Sabtu, 17 Disember 2011

"Seketeriat Ulama Dan Umara" Membunuh Terus Kerier Politik PAS


Seluruh ulama, umara, imam dan pendakwah bebas berkumpul di PWTC semalam bagi membentuk satu suara yang bakal digunakan oleh pemerintah menilai serta menokok tambah atas segala dasar yang diadakan. Cadangan dari DS Najib iaitu mahu perhimpunan itu menjadi titik awal pembentukkan Sekateriat Ulama dan Umara Malaysia disambut baik semua pihak kerana inilah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta dakwah.

Ramai dikalangan mereka yang dulunya bersama PAS kini sudah bergantung tidak bertali selepas melihat PAS semakin jauh tersasar dari asas perjuangan mereka. Cinta PAS kepada dunia semakin kuat dan dek kerana cinta itu PAS sekaligus turut mengadaikan Islam yang mereka julang selama ini. Hakikatnya sebenarnya PAS hanya mempergunakan Islam demi mengapai cita-cita politik mereka.  

Dengan tertubuhnya saketeriat itu, maka suara ulama dan umara secara rasminya bakal didengar dan sinifikan untuk merubah apa sahaja dasar kerajaan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang merupakan kunci kepada corak pemerintahan di negara ini. Biarpun negara ini mengamalkan perlembagaan civil dan dasar pemerintahan demokrasi berparlimen, Islam tetap dijadikan asas kepada setiap perlaksanaan dasar oleh kerajaan. 

Jesteru, ilmu dan nasihat dari para ilmuan Islam amat perlu agar setiap langkah yang mahu dilaksanakan kerajaan tidak terpesong dari ajaran Islam itu sendiri. Inilah yang sepatutunya dilakukan oleh pemerintah di dalam pemerintahan mereka dahulu lagi. Sikap ambil mudah kepada golongan ulama dan umara ini menjadi parti pembangkang yang berlabelkan Islam seperti PAS semakin kuat dan berpengaruh. Tamingsari percaya, dengan keperihatinan DS Najib kepada golongan itu, maka karier politik PAS bakal terkubur tidak lama lagi. 

PAS sudah tidak punya modal lagi untuk berpolitik apabila modal Islam yang mereka pergunakan bagi mengaburi mata pengikut mereka sudah tidak boleh lagi digunakan. PAS bakal dilihat tidak releven lagi buat selama-lamanya. Muktahir ini pun semua orang akui, UMNO dilihat semakin Islam dari PAS yang kini menjadi tali barut kepada DAP yang terang-terangan mahu menjatuhkan Islam.    

Kepada pengikut PAS yang taksub, kembalilah kita kepada penyatuan seluruh umat Islam dan Melayu bersama UMNO kerana kita tubuhkan UMNO dulupun kerana kita mahu bersatu mempertahankan Islam, Melayu dan Malaysia ini. Biarlah UMNO sahaja releven untuk memperjuangkan nasib bangsa kita buat selama-lamanya.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Khamis, 8 Disember 2011

Jelas Musa Hassan Telah Difitnah!


Tamat sudah teka teki yang selama ini bermain di minda kita bahawa lelaki dalam gambar perkahwinan Syella Kamarudin yang dikatakan Tan Sri Musa Hassan, bekas ketua polis negara adalah tidak tepat setelah diteliti.

Mungkin ada sedikit persamaan dari raut wajahnya dan bentuk mukanya, namun ternyata suami Syella Kamarudin bukanlah Tan Sri Musa Hassan seperti yang didakwa beberapa blog politik. Sampai ada yang tulis ‘Isteri Musa Hassan Berkemban’ dan banyak lagi.


Kami sendiri pun tidak tahu siapakah sebenarnya suami Syella Kamarudin kerana dia sendiri merahsiakan perkara tersebut. Namun jika sebuah banglo bernilai RM 5 juta menjadi hantaran, dan kereta mini cooper sementara menunggu kereta Audi, nampak gayanya suami, Syella Kamarudin bukan sebarangan orang, Vip, orang kenamaan mahupon bisnesman. Malah kos perkahwinan mereka juga dianggarkan kira-kira RM 15 juta. Fuh! Dahsyat sungguh.

Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, semoga perkahwinan Syella Kamarudin berbahagia dan berkekalan.


Wallahhu'alam.

Penulis,

Hanya Hassan Ali Diiktiraf Oleh Sultan Selangor

Mengikut kalendar, minggu depan ialah Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Saya difahamkan satu peristiwa yang cukup signifikan akan berlaku.

Datuk Dr. Hasan Ali akan menjadi satu-satunya, saya ulang satu-satunya, Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran negeri Selangor oleh baginda Al-Sultan. Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor.

Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. Mengapa hanya Dr. Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya.

Mengapa tidak YB Cik Teresa Kok, YB Encik Ronnie Liu dan lain-lain? Mengapa pula Dr. Hasan, yang sudah pun menerima banyak gelaran?

Beliau pun bukanlah Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakan-rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Dr. Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau. Beliaulah yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

Malah, banyak kenyataan Dr. Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu.

Namun itulah Dr. Hasan. Semasa saya bertemu dengan beliau di kediamannya semasa isu gereja itu tengah panas tidak lama dulu, beliau menegaskan yang dia sanggup dipecat daripada kerajaan pimpinan DAP jika tindakannya untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian itu dipertikaikan.

Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.

Perlu diingat dalam sistem berperlembagaan di tanah air yang cukup bertuah ini, “Melayu itu ialah Islam dan Islam itu ialah Melayu”. Hanya Pas ala Nik Aziz sahaja yang tidak mengiktiraf sistem itu. Pas Nik Aziz enggan menerimanya kerana beranggapan itulah yang dipegang oleh UMNO selama ini. Pas Nik Aziz berfikiran, jika mereka menerimanya, bermakna mereka akan menerima UMNO. Dendam Nik Aziz terhadap UMNO terlalu berkesumat sekali.

Perlu diingat lagi, melalui sistem yang dipegang itulah, Malaysia bukan seperti bumi Melayu Nusantara yang lain, yang memperlihatkan kepercayaan akidah orang Melayu di sana sudah terbiar dirobek oleh pendakwah-pendakwah agama lain.

Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Dr. Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?
Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Dr. Hasan?

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Sembah Patik Harap Diampun, bukan hasrat patik mahu menarik Tuanku ke dalam kancah politik, tapi sebagai pemerhati dan penganalisis politik, perkara ini tidak boleh lari daripada diperbincangkan.

Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr. Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam.

DAP sebenarnya gerun dengan Dr. Hasan. Malah PKR pun pening kepala dengan beliau.

Dr. Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat itu bukan calang-calang orang. Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr. Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor.

Memetik kata-kata Sultan Sharafuddin semasa mencemar duli mengunjungi pejabat Utusan Melayu, yang amat dibenci oleh DAP, kelmarin: ‘‘Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain.

“Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu ‘berkahwin’ sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.”

Sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.

Di Selangor Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam Pas (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat-penjawat awam Melayu di dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali.

Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Dr. Hasan untuk melakukan perubahan. Dr. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor.

Selangor perlu diselamatkan!!!!

Sumber

Wallahhu'alam.

Penulis,

Rabu, 7 Disember 2011

Ustaz Budak Dianaktirikan Nik Aziz. Alahai !!!


Ustaz Budak atau nama asalnya Shamsul Zaman Sukri  menerima tempias paling dahsyat apabila "nabi versi PAS" Nik Ajis menolak untuk bertanggungjawab ke atas tindakannya menyamakan Nik Ajis seperti seorang Nabi ketika berceramah di salah sebuah kampung di Machang, Kelantan beberapa hari yang lalu. Setelah begitu berani Shamsul ini menyamakan seorang wali selipar kepada taraf seorang nabi, akhirnya si wali selipar yang diagungkannya tidak mahu menyokong dan membantunya setelah kata-katanya itu dipersalahkan oleh ramai pihak.

Mungkin Shamsul ada hujah tersendiri tetapi ungkapannya yang divideokan serta tersebar di dalam Youtube membuktikan dia turut menyamakan wali sanjungan PAS itu adalah nabi. Shamsul pastinya tiada niat untuk bermaksudkan sedemikian tetapi oleh kerana aura taksubnya begitu tinggi ketika berceramah hari itu, maka terkeluarlah bai-bait yang mempunyai maksud yang berbeza. Shamsul boleh meniliti sendiri video itu dan nilailah adakah benar atau tidak dakwaan orang ramai.

Beginilah sifat pemimpin dan penceramah PAS yang kadang-kadang lupa, apabila mereka merasakan ilmu agama mereka setinggi gunung dan ketaksuban terlampau mereka kepada sebuah parti sesat berwarna hijau ini, akhirnya mengancam kepada akidah dan keimanan mereka sendiri. Sudahlah ceramah mereka penuh dengan kata nista diselangseli pula dengan ayat-ayat suci Allah dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Dimana letaknya kualiti ceramah mereka ini walhal mereka kononnya membawa imej Islam. Islam itu ironinya suci lagi menyucikan.

Paling malang, pemimpin mereka hanya mengaku mereka ini sekapal jika pujian melambung mereka itu memberi impak postif kepada pengundi tetapi bersikap lepas tangan apabila ia memberi impak yang negatif. Beginikah sikap seorang pemimpin yang harus kita julang? Shamsul pula ditempelak "jatuh fasiq" oleh Nik Ajis jika benar Shamsul menyamakannya dengan nabi. Kasihan kau Shamsul.

Shamsul perlu bermuhasabah. Seharusnya ini menjadi pengajaran kepada dia untuk melihat semula adakah benar perjuangan PAS ini mendaulahkan fikrah dan tasawur Islam seperti yang ditelah oleh Ketua Dewan Pemudanya, Nasaruddin Tantawi. Islam tidak perlukan PAS tetapi Islam perlukan roh yang perlu disemat di setiap jiwa orang Islam itu sendiri tanpa ada prejudis kepada politik dan berkepentingan.

Jika masih ada lagi umat Islam yang kononnya berkata mahu mendaulahkan Islam sedangakan dijiwanya asyik memikirkan hadiah dunia, sampai bilapun Islam tidak akan mampu didaulahkan kerana disebalik bait-bait suci Kalimah Allah, kedengaran pentengkaran merebut kepentingan.

Paling penting, semua orang Melayu Islam perlu akui, PAS masih gagal mencerna pemikiran dan tasawwur Islam di Kelantan walaupun sudah 21 tahun mereka memerintah negeri itu. Walhal rakyat Kelantan sudah memperjudikan air dan infrastruktur yang sangat daif demi menagih janji PAS mendaulahkan fikrah dan tasawuf Islam.

Bagaimana ianya mampu untuk berlaku sedangkan pemimpin PAS sendiri bergelumang dengan nafsu politik seperti Nik Ajis yang hanya memilih ruang selamat asalkan sokongan politiknya tidak tergugat.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Selasa, 6 Disember 2011

Khalid Ibrahim Tidak Bercirikan Seorang Pemimpin


Satu Selangor pasti terkesima melihat laporan TV3 semalam tentang apa yang berlaku di Ijok. Program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor itu kononnya sebagai medan penjelasan kepada penduduk yang kebanyakkannya adalah orang India berkaitan cadangan kerajaan Selangor memindahkan penduduk dari kawasan itu ke perumahan teres yang akan dibina di lokasi lain. Rumah tersebut akan diberikan diskaun oleh kerajaan negeri menjadiakan harganya hanya sekitar RM100 ribu +++++. Katanya.......

Keadaan menjadi tegang kerana apa yang dicadangkan kerajaan Selangor bukan apa yang dimahukan penduduk. Penduduk hanya mahu rumah mereka yang tidaklah segah mana itu berdiri atas tanah hak milik mereka sendiri. Maksudnya mereka mahukan geran tanah. Perkara ini juga adalah janji yang diutarakan oleh PKR dan DAP jika mereka menang di dalam pilihanraya PRU12 dahulu. Kini mereka sudah menang dan memerintah negeri Selangor. Namun sehingga kini janji tinggal janji, penduduk pula disalahkan Khalid kononnya melanggar peraturan. Paling malang, tanah tempat tinggal penduduk itu khabarnya akan dijual kepada sebuah syarikat kroni untuk dibangunkan.

Kejam atau tidak itu bukan isunya. Suhakam perlu bertindak kepada perkara-perkara seperti ini. Tapi Tamingsari yakin, Suhakam akan senyap. Tamingsari tidak hairan dengan ketidaktepatan janji Pakatan Syaitan kerana sudah banyak penduduk di negeri-negeri bawah pemerintahan mereka ditipu. Inilah bukti yang jelas bahawa pakatan pembangkang tidak mampu bertindak sebagai pentadbir yang cekap. Rakyat yang berada di bawah negeri pembangkang harus segera sedar dan mengakui perkara ini. Ubahlah undi anda di PRU 13 nanti.

Apa yang perlu anda lihat lagi adalah inikah ciri yang dimainkan seorang pemimpin tertinggi kerajaan negeri apabila berhadapan dengan rakyat? Apa yang dipertontonkan oleh TV3 jelas, begitu biadap dan bangangnya seorang pemimpin bernama Khalid Ibrahim apabila mengambil pendekatan bertekak dengan seorang penduduk dengan masing-masing berlawan cakap semalam. Seharusnya dia sebagai seorang pemimpin perlu lebih bijak mengawal keadaan dan tidak sama-sama berada di dalam api kemarahan penduduk. 

Tamingsari amat kesal dengan personaliti Khalid dan ini jelas membuktikan pemerintah Selangor hari ini langsung tidak mendahulukan rakyat. Khalid bernasib baik kerana tidak ada satu selipar pun singgah ke mukanya kerana hanya selipar buruk penduduk sahaja layak mengajar si gagap yang sama sekali gagal memerintah sebuah negeri kaya ciptaan BN itu.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Ahad, 4 Disember 2011

Kos Bersalin Bedah Di Hospital Swasta RM4800++


Ini salah satu bukti kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional begitu perihatin.

Kos bersalin secara bedah di hospital swasta bernilai RM4800 +++ belum dicampur lagi dengan kos lain termasuk bilangan hari berada di wad dan sebagainya. Bagi yang berkemampuan pastinya nilai itu tidak membebankan namun kepada yang kurang berkemampuan pasti tidak akan mampu menanggung kos itu semua.

Di hospital kerajaan, untuk bersalin bedah pihak hospital hanya meletakkan bayaran RM150--- sahaja. Bagi penjawat awam, pastinya tidak ada sebarang kos dikenakan. Jika angka RM150 itu digunapakai, baki RM4,650 adalah dibawah tangungan subsidi oleh kerajaan. Bayangkan dalam sehari berapa ramai rakyat Malaysia yang bersalin di hospital kerajaan? Darabkan pula dengan sebulan dan setahun. Kalau penjawat awam pula, berapa ramai agaknya yang bersalin sehari di hospital kerajaan? Darabkan pula dengan bulan dan tahun. Anda bayangkan berapa banyak wang yang dilaburkan kerajaan untuk memberi perubatan percuma kepada rakyat.

Itu baru kita bercerita soal bersalin, sedangkan di dalam bab perubatan, telah begitu banyak kerajaan membuktikan yang amalan mewujudkan sebuah negara kebajikan sudah lama diamalkan. Tidak ada kerajaan di dunia ini seperihatin itu dan seharusnya kita rakyat Malaysia bersyukur dikurniakan Allah kerajaan yang sangat perihatin kepada nasib rakyatnya. 

Wallahhu'alam.

Penulis,

Kit Siang "Marah" UMNO Serang DAP!


Sudah tiba masanya UMNO menunjukkan taring. Kesabaran yang dipegang selama ini bagaikan hilang. Walaupun perhimpunan Agong UMNO 2011 ini dihadiri oleh mereka yang ada kepentingan dikalangan parti namun kesempatan diambil oleh semua pembahas termasuk pemimpin tertinggi untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Ini kerana liputan persidangan diadakan secara meluas di media-media massa arus perdana dan pembangkang.

Ruang terbaik buat pemimpin UMNO menyatakan pendirian UMNO mewakili orang Melayu di persidangan kali ini hangat diperkatakan. Satu persatu hujahan mereka ditayangkan di media arus perdana, sekurang-kurangnya rakyat sedar apakah sebenarnya helah pembangkang terutama kejahatan musuh utama orang Melayu iaitu DAP laknattullah. 

Orang yang paling lantang sekali mengherdik DAP adalah TS Muhyiddin sendiri selaku Timbalan Presiden UMNO. DAP dianggap sebagai pengkhianat dan pencetus kerosakkan kepada keharmonian kaum di dalam negara. DAP adalah parti super Rasis yang terang-terangan menghina dan membakulsampahkan hak-hak orang Melayu dari apa jua dasar yang mereka lakukan di negeri-negeri dibawah pemerintahan mereka. Kesucian agama Islam cuba mereka cabuli dengan membaca ayat-ayat Allah tanpa tajwid dan menafsirkannya sesuka hati. Orang Islam pula cuba dimurtadkan. 

Tindakan TS Muhyiddin ini menghadirkan rasa kurang senang Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Lalu dia mengariskan siapa sebenarnya pengkhianat dan menuduh UMNO sebagai agen pepecahan rakyat dengan membawa elemen kebencian kepada DAP. UMNO juga dituduh cuba mewujudkan suasana tegang antara kaum dan agama apabila melabelkan DAP cuba memurtadkan orang-orang Melayu. Ikuti luahannya disini. 

Bagi Tamingsari, Lim Kit Siang kini tidak berpaksi kepada kebenaran dan hanya mahukan simpati rakyat selepas segala tembelang mereka didedahkan UMNO. Kit Siang lupa, apa yang DAP telah lakukan kepada orang-orang Melayu di P.Pinang akan menjadi satu inspirasi kepada orang Melayu untuk menolak mentah-mentah parti itu dari kamus pilihan orang Melayu di PRU13. Orang Melayu bukan buta, bukan pekak dan bukan tuli untuk menilai perjuangan sesat dan jahat DAP ini.

Tidak perlulah Kit Siang membalik kata kerana tidak akan sesekali orang Melayu menyerahkan negara yang tercinta ini kepada super Rasis seperti DAP yang hanya akan menjerut leher orang Melayu itu sendiri.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Matangkah Berpolitik Jika Memilih UMNO?

Meremang bulu tengkok melihat setiap perwakilan UMNO melaungkan "hidup UMNO" ketika Majlis Pengulungan oleh Ketua sayap, Naib dan Timbalan serta Presiden UMNO di Perhimpunan Agong UMNO yang berakhir semalam. Ikrar yang dilafaskan oleh perwakilan yang dipimpin oleh Timbalan mengukuhkan lagi semangat orang UMNO untuk berjuang di peperangan pilihanraya umum ke-13.

Orang Umno termasuk presidennya begitu yakin, orang Melayu semakin sedar, bahawa jika UMNO tiada, maka kesucian agama Islam akan ternoda, nasib bangsa Melayu tidak terbela dan kedaulatan Raja-Raja Melayu bakal tergugat. Perkara ini bagi Tamingsari bukan satu omongan atau rencah politik yang saja-saja diadakan UMNO, tetapi lihatlah realitinya di negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, salah satu atau ketiga-tiga perkara tersebut pasti berlaku.

Contoh di Selangor, PKR Selangor begitu biadap dengan Sultan Selangor. Adun Sri Muda-nya begitu lantang mengkritik Sultan Selangor dan barisan kepimpinan negeri sanggup membelakangkan Sultan atas setiap keputusan diperingkat negeri. Soal agama Islam juga diabaikan malah mereka menjadi agen kepada pihak gereja untuk memurtadkan orang Islam di Selangor. Nasib rakyat Selangor langsung tidak terbela malah mereka bakal berdepan dengan masalah air pada 2014 tanpa ada usaha bersepadu dari mereka untuk mengatasi masalah itu.

Di Kelantan, PAS terang-terangan mengabaikan tangungjawabnya bagi memastikan bekalan air bersih disalurkan kepada rakyat Kelantan. PAS melacurkan Islam demi kepentingan politik mereka dan sanggup membiarkan rakyatnya yang terdiri 90% adalah orang-orang Melayu Islam hidup tanpa kemudahan asas yang sempurna.

Di Pulau Pinang, nasib orang Melayu makin kelam. Satu persatu kepentingan orang Melayu dinodai DAP. Ia termasuklah hak milik tanah, rumah dan perniagaan orang Melayu dianaktirikan mereka tanpa ada belas ehsan. DAP memamirkan wajah sebenar mereka yang anti Islam apabila sanggup mengeluarkan arahan supaya masjid-masjid di P. Pinang tidak memasang bacaan suci AlQuran sebelum azan subuh serta meminta azan subuh diperlahankan.

Beginilah yang berlaku kepada negeri-negeri dibawah DAP, PAS dan PKR yang tidak bercirikan apa yang dikehendaki perlembagaan dan orang-orang Melayu itu sendiri. Malang seribu kali malang, di dalam Pakatan Rakyat, orang Melayu bagai dibelenggu dan tidak berani bersuara takkala DAP begitu garang menyergah orang-orang Melayu bagi memenuhi nafsu serakah mereka. DAP juga kini semakin berani masuk campur di dalam urusan orang-orang Melayu dan agama Islam serta sama-sama cuba membuat keputusan berkaitan orang Melayu dan Islam. 

Inikah ciri-ciri kerajaan yang kita mahu untuk mengantikan UMNO dan BN jika benar anda mahu menyokong peralihan kerajaan pada PRU13? Bagi Tamingsari orang Melayu hanya cuba menjerut leher mereka sendiri jika berbuat demikian.

Jelas dan terbukti orang Melayu hanya terbela jika memilih UMNO kerana UMNO muktahir kini sudah berjaya memartabatkan bangsa itu ke persada antarabangsa. Jasa UMNO juga telah banyak melahirkan ramai cendiakawan Melayu yang kini berkhidmat di dalam dan luar negara. Agenda Melayu adalah tajuk utama setiap kali ada dasar baru yang diperkenalkan demi memastikan kelangsungan penguasaan orang-orang Melayu di tanahair tercinta ini. Seharusnya kita terus mempercayai UMNO untuk menjadi wadah perjuangan Melayu hari ini dan selamanya.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Khamis, 1 Disember 2011

"UMNO Amal Islam Secara Bersederhana" Kata Pak Din

Inilah masalah yang berlaku pada UMNO dan cabaran mereka untuk mengantikan PAS. Biarpun ia satu ucapan yang pastinya tidak difahami oleh perwakilan UMNO yang kini sedang "berdekah-dekah" di PWTC. Namun, kepada mereka yang teliti, pasti akan keliru dengan ungkapan itu.

TS Muhyiddin @ Pak Din telah mengungkapkan ayat "UMNO akan amal Islam secara bersederhana dan tidak ekstrimis" ketika ucapan perasmian beliau untuk Perhimpunan tiga sayap, wanita, pemuda dan puteri serentak dua hari yang lalu. Tamingsari tahu, bait-bait itu tujuannya untuk memerli PAS yang sememangnya ekstimis dalam mengamalkan Islam walhal PAS hanya sebuah parti yang langsung tiada ciri pentadbir yang layak untuk memerintah negara. Islam hanya alat untuk memancing undi demi survival parti itu semata.

Muktahir ini, UMNO sebuah parti yang diwakili oleh 100% orang Melayu Islam bukan mengamalkan Islam secara sederhana sebenarnya. Tetapi lebih tepat pegangan Islam yang diamalkan UMNO telalu longgar. Tamingsari bukan mahu menuduh UMNO jahil didalam mengamalkan Islam, tetapi budaya dan fikrah Islam itu masih sukar didapati di dalam parti UMNO itu sendiri. Di dalam setiap program mereka, sejauhmana mereka mengutamakan Islam walhal mungkin ada sesetengah mereka menganggap Islam hanya merencatkan perjalanan program mereka.

Berdasarkan contoh di bawah, beginikah pendekatan bersederhana di dalam mengamalkan Islam yang dimaksudkan UMNO?
Bab 1 : Bersalaman dengan wanita tanpa lapik. Vice Versa. Bukankah di dalam Islam, bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim adalah HARAM. Biar apapun alasan, ia tetap HARAM. Tidak ada di dalamnya harus atau makruh. Alasan berserhana juga tidak menghalalkan ia berlaku.

Bab 2 : Soal aurat. Di atas ini contoh pemimpin berpengaruh di dalam UMNO yang tidak memakai hijab dengan sempurna. Di dalam Islam, wanita tidak kira diperingkat umur mana apabila selepas baligh wajib bagi mereka menutup aurat dengan sempurna dan mendedahkannya pula adalah HARAM. Biar apapun alasan, ia tetap HARAM. Tidak ada di dalamnya harus atau makruh. Alasan berserhana juga tidak menghalalkan ia berlaku.

Bab 3 : Salah seorang Puteri UMNO sedang  membaca AlQuran di dalam keadaan aurat yang terdedah. Biar apapun alasan, ia tetap HARAM. Tidak ada di dalamnya harus atau makruh. Alasan berserhana juga tidak menghalalkan ia berlaku.

Di atas adalah tiga contoh paling asas yang dilakukan orang-orang UMNO di dalam memahami erti Islam itu sendiri. Mungkin juga inilah maksud "kesederhanaan" yang dikatakan Pak din. Kesimpulannya, inilah perkara yang bakal mengelirukan jutaan umat Islam di negara ini terutama kepada generasi muda di dalam memahami penekanan tentang cara hidup Islam yang sebenar.  

Apa yang memenangkan PAS di dalam soal ini memang jelas. Jika anda pembaca sekalian ke program PAS, anda akan lihat bagaimana mereka mengatur program mereka beracuankan Islam secara menyeluruh. Dari segi pakaian, hubungan lelaki dan wanita dan perjalanan program yang berunsur Islamik, mereka amat menekankan semua ini. Di dalam program mereka juga tidak ada unsur-unsur hiburan terlampau yang jelas mencerminkan mereka mempraktikkan Islam secara betul dan menyeluruh. Perkara ini bukan arahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan mereka, tetapi ini adalah arahan Allah yang termaktub di dalam AlQuran dan hadis.

Biarpun PAS dilihat sebagai sebuah parti yang gagal dalam membawa agenda Melayu namun secara zahirnya, imej Islam yang dibawa oleh PAS telah menambat hati ramai orang-orang Melayu terutama di kampung-kampung. Kesederhanaan Islam tidak pernah wujud di dalam kamus imej PAS secara luaran dan inilah penyebab mengapa golongan berpendidikan tinggi dalam bidang agama Islam akan berpaling kepada PAS walaupun sedar, mereka belajar dahulu dibawah bantuan UMNO.

Fikrah dan cara hidup Islam konklusinya tidak boleh diambil secara bersederhana. Ini kerana Islam tidak hadir secara bersuku-suku kerana ia agama yang sempurna meliputi segenap kehidupan kita. Di dalam apa jua urusan hidup kita Islam pasti ada kaedah dan peraturannya. Tidak ada satupun yang tertinggal dan tiada kompromi baginya untuk dipilih malah alasan kesederhanaan juga tidak wujud di dalam mengamalkannya.

Bagi Tamingsari, jika beginilah cara UMNO mengamalkan Islam, sampaibila pun mereka akan gagal menawan Kelantan dan juga menguburkan PAS dijiwa orang-orang Melayu. Tamingsari merayu kepada kepimpinan UMNO, jadikanlah Islam wadah perjuangan secara total kerana hanya dengan Islam, Melayu akan terus mampan dan mampu mengalas cabaran mengharungi badai masa depan yang sungguh mencabar. 

Namun, kepada sesiapa sahaja, jika hujah Tamingsari di atas ada yang tersalah, mohon diperbetulkan.

Wallahhu'alam.

Penulis,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif