Isnin, 28 Februari 2011

Isu Dinasti Pun Jadi Isu Si Parti Hijau Toyol Nie!


Di Merlimau ketika ini Pas dikatakan tidak senang duduk. Semuanya serba tidak kena kerana tiada isu kukuh yang boleh dipolitikkan. Jenis isu mana yang mahu dikontroversikan untuk berdepan dengan BN menjadi kemelut Pas. Kalut Pas membawa kepada tindak-tanduk calonnya, Yuhaizad Abdullah yang dilihat lebih banyak berdiam diri dan kurang berinteraksi apabila ditanya media mengenai visinya untuk pengundi Merlimau.

Sebaliknya, dia hanya sekadar menyerahkan kepada kepimpinan Pas Melaka dan Pusat untuk menyusun strategi mencipta isu yang sesuai. Kerana ketiadaan isu konkrit inilah maka Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik cuba menguji pengundi dengan mencetuskan isu 'dinasti dan legasi' yang mahu dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.

Meskipun pemilihan Roslan dilihat ramai pemerhati tidak bersandarkan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithin yang meninggal dunia pada 1991 dan bapa saudaranya bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang tidak lagi mengetuai kerajaan Melaka pada 1999 lagi, Kamaruddin tetap tidak 'putus asa'.

Malah, dengan senang hati pula dan tanpa membuat 'kerja rumah', Kamaruddin mendakwa BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti secara turun temurun bagi jawatan pemimpin dari bapa kepada anak. Yang menjadi mangsa ialah Roslan. Soal jarak masa bapa dan bapa saudaranya tidak lagi berada dalam kerajaan negeri dengan tarikh beliau dinamakan sebagai calon BN bukan lagi persoalan.

Dakwa Kamaruddin, amalan 'dinasti' itu telah lama berlaku dalam UMNO, malah beliau mendakwa lagi kononnya 'orang ramai yang saya temuipun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini'. Benarkah?

Mungkin Kamaruddin sengaja tidak mahu menyamakan perkataan 'nepotisme' untuk 'dinasti'. Barangkali untuk mengelirukan pengundi Merlimau bahawa realiti sebenarnya ialah pihak pembangkanglah yang amat menjuarai dalam hal ini.

Kamaruddin sewajarnya melihat amalan 'dinasti' ini yang mana para pemimpin yang menerajui sesebuah parti menurunkan kuasa kepada anak beranaknya untuk jawatan tertinggi dalam DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - sekutu utama Pas dalam pembangkang.

Cuba Kamaruddin renung-renungkan dua perkataan iaitu kronisme & nepotisme (juga dinasti) yang menjadi modal Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang UMNO dan BN. Sebenarnya yang kuat mengamalkan kronisme dan nepotisme adalah Anwar sendiri.

Sejak beliau memegang jawatan di dalam Kabinet sehinggalah menjadi Ketua Umum PKR, amalan itu tidak pernah lekang daripada beliau. PKR menjadi sebuah parti anak beranak dan kroni Anwar sekeluarga apabila Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyandang jawatan Naib Presiden parti itu. Si ayah menjadi ketua umum, si ibu menjadi presiden dan si anak pula naib presiden.

Anwar bertindak ala pengurus kempen pula kepada semua calon pilihan semasa bertanding kepimpinan Pusat PKR. Beliau mahukan orangnya menguasai keseluruhan parti dari peringkat cabang sehinggalah ke peringkat pusat. Apabila Kamaruddin melabelkan UMNO sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme, seolah-olah dia membuka pekung sendiri.

Segala apa yang ditohmah oleh Kamaruddin terhadap Roslan di Merlimau kini kembali kepada diri Pas, partinya yang bersekutu dengan PKR yang paling ketara mengamalkan 'dinasti' dan kronisme ini.

Demikian jugalah wujud dinasti politik lain seperti gandingan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, selain Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.

Kamaruddin sewajarnya bermuhasabah diri. Seperti mana kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil DUN Merlimau itu dibuat berdasarkan merit.

Perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira, malah tidak dapat dielakkan. Yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap potensi Roslan.


Nota kaki : PAS yang kekeringan isu... makin menampakkan mereka tidak releven. Hancur... hancur... hancur PAS PIS PUS.

Wallahhualam.

Penulis,
تاميݞ ساري

Ahad, 27 Februari 2011

Guru Asli VS Guru Haprak


Kalau anda menonton drama GEMILANG arahan Khabir Bhatia yang ditayangkan setiap Isnin di TV3 pasti anda akan dapat melihat perbezaan pengorbanan guru dahulu dan guru sekarang. Cerita ini bukan semata rekaan penulis skrip namun ia adalah rentetan dari sejarah asal memartabatkan pergorbanan guru mengemilangkan bangsa dan negaranya. Guru dahulu menepati pepatah umpama lilin membakar diri.  

1. Guru dahulu sanggup berkorban apa sahaja demi mendidik anak bangsa. Pengorbanan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh guru kini. Guru kini jauh berbeza, mereka mahu semua jasa mereka dikira dan dibalas. Jika tidak, mereka memberontak, mereka mengajar acuh tidak acuh serta mendesak dan terus mendesak. Jalan terakhir yang mereka pilih adalah menyokong parti pembangkang dan menentang dasar kerajaan biarpun kerajaan sudah bersusah payah menghadiahkan mereka gaji dan elaun yang lebih baik dari penjawat awam yang lain.  

2. Guru dahulu adalah ikon masyarakat dan manusia berilmu yang boleh dipercayai dan dihormati. Guru kini banyak yang penipu dan sukar dipercayai. Paling kejam, ada yang mengambil kesempatan ke atas pelajar terutama pelajar perempuan semata memenuhi nafsu serakah. Kerpercayaan yang diberikan ibu bapa dikhianati dan menjejaskan imej guru.

3. Guru dahulu sangat anggresif dan komited dengan tangungjawab mengajar dan mendidik anak bangsanya. Guru kini ramai yang bersikap sebaliknya. Ramai yang menceburi bidang perniagaan samaada jualan langsung,  jualan biasa dan pelaburan internet. Apabila pelaburan gagal atau perniagaan hancur, salahkan kerajaan kerana dikatakan mereka kurang memberi insentif. Jika mereka siangnya di sekolah, malamnya berkerja atau berniaga, bagaimana mereka mampu memberi 100% fokus untuk mendidik pelajar mereka? 

4. Guru dahulu lambang kepada semangat patriotisme. Jika bercakap soal Islam maka dimulut mereka mengagongkan Nabi Muhammad S.A.W dan jika bercakap soal negara, maka pemimpin negara lah yang diangkat mereka sebagai idola kepada pelajar-pelajar mereka. Guru dahulu juga lambang kepada semangat cintakan agama dan bangsa. Namun hari ini jauh berbeza. Walaupun bukan semua namun ada segelintir yang mencampur adukkan politik di bilik darjah. Jika bercakap soal Islam, pemimpin PAS yang mereka angkat, jika bercakap soal negarawan, Anwar Ibrahim yang mereka puja. 

Mengapa guru dahulu amat berbeza dengan guru hari ini? Mudah sahaja jawapannya kerana ramai guru kini, yang lahir di pentas ilmu bukan dari niat asal mereka untuk menjadi guru. Guru hari ini ramai terhasil dari mahasiswa penganggur yang hanya dilatih dalam tempoh yang amat singkat untuk menjadi seorang guru. Mereka-mereka ini diselamatkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dengan menyediakan ruang pekerjaan sebagai guru. 

Punca lain juga wujud kerana hati. Biarpun hati itu lembut, tapi apabila ia keras, biar dihentak dengan apa sahajapun, ia tidak akan luluh. Hanya mereka yang bersyukur dan tahu menghargai sahaja akan mampu mengawal gelora nafsu sekaligus mengembalikan keikhlasan mempertahankan martabat kerjaya paling mulia.

Namun, khas kepada semua guru, kenyataan di atas hanya ditujukan secara umum. Jika ada yang terasa maka siapa yang termakan cili maka dialah terasa pedasnya. Bukan semua guru bekas mahasiswa penganggur berkarakter seperti yang dinyatakan di atas. Ramai yang komited dan bertanggungjawab. 

Namun ini juga boleh dijadikan indikator sebab musabab mengapa guru hari ini tidak segah guru dahulu.  

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

Alkisah Muammar Gaddafi!


Pada Jun 2009, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tiba di Rom, Itali dengan 300 ahli rombongan. Mereka menggunakan tiga buah pesawat Airbus.

Seperti kebiasaan apabila melakukan lawatan ke luar negara, Gaddafi akan membawa bersama khemah gergasi Badwi yang didirikan di tengah-tengah bandar.

Beliau lebih suka tidur bahkan bertemu pemimpin negara asing di khemah itu berbanding hotel mewah.

Pada tahun 2007, Gaddafi bukan sahaja memacakkan khemah di kawasan lapang sebuah hotel lima bintang di Paris malah mempamerkan untanya di situ.

Senarai sisi eksentrik Gaddafi seperti yang dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail termasuklah tindakannya membawa unta gurun Sahara sebagai sebahagian daripada rombongan pengiringnya semasa beliau melawat Perancis.

Gaddafi memerlukan lima buah kapal terbang untuk mengangkut semua ahli rombongannya.

Gaddafi memacakkan khemahnya di estet milik jutawan Amerika, Donald Trump di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2009. Gaddafi mengembara dengan membawa khemah bagi menonjolkan asal-usul Badwi.

Masyarakat Badwi merupakan kumpulan puak yang tinggal di kawasan padang pasir di Afrika.

Khemah

Apabila mereka berkelana merentas padang pasir, mereka akan mendirikan khemah bagi bermalam atau berlindung daripada cuaca buruk termasuk ribut pasir.

Kain khemah itu biasanya diperbuat daripada bulu biri-biri yang ditenun dengan tangan.

Dengan memakai gel dan rambut yang diwarnakan semasa tiba di Itali dua tahun lalu, Kolonel itu disifatkan media Barat mirip gaya Raja Pop, Michael Jackson.

Di tengah dadanya tersemat sekeping gambar pemimpin pemberontak Libya yang telah dihukum gantung oleh penjajah Itali pada tahun 1931. Beliau diberi sambutan negara oleh Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

Pakaian Gaddafi sememangnya sering menarik perhatian. Beliau gemar memakai jubah yang panjang berjela dan mengenakan cermin mata seperti seorang juruterbang.

Beliau yang memakai topi tentera, kelip merah dan pakaian lengkap seorang kolonel tentera masih mencuri tumpuan.

Namun, pasukan pengawal peribadi Gaddafi, kini berusia 68 tahun, lebih memukau. Mereka memakai uniform khaki dan beret merah sambil menggalas senapang Kalashnikov buatan Rusia.

Kira-kira 42 tahun lalu, Gaddafi menggulingkan raja terakhir Libya, Raja Idris atas nama revolusi Islam. Beliau juga mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam.

Bagaimanapun, pengawal peribadi wanitanya itu tidak menyorokkan wajah mereka di sebalik burqa.

Menurut Gaddafi, mereka adalah simbol kepercayaannya pada emansipasi wanita.

"Wanita patut dilatih untuk berlawan, jadi mereka tidak mudah dipermainkan oleh musuh," kata Gaddafi.

Raja Afrika

Semua wanita itu dikatakan telah mengangkat sumpah taat setia kepada Gaddafi dan sanggup menyerahkan seluruh hidup mereka untuk lelaki itu.

Ternyata, dikatakan tiada seorang pun daripada mereka pernah meninggalkan Gaddafi baik siang mahupun malam.

Gaddafi juga menegaskan semua pengawalnya masih dara iaitu syarat wajib sebelum dibenarkan bertugas dalam pasukan elit itu.

Malah, pekerjaan yang dianggap berprestij itu sentiasa menjadi buruan wanita Libya.

Mereka dilatih di sebuah kolej khas dan mengikuti program fizikal yang lasak.

Mereka dilatih untuk menjadi pembunuh, pakar senjata api dan mahir dalam seni mempertahankan diri.

Gaddafi akan membuat sendiri pemilihan terakhir, namun ada khabar angin kononnya pengawal peribadi itu turut dikehendaki melayan kehendak seksual Gaddafi.

Wanita-wanita itu memakai lipstik, barang kemas, kuku yang dikilatkan bahkan kasut tumit tinggi tetapi ketangkasan mereka telah diuji berulang kali.

Pada tahun 1998, salah seorang daripada mereka terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas kumpulan fundamental Islam di Libya menyerang kenderaan Gaddafi.

Gadis yang mati itu dikatakan merupakan pengawal kesukaan Gaddafi. Dia 'menerbangkan' dirinya untuk melindungi tubuh Gaddafi.

Dia rela mati ditembusi peluru berbanding membiarkan peluru itu mengenai tuannya.

Kehebatan Gaddafi adakalanya dipuji lawan dan kawan. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Gaddafi, yang pernah dianggap oleh Barat sebagai bapa keganasan dan lelaki di sebalik pengeboman Lockerbie pada tahun 1988, diberi layanan istimewa oleh Berlusconi.

Sebenarnya, tidak ramai pemimpin dunia seperti Gaddafi mengekalkan kuasa dan mengharungi pelbagai tekanan sepanjang 40 tahun pemerintahannya.

Beliau menulis sendiri buku Green Book yang memaparkan pandangan politik dan teori sosialnya.

Apabila beliau berkuasa pada tahun 1969, Gaddafi sanggup menghukum musuhnya tanpa belas kasihan.

Pada tahun 1970, beliau sendiri mengarahkan hukuman gantung sampai mati dilakukan di tempat awam.

Pada tahun 1977, beliau hadir semasa pelajar-pelajar yang memberontak ke atas rejimnya dihukum gantung.

Kuasanya bukan setakat di Libya malah diakui di seluruh Afrika. Dua tahun lalu, Gaddafi menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen 'Penyatuan Afrika' Gaddafi.

"Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika," beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.

Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar 'Raja Segala Raja' di Afrika. - Agensi

Wallahhua'alam.

Penulis,
تاميݞ ساري

Selasa, 22 Februari 2011

Menarik! : Inflasi Negara Terkawal


Malaysia dijangka mengalami impak inflasi yang paling minimum berbanding negara-negara Asia lain seperti Hong Kong, China dan Indonesia! Di China sahaja dilaporkan kerajaan negara itu terpaksa menaikkan harga bahan api baru-baru ini iaitu kenaikan kali kedua dalam tempoh dua bulan.

Di Malaysia, kerajaan masih mempertahankan harga bahan api bersubsidi. Mungkin kebanyakan kita akan menerima kenyataan ini secara sinis. Malah, tidak kurang juga yang melihatnya sebagai jawapan klise setiap kali kerajaan mahu mengumumkan sesuatu kenaikan harga barangan keperluan harian.

Namun, percayakah kita bahawa hakikatnya harga makanan dunia boleh naik sehingga 40 peratus pada dekad akan datang? Ini bukan suatu cerita dongeng.

Baru-baru ini, Food and Agriculture Organization (FAO) telah memberi indikasi bahawa senario tersebut akan berlaku jika pengeluaran makanan utama tidak meningkat untuk menampung permintaan penduduk dunia.

Antara faktor peningkatan harga komoditi makanan dunia adalah kerana populasi dunia dianggarkan meningkat sebanyak empat peratus. Malangnya kapasiti pengeluaran makanan hanya meningkat satu hingga dua peratus.

Sebuah penerbitan, The Agricultural Outlook 2010-2019 menjangkakan, harga gandum boleh melonjak ke tahap antara 15 dan 40 peratus lebih tinggi daripada harga antara tahun 1997 dan 2006. Harga minyak sayuran dan susu pula menurut penerbitan yang sama, meningkat lebih daripada 40 peratus.

Pada pertengahan tahun lalu, harga makanan dunia telah meningkat kepada 32 peratus disebabkan oleh kemarau di Rusia, Kazakhstan dan negara-negara Eropah selain banjir di India dan Australia.

Peningkatan perdagangan global berkait rapat dengan permintaan pengguna. Dalam hubungan ini, peningkatan kos pengeluaran bermakna harga barangan yang dijual juga akan meningkat atau menjadi lebih mahal daripada biasa.

Permintaan terhadap bahan api etanol yang berasaskan sumber makanan seperti jagung dan tebu, turut telah mengurangkan bekalan bahan mentah beberapa negara pengeluar di dunia.

Di Amerika Syarikat, kadar inflasi makanan meningkat sebanyak dua hingga tiga peratus tahun lalu berbanding 2008 manakala inflasi makanan di India meningkat sebanyak 14 peratus pada tahun 2010.

Peningkatan terhadap permintaan makanan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, menyebabkan pengguna tiada pilihan lain kecuali membeli barangan ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Larangan eksport gandum oleh Rusia dan eksport bawang merah oleh India, masing-masing pada Ogos dan Disember 2010, juga mempengaruhi situasi ini.

Menurut laporan pakar ekonomi Credit Suisse, inflasi harga makanan di rantau Asia kecuali Jepun, akan meningkat sehingga 15 peratus pada pertengahan tahun ini.

Jelas bahawa dunia semakin tenat dengan kadar inflasi yang tinggi. Malaysia juga tidak terkecuali. Ini terlihat melalui trend peningkatan daripada 1.3 peratus pada Januari kepada 2.2 peratus pada Disember 2010.

Secara keseluruhan, inflasi negara bagi tempoh sama pada tahun lalu yang direkodkan ialah di paras 1.7 peratus.

Tidak dinafikan, Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol di Malaysia telah merekodkan peningkatan. Bagaimanapun, ia masih terkawal dan belum mencecah dua digit seperti yang berlaku di sesetengah negara lain.

Menurut kajian, secara purata, rakyat Malaysia membelanjakan satu pertiga daripada pendapatan mereka ke atas bahan makanan.

Teori Engel's Law mengatakan bahawa apabila pendapatan meningkat, perbelanjaan ke atas makanan menurun. Ini bermakna, bagi kumpulan berpendapatan rendah, perbelanjaan mereka ke atas makanan adalah lebih besar berbanding kumpulan berpendapatan tinggi.

Menyedari hakikat ini, mendorong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah bertindak membantu penduduk luar bandar.

Langkah itu diambil untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menikmati harga barangan keperluan pada harga kawalan. Maka, beberapa projek pengedaran barangan perlu, penyeragaman harga gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming telah dilaksanakan.

Langkah kawalan harga barangan perlu ini penting kerana ia merupakan faktor penyumbang kepada pengekalan kadar inflasi yang sederhana.

''Ia telah dapat memastikan harga barangan perlu adalah lebih rendah berbanding dengan negara-negara jiran di rantau ini.

''Kawalan harga telah memberikan impak minimum ke atas harga barang-barang perlu dalam negara walaupun harga makanan dan komoditi di pasaran dunia semakin meningkat," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 347 kawasan luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah terbabit dalam projek pengedaran barangan perlu.

Sementara itu, 201 kawasan untuk projek penyeragaman harga LPG serta 298 kawasan lagi bagi program Community Drumming.

Pelaksanaan program tersebut juga secara tidak langsung membantu penduduk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan menggalakkan pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan yang terlibat. Usaha menanggung kos pengangkutan barangan keperluan ke kawasan luar bandar ini adalah bagi menjamin barangan dijual dengan harga lebih murah.

Contohnya, harga LPG di Bario, Sarawak dijual RM110 setong tetapi selepas pelaksanaan projek, harga LPG dijual pada harga RM25.90 setong.

Gula yang sebelum ini dijual pada RM4 sekilogram kini dijual pada RM2.15 sekilogram. Beras sebelum ini berharga RM43 persepuluh kilogram kini diperoleh pada harga RM18 persepuluh kilogram.

Tepung gandum yang berharga RM4 sekilogram pula dijual hanya RM1.45 sekilogram manakala minyak masak yang sebelum ini berharga RM6 sekilogram dapat dibeli pada harga RM2.75 sekilogram. Petrol yang sebelum ini berharga RM5 seliter kini dijual pada harga RM1.85 seliter.

Kesannya, seramai 1,985 penduduk di Bario mendapat penjimatan keseluruhan sebanyak RM749,008 sebulan atau RM8,988,090 setahun. Begitu juga yang berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman lain.

Negara tidak dapat lari daripada menerima kesan global kerana rantaian ekonomi dunia. Tanpa kesedaran, rakyat tentu akan lebih menderita akibat terpaksa menanggung segala beban keperluan hidup yang tidak pernah terhenti

Sumber

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Ahad, 20 Februari 2011

Kisah Anwar Di WIKIPEDIA Penuh Pedebatan!


Anda yang anti Anwar dan penyokong tegar Anwar pasti ada yang tidak terfikir untuk menyelami siapa Anwar di pentas Wikipedia. Anda boleh membaca sejarah hidup Anwar Ibrahim yang kini benar-benar berwatakkan pengkhianat agama, bangsa dan negara di dalam enjin maklumat ini. Sila klik sini.

Tetapi fakta yang dikeluarkan laman web itu turut diragui menyebabkan ruangan pedebatan dibuka. Anda boleh terus ke sini untuk membaca ruangan ini atau turut serta menyertai pedebatan ini.

Semoga penyokong Anwar dan mereka anti Anwar dapat mengenali manusia ini dengan lebih dekat.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Sabtu, 19 Februari 2011

Pengemis Satu Pencemaran!


Setiap tahun sekitar pertengahan bulan Februari atau mengikut kalendar China yang jatuh pada tarikh tersebut, Kaum Hokkien dari kalangan orang-orang Cina akan mengadakan upacara sembahyang di tokong-tokong.

Ini adalah salah satu upacara wajib Tahun Baru bagi mereka.

Di Pulau Pinang, di Jalan Pokok Ceri yang terletak di bahagian bawah Bukit Bendera, berhampiran Stesen Keretapi Bukit Bendera turut berlaku upacara ini. Tahun ini jatuh pada 10 Februari 2011 menjelang tengah malam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang sangat maklum hari upacara ini, sekali lagi meninjau sebelum menjelang tengah malam. Memang benarlah tokong yang terletak di kaki Bukit Bendera, kira-kira dua ratus meter dari pintu gerbang jalan raya merupakan rumah ibadat dan upacara sembahyang kaum Hokkien yang bernama Tua Pek Kong.

Tapi malangnya hari upacara sembahyang yang dituntut oleh agama mereka telah dicemari oleh sebahagian besar pengemis untuk mengemis sepanjang jalan tersebut.

Mereka, sepanjang tinjauan di buat ada yang datang dari negara luar selain dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sendiri. Seperti mana pengemis-pengemis yang mengemis di mana-mana rumah ibadah, mereka sebenarnya tidak dijemput.

Sejak pagi lagi mereka sudah duduk berbaris dengan bekalan di sepanjang jalan dua ratus meter ke Tokong Tua Pek Kong.

Persatuan Pengguna merasa terpanggil meminta perhatian mana-mana pihak yang berkenaan, terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Bandaraya atau parti politik yang sering sering bersuara menjaga maruah bangsa dan sukuan supaya mencari jalan, di samping menggunakan kuatkuasa yang ada untuk menafikan kehadiran golongan seperti ini.

Mereka telah mencemar keadaan dan suasana, memalukan kaum sukuan dan menjatuhkan maruah bangsa. Dengan tibanya hari upacara sembahyang setiap tahun, mereka seolah-olah berpesta dan mereka seperti terpanggil oleh sebab mendapat simpati dari pengunjung ke situ.

Persatuan Pengguna mahu mereka ditiadakan atau dalam ertikata yang lain tidak dibenarkan 'mengemis' pada hari-hari seperti itu, pada mana-mana tempat ibadah semua kaum.

Kami juga dapati, pengemis yang mengemis di situ bukan saja terdiri dari kalangan orang tua, dewasa tetapi juga telah mengguna tenaga kanak-kanak bagi mendapat simpati. Kami juga menemui sekumpulan keluarga yang sedia berkhemah, menghampar tikar plastik bersama anak beranak.

Persatuan Pengguna mendesak pihak JKM bertindak sama ada di bawah Akta 611, iaitu Akta Kanak-kanak 2001 Bahagian 3 atau pun Subseksyen 3(2) Akta Orang papa 1977.

Ini tentunya akan menjadi lebih kemas apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sedang mengkaji untuk meminda Akta Orang Papa 1977 bagi menghukum pengemis 'tulen' atau 'pengemis palsu'.

Kami berpendapat, kebanyakan pengemis di Jalan Pokok Ceri yang bermusim ini terdiri dari 'Pengemis Palsu.'

Apapun kami berpendapat, pengemis yang muncul di sepanjang Jalan Pokok Ceri berdekatan stesen Keretapi Bukit Bendera menuju ke Tokong Tua Pek Kong perlu dinafikan kehadiran mereka tahun-tahun mendatang, kerana selain dari kita dapat mengelak dari maruah kaum dan etnik tercemar, mengemis bukanlah budaya yang perlu dipelihara di negara Malaysia.

Nukilan : SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Penguna P.Pinang.

Nota kaki : Kita hanya mengalakkan budaya mengemis jika kita menderma kepada pengemis. Kita boleh dikira bersubahat walaupun niat kita ihklas. Adalah lebih baik, jika benar kita seorang dermawan, cari jalan yang tepat menghulurkan sumbangan kita. 

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Akhirnya Elly Iskandar Bertemu Jodoh!


Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar, 35, bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya, Nur Aisy'ah Zainal, 26, hujung tahun ini.

Majlis pertunangan Ally dan Aisy'ah yang juga naib juara program realiti televisyen Gadis Melayu musim pertama, berlangsung Jumaat lalu (11 Februari) bertempat di rumah kakak Aisy'hah di Ampang, Selangor.

Apabila majlis tersebut diadakan secara diam-diam, Ally ketika ditemui di majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian, terbitan kolaborasi antara TV3, Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M) menjelaskan kepada para wartawan berhubung majlis pertunangannya.

"Bukan sengaja mahu dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan wartawan sebaliknya sebagai menghormati permintaan daripada pihak keluarga perempuan yang tidak mahu perkara ini dihebohkan maka majlis diadakan tanpa disalurkan sebarang maklumat kepada media.

"Bukan sahaja wartawan tidak mengetahui mengenai pertunangan kami tetapi warga kerja MHI termasuk bahagian Komunikasi Korporat TV3 pun tidak tahu menahu tentang perkara ini," jelasnya sambil memohon maaf kepada rakan-rakan media berhubung merahsiakan pertunangannya itu.

Menurut Ally, perkenalan dengan Aisy'ah yang mempunyai perniagaan sendiri bermula pada tahun 2008, cuma tiga bulan kebelakangan ini barulah mereka menjadi rapat dan mengambil keputusan untuk bertunang.

Katanya, pakej yang ada dalam diri Aisy'ah berjaya memikat hatinya dan dengan pertunangan mereka, kegusaran yang selama ini membelenggu Ally telah terhapus.

"Saya tidak takut hilang penonton wanita jika itulah persoalan yang dilontarkan mengapa saya merahsiakan pertunangan dengan Aisy'ah.

"Apa yang saya takutkan ialah kalau saya tidak berkahwin. Lagipun saya sedar, lama kelamaan tidak akan ada orang yang mahu tengok muka saya lagi.

"Sekurang-kurangnya apabila saya balik ke rumah, adalah juga orang yang nak tengok muka saya," katanya secara berseloroh.

Terus terang Ally berkata, beliau tidak dapat mendedahkan berapakah wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan sebaliknya memberitahu, bakal isterinya itu cukup memahami kerjayanya.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Sah Kerdau Dan Merlimau Berpesta Serentak


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac ini.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pula ditetapkan pada 26 Februari.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi

Sumber

Nota kaki : Sekali lagi PAS bakal dimalukan dengan sangat teruk. Ini kerana semasa pengumuman kemenangan parti mana yang akan menang pada 6 Mac nanti, PAS pasti akan malu besar ditewaskan 2-0 lagi oleh BN. PAS amat tertekan dengan pemilihan serentak tarikh PRK kedua-dua kawasan ini. Pakatan Haram pernah menerima malu besar ditewaskan di Galas dan Batu Sapi selepas kedua-dua pilihanraya itu diadakan serentak tahun lalu.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Jumaat, 18 Februari 2011

Mahsiswa Pro Pembangkang Perlu Dibuang Dari Universiti


Pihak universiti yang kini memiliki autonomi penuh menghukum pelajarnya patut mengambil tindakan segera menghukum pelajar yang menimbulkan huru-hara di kampus. Suasana pilihanraya kampus yang sedang diharungi kini dicemari dengan demontrasi mahasiswa yang dilihat persis demontrasi pembangkang di luar. 

Taming Sari melihat perkara ini perlu diambil perhatian serius kerana kerajaan BN membina Universiti adalah untuk melahirkan bakal pewaris kepimpinan negara. Apa yang berlaku pada hari ini sudah menyimpang kerana bukan sahaja mahasiswa di dalamnya sudah lari dari tujuan asal malah mereka turut cenderung memilih fahaman politik songsang bawaan PAS dan PKR. Paling malang apabila ada dikalangan pensyarah universiti yang berkelulusan PHD bergelar DR hasil tajaan kerajaan BN turut menghasut pelajar mengidolakan pemimpin pembangkang di luar untuk membentuk wadah perjuangan.

Lihatlah cara mereka berkempen iaitu cara berpidato, logo parti mereka, risalah flyers yang digunakan, laman blog yang mereka bangunkan persis apa yang dilakukan oleh pembangkang di luar sana. Ini bukti mereka sebenarnya turut ditaja oleh parti PAS dan PKR demi menghuru-harakan suasana di kampus dan mendotrin pemikiran pelajar lain untuk memilih perjuangan pembangkang apabila mereka tamat pengajian nanti. 

Sikap mereka yang anti-HEP dan sering mencurigai HEP selaku SPR kepada pilihanraya kampus turut sama meniru sikap curiga pemimpin pembangkang kepada Suruhanjaya Pilihanraya di pilihanraya umum. Semua ini tidak lain hanya mahu mendidik jiwa mahasiswa pro mereka supaya berhati busuk dan terus menerus menghentam dan menyalahkan HEP. Jika terus didotrin sebegini apabila mereka sudah tamat pengajian nanti, mereka turut akan mencurigai kerajaan dan menyokong barisan pembangkang untuk menentang kerajaan. 

Taming Sari dapat melihat bahawa mahasiswa seperti ini bakal menjadi ancaman kepada kerajaan dan negara pada masa akan datang serta wajib bagi kita memerangi mereka. Kerajaan harus mengenakan tindakan buang universiti kepada mereka yang ekstrim ini supaya penyakit ini tidak terus merebak. Kita bukan menghalang demokrasi politik mahasiswa tetapi kita tidak mahu mereka menyalahfahami demokrasi dengan berpihak kepada PAS dan PKR yang Useless dan berideologi anti-nasional ini. 

Pihak universiti dan KPT perlu mengambil perhatian serius ke atas fenomena ini. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

Menarik! : Antara Islam Nik Ajis Dan Islam Mahathir


Saya tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan.

Apakah benar Islam itu Pas, dan Pas itu Islam? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli Pas, Nik Aziz atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman Pas. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman Pas?

Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan Pas apabila DSAI dipecat.

Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat 'hidayah' dan menyokong Pas termasuklah penulis. Apakah nasib-nasib kami yang pernah menyokong Pas dan akhirnya 'keluar' atau 'murtad' dari menyokong Pas. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai Pas?

Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100 peratus kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa 'banyak kepincangan' dilakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam Pas.

Seperti mana Pas juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang 'kecewa dan marah' pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong Pas juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan.

Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa Pas pula tidak boleh? Maksum sangatkah Pas hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.

Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Bharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan "Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai".

Ia merupakan fakta yang terlalu jelas, usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita.

Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura. Kerana itu mereka 'mendekati' Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi.

Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara Barat hari ini seperti yang diakui oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan?

Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Mahathir.

Lucunya sempat pula Nik Aziz 'menceduk' idea 'syiling emas' untuk mendapatkan 'laba' politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.

Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal.

Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Mahathir ?

Nik Aziz juga sempat meminta Tun Mahathir menyatakan 'kesalahan' beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan:

* Banyak manakah 'berhala besar' yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

* Tidak malukah Nik Aziz mengisytihar Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' sedangkan ketika Nabi Ibrahim dilantik sebagai Rasul, baginda telah memecahkan semua patung berhala di sekitar Kaabah.

* Jika Nik Aziz pertikai kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula melihat kesungguhan Pas dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.

* Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membuktikan kepada penulis tentang 'tong kosong' yang dipalu oleh Pas Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, kebersihan yang menjadi asas keimanan pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya.

* Semasa berada di Kota Bharu, penulis sempat solat subuh, Jumaat, maghrib dan isyak di beberapa masjid. Pemandangannya hampir sama seperti mana kita melihat jemaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan.

* Penulis turut 'melawat' setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor.

Malah di sebuah masjid yang tersergam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus.

Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat di bawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun.

Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Mahathir kerana 'kesilapan' beliau yang belajar dalam 'bidang kedoktoran' dan bukannya 'bidang keagamaan', juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara.

Penceramah, Motivasi & Kaunselor, Kedah

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Khairy Kini Penerjun Tentera Bertauliah


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dianugerahkan sayap penerjun apabila berjaya menamatkan kursus ahli paracut statik dan penerjunan di Zon Gugur, Padang Sanai di sini semalam.

Khairy merupakan antara 101 anggota tentera dan askar wataniah yang berjaya menghabiskan kursus ahli paracut statik tahap satu iaitu kursus asas penerjunan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menamatkan latihan tersebut dengan membuat terjunan pertama menggunakan payung terjun sebelum disusuli peserta lain dari pesawat CN-235 pada ketinggian 304.8 meter.

Aksi cemerlang Khairy disaksikan sendiri bekas Perdana Menteri yang juga bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah, isterinya, Nori Abdullah bersama dua anak mereka serta ibunya, Datuk Rahmah Abdul Hamid.

Menurut Khairy, beliau berasa puas kerana berjaya menamatkan kursus asas tersebut dan seterusnya menerima anugerah sayap penerjun yang disematkan sendiri mantan Perdana Menteri itu.

"Selepas menjalani kursus selama lima minggu dengan membuat lapan kali terjunan termasuk dua kali penerjunan bersama alatan, saya akhirnya berjaya menerima sayap penerjun yang merupakan salah satu kemahiran dalam ketenteraan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Menarik! : Jika Melayu Hilang Kuasa


Sememangnya terdapat banyak perbezaan antara masyarakat Melayu atau bumiputera di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan masyarakat itu yang tinggal di Singapura.

Perbezaan jelas adalah orang Melayu di negara ini bebas dan boleh menubuhkan parti politiknya sendiri berbanding rakan-rakan mereka di seberang yang tidak mendapat peluang seperti itu.

Dari segi peluang pekerjaan bertaraf pegawai atau eksekutif di sektor kerajaan atau swasta pula, selalunya peluang masyarakat Melayu di Singapura agak kecil tetapi di Malaysia, keadaannya agak seimbang dengan bangsa-bangsa lain.

Di Singapura, mereka yang berbangsa Melayu hanya memegang jawatan yang rendah dan tidak penting walaupun mempunyai kelulusan yang baik.

Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan daripada mereka bekerja dengan jawatan yang rendah seperti hanya menjawat kerani atau guru sekolah sahaja.

Di dalam sektor beruniform juga mereka hanya diberikan pangkat rendah dan tidak diberikan peranan penting di dalam pasukan tentera atau polis.

Pernah juga saya terdengar keluhan orang Melayu Singapura bahawa mereka ini seolah-olah tinggal di dalam sangkar emas.

Benar sekali kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kita belajar dari kesilapan yang lalu kerana jangan sampai bangsa Melayu hilang segala-galanya, baru hendak sedar.

Itulah lebih kurang nasib orang Melayu Singapura dan kita kena ambil iktibar bahawa jika sekiranya orang Melayu di Malaysia ini tidak bersatu dan bercakar sesama sendiri, ditakuti kita pula akan kehilangan kuasa.

Apabila hilang segala-galanya, jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri sendiri.

Pada ketika itu, jika kita menangis air mata darah sekalipun, ia tidak dapat mengembalikan kuasa itu nanti.

Sejarah telah mengajar kita betapa jatuhnya empayar Melaka pada tahun 1511 ke tangan Portugis disebabkan kekeliruan dan perpecahan berpuak-puak kumpulan orang Melayu ketika itu.

Ketika itu, anasir luar dengan mudah masuk menyusup untuk mengeruhkan keadaan yang akhirnya hanya dengan kekuatan beberapa ratus askar Portugis dengan dua buah kapal perang sahaja, mereka dapat mengalahkan panglima-panglima dan beribu-ribu perwira yang handal Melaka.

Sejak kejatuhan Melaka itulah, negeri-negeri lain di Tanah Melayu menyusur tunduk kepada penjajah dan dibuat seperti bola apabila penjajah bertukar-tukar tangan antara Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Ketika itulah, orang-orang Melayu ditindas dan tidak dipedulikan tentang mengenai kebajikan mereka, sehinggakan ada yang sanggup dijadikan seperti hamba.

Kini kita sudah merdeka dan saya berharap orang Melayu perlu sedar bahawa sekiranya negara ini terjajah sekali lagi, berkemungkinan segala kuasa kita akan lenyap dam tidak mustahil bangsa Melayu juga akan hilang di dunia seperti yang pernah dikatakan oleh Hang Tuah.

Saya seru dan merayu kepada mereka berbangsa Melayu di negara ini agar terus bersatupadu dan lupakan apa juga sengketa atau perbalahan yang boleh menjuruskan perpecahan dan padahnya nanti negara akan tergadai kepada tangan orang lain.

YDP Persatuan Keluarga Jamalullail Perak
Taman Zaiton Indah,
Ampangan, Seremban

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Khamis, 17 Februari 2011

Portfolio "Hal Ehwal Bukan Islam" Bukti Guan Eng Curigai Islam


Perubahan demi perubahan dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. Selepas tidak mempedulikan rayuan peniaga-peniaga Melayu yang premis perniagaan mereka dirobohkan, kini Ketua Menterinya Lim Guan Eng mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk hal-ehwal bukan Islam semalam.

Portfolio tersebut akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri. Bermakna Guan Eng yang menjadi Exconya, manakala Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P Ramasamy dilantik timbalan pengerusi portfolio tersebut. Cadangan penubuhannya telah dibawa oleh Dr. Ramasamy dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri dan diluluskan minggu lalu.

Pengumuman itu pula diumumkan semalam iaitu selepas sehari umat Islam menyambut Maulidur Rasul.

Bagi Guan Eng, penubuhan portfolio tersebut sebagai tanda sambutan Minggu Harmoni Antara Agama Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.

Katanya lagi, ia mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap mempromosi keharmonian dan kefahaman antara agama.

Portfolio baru itu akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara membabitkan agama-agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.

Pada teorinya nampak 'cantik' tetapi dari sudut pelaksanaannya mungkin terdapat banyak tanda tanya! Mungkin ada agenda tersirat daripada apa yang tersurat.

Adakah ia benar-benar dapat menjadi sebagai satu pendekatan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang agama, bangsa dan budaya di negeri ini?

Atau ia sebagai alat yang boleh disalah guna untuk menggugat kedudukan agama rasmi negara kita iaitu Islam.

Langkah ini boleh menimbulkan kontroversi sebagai mana yang berlaku tentangan umat Islam terhadap Suruhanjaya Antara Agama beberapa tahun lalu.

Jelas kini, DAP yang baru mempunyai kuasa peringkat negeri sudah menunjukkan belang. Bayangkan jika ia dapat berkuasa memerintah Malaysia. Kita amat bimbang dengan status agama Islam negara ini pada masa depan.

Mungkin bagi masyarakat bukan Islam, mereka menyambut gembira penubuhan portfolio itu. Tetapi umat Islam akan mulai rasa bimbang akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain.

Hal-hal berkaitan dengan pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan mungkin dibincangkan oleh jawatankuasa portfolio itu.

Kepada pemimpin dan umat Islam di Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik mereka, berhati-hatilah dengan taktik halus lagi licik pemimpin tertentu untuk meminggirkan Islam sebagai agama rasmi serta membelakangkan Majlis Raja-Raja.

Dasar dan langkah-langkah yang boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk meletakkan Islam setaraf dengan agama lain wajar dielakkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang menimbulkan satu lagi kontroversi. Oleh itu Guan Eng kena bersedia menerima reaksi negatif daripada masyarakat Islam bukan sahaja di negeri itu tetapi seluruh Malaysia sebagai tanda protes terhadap penubuhan portfolio itu.

Nampaknya Guan Eng tidak jemu-jemu cuba menambat hati penyokongnya daripada bukan Islam tetapi pada masa yang sama terus menyakiti hati umat Islam di negeri itu.


Nota kaki : Patutlah sibuk nak bagi RM100 pada guru KAFA, rupanya ada agenda lain mahu sokongan orang Islam dan Melayu. Taming Sari sudah dapat menganggak.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Selasa, 15 Februari 2011

Tehran Bergolak Angkara Pembangkang Yang Ditaja Amerika


Pasti ada yang tidak kena apabila begitu lantang, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton menyokong pembangkang negara Iran melalui penyokong anti kerajaan Mahmoud Ahmadinejad yang kini sedang bertempur dengan polis dan penguatkuasa negara itu. Walaupun mereka mengatakan ia adalah tempias apa yang berlaku di Mesir, Taming Sari amat pasti ada pemimpin pembangkang negara itu telah ditaja oleh Amerika dan Israel bagi mencipta provokasi demi melumpuhkan sosiopolitik dan ekonomi negara anti-Amerika ini. 

Penyokong anti-kerajaan dan penganjur demonstrasi hanya mengunakan alasan pilihanraya tidak telus sebagai penyebab utama kebangkitan rakyat Iran. Hakikatnya ini alasan rekaan yang kerap dilakukan oleh ejen Amerika bagi menaikkan rasa marah rakyat dan semangat untuk mengulingkan kerajaan memerintah. 

Dengan sekatan ekonomi yang dibuat oleh Amerika ke atas Iran akibat dari tindakan Mahmoud Ahmadinejad yang berkeras untuk meneruskan projek nuklearnya, rakyat Iran kini hidup dengan sumber yang amat terhad dan dibelenggu dengan kemelesetan ekonomi yang teruk. Namun Ahmadinejad kerab menasihati rakyat agar bersabar dan menganggap ia sebagai jihad menentang kufar.

Rakyat Iran tahu, Ahmadinejad berkata benar dan menafikan projek nuklear itu ada kaitan dengan pembinaan senjata nuklear. Ini kerana projek itu dibangunkan untuk membantu industri tenaga di Iran. Amerika dan Israel menyanggah sambil mengatakan potensi untuk Iran membangunkan senjata pemusnah itu tetap ada. Iran yang tidak mengendahkan ancaman daripada dua negara penganas itu tetap terus-menerus membangunkan teknologi nuklear di negara itu.

Amerika dan Israel makin berang apabila Tehran semakin angkuh apabila kerap mengadakan pengujian peluru berpandu dan seakan mencabar kridibiliti Amerika dan Isreal. Bagi Amerika, Iran adalah ancaman paling utama ke atas sekutu penganasnya iaitu Israel di Tanah Arab.

Jesteru itu, bukan sesuatu yang mustahil apabila dikatakan bahawa, ada pengaruh Amerika menyebabakan penunjuk perasaan mengila dan menghuru-harakan Iran demi melumpuhkan keegoaan Ahmadinejad serta kerajaan pimpinannya. Serangan dalaman dilihat senjata terbaik bagi melemahkan kuasa Ahmadinejad dan bagi Amerika, mereka tidak perlu melancarkan kempen ketenteraan seperti mana yang dilakukan mereka ke atas Iraq. Perang saraf seperti ini lebih berkesan dan mesra kos.

Bagi Amerika, pendirian Ahmadinejad bukan pendirian seluruh warga Iran. Kelak, apabila rakyat Iran berjaya membakul sampahkan Ahmadinejab, Amerika adalah negara pertama yang bakal meraikannya. Kepimpinan baru yang bakal mengantikan Ahmadinejad akan dipastikan pro Amerika dan Israel sekaligus mampu menghentikan sebarang projek nuklear walaupun keperluan itu amat diperlukan di Iran bagi menampung pengunaan tenaga di negara itu. 

Sejenak, jika kita perhatikan di Malaysia sudah ada, suara lantang yang cuba menghasut rakyat untuk meragui Suruhanjaya Pilihanraya walaupun SPR memiliki aktanya sendiri dan diletakkan bebas dibawah kawalan YDP Agong. SPR yang sering komited memikirkan jalan terbaik membuktikan ketelusan dalam mengendalikan pilihanraya sering dituduh tidak bersih. Ini semua adalah rancangan jahat ejen yahudi dan Amerika di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim bagi mengulingkan kerajaan pimpinan orang Islam.

Rakyat Malaysia harus menolak rancangan ini dan perlu sedar, ada pakatan jahat yang sedang dirancang bagi menghapuskan keharmonian dan kemampanan ekonomi yang sedang dikecapi kini. Merekalah yang kini didalam akbar sampah mereka lantang mahu membawa aura Mesir ke Malaysia dan jika ia berlaku, bukan orang lain yang akan rugi, tetapi kita sendiri kerana nikmat keamanan yang sedang kita kecapi saat ini akan lenyap bukan sebentar tetapi selamanya.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Lim Guan Eng Terus Memperdaya Si Buta Dengan "ISLAM"


Lim Guan Eng, KM P.Pinang yang paling licik membiawakkan lidahnya dalam memainkan perasaan pengundi Melayu di negeri itu hari ini tampil dengan gula-gula baru. 

RM100 AKAN DIBERIKAN KEPADA GURU-GURU KAFA SELURUH P.PINANG DIMANA KERAJAAN NEGERI AKAN MEMPERUNTUKKAN RM150,000 BAGI TUJUAN ITU. Baca sini selanjutnya.

Maka BAKAL TERJERITLAH MELAYU BUTA memuji-muji watak Khalifah Guan Eng yang kononnya sensitif dengan keperluan rakyat.

Maka BAKAL BERGEMALAH CEMUHAN menghina kerajaan BN yang kononnya amat berkira dengan rakyat dan sepatutnya mencontohi Khalifah Lim menghargai warga Islam di negeri itu.

JANGAN JADI BODOHLAH MELAYU.... Berfikir sejenak apa yang tersirat dari tindakan Si Kafir Harbi Anti Melayu, Anti Islam, Kerajaan Komunis, dan Diktator LIM GUAN ENG ini.... 

Di sebalik pemberian RM100 dan pemakaian kopiah putih si HARAM JADAH ini, sudah berapa banyak kampung Melayu tergadai di tangan jahatnya. Sudah berapa banyak peniaga Melayu hilang mata pencarian yang dulunya sudah lama bertapak di P.Pinang. Lim Guan Eng, memperdaya kamu dengan mengulakan kamu dengan modal yang sangat sampah kerana dia mahu kamu gadaikan tanah, dan hak kamu di P.Pinang.

GUAN ENG tersenyum bertemu papanya selepas ini, kerana dia tidak perlu modal yang besar kerana wang rakyat di dalam kantung kerajaannya akan digunakan bagi mengula-gulakan Melayu yang BUTA dan GILAKAN DUNIA semata. Dari poketnya, dia hanya perlu keluarkan sedikit wang kurang RM10 untuk membeli kopiah putih untuk dipakai jika turun ke kampung Melayu. Mungkin, dia tidak perlupun keluarkan modal membeli kopiah kerana orang PAS tunggangannya boleh memberikannya secara percuma.

APA YANG DIA MAHU? Dia mahu kekal berkuasa dalam misinya mengHALAU semua orang Melayu dari P.Pinang sekaligus mampu membentuk kerajaan baru yang bebas dari pengaruh pusat. Dengan mengusir orang Melayu, maka semakin kurang-lah undi Melayu yang bakal menghalang niat jahatnya itu.

WAHAI MELAYU P.PINANG SEKALIAN.... Janganlah kamu ditipu dengan tipu daya si kafir harbi ini kerana di matanya maruah kamu terlalu murah. Ingatlah empat perkara jahat yang tiada kemaafan ini selain pengulingan kerajaan DAP P.Pinang jualah balasannya iaitu :

1. Tergadainya kampung-kampung Melayu
2. Tergadainya gerai-gerai milik peniaga Melayu
3. Risalah My Balik Pulau yang menghina Melayu
4. Gula-gula politik bersumber kegiatan Judi Kuda kepada orang Islam.

INGAT MELAYU P.Pinang, kamu berhak mempertahankan hak kamu.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Amankah Mesir Selepas Ini?


Sejarah membuktikan apabila sesebuah negara itu berlaku pengulingan kerajaan secara kekerasan, maka sukarlah negara itu menikmati nikmat keamanan semula. Rakyat diajar untuk memberontak, memeras ugut kerajaan, membangkang dan berdemontrasi di jalanan tanpa ada apa-apa sekatan, maka ia hanya akan merugikan rakyat dan negara itu sendiri. Rakyat akan merasakan mereka lebih berkuasa kerana tiada undang-undang yang menghadkan tindakan mereka. Di sini, bukan bermaksud mereka tidak boleh bersuara, tetapi suara mereka ada hadnya demi menjaga kepentingan bersama dan keselamatan negara.

Lihatlah apa yang berlaku di Thailand, apabila pengulingan secara kekerasan berlaku kepada kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra akhirnya sehingga kini Thailand gagal merasai nikmat keamanan. Kerajaan baru pimpinan Abhisit Vejjajiva terus dihantui dengan penunjuk perasaan yang impikan kerajaan pimpinannya sempurna. Abhisit menerima tempias yang hampir melumpuhkan kerajaan pimpinannya apabila penunjuk perasaan di kalangan kumpulan rakyat anti-kerajaan berbaju merah, melancarkan serangan di jalanan di Bangkok tahun lalu. Ramai dikalangan pengkaji politik menjangkakan Thailand akan gagal mengecapi keamanan hasil dari kesilapan mengajar dan menghalalkan rakyatnya berdemonstrasi.

Selain Thailand, negara Islam seperti Iraq turut menerima nasib yang sama. Walaupun pengulingan kerajaan arwah Saddam Hussain tidak daripada rakyatnya, namun lihatlah, penjajah berbangsa Amerika yang menyerang Iraq dengan berlesenkan tuduhan adanya senjata kimia di Iraq merubah wajah Iraq kepada bumi paling malang. Ada dikalangan warga Iraq mengeluh, lebih baik mereka berada di bawah kerajaan diktator Saddam daripada hidup dibawah kerajaan demokrasi baru ciptaan Amerika yang tidak pernah aman. Gerila pro Saddam sehingga kini terus menerus mengancam keselamatan rakyat Iraq walaupun fokus utama mereka menghalau anjing Amerika dari bumi Iraq. 

Selain dua negara itu, terdapat juga negara lain yang mengalami nasib yang sama dan menimbulkan tanda tanya, adakah Mesir yang kononnya baru mengalami revolusi politiknya mampu mengecapi nikmat keamanan? Seharusnya kejadian di negara lain dijadikan ikhtibar dan teorinya Mesir akan gagal menikmati keamanan di dalam negara itu. Rakyat akan terus menerus mengunakan pemberontakan bagi menegur kesilapan kerajaan.    

Di rantau Asia Tenggara, Singapura adalah negara yang paling kuat mengawal dan menghadkan kebebasan suara rakyatnya. Pelbagai akta ditubuhkan demi mengelak kerajaan Singapura dikritik rakyat dan ini menyebabkan rakyatnya tidak berani. Media Singapura juga dikongkong dan hanya pujian sahaja dibenarkan kepada kerajaan. Walaupun ada satu dua blog yang menghentam Singapura di lawan cyber, Singapura sudahpun bertindak menubuhkan akta mengekang blog tersebut dari terus beroperasi.

Di Malaysia, keseimbangan kebebasan media masih dipertahankan. Walaupun media arus perdana diletakkan sebagai agen menerangkan secara tepat dasar dan misi kerajaan, dalam masa yang sama, media pembangkang dibenarkan turut beroperasi secara terkawal di negara ini. Terpulanglah kepada rakyat menilai sendiri berita yang sahih dan inilah sebenarnya resepi mengapa negara ini masih kekal menikmati keamanan dan keharmonian. Keutuhan dalam berpolitik matang di dalam negara ini terus dinikmati berperisaikan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan. Dengan adanya akta ini kita mampu mengelak, rakyat bertindak ekstrimis dan menolak keprofesionalan.

Resepi ini akan mampu dipertahankan kerana ia bukan satu tindakan kejam.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Terima Kasih TV3 Atas Tayangan Drama Penuh Keinsafan!


Menitis air mata Taming Sari selepas menonton drama bertajuk "Hijab Di Kalbu" yang ditayangkan oleh TV3 sebenar tadi. (10 malam - 12 tghmalam). Terbayang dosa yang dilakukan oleh kita insan yang serba kekurangan dan serba kedaifan ini. Dek kerana kedaifan ini, kita sangat terdedah untuk melakukan kesalahan samaada kecil atau besar.

Apa yang menariknya drama ini, ia mengisahkan sepasang suami isteri lakonan Arasy Mohamad dan Eja, telah terpesong jauh sehingga mengadaikan akidah apabila mengunakan ilmu hitam bagi melunaskan nafsu duniawi mereka. Sehinggakan untuk ke Mekah menunaikan Umrah sekalipun mereka cemari dengan niat duniawi.

Saat untuk ke Mekah, apabila mereka mahu keluar sahaja dari rumah, mereka tiba-tiba dibawa ke alam lain yang penuh misteri dan penyeksaan. Akhirnya, apabila mereka sedar, isterinya tiba-tiba terbakar seluruh badan. Segalanya terbongkar apabila masing-masing mengetahui salah sendiri dan pasangan. 

Cerita berakhir dengan kematian si isteri selepas mendapat keampunan suami dan membuang susuk di badannya. Si suami bertaubat dan berjaya akhirnya untuk menunaikan Umrah di Mekah Al-Mukaramah.

Taming Sari amat tertarik dengan drama ini kerana di dalamnya sarat dengan mesej yang sangat berguna dan mudah difahami. Semoga tayangannya ditonton oleh ramai umat Islam di negara ini dan menimbulkan rasa keinsafan di hati masing2.

Marilah kita di malam Maulidur Rasul ini memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan meningkatkan amalan sunat kita. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Amin.

Wallahhua'alam.

 Penulis,

Isnin, 14 Februari 2011

Sayunya Hati Membaca Kisah Ini!


Kelahiran Muhammad adalah seperti bayi lain juga. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dia di lahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Muhammad adalah berketurunan Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Datuk dan neneknya adalah ketua kaum Arab yang bertugas menjaga Kaabah yang pernah diancam oleh tentera-tentera Habsah.

Datuk Muhammad bernama Abdul Mutalib bin Hasyim dan bapa saudaranya bernama Abu Talib. Keturunan keluarganya berminat dalam perniagan dan menternak binatang-binatang terutamanya unta. Kelahiran Muhammad sudah di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan keliling amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan. Muhammad lahir dengan selamat, disaksikan oleh Mak Bidan.

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.

“Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas,,” kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.

“Luar biasa anak ini, ” ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. “Apa yang luar biasa?’ Tanya Aminah. “Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. “Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini,” kata diantara wanita yang datang itu.

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad.

Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

Sungguhpun begitu nasib Muhammad sungguh malang. Ketika dia dilahirkan, bapanya sudah kembali kerahmatullah. Bapanya meninggal ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Kira-kira dua bulan sebelum Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidak sempat melihat wajah anak yang ti tunggunya. Sebagai seorang isteri, yang punya kasih sayang terhadap suami, Aminah mengalami penderitaan yang hebat.

Tetapi, Aminah tetap sabar. Orang yang dikasihi pulang kepada Allah. Abdullah jatuh sakit dalam perjalanan pulang dari Syam. Abdullah adalah seorang ahli perniagan. Dia selalu merantau kerana urusan perniagannya. Kali akhir dia mengembara untuk berniaga ialah ke Syam. Dalam perjalanan pulang, dia singgah di Madinah. Sampai di situ Abdullah jatuh sakit.

Tapi, dari hari ke hari penyakitnya semakin tenat. Dia puas juga berubat, tapi tidak juga sembuh. Akhirnya dia menhembus nafas yang akhir. Aminah seolah-olah hilang akal. Hatinya bertambah sedih bila mengingatkan bayi yang akan lahir, tidak mempunyai ayah.

Aminah tidak dapat mengawal perasaannya dia menangis semahu-mahunya. Tetapi orang ramai menyabarkan Aminah. Perasaan dan hati Aminah dijaga. ” Itu semuanya kehendak Tuhan. semuannya kekuasaan Tuhan” pujuk orang ramai.

Abdul Mutalib, Abu Talib menjaga hati Aminah sebaik-baiknya. Mereka tahu bagaimana perasaan seorang wanita yang kehilangan suami buat selama-lamanya. Memang berat penanggungan itu. Seberat bumi dan langit.

Akhirnya, perasaan Aminah yang berkocak itu damai sedikit demi sedikit. Perutnya makin sehari semakin membasar. Hari yang ditunggu-tunggu semakin dekat. Akhirnya, saat yang dinanti-nanti itu tiba juga.

Pada malam Aminah hendak melahirkan Muhammad tidak ada apa-apa tanda pada dirinya. Aminah menyangka lambat lagi anaknya akan di lahirkan. tapi dengan tiba-tiba sahaja di subuh hari itu, Aminah melahirkan Muhammad.

Lahirnya sungguh-sungguh mengejutkan keluarga Aminah, kampung Al-Irash, tempat kelahiran itu riuh rendah dengan berita baru. Muhammad sejak di lahirkan sudah dapat menarik hati orang ramai. Sebagaimana anak-anak lain, Muhammad tetap diberi susu oleh ibunya sendiri. Ketika itu memang ramai wanita yang rela menyusukan Muhammad, tapi Aminah tidak memberikan diperingkat awal.

Abdul Mutalib, datuk Muhammad nampaknya begitu gembira kerana dia mendapat cucu. Kehilangan Abdullah, bapa Muhammad di Madinah dulu, benar-benar terasa baginya. Tapi bila Muammad lahir, seolah-olah itulah sebagai ganti Abdullah dan Muhammad sebagai bayi yang disayangi.

“Aku namakn dia Muhammad” kata Abdul Mutalib kepada Aminah dan orang ramai yang berada disitu. Abdul Mutalib bertanya Amina; “Bersetujukah kau Aminah.” Aminah hanya tersenyum, dia sendiri berasa senang dengan nama itu, walaupun timbul sedikit kehairanan.

“Muhammad ertinya yang terpuji” aku harap dia akan menjadi manusia yang terpuji nanti” kata Abdul Mutalib dengan bangga.

Memang sebenarnya tidak ada nama Muhammad dikalangan bangsa Arab selama ini, baik yang sudah besar ataupun yang muda. nama Muhammad seolah-olah memberi ilham baru kepada Abdul Mutalib. Setelah beberapa hari badannya kelihatan begitu segar. selepas menyusu pada ibunya, dia menyusu pula pada seorang perempuan yang bernama Halimah. Halimah ialah perempuan yang biasa mengambil upah menyusukan bayi. Halimah juga mempunyai anak kecil tetapi beliau tidak keberatan menyusukan Muhammad.

Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak. ini adalah satu rahmat kepada penduduk kota Mekah. Sungguhpun Muhammad dijaga dengan baik hingga besar,tapi dia tidaklah hidup dalam kemewahan. Dia hidup sebagaimana kehidupan orang yang mengasuhnya. Orang yang mengasuhnya bukanlah orang kaya.

Muhammad telah mengenali erti kesusahan sejak dari kecil lagi. Dia tahan menghadapi berbagai penderitaan. Muhammad tidak pernah merasai kasih sayang bapanya yang sebenar. Malah dia tidak tahu apa ertinya bapa dalam satu-satu keluarga. tapi bila sudah besar sedikit barulah dia tahu erti bapa. Tetapi Muhammad tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun kemana pergi bapanya selama ini. Samaada dari ibunya, datuknya mahupun bapa saudaranya. Hatinya tidak terlintas mahu bertanya. Aminah dan Abdul Mutalib tidak mahu menyebut-yebut nama bapa Muhammad tambahan pula di depan Muhammad sendiri. Mereka bimbang hati Muhammad akan berasa sayu. Mereka kasihan kepada Muhammad.

Ketika berumur empat tahun, Muhammad sudah boleh bertutur. Kata-katanya teratur. Cakapnya boleh di pakai. Sifatnya boleh dipercayai. Sungguhpun kecil, dia tahu menjaga hati orang yang mengasuhnya. Dia tahu menjaga hati datuk serta bapa saudaranya. kalau aku bertanyakan di mana bapaku tentu ibuku bersedih dan menangis.

Dengan hormat Muhammad pergi mendapatkan ibunya, Aminah. Dia menghadapi ibunya sambil tersenyum seolah-olah tidak ada kocak di dada kecil itu. Ibunya tersenyum membayangkan kegembiraan.

“Ibu” seru Muhammad manja.

“Mengapa… Muhammad” sahut Aminah.

“Marahkah kalau saya bertanya?’

“Tanyalah apa sahaja, masakan ibu akan marah” sahut Aminah jujur.

Sebenarnya Aminah tidak menyangka yang Muhammad hendak bertanya tentang bapanya.

“Dimana bapa saya..bu?’ tanya Muhammad.

Aminah memang tidak menyangka soalan itu akan dikemukakan olah Muhammad. Dia tersentak darahnya berderau naik ke muka. Aminah menundukkan muka menahan perasaan hiba.

“Dimana bapa saya….bu?” tanya Muhammad Lagi.

Aminah benar-benar tidak dapat menahan perasaannya. Dia cuba menahan nafas. Hatinya bagai di hiris-hiris. Dengan segera Aminah mengambil buah kurma lalu di suapkannya ke mulut muhammad. Ini kerana dia tidak mahu Muhammad menyebut-nyebut pasal ayahnya. Lepas sebiji-sebiji buah kurma di sumbatkan ke dalam mulut Muhammad. Tapi bila buah kurma itu habis, Muhammad terus bertanya lagi.

“Dimana bapa saya …bu?” ulangnya.

Sekarang mulut Muhammad sudah tidak boleh ditutup lagi. Dia tetap bertanyakan bapanya. Aminah seolah-olah hilang akan dibuatnya.

“Di mana bapa saya..bu? ulang Muhammad lagi.

“sebenarnya” Aminah berterus terang ” bapa Muhammad telah meninggal dunia ketika Muhammad masih dalam kandungan lagi. Dia meninggal dalam perjalanan pulang dari Syam. Bapa Muhammad seorang peniaga. Dia selalu merantau kesana ke mari membawa barang-barang dagangan. Malangnya, tiba di Madinah dia telah jatuh sakit lalu meninggal di sana.”

Muhammad terdiam seolah-olah bertafakur.Tapi di kelopak mata Aminah bergenang air jernih bila mengingatkan peristiwa lama bersama dengan suaminya. Muhammad faham perasaan ibunya dalam kesedihan. Dan Muhammad tahu bahawa itulah sebabnya ibunya tidak mahu bercerita selama ini. Sekarang barulah Muhammad faham tahu dengan jelas bahawa bapanya sudah tidak ada lagi. Muhammad tahu bahawa dirinya adalah anak yatim., anak yang tidak berbapa lagi.

” Muhammad….kau tidak mempunyai bapa. Sungguhpun ada orang yang bertanggung jawab seperti datuk dan pakcikmu itu,tapi hati-hatilah dalam hidup ini. Perangai biar baik, berbudi bahasa, Jangan nakal-nakal nanti orang tidak suka. Jangan hasad dengki nanti orang benci” kata Aminah memberi nasihat. ” Kematian bapamu sudah sampai masanya. Semua makhluk Tuhan akan mati apabila sudah sampai masanya” kata Aminah lagi memujuk.

Rupanya dalam termenung itu, Muhammad mempunyai rancangan hendak pergi ke kubur bapanya. tapi buat sementara ini dia tidak memberitahu ibunya tentang rancangan itu. Dia ingin melihat kubur bapanya suatu hari nanti.

“Ingat” sambung Aminah lagi ” Pada pendapat setengah orang Muhammad akan menjadi orang besar di Kota Mekah ini. Tanda-tandanya telah banyak seperti yang ibu sebutkan tadi. Perangai-perangi yang baik harus di contohi.”

Setelah berumur enam tahun, Muhammad berkata lagi kepada ibunya. Muhammad mahu lihat kubur bapa” katanya.

Aminah terdiam mendengar permintaan Muhammad itu. Walaubagaimanapun Aminah tidak mahu menghampakan permintaan Muhammad.

“Baiklah”kata Aminah kepada Muhammad”. Tapi mesti minta izin dari datukmu.”

Abdul Mutalib tidak menegah hajat itu. Setelah segala persiapan di buat mereka pun berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan yang susah dan jauh itu macam-macam cabaran yang di terima. Tapi Muhmmad tabah menempuhnya. Walaupun letih tapi di atahan menghadapi semua itu.

Akhirnya, sampai juga mereka di Madinah. Hajat Muhammad sampai. Mereka pergi ke kkuburan. Sungguhpun masih anak-anak tapi Muhammad dapat menunjukkan kesabaran. Dia sedih tadpi dia dapat menahan kesedihannya itu. Dia pujuk ibunya yang menangis. Dia pinta ibunya bersabar. Sedikit sebanyak, dapat juga Muhammad memberi petunjuk kepada ibunya.

Setelah beberapa lama di kuburan itu, Muhammad lalu mengajak ibunya pulang. Dia cuba damaikan perasaan ibunya dalam perjalanan itu. Tapi nasib Muhammad memang malang. Ibunya jatuh sakit dalam perjalanan.

Muhammad tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah ibunya sakit. Masakan boleh orang sakit dipaksa pulang. Muhammad sabar lagi. kalau ibu sembuh bolehlah pulang, fikirnya. Muhammad terus berusaha untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu. Tapi penyakit Aminah tidak mahu sembuh juga. Makin sehari semakin berat. Muhammad tidak putus asa. Tapi makin sehari semakin berat juga.

Akhirnya, ibu Muhammad meninggal dunia. Ini satu kejadian yang tidak diduga-duga oleh Muhammad. Tapi Muhammad sabar walaupun tanggungannya berat. Dan dia menangis dalam sabar. Dia bersedih dalam sabar. Dia uruskan ibunya.

Kematian Aminah itu menjadikan Muhammad yatim piatu. Tidak punya ibu dan bapa lagi. Muhammad benar-benar tinggal sebatang kara. Namun begitu, dia berjaya pulang ke Mekah. Keluarga Muhammad terkejut besar bila mendengar kematian Aminah. Tapi Abdul Mutalib tidak menunjukan kesedihan walaupun hatinya pedih dan hancur. Dia pujuk Muhammad supaya jangan bersusah hati.”Jangan kemana-mana. Tinggal sahaja di rumah datuk,” pujuk Abdul Mutalib sambil mengusap-usap rambut Muhammad. Abdul Mutalib sambil adalah datuk Muhammad yang sebenar. Kasih sayangnya kepada Muhammad memang tidak dapat diragukan lagi.

Muhammad mendengar pujukan datuknya itu. Dia berfikir lakunya. Tapi sekarang Muhammad tahu akan dirinya. Bergantung kasih kepada seorang datuk yang sudah tua.

SELEPAS ibu nabi wafat, maka Nabi terus berada dalam peliharan dan perlindungan datuknya Abdul Mutalib. Pengasuhnya yang bernama Ummu Aiman makin sayang kepada Nabi. Di sebabkan kasih sayang datuknya itu maka Nabi juga sangat sayang kepada datuknya. Apabila Abdul Mutalib berada dalam suatu majlis, tidak ada anak atau cucunya yang berani duduk berhampirannya kalau tidak di ajaknya. Ini berlainan pula dengan Nabi. Baginda segera mendekati datuknya dan datuknya pula akan menyuruh Nabi Sentiasa duduk di sampingnya.

Pada satu kali, Nabi terus sahaja duduk di tempat yang khas untuk Abdul Mutalib. Melihat ini, bapa-bapa saudaranya berkata, “Muhammad! Jangan kamu duduk di tempat duduk datukmu!”

Kebetulan pada waktu itu Abdul Mutalib tiba lalu berkata. ” Biarkan cucuku ini duduk di tempat itu, kerana dia memang suka kepada kebesaran!”

Semenjak Nabi dalam pemeliharan Abdul Mutalib, Abdul Mutalib tidak pernah memanggil cucunya itu dengan perkataan ‘cucu’ tetapi dengan perkataan ‘anak saya’. Meskipun beliau tahu apa yang di kisahkan oleh Raja Saif Zi Yazan mengenai diri Nabi, namun demi kepentingan dan keselamatan cucunua, beliau tidak pernah menceritakan apa-apa kepada sesiapapun, walaupun kepada Abu Talib yang akan menerimanya kelak.

Selama hayatnya, setiap hari Abdul Mutalib sentiasa pergi ke Masjidil Haram. Kemudian sekali dalam setahun beliau pergi mengikuti rombingan kaumnya berniaga ke negeri Syam. Waktu itu umur Abdul Mutalib ialah 100 tahun.

Pada suatu hari, apabila Abdul Mutalib tahu dirinya akan meninggalkan dunia, beliau pun menyuruh khadamnya memanggil semua anaknya ke sisinya. Ketika itu, Nabi berada di belakan tempat tidur Abdul Mutalib mendengar dan memerhatikan segala pengalaman datuknya yang sedang sakit itu.

Apabila semua anaknya itu telah berada di hadapannya, maka Abdul Mutalib pun berkata.

“Anak-anakku, tidak lama lagi aku akan kembali ke negeri yang kekal abadi. Oleh itu sebelum aku menghembuskan nasafku yang akhir, ada suatu pesanku yang penting.”

Abdul Mutalib lalu berpaling mencari-cari Nabi. Bila beliau melihat Nabi, beliau pun memegang tangan Nabi sambil bersuara,

“Aku berpesan kepada kamu sekalian supaya menjaga anakku, yang kecil ini! jagalah dia baik-baik.”

Mendengar ini , Al-Abbas bin Abdul Mutalib anaknya yang berada sekali diantara anak-anaknya yang lain berkata.

“Jika itu yang ayahanda hendakkan, biarlah anakanda menjaga Muhammad. Anakanda tidak mempunyai anak, lagipun anakanda mampu menyaranya!.”

Mendengar kata-kata Al-Abbas tadi anak-anak Abdul Mutalib memandang sahaja kepada ayahanda mereka yang terbaring di atas tempat tidurnya. Mereka menanti sama ada Abdul Mutalib bersetuju atau tidak dengan permintaan Al-Abbas tadi.

“Aku tahu! aku tahu! kamu memang mampu daripada segala saudara-saudaramu! tatapi dalam hal ini biarlah aku berlaku adil! Abdul Mutalib berhenti seketika daripada berkata-kata. Beliau mengumpulkan sehala kekuatannya untuk meneruskan kata-katanya lagi. Setelah berhenti sejenak, beliau pun berkata.

“Supaya adil biarlah aku suruh anakku sendiri memilih kepada siapa yang disukainya. Pemilihan anakku ini adalah muktamad!”

Abdul Mutalib lalu memegang tangan Nabi dengan penuh kasih sayang dan penuh kasih mesra. Kemudian beliau pun berkata.

:Anakku, pilihlah dengan siapa anakku akan tinggal selepas datuk tidak ada lagi nanti!”

Nabi memandang datuknya dengan penuh hiba dan saya, Kemudian Nabi memandang satu persatu bapa-bapa saudaranya yang berada di hadapannya. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada Abu Talib dan lekas-lekas menghampirinya, kemudian memegang tangannya.

“Nah! anakku telah memilih kamu Abu Talib. Aku tahu engkau mempunyai ramai anak. Oleh itu aku harap engkau menjaga anakku lebih daripada anakmu sendiri. Semoga dengan penjagaan engkau yang demikian, Tuhan akan memberkati engkau!”

“Memang, sejak beberapa lama, apabila Abdul Mutalib keluar dari kota Mekah, Nabi sering di serahkan kepada Abu Talib. Walaupun Abdul Mutalib tahu, anaknya ini miskin tetapi beliau kaya dengan hati budinya. Dan pilihan Nabi terhadap Abu Talib memang tepat sekali.

Tidak lama kemudian, Abdul Mutalib pun meninggal dunia. Nabi sungguh dukacita dengan kematian datuknya yang sangat di sayanginya. Berhari-hari Nabi merasa kehilangan sesuatu. Dulu dia telah kehilangan ibunya, sekarang datuk yang di sayanginya pula telah pergi meninggalkannya.

Melihat kesedihan Nabi demikian rupa, Abu Talib cuba menghibur Nabi dengan mengajak Nabi bermain-main dengan anak-anaknya. Demikianlah berkat kesabaran dan ketekunan Abu Talib, Nabi merasakan kehilangan datuknya telah berganti. Abu Talib juga sangat sayang kepadanya.

Abu Talib merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui ataiu menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Meskipun beliau dan keluarganya hidup miskin, namun tidak pernah dia meminta-minta kepada saudara-saudaranya itu. Dia tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara seluruh keluarganya.

Kemudian, apabila Nabi tinggal bersama-sama dengannya, kehidupan kian bertambah baik dan diberkati Allah. Beliau bersyukur kerana kehidupannya semakin bertambah baik.

Apabila tiba musim bunga dan musim kafilah Mekah untuk berniaga ke Syria, Abu Talib telah merancang-rancang untuk turut berniaga kesana. Bebarapa hari sebelum bertolak Nabi telah mendengar bahawa bapa saudaranya itu akan pergi ke Syria selama sebulan atau 2 bulan lamanya. Nabi ketika itu berumur kira-kira 12 tahun. Semenjak Nabi mendengar bapa saudaranya akan pergi itu, Nabi begitu gelisah sekali dan hampir-hampir tidak dapat tidur pada malamnya.

Pada pagi Abu Talib hendak bertolak dan sedang bersiap-siap itu Abu Talib melihat anak saudaranya itu sedih sekali. Abu Talib merasa bahawa kesedihan Nabi itulah disebabkan oleh pemergiannya ke Syria. Beberapa hari sebelum Abu Talib ke Syria, dia pernah berunding dengan Al-Abbas mengenai Muhammad.

“Saya kadang-kadang kasihan kerana terpaksa berpisah dengan Muhammad!’ ujarnya memulakan perbicaraan.

“Memang! tetapi untuk membawa kanak-kanak yang di bawah umur dan menempuh padang pasir yang luas dan kering kontang berhari-hari akan menyusahkan Muhammad sahaja!” terang Al-Abbas.

“Sebab itulah aku tidak mahu membawanya! tetapi hati kecilku amat kasihan kepadanya. Kerana semenjak ayah kita meninggal dunia, dia tidak pernah berpisah dariku!”

“Aku masih ragu-ragu sekarang sama ada mahu membawanya atau tidak!” terang Abu Talib lagi.

“Engkau pergilah sahaja! Aku akan menjaganya semasa engkau di sana. Sebulan dua bukanlah lama! jika terjadi sesuatu kepadanya di perjalanan adalah lebih teruk daripada dia berada di rumah!” nasihat Al-Abbas.

Mendengar kata-kata abangnya ini, Abu Talib memutuskan tidak membawa Muhammad yang masih muda itu. Umurnya baru 12 belas tahun. Akan tahankah anak yang berumur 12 tahun mengharungi padang pasir yang luas dan kering kontang hingga berhari-hari? Ini lah yang sering menghalang Abu Talib daripada membawa anak saudaranya yang di kasihi itu.

Tetapi pada hari Abu Talib akan berangkat, NAbi telah merayu-rayu kepada Abu Talib supaya membawa bersama-samanya. Abu Talib melihat betapa anak saudaranya itu tidak mahu berpisah daripadanya. Malah pada ketika itu, perasaaan kasih Abu Talib dan pesanan ayahnya Abdul Mutalib terdengar-dengar di telinganya.

“Aku harap engkau akan mendahulukan urusan Muhammad daripada urusan engkau dan keluarga engkau sendiri! itulah pesanku utama!’

“Demi Allah, biarlah apapun terjadi, aku tidak akan berpisah dan meninggalkannya sendirian!”

“Bukankah ini akan menjadikan bebanmu bertambah wahai Abu Talib?’ ujar kawan kafilahnya apabila melihat Abu Talib maembawa Nabi bersama-samanya.

“Tidak, Syarif! tidak! dengan adanya anak saudaraku disisiku aku akan dapat melihat lebih jauh dan perasaanku lebih gembira, InsyaAllah jawab Abu Talib dengan tegas.

Demikianlah, dengan hati yang lapang dan penuh keyakinan Abu Talib telah membawa anak saudaranya bersama-sama ke Syria. Beliau yakin sebagaimana anak saudaranya selalunya, segala pekerjaannya yang sukar sering di berkati oleh Allah dengan kehadiran anak saudaranya itu.

Setelah Nabi mula dewasa sedikit, baginda telah bekerja menggembala kambing bersama-sama saudara susunya di pergunungan Bani Saad. Pengalaman ini kemudiannya di sambung ketika Nabi tinggal bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib.

Melihatkan keadaan yang di tanggung oleh bapa saudara yang miskin itu, baginda telah meminta kebenaran untuk mengembala kambing-kambing jiran-jirannya dengan mendapat sedikit upah. Dengan demikian Nabi dapat juga membantu bapa saudaranya yang miskin itu.

Pada suatu hari, ketika Nabi menggembala kambing-kambingnya bersama-sama teman-temannya, baginda mendapat tahu ada suatu keramaian di Kota Mekah pada malam itu. Nabi seperti anak-anak muda yang lain ingin mengunjungi tempat keramaian itu, lalu berkata kepada seorang temannya.

“Bolehkah engkau melihat-lihat kambing saya, kerana saya ingin benar masuk Kota Mekah beramai-ramai di sana seperti pemuda-pemuda yang lain-lain!”

“Mengapa tidak! engkau selalu menolongku menjaganya dan kali ini bolehlah engkau pergi pula!” ujar temannya secara bersungguh-sungguh.

Kemudian Nabi pun keluar. Baginda menuju ketempat tiu, bunyi-bunyian pancaragam itu kian kuat terdengar ketelinganya. entah bagaimana tiba-tiba Nabi merasa amat mengantuk lalu tertidur ditepi rumah yang pertama sehingga waktu pagi. Seorang pun tidak membangunkan Nabi di situ, sehingga baginda terasa perit oleh panas matahari yang menimpa tubuhnya. Setelah itu Nabi pun kembali menemui teman yang menjaga kambingnya.

Setibanya di tempat kawannya itu, temannya berkata. “Apakah yang engkau lakukan disana Muhammad?” Nabi tersenyum mendengar pertanyaan kawannya itu, lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas dirinya.

Buwanah ialah nama sebuah berhala. Semasa diadakan pesta Buwanah, orang Qiraisy akan datang beramai-ramai dan menyembelih haiwan-haiwan mereka sambil bersumpah di hadapan berhala tersebut. Abu Talib telah mengajak Nabi menghadiri pesta itu. PAda mulanya Nabi tidak mahu turut dalam upacara tersebut. Tetapi ibu saudara Nabi berkata dengan nada marah.

“Kami takut jika engkau tidak mahu turut dalam pesta-pesta kami, nanti engkau akan menjauhi tuhan-tuhan kita!”

Untuk menjaga hati ibu saudaranya ini, Nabi terpaksa pergi juga ke upacara itu. Tetapi sebaik sahaja Nabi tiba di tempat itu, Nabi ketakutan dan ingin pulang segera. Melihat ini ibu saudaranya bertanya.

“Apa yang menakutkan engkayu Muhammad?”

“Saya takut diganggu syaitan!” jawab Nabi sungguh-sungguh.

“Orang yang mempunyai sifat-sifat baik seperti engkau tidak akan di cubai Allah dengan sangguan syaitan! katakanlah apakah yang sebenarnya telah engkau lihat?” soal ibu saudara Nabi apabila melihat anak saudaranya yang ketakutan itu.

“Setiap kali saya mendekati sebuah berhala, saya nampak seorang lelaki putih yang tinggi berteriak-teriak mengatakan:

“Mundur kau Muhammad! Mundur! Jangan sentuh!”

Abu Talib terpaksa menghantar Nabi pulang kerumahnya.

Semenjak kejadian itu Abu Talib tidak pernah mengajak Nabi menghadiri upacara-upacara yang berhubung dengan berhala.

Semenjak hari itu Abu Talib juga merasai adanya keanehan pada anak saudaranya itu. Sejak Nabi berada di dalam rumahnya tidak pernah beliau melihat Nabi makan tanpa mengucapkan ‘Bismillahi Ahad’ begitu juga ketika selesai makan dan minum Nabi mengucapkan ‘Alhamdulillah’ pula. Malah yang menarik hati Abu Talib kepada budi pekerti anak saudaranya ini ialah Nabi tidak pernah berdusta atau melakukan sesuatu perbuatan jahilliyah. Bahakan anak saudaranya itu tidak pernah dilihatnya berdiri bersama-sama kanak-kanak yang lain bermain-main.

Abu Talib dapat melihat keistimewaan anak saudaranya itu ketika musim kemarau di Mekah yang hebat sekali. Oleh keranahebatnya kemarau itu, orang Quraisy telah membawa lembu-lembu mereka ke atas pergunungan yang sukar dinakiki. Kemudian pada ekor lembu-lembunya itu diikatkan 2 ranting kayu yang berdaun. Ranting-ranting kayu yang ada pada ekor lembu inilah yang akan dibakar sebagai permohonan supaya hujan turun. Menurut pendapat dan kepercayaan mereka, apabila lembu-lembu yang telah diikatkan dengan ranting-ranting yang sedang terbakar itu, berlari kesana-ke mari, maka akan turunlah hujan dengan lebatnya. Malangnya usaha-usaha tradisi ini tidak memberikan apa-apa hasil yang dikehendaki.

Kemudian, dengan penuh keyakinan bahawa anak saudaranya itu akan dapat membantu keadaan yang semakin mencemaskan itu, Abu Talib pun membawa Nabi ke Kaabah. Setibanya di dalam Kaabah, Abu Talib pun sujud dan meminta bersungguh-sungguh kepada Allah supaya menurunkan hujan keatas kota Mekah yang kering kontang itu.

Dengan kuasa Allah maka berkumpullah awan dari sana sini, kemudian menjadi hitam lalu turunlah hujan yang lebat sehingga lembah Mekah penuh digenangi air. Melihat keajaiban ini, Abu Talib kian yakin bahawa anak saudaranya ini mempunyai suatu keistimewaan dalam dirinya yang dianugerahi Allah. Oleh yang demikian, semenjak kejadian kemarau itu Abu Talib tidak mahu lagi berpisah dengan Nabi baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam.

“Patutlah ayahku berpesan kepadaku, supaya mendahulukan urusan Muhammad daripada urusannya sendiri dan urusan keluarganya”.

KEWAFATAN RASULULLAH.

Pada tahun kesepuluh Hijrah, Rasulullah bersama dengan 100 ribu orang islam telah berangkat dari Madinah ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji. Ketika menunaikan haji pada kali itu Rasulullah telah menyampaikan ucapan bersejarah yang merupakan sebagai undang-undang Islam yang kekal untuk selama-lamanya:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan bapa kamu satu. Kamu semua daripada Adam, dan Adam dijadikan daripada tanah.”

“Sesungguhnya semulia-mulia orang di sisi Allah ialah orang yang paling banyak berbakti kepada Allah, yakni orang yang paling bertaqwa kepada Allah.”

“Tidak ada kelebihan antara seorang yang bukan bangsa Arab melainkan dengan taqwanya, yakni dengan amal kebajikan dan dengan taat setianya kepada Allah. Taat kepada Allah ialah dengan menunaikan kewajipan yang di wajibkan dan dengan meninggalkan larangan-larangan yang di larang olehnya.”

Setelah 3 bulan baginda kembali dari menunaikan hajinya yang terakhir, baginda jatuh sakit. Penyakit Rasulullah semakin hari semakin bertambah berat dan membimbangkan.

Orang Islam Madinah khasnya kaum Ansar telah berhimpun berhampiran Masjid tempat kediaman Rasulullah. Baginda pun keluar dipapah oleh Saidina Ali bin Abi Talib dan Al-Abbas.

Rasulullah yang keluar dengan kepala berlilit kain itu lalu duduk di atas tangga mimbar dan berucap kepada orang ramai yang menunggu di situ.

“Wahai orang-orang islam! aku mendapat tahu bahawa kamu sekalian begitu bimbang akan kewafatan Nabi kamu. Adakah pernah berlaku seorang Nabi, sebelum daripadaku diutuskan oleh Allah hidup kekal, tidak wafat? Ketahuilah sesungguhnya aku akan meninggalkan kamu, kembali ke rahmatullah dan kamu sekalian juga akan menurut saya. Aku suka berpesan kepada kamu sekalian, wahai orang Ansar, supaya sentiasa berbaik-baik dengan orang Muhajirin. Begitu juga orang Muhajirin hendaklah berbaik-baik dengan orang Ansar!”

Pada hari Isnin, 13 Rabiul-Awal tahun ka 11 Hijrah, bersamaan 8 Jun 632 Masihi, Rasulullah pun wafat setelah selesai menjalankan tugas dan kewajipannya menyampaikan agama Allah dan menyempurnakan amanah Allah dalam usianya 63 tahun.

Demi berita ini di ketahui oleh Abu Bakar, Abu Bakar pun datang menuju ke Mayat baginda yang sedang tertutup dengan kain penutup. Abu Bakar membuka kain penutup itu lalu memandang wajah Rasulullah sambil berkata:

“Demi kemulian dua ibu bapaku, sesungguhnya engkau wahai Rasulullah telah hidup sebagai orang yang amat mulia, engkau juga amat mulia pada masa wafat. Dengan wafatnya engkau, putuslah zaman kenabian, sedangkan wafatnya nabi-nabi yang lain sebelum engkau, zaman kebangkitan nabi-nabi masih berlaku.”

“Maha besar sifat engkau wahai Rasulullah, sesungguhnya tangisan tidak memadai untuk mengenangkan engkau, sebagai seorang makhluk yang agung dan mempunyai keistimewaan yangtidak ada pada orang lain. Wahai Tuhanku, sampaikan salamku kepadanya. Wahai Muhammad, ingatlah kami sewaktu engkau di sisi Tuhan!”

Setelah selesai Abu Bakar berkata-kata demikian, beliau pun berucap keluar mendapatkan ornag ramai lalu membuat ucapan yang bersejarah kepada mereka.”

“Wahai sekelian yang hadir! barangsiapa yang menyembah Nabi Muhammad maka sesungguhnya Nabi Muhammad telah wafat, tetapi barang siapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah hidup selama-lamanya. Dia tidak akan mati.Sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, telah lalu sebelumnya beberapa orang pesuruh Allah yang lain. Sekiranya dia wafat atau terbunuh maka janganlah kamu kembali menjadi sesat. Barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu tidak akan memudaratkan Allah. Allah akan membalas hambanya yang Syukur!”

Sehingga kini, makam Rasulullah di dalam Masjid Madinah Sering dikunjungi oleh umat Islam.

Nota kaki : Pada malam Maulud Nabi ini wahai sahabat sekalian, marilah kita selawat sebanyak-banyaknya tanda kita kasihkan Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah dalam AlQur'an surah Al-Ahzab ayat 56 :
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya".

Wallahhua'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif