Hari ini, Menteri Pelajaran sendiri bakal mengambil tindakan tegas ke atas Cikgu Maarof kerana bersikap pecah amanah dan menipu cuti sakit ini. Apa lagi yang Maarof mampu katakan kerana bosnya sendiri iaitu pemimpin yang ditentangnya selama ini bakal menghukumnya. Di sini, doktor sudah tidak berguna lagi dan silap-silap, doktor yang meluluskan cuti itu juga turut menerima padah.    

Sialan sungguh keluarga Maarof dan Normala kerana bersama PAS kerana akibatnya sudah nampak kerana selepas pilihanraya ini, Maarof mungkin akan digantung kerja, isterinya yang kalah bakal menjadi penganggur tegar, masyarakat bakal menyisihkan mereka dan dikala itu adakah PAS akan membantu mereka berdua? Kita sama-samalah nantikan.

Penulis,

Jumaat, 28 Januari 2011

Kah! Kah! Kah! Idham Lim Sudah Kecut Telur! Kah! Kah!


Akibat tertekan dengan kebenaran yang didedahkan oleh Blogger pro kerajaan yang berkerja atas dasar suka rela tanpa dibayar, Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak, telah menyiarkan pengumuman memanggil blogger pro mereka yang diupah bagi membuat serangan terakhir kepada BN.

Anda boleh klik sini bagi melihat memo panggilan tersebut.

Selepas beberapa pendedahan yang dilakukan oleh blogger seperjuangan Taming Sari, blogger anjing pakatan nampaknya sudah tidak dapat lagi mengeluarkan peluru menghentam calon BN kerana masa mereka terpaksa dihabiskan bagi menjawab segala pendedahan ke atas Normala Sudirman calon bermasalah dari PAS itu. 

Tiada lagi selimut yang dapat menutup bangkai reput, dan tidak cukup lagi segelen air membersihkan najis Normala yang kian membusuk memuntahkan jiwa-jiwa rakyat Tenang yang dahagakan kebenaran. Normala sudah dipilih dan Ahad ini, rakyat Tenang bakal menafikan kemenangannya. Biar dihimpun 1 juta blogger anjing pun, sudah tidak dapat lagi menutup kelemahan Normala yang sudah ditelanjangkan. 

Dalam tempoh 1 minggu sahaja, Normala yang salah memilih hala tuju kehidupan sanggup tinggalkan kerjaya perguruan, kini berdepan malu besar kerana segala kekhilafannya sudah terbongkar. Maka selepas kekalahan Normala Ahad ini, pastinya masa depannya tidak lagi semewah dulu kerana sudah tidak lagi boleh makan gaji seorang guru.

Tahniah Normala kerana salah memilih kapal.

Penulis,

Standart Otak Guru "Haprak" Persis Normala Sudirman!


Sepatutnya seorang guru perlu memberi contoh teladan yang baik kepada masyarakat terutama bab penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara.

Namun semalam, seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Tengkera dihukum penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan memiliki dadah tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Sallehin Abu Samah, 29, yang mengaku salah dan selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar.

Pada pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 270.86 gram di tempat letak kereta Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir pada 11 Mac 2010 pukul 7 petang

Sumber

Kata Taming Sari :

Guru sekarang tidak seperti guru dulu, diangkat setinggi boleh oleh masyarakat. Ketinggian ilmu yang ada pada guru menjadi masyarakat begitu menyayangi mereka yang bergelar guru.

Hari ini, banyak guru yang bersifat seperti guru di atas. Ini antara sikap guru yang tidak reti bersyukur kerana  kerajaan sudah banyak berkorban dan memberi penghargaan kepada guru dengan elaun tertentu namun, akibat tamakkan harta, mereka sanggup masuk ke alam dadah.

Seperti Normala Sudirman, calon PAS PRK Dun Tenang yang kini sudah meletakkan jawatannya sebagai guru semata mahu melawan kerajaan yang selama ini menyuap nasi ke mulutnya. Apa yang dia nak kita sendiri boleh menganggak.

Terlalu sedikit yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan nasib anak bangsa.

Penulis,

Pengundi Tenang, Mari Kenali Calon BN Lebih Dekat


Sekiranya anda ingin mengenali Calon BN lebih dekat, saya akan memberi sedikit Latar Belakang Calon ini. Nama sebenar beliau adalah Mohd Azahar Bin Ibrahim, Beliau berumur 39 tahun dan anak tempatan Labis sendiri. Seperti yang kita tahu calon PAS adalah bukan dari anak tempatan. Isteri beliau bernama Tuty Roshizana Tumin dan beliau mempunyai 3 anak. Saudara Mohd Azahar ini juga bersekolah di SK Sri Labis, SMK Munshi Ibhrahim dan SMK Dato Bentara di Segamat. Beliau juga anak muda Lulusan ijazah sains politik university of portsmouth, UK pada tahun 1996 dan sebelum itu mempunyai Diploma pentadbiran awam, ITM melaka pada 1993.

PENGLIBATAN POLITIK

Beliau adalah Bendahari pemuda Umno Bahagian Labis dan juga Ketua Umno cawangan Kampung Paya Merah pada 2004-2008

PENGALAMAN PENTADBIRAN

Beliau pernah memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Kluang pada tahun 1997-2000.selepas itu beliau di hantar ke segamat untuk jawatan yang sama dari tahun 2000-2006.selepas itu beliau di hantar ke Kecil Rengit untuk jawatan yang sama pada tahun 2006 sehingga kini.

PENGALAMAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN

Beliau adalah ahli jawatankuasa Yayasan Tenang pada tahun 2000 sehingga sekarang,Setiausaha Jawatankuasa penyelarasan mukim-mukim DUN RENGIT pada tahun 2000 hingga kini,Pengerusi Belia 4B Labis pada tahun 2001 sehingga 2010 dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ) Cawangan Rengit.

menurut info dari Penduduk di Labis,Beliau sanggup menghabiskan masa dengan rakyat 24 jam sehari dan kadang-kadang Beliau tidak tidur untuk membantu masyarakat di Labis.ini adalah sedikit latar belakang Beliau.

info yang terbaru saya terima juga tadi Teknik terbaru PAS,Penyokong PAS akan memakai baju Biasa dan datang ke rumah penggundi meminta IC atau Kad Pengenalan yang terdiri dari orang-orang tua.bila ditanya,penyokong PAS ini akan memberitahu mereka meminta IC kerana ingin memberi hadiah pada 31hb ini.apakah motifnya itu ??? yang terbaru orang tua sudah terkena di Paya Merah...

KEPADA YANG MEMBACA ARTIKEL INI KHUSUSNYA DARI DUN TENANG ANDA FIKIR LAH DENGAN SEDALAM-DALAMNYA YANG MANA SATU PILIHAN ANDA.SAMA ADA PARTI UNTUK MENIPU RAKYAT DENGAN MEBERI JANJI-JANJI PALSU ATAUPUN PARTI YANG SELALU MEMIKIRKAN MASA DEPAN RAKYAT DAN KESELESAAN RAKYAT


Banner Sokongan :


Copy dan paste Html code banner di atas di blog anda tanda sokongan kepada beliau :



Penulis,

Penguna Jalan Raya Kota Bharu-Machang Wajib Baca!


Berikut adalah email yang telah dihantar oleh Taming Sari kepada JKR bagi mengadu kesesakan teruk di jalan Kota Bharu-Machang. Seperti yang Taming Sari janjikan, pihak JKR telah menghantar respon yang baik dan memberi khabar gembira kepada penguna jalan Kota Bharu- Machang. Berikut adalah email yang dihantar melalui blog.tamingsari@gmail.com:
_________________________________________________________

-----Original Message-----

From: taming sari 
Cc: Judin Abdul Karim, Dato' Sri Prof. Ir. Dr. 
To: Jurutera Daerah Kota Bharu 
To: Shafii Mohamad 
Cc: 

Sent: 09/01/2011 8:55:46
Subject: Jalan Kota Bharu - Machang

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Tuan,

Maaf sekiranya email saya ini menganggu tugas tuan. Saya di sini mahu memanjangkan aduan orang ramai yang merungut apabila sering berlaku kesesakan teruk lalulintas di Jalan Kota Bharu - Machang. Saya sendiri adalah penguna utama jalan tersebut kerana saya yang menetap di Ketereh, Kelantan bertugas di Machang.

Faktor utama punca kesesakan yang saya dapat lihat apabila sekian lama melalui jalan tersebut :

a. Jalan dua lorong yang tidak praktikal.
Ianya hanya dapat dirasai di Kok Lanas hingga menghampiri Pulai Condong sahaja. Namun, sikap pemandu yang tidak mahu memandu di lorong kiri walaupun perlahan menambahkan lagi kesesakan ini. Ramai yang bertindak memotong sebelah kiri kerana semua isyarat, lampu dan hon tidak diendahkan. Ada pemandu yang mengunakan lorong kiri untuk meletak kereta menyebabkan lorong
kiri tidak dapat digunakan. Selain itu, lorong kiri juga banyak lopak dan rosak.

b. Banyak lampu isyarat pejalan kaki.
Lampu isyarat pejalan kaki penyumbang kepada kesesakan adalah di hadapan SK. Ketereh dan SMK Ketereh. Dua lampu isyarat ini apabila merah (Pelajar Melintas) akan menyebabkan barisan yang panjang dan kadangkala penguna jalan raya mengambil masa yang lama untuk melepasi dua lampu isyarat ini. Sikap pemandu yang memotong barisan lebih memburukkan keadaan. Keadaan ini sungguh
membahayakan nyawa penguna jalanraya malah nyawa pelajar juga turut terancam.

Cadangan penyelesaian :

a. Jika peruntukan kerajaan terhad, saya mencadangkan agar kerajaan membina jejantas dihadapan SMK Ketereh dan SK Ketereh agar lintasan pelajar tidak menganggu lalulintas. Lampu isyarat sudah tidak praktikal di kawasan tersebut kerana bilangan kenderaan semakin hari semakin bertambah dan jalan tersebut adalah jalan utama ke ibu negeri Kota Bharu.

b. Saya juga mencadangkan agar kerajaan membina jalanraya dengan dua lorong sehala. Dengan adanya dua lorong maka memudahkan kenderaan berat dipotong tanpa membahayanya nyawa penguna jalan raya. Dengan adanya dua lorong ini, maka mobiliti ekonomi di Kota Bharu ke Machang akan lebih cepat membangun.

c. Pihak berkuasa terutama polis trafik harus sentiasa memantau lalulintas di jalan ini kerana ramai penguna jalanraya yang melakukan kesalahan ketika melalui kawasan ini antaranya mengunakan laluan kecemasan, memotong kiri, memotong di garisan berkembar, tidak memakai tali pingang keledar, memandu melebihi had laju dan memandu terlalu perlahan sehingga menyebab kesesakan.

Semoga aduan saya ini walaupun tidak menyertakan butiran pengadu diharap dapat dipanjangkan. Ini adalah suara pembayar cukai yang cukup kesal dengan pembangunan yang perlahan bagi menaiktaraf jalan Kota Bharu-Machang walaupun ia adalah jalan utama menghubung kedua-dua bandar itu. Ia demi kebaikan untuk semua bagi mengelak jalan ini terus menerus menjadi sungai berdarah yang kerap kali berlaku kemalangan maut.
--
Sekian. Terima Kasih.

Ikhlas,

*Taming Sari*


Berikut adalah respon email yang dibalas JKR :

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan

Tajuk:1/9/2011 9:42 AM Aduan mengenai kesesakan teruk lalulintas di Jalan Kota Bharu - Machang, Kelantan

Dengan hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Lanjutan maklumbalas terdahulu, adalah dimaklumkan bahawa pihak JKR Daerah Kota Bharu sedia maklum dengan permasalahan tersebut. Kerajaan telah merancang untuk membina Lebuh Raya baru Kuala Krai - Kota bharu kerana amat memahami masalah kesesakan jalan yang dibangkitkan. Masalah ini dapat diselesaikan apabila projek ini dilaksanakan nanti. Penyelesaian sementara mungkin seperti yang dicadangkan termasuk peningkatan penguatkuasaan terhadap pesalah2 Pengguna jalan raya.

Pihak tuan boleh hubungi Bahagian Jalan JKR Daerah Kota Bharu melalui talian 09 7455989 untuk maklumat lanjut.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menurut perintah,

Noorwahidayah binti Zaki
Juruteknik Awam
Urusetia Aduan
b/p. Ketua Bahagian Komunikasi Korporat,
Caw. Pengurusan Korporat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Tingkat 1, Blok B (Lama),
Kompleks Kerja Raya,
Jln. Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2696 7651 / 7647 / 8254 / 7609 / 7664 / 8252 / 7656
______________________________________________________________________

Taming Sari amat yakin dengan janji ini kerana sememangnya pihak kerajaan pusat jarang gagal menunaikan janji tidak seperti kerajaan PAS Kelantan yang menzalimi rakyat negeri itu.

Terima kasih JKR atas usaha ini dan terima kasih Kerajaan Pusat (BN) atas keperihatinan ini.

Penulis,

Sampah Di Kota Bharu Sebusuk Hati Pemimpin PAS Kelantan


Bersihkan dahulu bandar Kota Bharu! Mungkin perkara itu yang perlu diberi keutamaan oleh kerajaan Pas Kelantan yang ketika ini dilihat begitu cenderung terlibat sama menganjurkan ceramah atau forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terbaru, kerajaan Pas Kelantan terlibat dalam penganjuran program Bersih 2.0 yang kononnya untuk membersihkan proses pilihan raya di negara ini.

Penganjur program itu mendakwa proses pilihan raya di negara ini tidak bersih dengan alasan wujud pengundi hantu dan banyak lagi. Maka berpusu-pusulah rakyat Kelantan, pastinya di kalangan pendukung setia parti Pas menghadiri ceramah dan forum tersebut seperti yang berlaku di Balai Islam Lundang pada malam 21 Januari lalu.

Forum tersebut menampilkan tiga ahli panel iaitu Prof. Dr. Abdul Aziz Bari; Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Datuk Dr. Toh Kin Woon dan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa. Sementara Prof. Dr. Abu Hassan Abdullah bertindak selaku moderator. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Sepanjang hampir dua jam berceramah, ketiga-tiga ahli panel begitu bersemangat melontarkan buah fikiran dan alibi masing-masing bagi menyokong dakwaan proses pilihan raya di negara ini 'perlu dibersihkan'.

Malah, dalam ucapannya, Kin Woon juga tidak berselindung menuduh proses pilihan raya di Malaysia tidak telus, tidak adil, tidak bersih dan banyak kelemahan.

Bekas guru itu yang pernah berkhidmat di sebuah sekolah di negeri ini juga tidak teragak-agak menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia diperintah oleh diktator ketika persoalan itu diajukan oleh Abu Hassan.

Dengan tema 'Membersihkan Pilihan raya Demi Masa Depan Rakyat', forum tersebut telah menarik lebih 2,000 pengunjung termasuk pelajar sekolah dan penuntut pusat pengajian tinggi yang turut teruja untuk 'terjun' ke dalam dunia politik.

Senario tersebut mungkin berbeza dengan pelajar dan penuntut bukan Melayu yang lebih cenderung meningkatkan kecemerlangan akademik mereka supaya kelak mendapat pekerjaan lebih baik dan bergaji lebih besar dalam dunia yang semakin mencabar.

Melihat respons hadirin, timbul persoalan alangkah baiknya jika usahasama dilakukan oleh Urus Setia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri bagi menggerakkan usaha bersepadu melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan usia untuk membersihkan bandar Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya daripada pelbagai kekotoran sampah sarap.

Ini kerana jolokan Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Negeri Serambi Mekah, masih tidak dapat mengubah tahap kebersihan di negeri ini yang semakin memualkan banyak pihak.

Berjalan di ceruk-ceruk atau lorong-lorong sekitar bandar ini terutama di Medan Selera MPKB di Bazaar Buluh Kubu yang menempatkan deretan kedai makan, anda pasti berdepan dengan sampah sarap yang busuk dan bertaburan di sana sini. Senario gerai makan terletak tidak jauh dari tong-tong sampah bukan lagi asing di sekitar bandar ini. Ada ketikanya menimbulkan persoalan, beginikah sikap rakyat Kelantan yang ditadbir dan diperintah oleh sebuah parti dengan dasar Membangun Bersama Islam?

Mungkin keadaan ini tidak mengapa bagi sesetengah rakyat Kelantan, kerana kawasan atau tempat lain di negeri-negeri lain hatta Kuala Lumpur juga mengalami situasi sama.

Namun, Kelantan diperintah oleh sebuah parti yang berjuang menegakkan penubuhan undang-undang Islam. Agama suci itu yang dianuti oleh lebih 90 peratus penduduk negeri ini, amat menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan, sebagaimana dinyatakan oleh Husam dalam forum tersebut, umat Islam akan berwuduk setiap kali hendak menunaikan ibadat, menunjukkan betapa kebersihan amat penting dalam Islam.

Timbul persoalan, mungkinkah disebabkan selama 20 tahun Pas memerintah kerajaan negeri, mereka lebih banyak dimomokkan dengan isu politik berbanding bagaimana mereka perlu mengubah sikap penduduk bagi menjadikan Kelantan dan Kota Bharu sebagai bandar raya Islam contoh.

Dalam congakan mudah, sekiranya selama tempoh tersebut rakyat negeri ini yang berjumlah lebih 1.5 juta, terutama generasi mudanya diberikan didikan yang betul mencakupi pelbagai aspek, bukan hanya fokus kepada politik, tidak perlulah MPKB-BRI membelanjakan kira-kira RM2 juta setahun untuk meningkatkan mutu kebersihan bandar ini, melancarkan kempen Kota Bharu Bersih 2010 dan gerak gempur membersihkan persekitaran bandar pada sebelah malam.

Program gerak gempur itu bermula pada pukul 9 hingga 12 tengah malam. Ia dilancarkan selepas kempen Kota Bharu Bersih 2010 gagal untuk membersihkan bandar ini.

Bayangkan, pada ketika kebanyakan warga bandar berpusu-pusu pulang ke rumah atau bersenang lenang menonton televisyen bersama keluarga, para petugas dan kakitangan pihak berkuasa tempatan bertungkus-lumus menyapu jalan dan memungut sampah.

Ini belum mengambil kira kenyataan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK) sebelum ini bahawa tinjauan ke atas 70 buah masjid mendapati 90 peratus tandas di rumah ibadat itu dalam keadaan kotor. Jadi, di manakah letaknya imej Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah pada kaca mata pengunjung luar?

Renung-renungkanlah.

Nota kaki : Kota Bharu Bandaraya Islam. Cit !!! aku tengok dah macam tapak pelupusan sampah sahaja. PAS sahaja yang "love" sampah sebab mereka pun dah macam sampah. Islam tak ajar umatnya kotor seperti ini. Kota Bharu Bandaraya PAS baru betul ! haha. 


Penulis,

Nik Ajis Berbohong Di Tenang!


Kebiadaban Nik Ajis terus terserlah di DUN Tenang apabila di dalam ceramah sulungnya ketika kempen pilihanraya DUN Tenang beliau terus menerus menfitnah kerajaan pusat (BN) kononnya mengabaikan Kelantan. Kali ini dia cuba menipu rakyat tenang di dalam isu jalan raya. Menurut Nik Ajis :
"Perangai Umno mahu jaga Melayu, tapi Kelantan dia tidak peduli. Jalan raya dia tidak ambil kisah. Tuan-tuan pergi Kelantan sampai ke Bukit Yong, sempadan antara Besut dan Kelantan. Lihat jalan raya menghala ke Besut cantik.

"Pandang jalan ke Kelantan tidak ada. Jalan ini jalan pusat tapi Umno tidak buat kerana Kelantan," katanya kepada masyarakat yang hadir ke Dataran Ayer Panas.

Baca selanjutnya disini.

Nik Ajis suka sangat bercakap bohong. Sudahlah dia berbohong dengan merupakan dirinya dengan pakaian Islam  namun hatinya busuk mengalahkan orang munafik. Mengata orang, sedangkan dirinya lebih zalim dan pemalas. Bagi rakyat Kelantan, mereka sudah muak dan lali dizalimi oleh orang tua ini kerana jika berceramah dan berkempen, sibuk sahaja dia mengata dan mengutuk kelemahan kerajaan BN sedangkan dia sendiri tidak melaksanakan tugasnya sebagai MB Kelantan dengan baik. 

Sudah beberapa kali Taming Sari dedahkan kekejaman dan kezaliman Nik Ajis serta PAS Kelantan yang mengabaikan 100% masalah air di Kelantan. Pernah Taming Sari dedahkan bagaimana rintihan seorang ayah yang tinggal di Bachok, Kelantan dikhianati Kerajaan Nik Ajis bagi mendapatkan bekalan air bersih. Baca sini. Kezaliman ini sudah sampai ke tahap yang amat kronik!

Selain itu, Nik Ajis lupa tugas sebagai wakil rakyat di DUN Sabak diabaikannya sehinggakan rakyat di sana marah dan mengadakan demontrasi aman. Mereka kesal kerana Nik Ajis gagal membaiki jalan negeri yang sepatutnya sudah lama dibuat. Baca sini luahan hati orang DUN Sabak.  Peruntukan bagi penyediaan jalan itu adalah dari kerajaan negeri sendiri kerana ia jalan negeri. 

Dari kedua-dua kisah benar di atas, maka jelaslah, orang tua nyanyuk yang sedang sibuk berkempen untuk cikgu Mala itu sebenarkan kaki temberang yang satu sen pun tidak berguna. Kepada penduduk Tenang, anda perlu menilai siapa sebenarnya Nik Ajis ini sebelum terpesona dengan raut wajah dan pakaian bercorak ulamaknya sedangkan sebenarnya dia sudah dilabel pemerintah paling zalim dalam sejarah negeri-negeri di Malaysia. 

Rakyat Tenang, perlu bulatkan tekad bagi menolak pemimpin PAS kerana mereka ini yang mempergunakan Islam demi survival politik tidak ikhlas mahu membantu rakyat. 

Renung-renungkanlah.

Nota : Taming Sari akan dedahkan email dari JKR bukti kerajaan BN serius mahu membantu rakyat Kelantan.... Tunggu!

Penulis,

Khamis, 27 Januari 2011

Benarkah Cikgu Mala Derhaka Kepada Ibunya ?


Nik Aziz pernah kata, kalau Pas nak pilih calon, mesti calon yang molek-molek, yang tidak ada masalah moral dan sosial dan tidak merokok. Nik Aziz tak pernah pulak cakap yang calon Pas mesti seorang yang patuh kepada ibu bapa.

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli UMNO yang masih aktif .

Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata, dia dah lama sokong Pas cuma UMNO yang tak buang namanya. Oh tidak….. kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap.

Ibunya masih aktif bersama UMNO, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan UMNO di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak UMNO, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak UMNO, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Budak-budak Pas sudah biasa sangat dengan cercaan terhadap sesiapa sahaja yang mereka ketahui menjadi ahli parti UMNO. Bahkan orang yang tidak jadi ahli UMNO tetapi sependapat dengan UMNO pun, dituduh sebagai UMNO juga.

Ahli-ahli Pas hanya tidak menderhaka kepada Tok Guru dan pemimpin Pas sahaja. Selain dari pemimpin Pas, mereka ‘dihalalkan’ derhaka walaupun orang itu adalah ibu bapa mereka sendiri.

Pernah dengar Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah, jangan lawan mak bapa? Pernah sesiapa dengar Nik Aziz beritahu, selagi mak bapa itu tidak menyuruh melakukan maksiat, maka wajib seorang anak itu akur.

Yang selalu kita dengar, Nik Aziz beritahu, UMNO bukan Islam. Jadi, secara tak langsung, Nik Aziz dah halalkan sebarang penderhakaan kepada ibu bapa yang jadi ahli UMNO.

Walaupun Normala Sudirman tak cakap tentang kafirnya UMNO, hilang akidahnya UMNO, tetapi dengan bertanding sebagai calon Pas dan tidak menegah sebarang cercaan itu dengan bersungguh-sungguh, Normala Sudirman telah pun menyamakan ibunya seperti si kafir yang dimaksudkan.

Maka bayangkanlah seorang anak yang telah mengkafirkan ibunya, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung… jenis apakah anak itu?

Sumber : Kamuntingcentral

Penulis,

Tindakan Bodoh Buang Direktori FLOM Di Web Pejabat PM


Selepas pendedahan dan kritikan pedas samaada di kem pembangkang dan kem pro kerajaan sendiri berkaitan kewujudan pejabat First Lady Of Malaysia (FLOM) di Pejabat Perdana Menteri, pegawai pejabat Perdana Menteri telah mengambil tindakan membuang direktori pegawai di lawan web tersebut hari ini. FLOM dipercayai adalah pejabat milik isteri DS Najib, DS Rosmah Mansor. Sebelum ini, Taming Sari sendiri mempersoalkan kewujudan pejabat tersebut di pejabat PM, Putrajaya. Baca sini jika anda belum memahami isu ini.


Sebelum ini, di link ini, website pejabat PM telah memaparkan direktori pegawai-pegawai yang berada di dalam pejabat itu dan turut memaparkan satu divisyen yang digelar FLOM atau First Lady Of Malaysia (gambar atas). Di dalam divisyen itu turut memaparkan beberapa orang kakitangan kerajaan dibawahnya sekaligus menunjukkan FLOM wujud sebagai satu divisyen yang berhubung langsung dengan perjalanan sistem kerajaan. Ini bermakna FLOM juga mempengaruhi setiap satu keputusan Perdana Menteri.

Hari ini, link tersebut sudah tiada dan tidak dapat dikesan lagi. Ini bermakna, saranan Taming Sari sudah silap mereka caturi dan jelas mereka terlalu terikut-ikutkan desakan pembangkang. Sebenarnya tindakan membuang direktori ini tanpa sebarang notis yang jelas sengaja mengudang petaka yang lebih buruk lagi. Apa yang Taming Sari sarankan dahulu, jika sudah terlanjur memaparkannya, PM dan pegawai di pejabat itu perlu menerangkan di dalam website itu juga apakah peranan FLOM, bukan terus membuang direktori tersebut.

Beberapa persoalan yang dibangkitkan dahulu termasuk adakah di dalam pembentangan bajet 2011 yang memaparkan peruntukan yang besar kepada projek Permata Negara adalah dipengaruhi oleh FLOM? Selain itu, persoalan lain ialah adakah keaktifan Rosmah melaksanakan pelbagai aktiviti yang gah sehingga berjuta wang rakyat di'lesap'kankan juga berkaitan dengan kewujudan FLOM? Jawapan kepada persoalan ini masih gagal dijawab sedangkan perkara inilah yang sedang bermain difikiran rakyat selepas dibangkitkan bertubi-tubi oleh pembangkang.

Di dalam suara keadilan online yang dibaca oleh berjuta rakyat Malaysia pasti terpesona dengan kenyataan Ketua Wanita PKR, Si Mak Lampir Zuraida Kamarudin :
Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.

“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.

Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.

“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.

Standart pembangkang sememangnya pantang berjumpa isu-isu yang boleh memburukkan BN dan UMNO tambahan pula berkaitan DS Najib semenangnya akan diulas dengan penuh seni. Namun kenyataan mak lampir di atas ada asasnya dan sememangnya selepas rakyat mengetahui kewujuda FLOM selepas pendedahan sebelum ini, satu tindakan yang lebih profesional perlu dilakukan oleh PM dan pegawainya untuk menjelaskannya.

Taming Sari yakin, PM, BN, UMNO dan pegawai pejabat PM masih punyai masa untuk memperbaiki kesilapan ini dan perlu menjelaskan dengan penuh transparen fungsi-fungsi FLOM supaya rakyat tidak raasa tertipu dan ragu ke atas tindak-tanduk isteri Perdana Menteri. 

Tindakan bodoh membuang direktori ini bakal menimbulkan lagi syak wasangka di kalangan rakyat dan makin berapai-api lah lidah pembangkang mengapi-apikan jiwa dan sanubari rakyat untuk membenci Rosmah Mansor. Itulah psikologinya dan Taming Sari pasti ramai orang yang arif dapat menasihatkan Perdana Menteri atas kekhilafan ini.

Rakyat masih sayangkan BN dan DS Najib. Janganlah kerana FLOM, rakyat menghukum seperti apa yang berlaku di zaman Pak Lah. 

Renung-renungkanlah.

Penulis,

Selasa, 25 Januari 2011

Ahli No. 12, Keluar PKR : Anwar Makin Dikoyak Rabak!


Hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti terutama pemimpin Anugerah Tuhan (Anwar Al-Juburi) yang dikatakan sebagai pemimpin kuku besi. Ng Lum Yong, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR mengumumkan keluar parti PKR hari ini sekaligus masuk MCA-BN kerana tertarik dengan transformasi yang mahu dilakukan Perdana Menteri dan gagasan Satu Malaysia yang kini semakin diterima rakyat.

Bagi Taming Sari kenyataan Ezam Mohd Noor yang dinyatakannya seperti di bawah ada kebenarannya :
"Hampir 90 peratus pengasas PKR itu sudah tidak ada dan antara pengasas parti Keadilan adalah saudara Ng Lum Yong, yang merupakan pemimpin utama masyarakat Cina yang bersama kita mengasaskan PKR.

"Jadi saya mahu beritahu kepada pengundi-pengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tenang ini kalau pengasas-pengasas parti pun sudah tidak percaya parti, anda yang tidak tahu tentang parti (PKR) baik jangan dengarlah," katanya.

Selanjutnya di Malaysiakini.

Ezam sendiri bekas orang paling kanan PKR yang memegang no. ahli iaitu 7, bertindak awal-awal lagi keluar dari Parti Anwar, Isteri dan Anak selepas dapat menghidu bahawa Anwar memang benar-benar kaki belit no. 1 dan Ezam sendiri sedar dan yakin bahawa Anwar memang seorang peliwat. Menjadi satu sejarah di Malaysia malahan dunia apabila sesuatu parti politik yang berusia kurang 10 tahun boleh hilang pengasasnya yang bertindak keluar parti hampir 90 peratus. Pasti ada sebab musababnya. 

Sepatutnya apa yang didedahkan ini boleh menjadi pengajaran dan cahaya membuka hati mana-mana penyokong totok PKR untuk melihat dan menilai siapa sebenarnya pemimpin De'Facto PKR itu dan siapa pula yang berada di sekelilingnya sekarang. Mereka jelas pemimpin yang rakuskan kuasa, tamakkan pangkat dan gilakan dunia. Sanggup tutupkan mata menghalalkan kekejian tingkah laku Anwar, sambil tangan terus menerus dihulur mahukan simpati Anwar. Penyokong totok PKR perlu lihat dari aspek positif dan jangan asyik dibuai perasaan busuk hati dan sering mengunakan kesimpulan bodoh yang mengaitkan BN dan UMNO di dalam agenda ini. 

Sesungguhnya orang-orang kuat PKR keluar PKR atas desakan peribadi sendiri yang gagal menunaikan apa yang dihajati mereka. Mereka bersama PKR kerana mereka benar-benar mahu satu platform keadilan dan selepas bersama PKR, mereka makin kecewa. Melihat dari seberang, mereka sendiri dapat menilai bahawa BN-lah parti yang lebih adil dan saksama bukan sahaja dengan parti komponen malah sesama kaum dan agama.

Jadi, dengan keluarnya Ng dari PKR, maka makin jelas, PKR adalah Parti Kotak Rabak (PKR) yang semakin teruk dan bakal hancur satu hari nanti. Sama-sama lah kita lihat dan doakan.

Renung-renungkanlah.

Penulis,

Isnin, 24 Januari 2011

Karya Kabir Bhatia Sentuh Jiwa Penonton !


Kabir Bhatia sekali lagi telah menghasilkan satu karya bermutu apabila drama terbaru arahannya yang bertajuk "Gemilang" yang memulakan tayangannya pada hari ini sangat-sangat menghadirkan kesan perasaan. Taming Sari percaya, bagi peminat drama yang berjiwa sensitif pasti menitiskan air mata apabila babak-babak yang tunjukkan sungguh menyentuh jiwa dan memainkan perasaan. Walaupun ia baru di episod pertama, Gemilang dijangka segemilang tajuknya dihati peminat Kabir sendiri.

Taming Sari amat meminati drama arahan Kabir Bhatia terutama drama Nur Kasih yang sememangnya memberi kesan yang amat mendalam. Drama itu turut digemari oleh pelbagai peringkat umur sehinggakan ramai dikalangan peminatnya mahu ianya ditayangkan berkali-kali. TV3 tanpa mengecewakan penonton telah beberapa kali menayangkan drama itu.

Dalam drama Gemilang ini, ia mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Saifullah dan tiga lagi orang adiknya yang kematian ibunya hidup bersama ayahnya yang hanya seorang penoreh getah sekitar tahun 1970an. Saat-saat kematian ibunya itu sudah mula detik-detik sedih mengalir dalam jiwa penonton. Akibat tiada orang menjaga adik bongsunya, Saifullah bertindak berhenti sekolah dan menolong ayahnya menoreh getah disamping menjaga adiknya.

Jiwa penonton terus terusik apabila ayahnya menangis diwaktu malam selepas ke semua adiknya diberi kepada orang lain untuk dijaga dan hati penonton semakin dibuai rasa sayu apabila ayahnya mahu Saifullah mencari adiknya apabila dewasa. Penonton pasti menitiskan air mata lagi apabila cikgu yang dilakonkan oleh Datuk Jalaludin Hassan datang ke rumah Saifullah dan memberitahu ayah Saifullah telah mati akibat kemalangan.  Episod 1 berakhir dengan debaran yang memuncak dan rasa tidak puas dikalangan penonton  serta tidak sabar mahu menyaksikan episod seterusnya pasti membuak. Episod baru dijangka diisi dengan banyak lagi yang perkara yang bakal berlaku pada Saifullah.

Begitulah bijaknya Kabir memainkan perasaan penonton sehingga terbuai seperti benar-benar kita menghayati dan masuk ke alam fantasi drama itu. Walaupun ia baru diepisod pertama, Taming Sari sudah nampak, banyak sekali mesej dan moral value yang boleh diambil dari drama ini.

Tahniah kepada Kabir atas penghasilan karya yang hebat ini.

Penulis,

BN Selangor Tampar Azmin Di Sidang DUN Tergempar!


Sidang DUN Tergempar yang dipanggil MB Selangor, Khalid Al-Gagap berlangsung hari ini dan menyaksikan pertikaman lidah antara penderhaka sebenar (PR) dengan penderhaka difitnah (BN). Paling malang, kedua-duanya tidak mengaku sebagai penderhaka tidak seperti Nizar-DAPig yang jelas penderhaka apabila pohon sembah derhaka kepada Sultan Perak.

Dalam peperangan saling tuduh menuduh siapa yang derhaka, Azmin Ali, (PKR-Bkt Antarabangsa) tersentak apabila Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Satim (BN-Serdang) mengeluarkan kenyataan :
"........ketika pindaan menghakis kuasa raja-raja itu dibuat oleh kerajaan Persekutuan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu merupakan seorang menteri di dalam Kabinet Dr Mahathir."

Selanjutnya di Utusan Malaysia

Bagaikan ditampar dengan lempangan yang kuat, Azmin terkedu apabila melihat brader-nya Anwar disebut sebagai penderhaka jika benar tindakan UMNO mengurangkan kuasa dan kekebalan Sultan kepada undang-undang negara adalah tindakan menderhaka. Tiada hujah lagi yang boleh Azmin lakukan kerana ketika itu juga dia menjadi anak angkat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed. Sememangnya benar apa yang dikatakan Mohamad Satim kerana Anwar ketika tahun 1993, salah seorang pemimpin UMNO yang memegang portfolio menteri sekaligus menyokong usul pengurangan kuasa itu. Maka Anwar dan Azmin juga berstongkol sebagai penderhaka.

Apa yang tidak boleh dijawab lagi oleh Azmin, tuduhan kepada PKR, DAP serta kuli mereka PAS yang jelas adalah penderhaka kepada Sultan Selangor apabila terang-terangan membantah perlantikan Khusrin sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan Selangor kerana Sultan sendiri yang memilih Khusrin berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan SPA. Tidak ada sokongan dan dorongan oleh kerajaan pusat. Semuanya adalah dibawah budibicara Sultan Selangor. Apabila Pakatan Haram tidak bersetuju dengan Khusrin, bermakna mereka tidak bersetuju dengan keputusan Sultan. Bukankah itu jelas sifat penderhaka?

Pakatan Haram kononnya mahu menjadi hero mengembalikan kuasa Sultan sedangkan isu sebenarnya mereka tidak mahu Khusrin diangkat sebagai SUK. Khusrin adalah bekas Pengarah Jais yang paling lantang mengkritik ketidaktelusan kepimpinan Khalid gagap, DAP, PKR dan kuli mereka, PAS.

Hakikatnya, usul dibawa Khalid hari ini tidak berjaya dipinda apabila tidak mendapat undi majori 2/3 kerana kesemua ADUN BN dan seorang ADUN bebas menolak usul itu.

Penulis,

Ahad, 23 Januari 2011

Semangat Rakyat Tunisia Di Dun Sabak Kelantan !


Menentang pemerintah yang zalim seperti Nik Ajis sudah menjadi kemestian bagi rakyat Kelantan. Selama ini mereka diperbodohkan dengan manifesto "tolak pembangunan asalkan Isle dimartabatkan". Hakikatnya Isle di Kelantan lebih kepada kopiah dan serban sahaja material lebih diutamakan. Nik Ajis sendiri sehingga buncit, menterkedarah hasil negeri dan wang rakyat. Rumahnya sahaja kononnya rumah kayu tapi harta lainnya banyak. Paling malang, rakyat dikawasannya sendiri dibiarkan menderita. Sebelum ini pun sudah ada cerita yang meletup di kawasan Nik Ajis ini kerana ada rakyat di sana yang duduk di rumah bekas reban ayam. Baca sini.

Hari ini, rakyat di Dun Sabak sudah hilang sabar. Mereka memanggil media dan secara aman berhimpun menunjukkan rasa kesal, kecewa, pasrah dan marah kepada Nik Ajis, Husam dan PAS Kelantan yang pemalas kerana membiarkan rakyat Kelantan menderita dengan kemudahan asas yang serba daif. Menurut Utusan Malaysia :

Sekumpulan penduduk Kampung Sabak di sini hari ini mengadakan bantahan secara aman bagi menyuarakan kekecewaan mereka di atas sikap kerajaan negeri yang didakwa lepas tangan dalam menyelesaikan masalah jalan rosak di kampung berkenaan sejak lima bulan lalu.

Kumpulan penduduk terbabit mendakwa, kerosakan jalan tersebut menjejaskan aktiviti harian mereka, selain mengancam keselamatan orang ramai terutama pelajar yang berulang-alik ke sekolah berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), En Ahmad Rasydan Mohd. Khir berkata, jalan tersebut menghubungkan beberapa kampung berdekatan antaranya Kampung Sabak, Kampung Pulau Gajah dan Kampung Tanjung Kuala.

Dua orang penduduk pula berkata :

Mat Noor menggesa supaya pihak kerajaan negeri membuat lawatan untuk melihat secara lebih dekat keadaan sebenar yang berlaku di tempat tersebut.

"Barulah boleh tahu masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kalau sekadar bercakap negeri bagus, rakyat hidup selesa itu tidak jelas. Itu cakap politik," katanya.

Latifah Rani, 40, pula mendesak kerajaan negeri supaya tidak berlengah-lengah membaiki jalan tersebut demi kepentingan rakyat selaras dengan slogan Membangun Bersama Islam yang dilaung-laungkan sejak 20 tahun lalu.

"Bukan Islamik namanya kalau masalah rakyat terus dibiarkan berlarutan begini. Ini juga adalah sebahagian daripada penderitaan rakyat (jalan rosak).

'' Penduduk di sini tiada jalan alternatif lain untuk menghubungi satu destinasi ke satu destinasi melainkan itulah satu-satunya jalan perhubungan utama mereka," katanya

Kemalasan Nik Ajis makin teruk kerana kawasannya sendiri malas untuk dijenguk. Berdasarkan apa yang dinyatakan penduduk maka jelaslah kekejaman pemimpin PAS di Kelantan yang membelakangkan keselesaan penduduk dengan Isle yang dijajanya. Ini baru satu masalah iaitu jalan, masalah air, rakyat Kelantan sudah lali. 

Rakyat Kelantan bukan tidak tahu, PAS memang pemerintah yang pemalas, tetapi kerana terpesona dengan janji Isle sahaja, rakyat Kelantan tewas. Rakyat Kelantan perlu sedar kezaliman yang direncana PAS telah lama ditutup dengan ceramah politik. Isle tidak akan mampu diperteguhkan jika kita ketinggalan dari segi pembangunan dan teknologi. Jika di Tunisia, kekejaman Presiden Zainal Abidin disanggah dengan demonstrasi, rakyat Kelantan perlu lebih bijak bertindak. Bijak dalam erti kata menterjemahkan undi ketika pilihanraya. Apa guna mengundi orang tua yang nyanyuk, kolot dan tiada tenaga. Isle tah ke mana, masa depan rakyat tidak terbela.

Jadi rakyat Kelantan, renung-renungkanlah !

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif