Selasa, 29 November 2011

Pemimpin UMNO Perlu Jadikan "Harimau Muda" Sumber Teladan


Siapa boleh menyangka, dalam tempoh 10 minit baki masa perlawanan dengan jumlah pemain hanya 10 orang, Bahrain mampu menumbangkan skuad Ong Kim Swee 3-2. Dalam tempoh sesingkat itu, bagaikan satu keajaiban, 3 gol boleh dihasilkan. Biarpun gol-gol itu bukan gol mudah namun ia terhasil kerana di dalam skuad Ong Kim Swee sudah timbul beberapa penyakit.

Penyakit pertama : Terasa selesa
Penyakit kedua : Terlalu yakin
Penyakit ketiga : Timbul rasa riak dengan perlekehkan lawan dan menganggap diri tu star habis.
Penyakit keempat : Silap strategi
Penyakit kelima : Lembik
Penyakit keenam : Tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.
Penyakit ketujuh : Masih dibuai mimpi kemenangan sebelum ini.

Apabila Tamingsari melihat semua pemain Bahrain sujud apabila memperolehi gol ketiga jelas, mereka memiliki sifat berlawanan dari apa yang ada pada skuad Harimau Muda. Tahniah Bahrain, anda buktikan anda lebih sayangkan negara anda dari orang Malaysia sayangkan negaranya.

Dengan kekalahan memalukan itu, skuad Ong Kim Swee kalah semua perlawanan di peringkat kumpulan di pusingan pertama dan menduduki tangga tercorot bagi Pra Kelayakan Olimpik 2012.

Apa-apapun ini adalah sukan. Di dalam sukan pasti akan ada menang dan kalah. Namun, penyakit seperti di atas boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja tidak kira di arena apapun termasuk politik.

Pemimpin UMNO yang sudah kembali berasa selesa selepas dibantu dengan imej presidennya DS Najib Tun Razak dilihat berisiko dijangkiti penyakit ini. 1Malaysia adalah gagasan cetusan DS Najib menjadi tonggak pemerintahan dan transformasi parti itu dan juga negara. Tetapi apa tujuan ia dihasilakn? pastinya untuk terus kekal releven semasa PRU 13 dan berharap mandat pemerintahan kekal dibawah mereka selepas itu.

Samalah seperti skuad Ong Kim Swee, ditubuhkan dengan gelaran Harimau Muda bermisikan ke Sukan Olimpik London 2012. Namun kerana silap percaturan dan berhempas pulas bertanding di tempat lain, misi utama bagai dilupakan serta kini tidak mampu bersedia 100% ke atasnya. Akhirnya ketika bertemu dengan Bahrain, walaupun pada awalnya mendahului 2-0, dalam tempoh yang singkat Bahrain pula yang mencipta kemenangan. Matlamat sudah hilang, kesakitan pula menjelang.

Itulah yang parti UMNO perlu titikberatkan. Seni di dalam bola sepak perlu diadaptasi di dalam permainan politik UMNO. Jangan berasa selesa dan elakkan tujuh penyakit diatas berjangkit kepada setiap pemimpin UMNO sehinggalah pengurus pilihanraya mengumumkan siapa yang layak membentuk kerajaan. Jika sudah layak membentuk kerajaan sekalipun, elakkan penyakit itu dihidapi untuk UMNO kekal releven. Ini kerana dalam tempoh beberapa saat sebelum mengundi pun, rakyat boleh lagi dipesongkan ke kiri hanya dengan informasi yang kini dihujung jari.

Beringatlah wahai pemimpin UMNO, strategi ditangan kamu, pilihan ditangan rakyat.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Maka Berdekah-Dekahlah Puak Ini Di PWTC


PWTC kembali bergegar dengan perhimpunan pemimpin-pemimpin sebuah parti keramat orang Melayu. Maka berhimpunlah pemimpin UMNO pelbagai peringkat di sana dengan misi dan niat peribadi masing-masing. Pada pencinta transformasi pastinya tidak sabar menanti pendebat-pendebat berplotasi mendominasi arena. Manakala bagi pendebat pula tidak sabar mereka untuk menterjemahkan idealisasi. Namun tidak dapat dinafikan ramai juga dikalangan perwakilan hadir mahu makan free  dan tidur di kamar hotel yang dingin dan sepi. Masuk dalam dewan bertepuk tangan tak henti-henti, idealisasi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

Apa pun misi dan niat mereka, Tamingsari tetap tidak mahu ketinggalan mengikuti intipati perjalanan program ini kerana di dalamnya penuh dengan kos fulusi, emosi, imaginasi dan provokasi. Walaubagaimanapun, resolusi tercipta tidak diketahui pula ke mana perginya. Walhal bukan kali pertama ia diadakan namun masih samar ke mana perginya semangat perjuangan mereka ini semua. Balik-balik presiden dan timbalan mereka juga berpeluh muka membaiki bahtera berlubang yang tidak putus-putus ditikam bangsa sendiri.

Sayap puteri, pemuda dan wanita masih tampak longgar. Walaupun ketua mereka bukan calang-calang manusia namun dek kerana masalah peribadi dan sahsiah diri mereka, ketiga-tiga sayap ini masih tidak punya seri. Mereka kelihatan gah di perhimpunan seperti ini walhal dalam tempoh 2011 ini, Pemuda hanya menampakkan kerja di hari kerjayanya manakala wanita dengan skuad sayangnya yang berdondang sayang. Puteri masih diteliti apa kerja mereka sehingga ke hari ini. 

Biarlah mereka akan berekah-dekah bercakap mengenai isu nasional, Tamingsari melihat mereka ini, lebih suka berkata dari mengota. Kita masih ingat ketika pertemuan terakhir mereka di sini, ketiga-tiga sayap ini bagaikan dirasuk jembalang tanah, mengila semangat patriotisme mereka di dalam PWTC bagaikan negara ini sudah tidak perlu lagi sebuah Kementerian Pertahanan. Namun, apabila keluar sahaja dari sana, mereka tampak longlai semula. 

Inikah perjuangan? Adakah kegilaan mereka berdekah-dekah di PWTC itu sudah cukup memuaskan hati rakyat di luar sana yang pernah menghukum mereka? Biar setinggi mana lambungan media perdana kepada parti pemerintah ini, rakyat tetap menilai usaha mereka diakar umbi kerana kepada akar umbi jua lah tempat rakyat berpayung dan berlindung. Jika payung itu berlubang, pastinya rakyat dengan mudah memberi mandat dan berlindung di bawah payung lain. Itu yang perlu dititikberatkan.   

Tamingsari berharap agar pemimpin UMNO di pelbagai peringkat jangan berasa selesa dengan keadaan sekarang. Jangan kerana kamu semua lena dibuai mimpi dan kenyang dihidang makanan sedap di PWTC, maka kamu yakin, kamu masih berada di puncak. Dunia ICT menjanjikan maklumat dihujung jari dan dalam tempoh sesaat sahaja rakyat boleh beralih ke kiri tanpa menoleh ke arahmu lagi. Maklumat itu pastinya campuran fitnah dengan yang benar namun ia tidak akan diadlili lagi bahkan terus dihakimi.

Biar sejuta emas kau taburkan, jika rakyat sudah membuat pilihan, tidak akan mampu lagi kamu pertahankan. Nasib bangsamu bakal dihinjak, Islam bakal ditempelak dan tanahair bakal dipijak.

Ingatlah wahai pemimpin UMNO sekalian.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Sejak 23 Mac 1995 lagi Rokok Sudah Difatwakan Haram

Sudah lebih 16 tahun fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan rokok adalah haram. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini orang Islam dilihat terus menerus mengabaikan fatwa ini malah jumlah penghisap rokok makin bertambah dari hari ke hari. Malah ada juga dikalangan perokok baru tidak tahu tentang wujudnya fatwa tersebut.

Mengapa fenomena ini berlaku? Pernah Ketua pengarah JAKIM mengingatkan semua penagih rokok agar tidak mengabaikan fatwa tersebut kerana yang haram tetap haram dan tidak ada kompromi untuk soal itu. Namun, bagaikan satu tren dan budaya, ia sukar lagi ditinggalkan oleh orang Islam di negara ini. 

Rokok ternyata tidak memberi apa-apa kesan postif kepada badan walhal ia sebenarnya satu bom jangka yang boleh mengancam nyawa kita kerana mampu menghadirkan banyak penyakit berbahaya. Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. Keadaan ini berlaku kerana di dalam rokok terdapat campuran pelbagai bahan kimia berbahaya termasuk tar (digunakan untuk membuat jalanraya).


Kalau kita perhatikan gambar di atas, ada pelbagai ancaman dicetuskan oleh rokok :
1. Mengancam nyawa dan keselamatan diri.
2. Mengandungi kira-kira 4000 jenis racun merbahaya.
3. Usaha membunuh diri secara perlahan-lahan.
4. Jarum Yahudi untuk melemahkan umat Islam.
5. Menyokong pembunuhan umat Islam kerana sebahagian besar keuntungan daripada rokok disumbangkan dalam pembelian senjata Amerika dan Yahudi laknatullah.
6. Najis, kerana setiap batang rokok mengandungi pati najis haiwan. Ia direndam dalam alkohol (arak) untuk menyebabkan ketagihan perokok.
7. Contoh buruk dan budaya jijik yang ditunjukkan kepada golongn muda dan anak-anak.
8. Bapa kepada kemaksiatan (Jika arak adalah ibu kepada segala kejahatan)
i. Pelajar yang ponteng sekolah kebanyakannya bermula daripada ketagihan merokok.
ii. Remaja yang terlibat dengan gam, dadah, ganja, arak, mat rempit, bohsia, bohjan boleh dikatakan semuanya bermula dengan merokok.
iii. Remaja yang terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal dan jahat, kebanyakannya diumpan dengan rokok.
9. Amalan syaitan. Merokok diibaratkan seperti membakar duit dan ia adalah perbuatan yang sia-sia.
10. Menjadi fitnah kepada agama (Islam)

Gambar ni menunjukkan lelaki yg kena kanser mulut akibat merokok.

Jadi tidak hairanlah mengapa ia difatwakan haram. Kerajaan Malaysia juga sedar, bahawa untuk mengalakkan orang berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah, namun kerajaan tetap komited memberi kesedaran kepada perokok tegar untuk berhenti merokok dengan cara, menaikkan cukai rokok, mengadakan kempen kesedaran termasuk menampal contoh-contoh penyakit yang bakal terjadi jika menghisap rokok di kotak rokok.

Terpulanglah kepada perokok jika terus ingkar dengan fatwa haram ini. Ini kerana Allah sudah menjanjikan siksaan kepada mereka yang melakukan perkara yang dilarang dan diharam oleh Islam. Namun, Islam tetap indah dan bertoleransi. Ambillah masa anda untuk berhenti merokok, cekalkan hati untuk berhenti dan bertawwakkallah kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan membantu anda.   

Wallahhu'alam.

Penulis,

Khamis, 24 November 2011

Kerja Sambilan Punca Guru Tolak 9 Jam Kerja !!

Gambar hiasan.

Setelah dihangatkan dengan pemansuhan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, satu lagi isu hangat yang melibatkan profesion keguruan ialah kajian percubaan ke atas 5,000 orang guru di empat negeri untuk melihat kesan pelaksanaan tugas selama sembilan jam sehari sebagaimana dilakukan oleh lain-lain penjawat awam.

Bagaimanapun, usaha melakukan ujian perintis itu telah disambut dengan kegusaran dan rasa tidak senang oleh guru, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dengan alasan ia tidak boleh diterima kerana tanggungjawab guru tidak tamat selepas waktu persekolahan.

Secara rasionalnya kita boleh berfikir, berapakah jumlah hari bekerja bagi seseorang guru dalam persekitaran normal. Dalam setahun ada 365 hari manakala hari persekolahan ialah selama 210 hari dan tempoh di antaranya terdapat sejumlah 78 hari cuti penggal. Selebihnya adalah cuti kelepasan umum, hari minggu dan hari kebesaran negeri iaitu 87 hari.

Bagi seorang guru, mereka juga diberikan kelonggaran untuk menggunakan cuti rehat tahunannya selama 10 hari berbanding dengan lain-lain penjawat awam antara 25 hingga 35 hari setahun. Jika ditolak dengan kemudahan tersebut, seorang guru hanya mempunyai masa kerja selama 200 hari setahun, atau 6 bulan 20 hari sedangkan kerajaan membayar gaji penuh selama 12 bulan.

Kalau diikutkan dengan prestasi, yakni hari bekerja memang tidak berbaloi dengan hanya kerja selama tidak sampai tujuh bulan dapat upah setahun. Maka, apabila dilaksanakan kerja sembilan jam, bermakna guru sebenarnya mencapai tahap masa kerja yang boleh menyamai lain-lain penjawat awam, iaitu selama 243 hari (365 – 87 (hari minggu dan cuti kelepasan umum). Jika penjawat awam menggunakan keseluruhan cuti tahunannya, maka ini bererti mereka bekerja antara 218 hari hingga 208 hari.

Benarkah penjawat awam lebih banyak masa berbanding dengan guru yang terpaksa membawa balik ke rumah termasuk memeriksa buku latihan pelajar? Jawapan ini memang senang boleh ditepis kerana guru hanya mengajar setengah hari, maka setengah hari lagi mereka terpaksa membawa pulang beban itu untuk diperiksa. Berbanding dengan penjawat awam yang lain, mereka hanya sesekali membawa kerja ke rumah pada waktu malam.

Guru juga mendakwa, oleh kerana hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari tidak bekerja bagi seluruh penjawat awam, tetapi di sekolah ia digunakan sebagai hari kokurikulum ataupun lain-lain aktiviti sekolah, masa hari terbabit terpaksa dikorbankan. Penjawat awam yang lain turut membuat perhitungan, mereka juga terpaksa mengorbankan hari Sabtu demi tanggungjawab, tetapi tidak sebagai alasan mengurangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Penjawat awam banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja luar yang kadangkala memaksa mereka mengorbankan masa rehat termasuk cuti hujung minggu. Penjawat awam tidak diberikan kemudahan cuti penggal yang lama, cuma diberikan cuti tahunan yang lebih pendek, tidak pula menentang tempoh masa bekerja selama sembilan hingga sepuluh jam sehari.

Sebenarnya banyak guru yang menentang projek rintis itu termasuk dalam golongan guru-guru yang banyak menghabiskan masa rehat dengan kerja sampingan, termasuk melibatkan diri dalam jualan langsung, agen insuran, guru kelas tiusyen swasta dan mengusahakan lain-lain kegiatan ekonomi sampingan. Kalau dilihat dari perspektif tersebut, tepatlah penolakan yang dilakukan, kerana akan mengurangkan pendapatan bulanan mereka.

Bagi seorang penjawat awam, meskipun ada segelintirnya terlibat dalam kerja-kerja sampingan mereka lakukan ketika di luar waktu pejabat, kerana seorang guru melihat selepas masa mengajar sebagai luar waktu pejabat, maka mereka melakukan kerja-kerja terbabit sama ada waktu petang, malam ataupun hari minggu. Jawabnya amat jelas, penolakan itu ada kaitannya dengan kerja-kerja sampingan dan bukannya sebagai tuntutan profesion keguruan itu sendiri.

Guru pada masa sekarang kurang berada dalam kelompok masyarakat dan mereka banyak berada dalam kelompoknya sendiri. Atas sebab itulah para guru tidak mendapat kedudukan yang baik dalam masyarakat, kerana guru telah menyisihkan dirinya dari aktif dalam kerja-keraja kemasyarakatan tetapi mengutamakan kerja-kerja sampingan bagi menambahkan pendapatan disebabkan tuntutan kos sara hidup yang meningkat ataupun mencari peluang untuk hidup mewah.

Penolakan cadangan itu ada kaitan dengan persoalan mengimbangi kerja-kerja sampingan yang dilakukan oleh guru, maka mereka perlulah jujur dengan profesionnya sendiri. Seorang guru akan mendapat kedudukan yang baik seandainya tidak menggunakan peluang mencari kekayaan, kerana apabila seorang guru berniaga dan mengajar di kelas-kelas tuisyen akan cuba mempamerkan kehebatannya, kerana ia dibayar manakala di sekolah banyak yang sambil lewa.

Para guru mestilah mengutamakan kerja wajib mereka (mengajar, memeriksa dan menyemak, mengurus para pelajar dan membimbing akademik) dan tidak melaksanakan kerja-kerja makruh secara lebih banyak. Kalau nak tambahkan pendapatan, memadailah dengan menggunakan cuti hujung minggu dan bukannya laksanakan pada hari-hari persekolahan yang lain, yakni waktu petang atau ketika tidak mengajar.

Seharusnya Kementerian Pelajaran membuat kajian menyeluruh dan mensyaratkan setiap guru yang bekeinginan mengajar kelas-kelas tiusyen perlu mendapatkan kebenaran bertulis agar tidak berlaku “conflict of interest” sebagaimana disyaratkan kepada lain-lain penjawat awam termasuk mengisytiharkan anggaran pendapatan tambahan. Inilah yang seharusnya dikuatkuasakan secara mandatori manakala guru yang enggan mematuhi syarat itu perlu dikenakan tindakan tata tertib, jika NUTP benar-benar ingin mempertahankan profesion keguruan agar lebih dihormati oleh masyarakat.

Untun dihormati oleh masyarakat bukan diukur dengan nilai wang, ia diukur berdasarkan sejauhmanakah seseorang guru mampu membentuk kemenjadian anak didiknya. Bahkan, ada ungkapan jika seseorang guru itu pada kedudukan terakhir lebih pandai dari anak didiknya, ada sesuatu yang tidak kena. Jika seseorang pelajar lebih pandai dari seorang guru, ia adalah natijah sebuah kaedah pendidikan yang berkesan dan terbaik.

Orang awam melihat cadangan melaksanakan kajian rintis mengenai tempoh bekerja selama sembilan jam sehari adalah sesuatu yang positif memandangkan bidang kerjaya pada masa sekarang sudah jauh berubah daripada masa-masa lalu, termasuk rigid dengan masa, business not as usual. Setiap masa perlu bersiap sedia, kerana jika tidak ada orang lain yang sanggup melakukannya dan mengambil alih peranan guru.

Lebih ramai mereka yang berminat menjadi guru dan memilihnya sebagai profesion. Mereka sanggup melakukan tugas tersebut dalam tempoh yang lebih panjang, kerana mereka akur dengan tuntutan perubahan dan cuba mengimbangi kehidupan peribadi dan bukannya sekadar mengatakan terlalu banyak beban. Berapa banyakkah beban terpaksa ditanggung oleh guru. Bukankah menguruskan hal ehwal pelajar juga menjadi tanggungjawan guru? Membentuk peribadi pelajar? Bertemu keluarga pelajar?

Tugas guru melebihi persekitaran sekolah, maka guru perlulah memahami bahawa dalam membangunkan profesionnya kembali ke penghormatan sebagaimana pernah diterima pada masa silam memerlukan kefahaman dan apreasasi guru itu sendiri. Kalau guru hanya mengatakan banyak kerja, dan dalam masa yang sama dilihat mengendalikan kerja-kerja sampingan, ia akan tetap bercanggah dengan kewajipannya secara hakiki.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Aminuddin Baki Bukan Guru Haprak

Aminuddin Baki (6 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak 1926, Aminuddin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.

Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar ketika berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.

Walau bagaimanapun pada tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu, beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di universiti, Aminuddin berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian.

Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sebentar waktu dan kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952. Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan pada bulan Julai 1953. Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.

Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.

Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Aminuddin Baki meninggal dunia pada tahun 1965 ketika berusia 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.


Beginilah sumbangan dan jasa Allahyarham Aminuddin Baki kepada sistem pendidikan negara. Tamingsari amat terharu apabila membaca sejarah hidup arwah dan tidak dapat menahan sebak apabila mendapat tahu, arwah kembali ke rahmatullah pada usia yang amat muda.

Biarpun Tamingsari tidak akan sempat melihat wajah arwah, tetapi nama arwah yang disemadikan di beberapa institusi pendidikan meneruskan lagi ingatan kita semua kepada jasa arwah.

Inilah contoh terbaik yang boleh digunakan oleh guru masa kini agar lebih dedikasi, bertangungjawab, komited, ikhlas dan berwawasan. Janganlah jadi guru haprak yang lebih sudu dari kuah, diberi betis hendakkan peha.

Hayatilah perjuangan Aminnudin Baki agar anda guru sekalian tidak terpesong kepada perjuangan sempit yang tidak menguntungkan kepada agama, bangsa dan tanahair.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Kepenatan Punca Malaysia Tewas Kepada Syria!


Melihat kepada keadaan permainan Malaysia pada separuh masa pertama, sebenarnya Malaysia mampu menyaingi Syria semalam. Pasukan Syria bukanlah sebuah pasukan yang kuat tetapi mungkin mereka punya cukup stamina dan persediaan mental, mereka akhirnya mampu melakar kejayaan 2-0 ke atas pasukan negara.

Memang pada awal lagi Ong Kim Swee sudah menyangka bahawa anak buahnya akan menghadapi masalah fokus kerana masih keletihan selepas baru sahaja pulang dari Indonesia dua hari lalu. Ditambah pula dengan barisan serangan yang cedera serta beberapa orang pemain yang tidak layak lagi beraksi di sukan olimpik, skuad negara nampak pincang terutama di barisan depan.

Dilihat kepada penguasaan permainan di peringkat awal jelas, barisan tengah Malaysia yang dikemudi Nazmi dan Gurusamy masih boleh diharap. Cuma ketumpulan dan kegopohan Fakri sahaja menjadi punca sukar untuk Malaysia menghadirkan peluang.

Ong Kim Swee masih punya peluang untuk mengembalikan semangat bola sepak negara di arena olimpik kerana pasukan Bahrain menunggu pada hari Ahad ini untuk ditewaskan. Dalam tempoh beberapa hari ini, Kim Swee boleh mengintai pemain lain yang ada di dalam negara bagi mengisi barisan hadapan yang dilihat tumpul sejak Sukan Sea lagi. Ini cabaran baru jurulatih itu.

Tamingsari berharap, Kim Swee perlu segera menyedarkan anak buahnya untuk tidak terus dibuai rasa gembira atas kemenagan emas di peringkat sukan sea. Sudah tiba masanya Malaysia mencuba untuk ke peringkat lebih tinggi lagi.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Orang Kelantan Mengila Di Hadapan TS Muhyiddin Yassin Semalam

Bagaikan suatu kejutan apabila melihat sambutan rakyat Kelantan di Tanah Merah dan Machang semalam menanti kehadiran pemimpin no. 2 negara iaitu TS Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang berlaku semalam memang tidak dijangka kerana hujan yang mencurah-curah serta beberapa kawasan lain yang sudahpun ditengelami air dijangka akan mencacatkan jumlah kehadiran. Memang semangat rakyat Kelantan bagaikan berubah apabila sanggup juga hadir ke program bersama TPM ini walaupun beberapa jalan terpaksa di tutup kerana air sudah melimpah. Mereka juga sanggup beratur panjang dan meletak kereta lebih dua kilo meter semata tidak mahu terlepas dari menemui pemimpin kesayangan mereka itu.

Tamingsari amat yakin, gelombang merah yang dilaungkan Tok Pa sudah meresap dijiwa anak-anak Kelantan yang mahukan perubahan demi kesejahteraan hidup rakyat di sini. Sememangnya PAS ternyata gagal membawa arus pembaharuan kerana lebih 20 tahun mereka memerintah Kelantan, kemudahan paling asas pun tidak mampu mereka sediakan dengan sempurna.

Pemimpin PAS sesat itu lebih banyak berbicara dari berkerja. Rakyat dibiarkan menderita dan tidak ada pun sedikit rasa kasihan dijiwa mereka tentang nasib golongan bawahan. Semua tindakan mereka lebih kepada kepentingan politik dan orang yang mereka bantu pasti telah dipilih bulu. Sedangkan mereka pemimpin PAS hidup mewah dan berkereta besar. Rakyat dibiar makan pasir, beratap langit, berlantai tanah dan berdinding buluh.

Inikah perjuangan "Membangun Bersama Islam" yang mereka perjuangkan sedangkan hakikat sebenarnya mereka lebih percaya kepada "Membangun PAS Mempergunakan Islam".

Isyarat sambutan kepada TS Muhyiddin semalam satu petanda jelas akan kebangkitan rakyat Kelantan menumbangkan kerajaan zalim PAS dibawah pemerintahan fUlamak mereka, Nik Ajis.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Rabu, 23 November 2011

Fida Putus Dengan Mamat Sepah Atas Sebab Maruah!

Bermula dengan kisah percintaan yang terjalin antara dia dengan Mohd. Noor Murad atau Mamat yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Sepah, sehinggalah dia dikritik hebat kerana tidak lagi tampil dengan ciri-ciri gadis muslimah.

Malah, sekeping gambarnya tidak bertudung dan telah dimuat naik oleh Mamat menerusi laman Facebook ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat dan seterusnya ia menjadi punca dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelawak berkenaan.

Bangkit daripada hujan kritik yang menimpanya, Fida menegaskan bahawa sehingga kini dia masih lagi bertudung dan segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu adalah sekadar mengikuti perkembangan fesyen.

"Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.

"Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu," tegasnya.

Tambah Fida, dia sendiri cuba mengelak untuk memperkatakan dengan lebih lanjut tentang aurat, namun memberitahu dia masih lagi kekal menutup kepala dan berharap agar peminat dapat menerima perubahan tersebut.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak mengenai perubahan yang dilakukannya sekarang itu adalah semata-mata mahu mencari publisiti murahan supaya orang lebih mengenali dirinya.

Ujarnya, segala kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya itu dianggap sebagai satu tamparan yang cukup hebat sepanjang berkecimpung dalam dunia seni dan mengakui agak tertekan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya itu.

"Mulanya saya ada membaca komen-komen negatif yang dilemparkan dan secara jujurnya saya memang amat kecewa. Bagi saya masing-masing ada hak untuk membuat kritikan, tetapi yang cukup mengecewakan saya apabila ada yang bertindak keterlaluan.

"Kalau mereka memberi kritikan yang membina terutamanya tentang kerjaya, saya masih lagi boleh menerimanya. Namun apa yang membuat hati saya terguris apabila ada yang sanggup menggunakan kata-kata kesat," luahnya.

Meskipun pada awalnya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku, Fida mengakui dia kini sudah dapat menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama tentang perubahan terhadap dirinya itu.

Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana terus mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan segala yang berlaku ke atas dirinya itu ternyata tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni.

"Saya menganggap semua yang berlaku itu ada hikmahnya dan setakat ini saya masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan mengacara walaupun terus dikaitkan dengan isu-isu kontroversi," ujarnya.

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat.


Baguslah Fida putus dengan mamat atas sebab mempertahankan maruah sendiri. Beginilah contoh terbaik yang perlu diikut oleh wanita di luar sana kerana bukan semua lelaki boleh dipercayai termasuk di dalam ahli keluarga sendiri. Sekurang-kurangnya Fida sudah kenal hati budi Mamat sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius.

Fida perlu beristhifar dan berfikir sejenak mengapa dia seorang artis yang patutnya menjadi contoh kepada ramai artis wanita yang lain boleh terpedaya dengan mainan lelaki. Maruah perlu diutamakan. Islam lah satu-satunya jalan bagi memartabatkan maruah seseorang wanita. Turutilah ajaran Islam, pasti anda selamat.

Kepada wanita diluar sana,
"Jadilah kamu seperti buah epal yang manis dan ranum serta berada di pucuk pokok yang tinggi. Biarlah kamu digapai oleh lelaki sejati yang sanggup memanjat tinggi mengapaimu daripada kamu mengugurkan diri ke tanah yang akhirnya dimakan oleh binatang sahaja. Begitulah mahalnya maruah kamu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Utusan Terus "Attack" Kelantan: Gigi Cucu Nik Ajis Dikatakan Rosak!

Bukan gigi cucu nik ajis je dikatakan rosak, gigi nik ajis pun sudah bertabur dan rosak akibat makan dan minum Air Keruh Sedih Benar (AKSB) yang berkarat dan kekurangan florida serta lebihan E-coli. 

Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.

Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus


Penemuan yang amat menarik. Jabatan kesihatan terus dijadikan sumber menyerang sebuah pemerintahan zalim dibawah pemerintahan fUlamak Pas yang pemalas dan bodoh sombong. Selepas lebih 20 tahun, inilah hasil kerja tangan puak yang paling banyak bercakap dari berkerja.

Teruskan pendedahan seperti ini dan diharapkan rakyat Kelantan sedar, mereka sememangnya dizalimi oleh puak Pas laknattullah ini.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Pasca Sukan Sea 2011 : Akuatik Dan Bola Sepak Terbaik Asia Tengara


Temasya Sukan SEA ke-26 Indonesia yang berlangsung di Palembang dan Jakarta selama 12 hari menyaksikan kontinjen Malaysia berjaya mengatasi sasaran 40 hingga 45 pingat emas yang ditetapkan, dengan meraih 59 pingat emas secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata jumlah pungutan pingat itu adalah pencapaian kedua terbaik Malaysia di luar Kuala Lumpur.

"Ia adalah pencapaian yang kedua terbaik selepas di Korat (Thailand) dengan 68 pingat emas. Kalau tiga acara sukan keutamaan seperti hoki, boling padang dan skuasy dipertandingkan, mungkin pencapaian kontinjen akan lebih baik," katanya pada sidang akhbar rumusan prestasi kontinjen Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada 59 pingat emas itu, 10 pingat datang disumbangkan sukan yang bukan di bawah program pembangunan sukan MSN.

"Empat datang daripada luncur air, dua (renang laut terbuka), dua (lawan pedang), acara olahraga 4x400m lelaki dan penampilan semula Sam Chong dalam acara snooker," katanya.

Kontinjen negara yang menyertai 38 daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan dengan meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa dengan akuatik menyumbang pingat emas terbanyak.

Acara sukan akuatik secara keseluruhannya meraih 19 pingat emas dengan tujuh daripada acara terjun, dua daripada renang laut terbuka serta renang dan renang berirama masing-masing dengan lima pingat emas.

Atlet renang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Shareen Hui menjadi atlet yang meraih pingat emas terbanyak dengan masing-masing meraih lima pingat emas.

Sementara itu, acara sukan memanah dan menembak dikategorikan sebagai sukan yang mempamerkan prestasi sederhana.

"Bagi acara recurve, kita tidak menghadapi masalah tetapi dalam acara compound kita masih belum capai prestasi yang memuaskan. Dalam acara menembak, Nur Suryani (Mohamed Taibi) telah menunjukkan bahawa beliau berjaya kekalkan prestasi sejak darioada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, tetapi penembak elit lain tidak dapat raih pingat emas," katanya.

Zolkples berkata MSN akan mengkaji semula kegagalan beberapa jenis sukan yang gagal menyumbang emas untuk kontinjen negara.

"Antara sukan yang gagal adalah gimnastik dan pelayaran. Kita sasarkan atlet gimnastik artistik untuk capai pingat emas tetapi mereka gagal. Bagi pelayaran, mereka sepatutnya pulang dengan pingat emas sebab mereka berjaya raih pingat perak di Sukan Asia," katanya.

Zolkples berkata kajian juga akan dilakukan terhadap prestasi skuad sepak takraw negara dan taekwondo.

Kejayaan skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia malam tadi membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di rantau ini buat masa ini.

Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lepas, bukanlah kerana nasib semata-mata.

Biarpun persembahan pasukan Malaysia sebelum ini dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan malam tadi menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.

Media di Indonesia kini mengakui Malaysia adalah "Raja Bola Sepak Asean". Dalam perlawanan akhir malam tadi di hadapan 100,000 penonton tuan rumah, Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Untuk keputusan penuh melibatkan atlit Malaysia di sukan sea, sila rujuk disini.


Wallahhua'alam.

Penulis,

Selasa, 22 November 2011

Kelantan Sedang Dilanda Banjir!


Situasi cemas mula kedengaran apabila air mula kelihatan naik dari merata ceruk. Parit dan sungai yang dulunya tenang mula mencapai tahap bahaya sekaligus mengusar hati ramai pihak terutamanya rakyat Kelantan.

Mereka sedar, biarpun negeri itu alah bisa tegar biasa kepada masalah banjir, tetap tiada apa-apa tindakan jangka panjang oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan sebuah parti penipu dan kejam. Rakyat Kelantan sentiasa redho dengan masalah itu setiap tahun.

Antara punca utama air cepat naik adalah kerana sistem pemparitan yang tersumbat seterusnya menyebabkan air bertakung dan tidak dapat mengalir dengan sempurna. Kerja-kerja ini jelas dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal menjaga kebajikan rakyat.

Kepada rakyat Kelantan, Tamingsari berharap agar anda sentiasa bersabar dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi memudahkan urusan pemindahan. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar bencana ini tidak teruk dan terkawal.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Fakri Shaarani "Man of The Match" Malaysia Vs Indon


Fakri Shaarani memang menjadi tumpuan semalam. Bukan kerana ia ayam tambatan peminat tetapi dia dilihat bakal menjadi punca kepada nasib malang Malaysia. Sejak dari awal saingan, ramai yang membantah penyenaraian Fakri namun mungkin ada sesuatu dalam diri Fakri menyebabkan Ong Kim Swee membariskan juga pemain ini di saat-saat akhir. Walhal, Negeri Sembilan juga jarang memasukkan dia di dalam kesebelasan utama ketika perlawanan Liga Super Malaysia 2011.

Kepincangan Fakri pernah dibualkan ketika perlawanan separuh akhir Sukan Sea dimana Malaysia hampir kempunan ke perlawanan akhir. Dengan kegarangan Myanmar yang hampir sahaja memecah kebuntuan gol, Fakri yang diletakkan sebagai 1st Striker dilihat begitu lembik. Tidak nampak nature ball scorer yang ada pada pemain ini malah begitu banyak deretan peluang yang dimilikinya gagal disempurnakan. Gol tunggalnya Fakri menyelamatkan Malaysia cukup dijadikan ubat sahaja walhal dia hampir-hampir turut gagal menyempurnakannya. 

Di perlawanan akhir semalam, Fakri turut dijadikan sandaran utama. Ramai yang merungut resah dan takut dia gagal lagi menyempurnakan peluang. Benar apa yang ditelah, Fakri banyak mempersiakan deretan peluang terhidang untuk terus menutup mulut Indonesia lebih awal. Maki hamun penyokong Malaysia makin menjadi-jadi apabila Kim Swee dilihat semakin sayangkan Fakri walaupun jelas, pemain itu gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Penyokong Malaysia bagaikan naik hantu apabila pemain itu sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila gagal menyepak masuk sepakan penalti. 

Pujian harus diberikan kepada seluruh kem Malaysia. Kelemahan Fakri ditutup dengan kemantapan barisan pertahanan dan paling perlu dipuji adalah penjaga Gol, Khairul Fahmi Che Mat. Barisan tengah juga boleh dipuji kerana berjaya mengekang penguasaan lawan. Namun, jika Malaysia punya penyerang lebih berbisa, tidak perlu menunggu ke penentuan sepakan Penalti, Malaysia sudah boleh pulang dengan gelaran emas. 

Itulah bola sepak dan seharusnya Ong Kim Swee perlu lebih berhati-hati memilih pemain. Walaubagaimanapun pujian yang paling tinggi harus diberikan kepada jurulatih itu kerana walaupun masih diusia muda, beliau membuktikan yang beliau punya bakat tersendiri mengembalikan martabat Malaysia di dalam sukan Bola Sepak. Berbaloilah beliau dicium oleh Menteri Belia dan Sukan semalam. Ciuman tanda sayangnya kerajaan kepada jurulatih muda itu yang cukup positif dan optimistik. 

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana mampu mempertahankan gelaran emas Sukan Sea buat kali kedua berturut-turut. Paling manis kita berjaya melenyapkan ego Indonesia yang dilihat sombong dan bongkak di awal perlawanan. Sikap penyokong mereka yang biadap dan tidak menghormati lagu kebangsaan "Negaraku" dibalas dengan kekalahan pasukan mereka. 

Paling menarik, biarpun emas bola sepak adalah senarai ke-59 pungutan emas keseluruhan namun ia bagaikan satu roh yang menaikkan semangat juang rakyat Malaysia yang menganggap kita adalah juara keseluruhan kejohanan Sukan Sea kali ini. Bola Sepak adalah nadi kepada penyatuan kaum dan ia mampu menaikkan lagi semangat patriotisme rakyat Malaysia kerana setiap kaum berteriak gembira meraikan kejayaan Malaysia dikala kita menang seperti ini. 

Tahniah sekali lagi.!!!    

Wallahhua'alam.

Penulis,

Khamis, 17 November 2011

Bung Karno Yang Bergelora Buat Skuad Negara Malam Ini


Debaran makin memucak. Biarpun ia hanya perlawanan di dalam Sukan Sea, maruah bola sepak Malaysia bakal diuji malam ini.


Bertempat di Gelora Bung Karno, Malaysia perlu memecahkan telur kekalahan bersama tuan rumah, yang mana Indonesia belum pernah gagal menewaskan Malaysia di sana.

Berdepan dengan penyokong tuan rumah yang dijangka memenuhi stadium itu malam ini, aura kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu pasti masih dirasakan mereka. Jadi, tidak hairan akan ada pelbagai provokasi yang akan dilakukan mereka samaada kepada penyokong, pegawai Malaysia termasuk para pemain di padang. Tamingsari berharap, tidak ada kejadian yang buruk berlaku.

Di Piala AFF Suzuki lalu, skuad negara terpaksa dibawa dengan kereta perisai ke stadium bagi mengelak provokasi melampau penyokong Indonesia.

Apa yang perlu dilakukan oleh anak buah Ong Kim Swee hanyalah perlu seri untuk ke separuh akhir tetapi bakal berdepan Vietnam. Paling baik mereka perlu menang malam ini bagi menjuarai kumpulan A sekaligus bertemu dengan naib juara kumpulan B nanti. Jika ini percaturannya, laluan ke perlawanan akhir akan lebih mudah.

Selamat maju jaya skuad negara kerana bola sepak kini sudah menjadi seakan maruah kepada sesebuah negara. Saksikan perlawanan tersebut secara langsung di Astro Arena 801, TV3 dan TV2.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Rabu, 16 November 2011

Para Artis, Bertaubatlah Dengan Mendekati Islam Bukan Menganuti PAS

Diana Amir, Siti Nordiana dan Irma Hasmie contoh artis yang melakukan penghijrahan.

Tamingsari amat bersyukur kerana ramai dikalangan artis muda kini terutama dari kalangan wanita telah bertaubat dan mula memakai hijab. Cuma, kadangkala Tamingsari berasa cukup hairan melihat sentimen yang dimainkan media menganggap budaya memakai hijab ini satu perkara yang amat luar biasa. Jika ada artis yang memakai hijab sahaja mulalah pelbagai gosip dibuat.

Benarlah sabda Rasullulah s.a.w yang berbunyi diakhir zaman nanti, Islam itu sudah dianggap asing. Ini kerana jika ada orang yang mahu mengamalkan Islam, ia akan mendapat perhatian luas seakan umum begitu hairan dengan perilakunya yang mahu mengikut ajaran Islam. Walhal agama Islam telah mewajibkan kepada semua muslimah untuk memakai tudung dan menutup aurat. Orang Islam wajib melakukan rukun Islam dan bukannya hanya pada nama dan kad pengenalan itu sahaja yang berlabel Islam.

Tamingsari gembira melihat ramai dikalangan artis yang bersedia kembali ke pangkal jalan. Rata-ratanya mahu berhijab dan bertaubat atas dari kesedaran sendiri dan bukan atas paksaan. Mereka harus disokong untuk melakukan kebaikan seperti ini kerana golongan itu kini sudah menjadi spot light kepada golongan muda untuk dijadikan ikutan. Ini membuktikan bahawasanya Allah itu Maha Pemberi Hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Janganlah takut tiada job jika anda berhijrah seperti ini kerana yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah jua. Jika anda ikhlas mahu mendekati Allah, Allah sudah lama dan semakin dekat dengan anda. Serahkanlah segala urusan hidup anda kepada Allah dan bertawwakallah kepadaNya.

Apa yang penting disini, Tamingsari amat berharap artis yang mahu mendekati Islam agar mencari arena ilmu yang betul dan bukan berkepentingan untuk mendalami ilmu Islam. Ini kerana ada pihak lain cuba mengambil kesempatan kepada artis-artis yang mahu berhijrah ini.

Seperti yang berlaku kepada Wardina Saffiya dan Bob Lokman, mereka memilih jalan kebenaran melalui lorong kesesatan Parti PAS. Wardina kini dilihat semakin ego dan belagak kononnya dialah yang terbaik dari kalangan artis manakala Bob Lokman kini semakin sesat dengan perjuangan sempit politik PAS.

Lagak Wardina di TV3 semakin menjijikkan dan kata-kata nasihat yang keluar dari mulutnya kini dilihat semakin tidak boleh diterima. Ego nya seakan mengangkat dirinya lebih baik. Walhal semua orang kenal sejarah dan siapa Wardina sebenarnya. Di dalam Tweeter dia meroyan dan mengila menghentam kerajaan seakan-akan dia berperanan di dalam parti pembangkang. Dia juga pernah dilihat  pernah berada di dalam program parti pembangkang. 

Bob Lokman pula bertaubat selepas tamparan kematian mengejut Din Beramboi. Taubatnya pada awalnya disambut rasa syukur ramai peminatnya namun kini, apabila dia menulis di dalam blognya bahawa dia bertaubat dan menganut ajaran PAS hanya mahukan redho Allah, peminatnya menjadi keliru. Bob Lokman sebenarnya mahu mendekati Islam atau PAS? PAS bukannya Islam dan Islam bukannya PAS. Kesannya kini Bob Lokman dijadikan anjing oleh PAS melalak di setiap ceramah mereka untuk menghentam kerajaan pemerintah. 

Dapatkah kita redho Allah jika kita bertaubat dengan cara mendekati PAS?

Para artis, janganlah terpedaya. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

Selasa, 15 November 2011

13 Disember Ini Sultan Kedah Bakal Cipta Rekod Peribadi


Sultan Abd Halim atau gelaran dirajanya Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pernah menaiki tahta DYMM Agong ke-5 ketika berumur 43 tahun. Namun, pada tahun 2011 ini baginda sekalilagi dipilih sebagai DYMM Agong ke-14 mengantikan Sultan Mizan Zainal Abidin pada usia baginda kini sudahpun mejangkau 84 tahun.

Jadi, menjelang 13 Disember 2011, jika dipanjangkan oleh Allah usia baginda, baginda akan mencipta rekodnya tersendiri.

Rekod pertama, baginda adalah Sultan pertama yang dilantik sebagai DYMM Agong lebih dari sekali.
Rekod kedua, baginda adalah calon paling berusia dilantik sebagai DYMM Agong.

Sultan Abdul Halim diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959

DAULAT TUANKU!
SULTAN LAMBANG KETUANAN MELAYU DAN ISLAM!

Wallahhua'alam.

Penulis,

Beras Nasional Dan Minyak Masak Berjenama "Hilang" Di Dalam Pasaran?


Rungutan mula kedengaran. Selain masalah kenaikan harga barang, masalah ketiadaan barang juga kini berlaku. Paling ketara, kehilangan minyak masak jenama berkualiti dan beras jenama "nasional" di dalam pasaran kini. Tamingsari tidak pasti adakah kerajaan sedia maklum dengan perkara ini atau tidak.

Walaupun ada khabar angin mengatakan ianya kini sudah dieksport ke negara Thailand melalui pasaran gelap, namun terfikirkan kita, begitu mudahnya ia diseludup tanpa ada kekangan dan sekatan dari pihak berkuasa kita. Tetapi kebarangkalian itu tetap ada kerana akibat banjir teruk yang melanda negara itu, harga pasaran semua jenis barangan di sana telah naik. Terutamanya minyak masak.

Bagi beras Nasional pula, Tamingsari mendengar dari khabar angin juga ianya telah dibeli oleh satu kilang di dalam negara ini secara pukal dan memprosesnya semula dengan mencampur beras itu dengan beras yang lebih mahal grednya. Beras Nasional yang memiliki harga yang murah pastinya apabila diproses semula dan dicampur dengan beras yang mahal akan membantu pengilang yang tidak bertanggungjawab itu mengutip hasil pulangan berganda. Kesempatan ini diambil berpunca dari masalah beras yang tidak boleh lagi diimport dari Thailand yang mengalami masalah banjir luar biasa.  

Tamingsari amat sedih melihat fenomena ini. Mengapalah rakyat Malaysia begitu mudah diperdayakan dengan wang walaupun sanggup mengadaikan kepentingan negara sendiri. Bukankah dengan menjual minyak masak bersubsidi itu ke luar dan mengekploitasi beras berjenama Nasional itu jelas merompak wang rakyat yang digunakan kerajaan bagi membayar setiap kilo minyak masak dan beras tersebut. Hasrat kerajaan hanya untuk membantu rakyat Malaysia, namun penyangak ini sanggup mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat kali ganda dari bantuan dan kesusahan orang lain.

Siapa lagi yang harus dipersalahkan? Tamingsari kadangkala kasihan melihat kerajaan juga yang menjadi mangsa. Apabila barangan yang dinyatakan di atas hilang di dalam pasaran, kerajaan juga dipersalahkan. Walhal penyangak yang kenyang itu tidak pernah dipertangungjawabkan. Biarpun pihak berkuasa mewakili kerajaan bertungkus lumus mengadakan operasi membantras penyeludupan ia makin menjadi-jadi berlaku kerana habuannya cukup lumayan.

Paling tidak boleh diterima, ada segelintir dari kalangan pihak berkuasa yang sanggup menutup mata sambil tangannya meminta disuapkan sekupang dua. Ini juga salah satu punca ia semakin sukar dibendung.

Jadi, bilakah agaknya bekalan kedua-dua barangan ini kembali pulih?

Wallahhua'alam.

Penulis,

Isnin, 14 November 2011

Nasi Lemak 2.0 Hanya Layak Dibakulsampahkan ?


Komedi Sosial atau Kome di so sial  (Anda Telah Disialkan - "Kata Orang Perak"). Itulah yang boleh digambarkan kepada penghasilan filem yang ditatang Kerajaan iaitu Nasi Lemak 2.0. Filem ini adalah arahan seorang pengkhianat negara dan Cina paling rasis, Namewee atau nama betulnya, Wee Meng Chee.

Siapa dikalangan rakyat Malaysia terutama orang Melayu Islam yang tidak terasa dengan kebiadaban Cina ini. Menghina lagu negaraku, hina azan, hina wanita bertudung dan berbagai-bagai lagi penghinaan yang menjijikan. Tapi yang menarik dia tidak dihukum dengan setimpal hanya diminta untuk memohon maaf secara terbuka. Dia ingat dengan maaf semuanya kembali kepada sediakala. Baca sini sikap sial si Namewee ini.

Paling menghiburkan, dia diberi layanan istimewa untuk bertemu dengan seorang menteri Melayu kepala botak di Parlimen tanpa mengikut etika pakaian di Parlimen. Dia dilayan bagaikan seorang wira dan hajatnya untuk membuat sebuah filem 1 Malaysia disokong seratus peratus. Menteri botak itu hanya pekakkan telinga apabila mendengar rungutan dan tomahan rakyat Malaysia atas layanan mesranya kepada Cina ini, sambil berkata "Namewee hanya anak muda yang keliru". 

Sedarkah wahai menteri botak, kekeliruan si Namewee ini telah dibayar dengan penghinaan kepada lagu negaraku, agama Islam dan orang Melayu? Berbaloikah ia diganti dengan perkataan keliru dan maaf?  Sedangkan orang Melayu yang mahu mempertahankan haknya, telah dihukum. Dimana keadilan si botak ini yang mewakili sebuah kerajaan berlambang dacing (Keadilan)? 

Tamingsari telahpun menonton filem Nasi Lemak 2.0 arahan Cina ini dan terkedu pada awal plot, ketika dimana Namewee sebagai pelakon utama menghina nasi lemak dan masakan orang Melayu. Waktu itu kononnya dia diangkat menjadi hero kawasan itu dan tidak tahulah atas sebab apa. Tapi senjatanya lebih kepada 'Upload Youtube" seakan dengan cara itu boleh selesaikan masalah dan boleh digunapakai untuk meluahkan perasaan kepada seseorang seperti yang dilakukannya bagi menghina Melayu, Islam serta lagu Negaraku. Hakikatnya itu cara seorang yang pengecut.

Secara keseluruhan, Namewee dilihat cuba meniru kaedah pembikinan filem Stephen Chow dengan memasukkan kesan khas komputer ke dalam filemnya. Walaubagaimanapun plotnya berterabur dan sukar difahami kerana banyak babak yang tergantung dan tidak terjawab.

Cuma kesimpulan yang boleh dikonklusikan dengan filem ini seperti yang dipaparkan di penghujung filem iaitu di Malaysia ini masyarakatnya umpama nasi lemak yang sedap dimana setiap satunya mempunyai kaitan sesama sendiri dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Hilang salah satu bahan di dalam nasi lemak itu maka cacatlah kesedapan nasi lemak itu dan begitulah juga dengan masyarakat kita. 

Tapi banyak maksud tersirat di dalam filem itu yang jelas sekali menghina masyarakat Melayu secara sedar atau tidak. Pertama, perhatikan dimana kedudukan orang Melayu di dalam filem itu? Kedua, penghinaan kepada nama Hang Tuah seorang lagenda panglima Melayu yang dihina sebagai Hantu Yah. Ketiga, makanan orang Melayu bagaikan dihina apabila Namewee membaling nasi lemak ke jalan dan Tamingsari rasa plot itu amat tidak perlu diadakan. Orang Melayu digambarkan kaki pau dan kaki pukul apabila diperlihatkan sedang memukul orang dan membuli budak. Begitu juga plot dimana dia mahu meminta tolong Adibah Nor mengajarnya membuat nasi lemak, dia memanggil dengan cara yang kurang ajar. Afdlin Shauki yang digambarkan sebagai orang Melayu yang hidup susah dengan pakaian yang buruk dan hanya tahu menambah isteri dan anak.

Samaada ia disusun secara sengaja atau tidak Tamingsari tidak pasti tetapi yang pasti, filem ini tidak lain hanya hendak memenangkan sebelah pihak kononnya jika tiada mereka maka Malaysia tidak akan jadi seperti sekarang. 

Terlalu jauh si Namawee ini untuk memahami maksud sebenar konsep 1 Malaysia jika beginilah filem yang dihasilkannya. Dia dilihat masih keliru tentang peranan orang Melayu di dalam negara dan keliru asal usul imegran Cina ke negara ini. Dia juga gagal memahami sejarah wujudnya Malaysia dan tatasusila rakyat Malaysia walhal filem yang dihasilkan mahu dilabelkan sebagai sebuah filem sosial masyarakat Malaysia. 

Hakikatnya, Nasi Lemak 2.0 tetap tidak mampu mengubat rasa marah orang Melayu kepada Namewee bahkan jika ada yang menilai filem itu dengan lebih teliti, akan makin bertambah rasa marah mereka kepada Cina ini.   

Jadi patutkan Nasi Lemak 2.0 dibakulsampahkan? Ikuti luahan hati Namewee mengangkat bakul sendiri.

Wallahhua'alam.

Penulis,

Jika Ini Berlaku, Malaysia Bakal Hampa Ke Separuh Akhir


Berikut adalah keputusan perlawanan dan jadual perlawanan kumpulan A, bola sepak Sukan Sea 2011 di Indonesia :


Susah untuk digambarkan prestasi anak buah Ong Kim Swee berdepan dengan pasukan tuan rumah Sukan Sea Ke-26 Indonesia di Gelora Bung Karno Khamis ini. Rata-rata penganalisis samaada profesional atau jalanan memberi komen serupa mengatakan sukar untuk skuad harimau muda itu menyerlah apabila dinilai dari 3 perlawanan sebelum ini.

Walaupun dari 3 itu, 2 darinya menjelma hasil yang postif namun, masih banyak kekurangan yang tercipta terutama tumpulnya barisan serangan. Kekuatan tengah juga tampak kurang sengat walaupun ia dibarisi oleh Badrol Bakhtiar dan Irfan Fazail yang dikenali memiliki kelebihan masing-masing.

Melihat dari percaturan skuad negara kini mereka sudah boleh menarik nafas lega kerana hanya perlu seri sahaja untuk kekal layak. Jika Malaysia tewas pun mereka masih boleh layak itupun jika Singapura tidak mampu mengalahkan Thailand dengan jaringan 5-0. Walaubagaimana apabila memikirkan lawan di separuh akhir berkemungkinan Vietnam jika Malaysia berada di tempat kedua kumpulan, satu tugas berat menanti mereka. Mereka perlu menang kepada Indonesia Khamis nanti bagi merampas kedudukan pertama Kumpulan A.

Tetapi perlu diingat, keghairahan merampas kedudukan itu boleh lenyap jika Malaysia tewas kepada Indonesia dengan jaringan 5-0 dan dalam masa yang sama Singapura menang ke atas Thailand. Indonesia pernah melakukannya ketika kejohanan Piala AFF Suzuki apabila menang ke atas Malaysia 5-1. Namun ketika itu, Malaysia dibarisi oleh pemain-pemain dibawah kendalian K. Rajagopal. Walaubagaimanapun kebarangkalian perkara ini berlaku amat tipis kerana Malaysia bukan calang-calang pasukan manakala Singapura pula tampak semakin kurang menyengat apabila pemain-pemain Senior mereka tidak membarisi pasukan di sukan sea ini.

Tamingsari tetap optimis kepada perlawanan menentang Indonesia dan yakin skuad negara mampu mencipta kejutan walaupun mereka bakal berdepan dengan ribuan penyokong tuan rumah yang rata-ratanya anti-Malaysia. Semangat Malaysia boleh akan meresap ke seluruh pelusuk hati pemain.

Apa yang penting, jangan tertekan dengan misi mengelak bertemu Vietnam kerana misi awal untuk layak perlu dipertahankan. Biar Vietnam pun lawan kita di Separuh Akhir, kita perlu tentang habis-habisan kerana di AFF Suzuki, kita pernah buktikan yang Vietnam juga mampu kita tundukan. 

Wallahhua'alam.

Penulis,

Sabtu, 12 November 2011

PAS Zaman Haji Hadi "Cintakan Dunia Takutkan Mati".


Presiden PAS sebelum Hj. Hadi adalah Ustaz Fadzil Noor. Arwah meninggal dunia akibat kompilasi jantung pada 23 Jun 2002 dikala ramai lagi orang yang dambakan kepimpinan dan ilmunya. Tamingsari sendiri kagum dengan perwatakan arwah dan dikala arwah terpilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, arwah begitu konsisten berwatakkan pembangkang dan apa sahaja dasar kerajaan yang menyalahi hukum Islam, arwah tegur dengan penuh bijaksana dan berhikmah.  

Namun, PAS kini dilihat semakin jauh tersasar. Tersasar di dalam erti kata, mereka sudah tidak konsisten dengan asas perjuangan mereka lagi.

Beberapa isu yang umum sedia ketahui, kebanyakkan keputusan PAS lebih mendahulukan kepentingan politik berbanding tuntutan Islam itu sendiri. Contohnya, Islam mengajar umatnya untuk bersatu padu demi meningkatkan kekuatan sesama kita namun PAS mengalakkan perpecahan. Lebih teruk lagi mereka mengunakan agama mencipta jurang lebih besar kepada hubungan sesama Islam apabila melabelkan mereka yang tidak menyokong PAS adalah kafir. Perkara ini benar-benar menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat Islam sekarang ini yang rata-ratanya semakin jahil. 

Paling asas punca kerosakan mentaliti mereka adalah kerana mereka bersahabat dengan musuh Islam iaitu Kafir Harbi, DAP dan munafik dari PKR. Inilah perkara yang mengukuhkan hujah apabila PAS sanggup mengadaikan prinsip memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini semata takut DAP dan PKR mensabotaj mereka di dalam Pakatan Syaitan. 

PAS dulunya berani berdiri di atas kaki sendiri dan bebas melaksanakan hukum sendiri tanpa perlu sokongan sesiapa. Namun PAS kini sanggup mengenetepikan hukum Islam walaupun terang-terangan sekutu mereka telah menghina Islam. PAS sanggup menghalalkan penghinaan itu dan sekali lagi perkara ini menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat Islam sekarang ini yang rata-ratanya semakin jahil.

PAS makin tepat lebih sayangkan politik dunia, dan penyakit itu menyebabkan mereka takut mati kerana mati hanya akan merosakan kenikmatan mereka mengecapi kekayaan dunia. PAS tidak sanggup lagi berjuang atas prinsip kebenaran kerana bagi mereka kebenaran hanya akan menghalang mereka mengapai cita-cita menakluk Putrajaya. 

Wallahhua'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif