Khamis, 5 Mei 2011

PAS Gagal Membawa Kesejahteraan Kepada Rakyat Kelantan

Rakyat Kelantan perlu membuka minda mereka dari terus diortodok oleh Islam ala PAS

Masalah air di negeri terinaya dibawah PAS iaitu Kelantan terus membelenggu rakyatnya yang bagaikan sudah mati semangat memohon dan mengadu ke Syarikat Air Kelantan. Mengapa hilangnya semangat mereka itu? Ini kerana jika panggilan diangkat sekalipiun, jawapan yang diberi pasti janji-janji kosong yang tiada langsung cahaya dihujungnya.

Ironinya, Syarikat Air Kelantan dibelenggu dengan masalah modal dan peruntukan yang amat sedikit bagi menampung kos penyelenggaraan paip yang tinggi. Pembaca bayangkanlah, hanya 4 juta sahaja diperuntukkan oleh PAS Kelantan bagi menampung kos itu dalam tempoh lebih 1 tahun. Akibatnya, air bersih tidak dapat disalurkan ke seluruh pelusuk negeri.

Rakyat sudah bosan dan muak dengan suasana ini memilih untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Bagi mereka, biarlah mereka hidup susah asalkan pucuk pimpinan negeri itu dipimpin terus oleh ulamak yang sebenarnya "Fulamak!'. Jesteru ramai dikalangan rakyat Kelantan termasuk di bandar Kota Bharu memilih memasang sistem boring atau mengali perigi bagi mendapatkan air.

Rakyat yang menerima kemudahan air di Kelantan pula terpaksa berpuashati menerima titisan air yang masuk ke rumah mereka biarpun dari segi fizikalnya jelas kelihatan yang air itu tercemar. Air yang masuk ke kebanyakkan rumah orang Kelantan berwarna kuning dan berbau. Bagi mereka itupun sudah memadai asalkan jangan terputus bekalan air.

Itulah hakikatnya keadaan di negeri pemerintahan PAS yang kekal bertahan selama lebih 20 tahun itu. Selama tempoh itulah mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kerana gagal memberikan kemudahan air berkualiti kepada rakyat. Malahan disebalik 30% rakyat Kelantan menikmati kemudahan air yang disediakan, ada 70% lagi menunggu rumah mereka dimasuki oleh air dirawat yang bersih seperti rumah-rumah yang dihuni oleh mereka-mereka yang tinggal di negeri-negeri lain.

PAS jangan berlagak nak mengajar orang lain membangunkan negara, renungkanlan di dalam kain anda sendiri dimana kulit dan badan anda dipenuhi nanah yang membusuk. Undurlah dari politik Malaysia dan bersamalah di dalam satu parti iaitu UMNO bagi terus memerintah negara dengan adil dan saksama. Bertaubatlah dari terus mempergunakan Islam bagi meraih sokongan politik dan seterusnya menganiaya rakyat yang termakan dengan janji politik kosong itu.

Wallahhua'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif