Isnin, 8 Ogos 2011

Lagu Keinsafan Untuk Penghayatan Kita Bersama


Lirik lagu keinsafan buat tatapan pembaca di petang 8 Ramadhan ini.

Hanya padamu aku Meminta
Sesungguhnya Kau Pemurah
Ampuni segala dosaku

Kesejahteraan kedamaian
Keimanan ketaqwaan
Pintaku dari Mu Tuhan

Selawat serta salam
Buat Nabi junjungan
Kepada Muslimin dan
Juga Muslimat

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Aku Mendengar Seruan
Dan Hanya Kepada Mu
Ku beriman

Kerana Mu aku disini
Kepada Mu aku kembali
Apabila tiba saatnya nanti

Sehingga tiba detik itu
Ku berrmohon hanya dariMu
Engkau peliharalah diriku

Dengan Nama Mu
Allah Yang Agung
Yang pengasih, Yang Pengampun
Kepada Mu Ku Berlindung


Wallahhua'alam.

Penulis,

Usaha Kristianisasi Di Malaysia Yang Gagal Difahami Oleh PAS!



Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican. Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah senada. Manakala, umat Islam yang bergelar satu umat, tidak pernah senada. Bergaduh tidak pernah reda. Yang peliknya, bila berhadapan dengan bukan Islam, lembut gigi daripada lidah. Sesama Islam begitu keras sekali pendekatannya.

Persoalan saya, adakah umat Islam yang menjadi minoriti di negara bukan Islam dilayan sebaik ini? Terdapatkah kementerian hal ehwal Islam seperti ini di negara China, India dan negara barat yang lain? Umat Islam tidak kurang ramainya di negara-negara tersebut. Beri betis nak peha. Apa lagi hak bukan Islam yang tidak dipenuhi di negara bertuah ini? Pergilah ke negara lain, lihatlah nasib minoriti dari segi bilangan rumah ibadat mereka, kubur mereka, dan sebagainya, cukuplah untuk membuktikan betapa beruntungnya kita di sini.

Perancangan licik ini amat jelas walaupun penganutnya kurang dari sepuluh peratus. Mereka terus mendesak kerajaan mewujudkan Majlis Antara Agama, berbanding jawatankuasa sedia ada. Jika diwujudkan, pasti mereka akan mendominasi menenggelamkan agama-agama lain yang lebih ramai penganutnya.

Permasalahan yang timbul tidak semesti diselesaikan dengan menubuhkan kementerian bukan Islam seperti yang pernah dikemukakan Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Orang kuat Kristian itu berkata lagi, mereka mahukan kerajaan membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies. Hairan saya, tidak cukup lagikah kemudahan dan kelonggaran yang diberikan selama ini. Setiap hari cuti (ahad) saya lihat, pelbagai aktiviti diadakan di hotel-hotel dan dewan-dewan. Memperlihatkan seolah-olah syurga Kristian berada di sini, bukan di negara-negara barat. Itupun tidak cukup lagi.

Tidak semestinya apabila kerajaan ultra kiasu menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini, maka kita perlu mengikutinya. Sesuatu tindakan perlu berasaskan kepada perlembagaan dan sensitiviti masyarakat setempat terutama pribumi.

Masihkah kita ingat, sebelum ini mereka mendesak supaya ditubuhkan The Interfaith Commission of Malaysia (IFC), tetapi masih belum berjaya. Jika kerajaan tunduk kepada desakan mereka, maka berjayalah perancangan dan misi mereka selama ini yang telahpun tercapai walaupun, badan secara formal belum ditubuhkan.

Tujuannya tidak lain bila ada badan yang sah di sisi undang-undang, mereka mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah agama akibat didesak oleh agama lain. Mari kita saksikan tuntutan mereka yang boleh dikatakan ‘berjaya’ walaupun kononnya badan rasmi belum ditubuhkan.

Pertama, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Keempat, tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim. Kelima, Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.

Keenam, pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak. Ketujuh, kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid. Kelapan, orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).

Kesembilan, orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam. Kesepuluh, bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum. Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam. Keduabelas, Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Ketigabelas, orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam. Keempat belas, Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).

Ringkasnya, belumpun tertubuh kementerian atau badan yang dicadangkan, sebahagian besar 14 permintaan mereka telah terlaksana. Apa lagi yang mereka mahu kalau bukan untuk menjadikan negara ini sebagai medan gerakan mereka kerana kebebasan sebegini tidak lagi terdapat di negara lain. Kerajaan Malaysia yang sedia ada sudah begitu baik dalam menjaga hak bukan Islam sehingga menenggelam agama rasmi negara. Rumah ibadat bukan Islam sudah melebihi 100,000 buah berbanding 20,000 surau dan masjid, sedangkan bilangan mereka kurang daripada 50 peratus. Apa lagi yang kita mahu?

Ibarat beri betis nak peha, golongan ini tidak pernah berhenti atau berputus asa, dari mendesak dan menuntut, memperlihatkan seolah-olah ada tangan-tangan di luar sana yang mengaturkan semuanya ini. Jika tidak, mana mungkin mereka begitu berani dan bersungguh-sungguh, sedangkan hak dan bahagian mereka telahpun diberikan, sehinggakan kita agak sukar untuk membandingkan antara hak mereka dengan hak istimewa orang Melayu (bumiputera). Apakah lagi hak dan bahagian yang masih tinggal kepada peribumi, biasiswa? UiTM? kuota pembelian rumah? lesen? dan sebagainya? Boleh dikatakan semua telah mendapat bahagiannya, sama ada secara sedar atau tidak! Kenapa kita perlu merasa tergugat apabila diasak dan didesak?

Jawapannya, adalah disebabkan oleh kepentingan kuasa politik dan sentimen kepartian mengatasi segala. Ramai yang beranggapan parti politik adalah alat untuk mendapatkan kuasa. Dengan memegang kuasa, mereka akan mendapat merasai ketenangan dan kesenangan hidup. Mereka lupa bahawa kuasa tidak dapat menguruskan lenanya tidur, kuasa tidak dapat membeli selera makan, kuasa tidak dapat membeli waktu muda dan sebagainya. Kuasa hanya bersifat sementara kerana yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT. Allah SWT sahajalah yang akan kekal. Allahlah yang berkuasa memberikan nikmat tidur, selera makan dan sebagainya. Dengan sebab itu Rasulullah SAW mengingatkan supaya kita menggunakan masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum papa dan masa hidup sebelum mati.

Manusia hanyalah penjaga amanah di muka bumi ini. Dunia ini hanyalah pinjaman. Maka manusia dipertanggungjawabkan menjaga amanah ini. Amanah ini mesti diuruskan dengan baik mengikut petunjuk dan kejadianNya. Jika bumi ini pada asalnya adalah kepunyaan Melayu, makan tonjolkanlah identiti Kemelayuannya. Jangan sampai identiti itu hilang entah ke mana.

Bandingkanlah dengan bumi-bumi yang lain. Identiti dan jatidiri mereka yang Allah SWT anugerahkan tidak pernah hilang, malah semakin kuat mencengkam. Negeri China dengan Kechinaannya, India dengan Keindiaannya, Arab dengan Kearabannya, Siam dengan Kesiamannya, Nyanmar dengan Kenyanmarannya, Amerika dan Keamerikannya dan banyak lagi. Ini bukan bermakna, kita mengenepikan kepentingan agama dan bangsa lain. Tetapi mesti ada sebab Allah mencipta atau menjadikan sesuatu bangsa di sesuatu tempat. Justeru, agama dan identiti bangsa yang tidak bertentangan perlu diadunkan agar terpancar identiti mereka supaya tidak tenggelam ditelan zaman.

Sama juga dengan identiti dan jati diri Kemelayuan. Banyak budaya melalui identiti dan jati diri yang terpancar tidak bertentangan dengan Islam seperti soal bahasa, pakaian, seni budaya pergaulan, makanan dan sebagainya. Tetapi di manakah penonjolannya dapat dilihat, di televisyenkah? di radiokah? di papan-papan tandakah? atau di mana-mana yang boleh dilihat!

Nampaknya, semakin sukar untuk dijumpai. Ada Dewan Bahasa dan Pustaka, peranannya tidak dimartabatkan. Kita terlalu sibuk dengan bahasa Inggeris. Usahlah dibincangkan bahasa al-Quran. Di televisyen dan radio, seolah-olah menjadi milik setiap kaum. Begitu juga dengan kemunculan institusi pendidikan yang sedia ada. Semuanya telah dihakmilikkan oleh kaum-kaum yang ada. Setiap kaum membawa haluan masing-masing mengikut identiti dan jati dirinya.

Lebih malang lagi, institusi yang diterajui oleh orang Islam sendiri tidak berjaya mempamerkan identiti dan jati diri tersebut. Misalnya, stesen penyiaran kita? Identiti dan jati diri apakah yang ditonjolkan yang menjadi tontonan anak-anak kita seharian? Kita lebih terpengaruh dengan cara dan gaya hidup barat. Akhirnya, sebuah negara yang asalnya beridentitikan satu bangsa, menjadi caca merba. Tidak ada arah tuju.

Justeru, sudah sampai masanya kita melihat kembali identiti dan jati diri ini, tanpa menafikan hak orang lain, sebelum ianya hilang dan pupus begitu sahaja. Apabila sesuatu itu telah hilang dan pupus, amat sukar untuk dikembalikan. Hari ini, kita diasak dan didesak, semua perancangan ini bertujuan untuk menghilangkan identiti dan jati diri itu. Tetapi kita masih buta. Perebutan kuasa telah membutakan kita semua. Kita seolah-olah mengikut telunjuk orang lain. Akibatnya kaduk naik junjung. Bayangkanlah jika wujudnya sebuah kementerian hal ehwal bukan Islam, dapatkah kita jangkakan apa yang akan terjadi?

Tamingsari : Inilah yang gagal difahami oleh orang-orang PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Mereka ini lebih banyak bercakap dari bertindak. Walhal, disebalik mulut mereka bercakap kononnya mahu mempertahankan Islam, mereka berstongkol bersama puak-puak kafir harbi yang jelas terang-terangan menghina Islam. Perjuangan apa yang mereka mahu pertahankan?

Kementerian Hal Ehwal Bukan Islam adalah dokongan pencipta IFC iaitu Ambiga. Sudah pasti PAS yang sebantal dengan kafir harbi itu adalah munafik yang tidak boleh dimaafkan lagi jika satu persatu orang Islam sudah dimurtadkan.

Di dalam isu serbuan JAIS ke salah sebuah gereja, di sini pun sudah dilihat dengan jelas bahawa PAS mendokong agenda jahat ini. PAS menyalahkan Exco agama negeri itu, Dr. Hassan Ali kerana tidak sebulu dengan MB Selangor yang menentang usaha JAIS tersebut. PAS lebih sayangkan kuasa politik dari melihat sebab musabab JAIS terpaksa menyerbu gereja tersebut demi menyelamatkan beberapa orang Melayu Islam yang bakal dimurtadkan oleh paderi kristian.

PAS dilihat semakin teruk dan sesat. Hingga ke saat ini, jika inilah wajah PAS, PAS wajib diperangi oleh orang Islam.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Ahad, 7 Ogos 2011

Anwar Terus Mengunakan Senjata "Tangguh" Elak Membela Diri : Mana Keadilan?


Sejak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri pada 16 Mei hingga ke hari ini, Ketua Umum PKR itu dilihat berusaha mengelakkan dirinya daripada tampil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Sudah dua kali mahkamah telah menetapkan tarikh untuk Anwar membela diri namun kedua-duanya dirombak oleh pihak Anwar dengan permohonan-permohonan baru supaya akan wujud bicara dalam bicara sehingga berjaya mengelakkan Anwar tampil beri keterangan bela diri.

Kali pertama, mahkamah tetapkan pada 6 Jun hingga 30 Jun, namun empat hari menjelang tarikh membela diri, pada 2 Jun, Anwar membuat permohonan baru untuk menggugurkan hakim...............

Baca selanjutnya disini

Wallahhua'alam.

Penulis,

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kemelesetan Ekonomi Global Hampir Berlaku, Pencacai PR Sila Alert!


Penurunan harga di Bursa Malaysia mungkin berlanjutan hingga minggu depan ekoran jualan besar-besaran baru-baru ini disebabkan kebimbangan yang semakin memuncak tentang kelembapan ekonomi global, kata peniaga.

Ini juga disebabkan oleh data-data lemah dari Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan tentang pasaran kerja AS yanvg tidak memberangsangkan pada masa ini yang menunjukkan tanda-tanda kemungkinan berlaku kemelesetan teruk.

Ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata FBM KLCI akan terus susut dan menguji paras sokongan psikologi pada 1,500, berikutan isyarat-isyarat ekonomi yang negatif dan jangkaan kemelesetan berganda dalam pasaran-pasaran Barat.

Beliau berkata kejatuhan minggu ini merupakan prestasi lemah minggu keempat berturut-turut bagi FBM KLCI yang menyaksikan indeks itu jatuh 76 mata atau 4.7 peratus sejak paras puncaknya pada pertengahan Julai setelah melepasi paras sokongan psikologi 1,550 Isnin lalu.

"Kami percaya pelabur-pelabur bimbang terhadap kemungkinan ekonomi global menuju ke arah kemelesetan dengan jualan besar-besaran di seluruh dunia,” katanya.

Nazri berkata pelabur-pelabur semakin bimbang yang percubaan oleh pemerintah untuk mengatasi krisis hutang tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi kelembapan ekonomi.

Pada Khamis, saham-saham AS mengalami penjualan besar-besaran terburuk dalam masa dua tahun dan menurut laporan berita asing, penganalisis menjangkakan pembetulan selanjutnya dalam minggu akan datang.

Krisis hutang Eropah yang berlarutan juga terus mengganggu pasaran-pasaran global.

Dalam minggu ini, bursa tempatan menyaksikan dagangan tidak menentu, ketika pasaran mulai pulih daripada kejatuhan dalam tiga hari dagangan pada Isnin, seiringan dengan prestasi bursa-bursa serantau yang lebih teguh.

Ini adalah susulan berita bahawa pemimpin-pemimpin kongres AS telah bersetuju untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk mengelakkan berlakunya kemungkiran yang membahayakan.

Bagaimanapun, bursa tempatan hilang momentumnya pada Selasa, berikutan prestasi lemah yang berterusan dalam pasaran-pasaran serantau yang dihantui kebimbangan tentang kelembapan kegiatan perkilangan global berikutan laporan ekonomi AS yang lemah.

Pada Jumaat Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan penyusutan mendadak, sejajar dengan kejatuhan besar-besaran dalam pasaran-pasaran serantau menyebabkan indeks asas FBM KLCI menjunam 22.46 mata kepada 1,524.43, paras terendah sejak 10 Mei tahun ini.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 24.38 mata kepada 1,524.43 daripada 1,548.81 sebelumnya.

Indeks Kewangan jatuh 138.46 mata kepada 14,489.15 daripada 14,627.61 Jumaat lepas.

Indeks Perusahaan susut 69.50 mata kepada 2,758.24 daripada 2,827.74 sebelumnya manakala Indeks Perladangan turun 143.26 mata kepada 7,592.94 daripada 7,736.2.

Indeks FBM Emas kehilangan 204.49 mata kepada 10,478.30 daripada 10,682.79 Jumaat lepas.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 6.020 bilion saham bernilai RM9.858 bilion daripada 5.13 bilion saham bernilai RM8.07 bilion minggu lepas.

Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 4.089 bilion saham bernilai RM9.53 bilion daripada 3.6 bilion saham bernilai RM7.84 bilion.

Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya bertambah kepada 1.38 bilion saham bernilai RM236.207 juta daripada 999.5 juta bernilai RM277.46 juta minggu lepas.

Waran mengecil jumlahnya kepada 481.029 juta saham bernilai RM71.227 juta daripada 494.04 juta saham bernilai RM96.7 juta Jumaat lalu


Tamingsari : Ini bukan masanya lagi menyalahkan kerajaan kerana menjadi US sebagai pembolehubah kepada turun naik ekonomi negara. US tidak dinafikan antara rakan dagang terbesar Malaysia dan ia tidak boleh disangkal lagi. 

Kemerosotan nilai pasaran saham FBM KLCI sudah dijangka awal lagi apabila Presiden Amerika mengumumkan pada minggu lepas bahawa US bakal berdepan kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah negara itu.

Kemelesetan ekonomi US pasti yang tidak boleh disangkal memberi impak kepada ekonomi Malaysia dan sintom-sintom ia menjangkiti Malaysia pastilah dengan berlakunya kadar pengangguran yang tinggi di dalam negara dan negara bakal mengalami defisit kewangan yang bakal menjejaskan sedikit projek-projek pembangunan negara.

Kepada pencacai pakatan syaitan, segera 'alert' dengan isu ini jangan asyik sibuk menabur fitnah mengaitkan saksi-saksi tidak masuk akal semata nak bela pewaris kaum Nabi Luth yang sikit masa lagi bakal berkubur di penjara Sg. Buloh. Dalam masa yang sama, apa yang dilakukan kerajaan BN semuanya salah dimata mereka.

Kepada pencacai pakatan syaitan juga kurang-kurangkan juga membaca akhbar fitnah terutama Haprakdaily dan rajin-rajin membaca perkembangan ekonomi dunia semasa. Supaya kelak hati anda tidak terus membusuk menyalahkan orang lain. Bersedialah kita menghadapi krisis ini.  

Wallahhua'alam.

Penulis,

Jumaat, 5 Ogos 2011

Indahnya Nikmat "Bersahur"


Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw):

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:

“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”. (hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya” (Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.

Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.

Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.” (riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi (saw):

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya. 

Sumber

Wallahhua'alam. 

Penulis,

Khamis, 4 Ogos 2011

Terhangat Di Pasaran ! : Hanya 30 Hari Dalam Setahun


Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya:

Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang secukupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar! 


Wallahhua'alam. 

Penulis,

Rabu, 3 Ogos 2011

Nikmat Sedekah Lebih Seronok Dari Berhubungan Kelamin


Profesor psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).

Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya .

Kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.(Riwayat Muslim)


Wallahhua'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif