Rabu, 14 November 2012

14 November - Hari Sedih Peminat Sukan Malaysia


Peminat sukan Malaysia hari ini pasti sedih. Pasukan hoki negara kecundang ditangan Australia 2-3 pada perlawanan Piala Sultan Johor petang tadi di saat kita boleh mencipta kemenangan. Pemain Malaysia hilang fokus di 15 minit akhir ketika Malaysia mendahului Australia 2-1.

Derita peminat sukan makin dirasai apabila Malaysia hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan bola sepak dengan Hong Kong walaupun hakikatnya kita boleh menang. Namun kealphaan benteng dan kesilapan penjaga gol menyebabkan Malaysia hanya mampu berpuashati dengan keputusan seri di Shah Alam sebentar tadi.

Ini meninggalkan kesan mendalam kepada peminat sukan Malaysia kerana berkira-kira bersisakah lagi peluang Malaysia untuk mara ke perlawanan Akhir Piala Sultan Johor dan mampukah Harimau Malaya bangkit dari aksi longlai untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang pernah dimenangi Malaysia 2 tahun lalu.

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

The Red Warrior Akan Hilang Azman dan Mat Yo



DESAS-DESUS mengatakan Azman Ibrahim akan berundur sebagai pengurus pasukan The Red Warriors pada musim depan akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan peletakan jawatannya itu.
Azman yang menjadi pengurus pasukan bola sepak Kelantan sejak 2005 berkata, ia masa yang tepat untuk beliau berundur selepas Kelantan berjaya menggondol kejayaan trebel dengan menyapu bersih ketiga-tiga piala dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini walaupun Kelantan pada suatu ketika dahulu pernah bermain di Liga FAM.
"Saya ambil alih pasukan ini daripada Datuk Ahmad Jazlan Yaacob (ketika itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan) pada 2005 apabila Kelantan jatuh ke Liga FAM yang mana tidak ramai yang berminat untuk menguruskan pasukan ini dan kembali ke Liga Perdana pada tahun berikutnya.
"Saya bersyukur dapat bersama Kelantan dalam saat kegemilangan dan harap The Red Warriors lebih berjaya pada masa hadapan.
"Saya percaya Bojan (Hodak) boleh melakukan tugas sebagai pengurus walaupun pada masa yang sama menjadi jurulatih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkaitan perarakan tiga piala itu di Kota Bharu semalam.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya dipetik sebagai berkata, KAFA membuat keputusan untuk melantik Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan selepas Azman yang juga Setiausaha Agung persatuan tersebut memohon untuk tidak menjadi pengurus pasukan pada musim 2013.
Bagaimanapun, Azman masih kekal sebagai Setiausaha Agung KAFA.
Ketika ditanya sebab-sebab pengunduran beliau daripada pengurusan pasukan, Azman berkata, beliau ingin memberikan peluang kepada orang baharu supaya Kelantan dapat diuruskan dengan lebih baik.
"(Pengunduran) ini telah lama saya fikirkan tetapi seboleh-bolehnya saya pun nak beri peluang kepada orang lain kerana bila terlampau lama akan banyak perkara yang boleh berlaku.
"Usia saya pun sudah meningkat. Dari segi tekanan dan beban kerja, saya rasa saya harus lepaskan secara beransur-ansur," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail berkata, penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dilepaskan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika persatuan itu bersetuju dengan syarat-syarat KAFA.
"Jawatankuasa Pengurusan bersetuju untuk menyerahkan urusan pemindahan Mat Yo (Norshahrul) kepada Tan Sri (Annuar Musa). Beliau akan guna budi bicara dan pandangan dia dalam menentukan kedudukan Mat Yo.
"Selain itu, kita telah menghantar surat tawaran kepada PBNJ dan terserah kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada setuju atau tidak dengan tawaran yang kita tetapkan," katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan syarat-syarat tersebut.
Perpindahan Mat Yo, pemain paling bernilai untuk tiga tahun berturut-turut itu, mencipta polemik apabila timbul khabar angin mengatakan PBNJ sanggup membayar yuran perpindahan sebanyak RM1 juta kepada KAFA bagi membolehkan Mat Yo beraksi bersama pasukan Johor pada musim depan.
Dalam perkembangan lain, Rosmadi berkata, KAFA akan mengadakan Majlis Perarakan Tiga Piala pada 20 November ini bagi menghargai penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada The Red Warriors sehingga berjaya menyapu bersih ketiga-tiga piala pada musim ini.
Rosmadi berkata, perarakan itu akan bermula pada pukul 10.30 malam di pekarangan Hotel Renaissance selepas santapan malam bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, selain turut mempersembahkan ketiga-tiga piala tersebut kepada baginda di hotel itu.


Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Pilihan Raya Presiden AS: Demokrasi Yang Cacat dan Berkurap

Obama sentiasa memberikan masa untuk keluarga menyebabkan ia diterima baik oleh pengundi wanita.

Keputusan penuh pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 telah sah berpihak kepada Barrack Obama setelah diisytiharkan menang dengan 332 undi kolej pemilih berbanding Mitt Romney yang mampu meraih 206. Meskipun keputusan yang diumumkan pada malam pengundian itu (6 November 2012), Obama menang dengan 303 undi kolej pemilih sudah berjaya menguasai semula kepresidenan Rumah Putih untuk tempoh empat tahun lagi, keputusan undian di Florida tertangguh kerana terpaksa dikira semula sehinggalah diumumkan lima hari selepas itu dengan keputusan berpihak kepada lelaki kulit hitam keturunan Afrika-Amerika itu.
Kemenangan Obama disambut penuh kegembiraan oleh peny0kong-penyokong Parti Demokrat manakala penyokong-penyokong Parti Republikan mengatakan kemenangan tersebut bakal menjerumuskan Amerika Syarikat dalam kancah malapetakan ekonomi dan dasar luar yang lebih parah untuk tempoh empat tahun akan datang.
Dasar ekonomi yang digariskan oleh Obama tidak cukup kuat untuk melepaskan AS dari kemelesetan ekonomi yang diwariskannya dari dasar Presiden Goerge Walker Bush. Maknanya, Obama mewarisi situasi ekonomi dan dasar luar yang buruk dari Parti Republikan yang lebih mementingkan golongan atasan dan elit.
Ketika mengambil alih Rumah Putih pada tahun 2000, Bush sebenarnya mewarisi keadaan ekonomi dan politik yang lebih baik dari Bill Clinton yang mewakili Parti Demokrat, dan kerana itulah kehadiran dan sokongan Bill Clinton turut membantu kemenangan Obama untuk penggal kedua.
Berbanding dengan kemenangan George Walker Bush, hanya menang semata-mata daripada kolej pemilihan pada tahun 2000, Obama sebenarnya turut memperoleh undi popular walaupun sebelumnya beberapa tinjauan pendapat meramalkan perbezaan undi adalah terlalu kecil, iaitu antara 2 hingga 5 peratus sahaja. Jangkaan ini sebenarnya boleh dikatakan tepat kerana Obama memperoleh undi popular sebanyak 61.17 juta berbanding Romney, 58.163 juta sebelum diambil kira keputusan undi di Florida. Di Florida, Obama mendapat kelebihan undi sebanyak 74,000 dan ini bermakna Demokrat menguasai 51 peratus undi popular manakala Republikan sekitar 48.5 peratus. Seperti ramalannya, perbezaan undi popular adalah 2.5 peratus. Kedudukan ramalan sebelum hari mengundi ialah 48 peratus Obama dan 47 peratus Romney.
Bagaimanapun, oleh kerana sistem penentuan kemenangan bukan atas dasar undi popular, ia ditentukan oleh kemenangan ke atas kolej pemilih, maka dapatlah dirumuskan bahawa sistem demokrasi AS yang diasaskan sejak 200 tahun lalu itu adalah sesuatu yang mempunyai banyak kecacatannya.
Dalam sistem kolej pemilih, ia mewakili kesemua 50 buah negeri di AS dan Washington DC mempunyai 583 kerusi. Sistem ini dilihat amat tidak adil kerana undi popular tidak diambil kira sebagai faktor kemenangan sebagaimana pernah dihadapi oleh Al-Gore (Parti Demokrat) yang kalah kepada George Walker Bush (Parti Republikan) pada tahun 2000 hanya atas kemenangan kolej pemilih.
Turut mewarnai kepincangan dalam kaedah pilihan raya AS ialah penentuan kecenderungan sesebuah negeri dalam kolej pemilih apabila 41 daripada 50 sudah dikenalpasti lebih awal sama ada berpihak kepada Demokrat ataupun Republikan. Disebabkan oleh kecenderungan awal itulah juga, maka sepanjang tempoh kempen kedua-dua parti atau calon hanya memberikan tumpuan kepada sembilan buah negeri yang dianggap sebagai “swing state” atau “battleground states”.
Akibatnya, negeri-negeri yang mempunyai kecenderungan kuat kepada Demokrat atau Republikan sudah diramalkan terlebih dahulu kedudukannya sehingga menyebabkan negeri-negeri tersebut bukan lagi menjadi medan kempen yang besar. Contohnya, California dikatakan sebagai kubu kuat Demokrat manakala Texas sebagai kubu kuat Republikan.
Kelemahan juga dapat diperhatikan bahawa sistem politik di AS sebenarnya tidak bebas sepenuhnya daripada pengaruh perkauman apabila keputusan jelas menunjukkan bahawa Mitt Romney mendapat sokongan lebih dua pertiga pengundi berkulit putih. Berdasarkan analisis kemenangan Obama, kejayaan mempertahankan kepresidenan untuk penggal kedua adalah bergantung sepenuhnya sokongan lebih besar daripada pengundi keturunan Afrika-Amerika, Asia-Amerika dan hispanik.
Majoriti pengundi beragama Islam cenderung mengundi Obama berbanding Romney yang dilihat berfikiran “melampau” termasuk dokongan yang begitu ketara ke atas Israel. Bahkan, sokongan dan harapan besar Israel untuk kemenangan Mitt Romney menakutkan pengundi Islam dan keturunan Asia-Amerika. Pengundi kulit hitam, hispanik dan bukan kulit putih walaupun hanya merupakan 28 peratus daripada keseluruhan pengundi yang layak, telah membantu kemenangan Obama untuk kali kedua.
Kemenangan Obama pada tahun 2008 juga turut dipengaruhi oleh faktor perkauman, dan kerana itulah sepanjang kempen Obama terpaksa memberikan penjelasan bahawa namanya tidak mempunyai kaitan dengan Islam, walaupun ibu bapanya adalah beragama Islam.
Lebih menarik ialah kaedah pentadbiran dan pengurusan pilihan raya yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan atau negeri. Hasilnya, meskipun setiap negeri melaksanakan kaedah yang berbeza, hasil keputusannya dapat diketahui dengan lebih cepat kecualilah keputusan di Florida yang terpaksa dilakukan secara manual.
Kaedah agihan kuasa yang dilaksanakan itu membolehkan setiap negeri pengalaman yang baik dan berkesan, terutama dalam usaha untuk memperbaiki sistem pengiraan undi kerana tidak terlalu bergantung kepada badan persekutuan. Hasilnya, negeri-negeri dapat melakukan pelbagai pembaharuan sistem pengundian sehinggalah semakin banyak negeri sudah menggunakan proses pengundian secara elektronik.
Disebabkan sistem pentadbiran negeri-negeri AS banyak bergantung kepada “keputusan awam”, pengurusan pengundian ini membantu negeri-negeri dalam menentukan keputusan sesuatu dasar. Setiap mereka berhadapan dengan isu-isu besar yang serius, penduduk sesebuah negeri diberikan peluang untuk membuat keputusan menerusi pungutan suara atau pengundian.
Ketika berlangsungnya pilihan raya presiden, pengundi di Maine mengundi bagi meluluskan undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis manakala di Maryland dan Washington, pengundi membuat keputusan bagi membenarkan penggunaan marijuana (ganja) untuk tujuan perubatan.
Dalam sistem demokrasi AS, para pengundi boleh membuat permohonan untuk mengundi beberapa hari lebih awal daripada tarikh sebenar pilihan raya. Dalam pemilihan kali ini, hampir 40 peratus daripada jumlah pengundi seramai 180 juta dibenarkan melakukan pengundian lebih awal dan jumlah ini meningkat dari tahun 2008, iaitu dari 35 peratus.
Ada juga negeri yang membenarkan pengundi mengundi lebih awal, 35 hari sebelum hari pengundian sebenarnya. Undi mereka tetap dikira sah. Ini dapat dilakukan kerana sistem pemilihan presiden di AS berlangsung dalam tempoh yang lama, yakni dua atau tiga bulan sebelum tarikh pilihan raya. Seseorang calon yang dipilih mewakili parti telah diketahui lebih awal, kerana seseorang calon itu perlu memperoleh sokongan padu daripada parti yang diwakilinya. Sebelum itu, seseorang calon perlu bertanding sesama sendiri untuk menempatkan kedudukannya sebagai calon pilihan.
Lebih menarik lagi ialah kaedah berkempen yang dilaksanakan oleh calon-calon yang bertanding juga memerlukan perbelanjaan yang besar. Bagi memenuhi keperluan kempen, parti-parti yang bertanding dibenarkan mengumpul dana dan mengisytiharkan pungutan tersebut untuk pengetahuan umum. Bagaimanapun, ada entity tertentu yang tidak diwajibkan mengisytiharkan pungutan dana dan dihadkan jumlahnya.
Keseluruhan jumlah kempen pemilihan presiden 2012 ditaksirkan menjangkau USD $6 bilion (RM 19 bilion), iaitu meningkat USD$500 juta (RM 1.6 bilion) dari tahun 2008. Berdasarkan pungutan dana, kem Obama mendapat USD$ 2.188 bilion manakala kem Romney berjumlah USD$2.956 bilion. Pasukan kempen Obama yang mengendalikan SuperPac berjaya memungut USD$445 juta iaitu separuh daripada SuperPac Romney berjumlah USD$970 juta.
Dana kempen Obama disumbangkan oleh penderma individu (USD$631.7 juta), Senat (USD$743 juta), jawatankuasa kempen (USD$553 juta), institusi atau organisasi (USD$180.1  juta) manakala sumber dana Romney diperoleh dari penyumbang individu (USD$384.9  juta), jawatankuasa kempen (USD$360 juta), Dewan Perwakilan (USD$1.1  bilion) dan Dana Awam (USD$142  juta). Kempen pemilihan presiden kali ini dianggap yang termahal dalam sejarah politik AS, dan dianggarkan purat perbelanjaan setiap orang pengundi ialah sekitar USD$50.
Bagi menguruskan kempen pada tahun 2008, Obama dikatakan terpaksa berbelanja lebih USD$1 bilion dan antara penyumbang terbesar ialah:
Lima penyumbang terbesar kempen Obama 2012 ialah Universiti California (USD$927,568), Microsoft (USD$680,769), Google Inc. (USD$661,996), Universiti Harvard (USD$535,405) dan kerajaan AS (USD$528,603). Lima penyumbang terbesar dana kempen Romney ialah Goldman Sachs (USD$965,140), Bank of America (USD$844,734), Morgan Stanley (USD$768,216), JP Morgan Chase & Co (USD$749,918) dan Credit Suisse Group (USD$588,841).
Firma JP Morgan Chase & Co yang pernah menyumbang kepada dana kempen Obama pada tahun 2008, tidak lagi menyumbang pada tahun 2012 kerana melihat dasar yang dilaksanakan sebelum ini tidak memberikan dokongan yang kuat kepada kepentingan Yahudi. Firma tersebut berpindah ke kem Romney kerana melihat dasar Romney ke atas kepentingan Israel adalah lebih meyakinkan.
Dasar ekonomi yang dibentang oleh Romney sebenarnya mampu memberikan kelegaan kepada kumpulan kaya dan golongan kapitalis berbanding Obama yang memberikan perhatian lebih besar kepada kelompok bawahan dengan berusaha mengenakan cukai lebih tinggi ke atas mereka yang berpendapatan tinggi bagi menampung keperluan golongan pertengahan dan rendah mendapat kemudahan insuran kesihatan. Inilah sebenarnya kekuatan yang diperoleh Obama dalam keputusan pilihan raya presiden ke-45 pada 6 November 2012 itu.
Perbezaan juga jelas bahawa pengundi wanita lebih menyukai Obama berbanding Romney kerana penampilannya yang lebih bersifat menyayangi keluarga. Romney tidak dilihat mempunyai ikatan kekeluargaan yang lebih kuat apabila isterinya, Anne Romney tidak mampu meraih emosi ketika menceritakan kehidupan bahagia mereka di hadapan pengundi semasa berkempen. Michelle Obama mampu memberikan daya tarikan emosi sehingga suaminya meraih sokongan 55 peratus wanita sedangkan Romney hanya mampu meraih 44 peratus.
 Dari segi umur juga membuktikan Obama lebih disenangi oleh pengundi muda, iaitu berumur di bawah 45 tahun. Romney hanya berupaya mendapat sokongan daripada pengundi yang berumur lebih 45 tahun. Ini menunjukkan Romney tidak begitu berjaya mempengaruhi kelompok undi golongan muda AS yang sedang berhadapan dengan peluang pekerjaan yang berkurangan dan kadar pengangguran pada tahap 7.9 peratus. Obama tetap berjaya memenangi hati pengundi muda dan merupakan calon presiden pertama yang mampu mempertahankan kedudukan walaupun jumlah penganggur adalah tinggi. Pengundi lebih mempercayai apa yang sedang dilakukan oleh Obama kerana imej parti Republikan yang menghancurkan sistem ekonomi masih besar apabila Romney melakukan kesilapan matematik dalam satu kempennya sehari sebelum data rasmi jumlah pekerjaan bagi tempoh September dan Oktober 2012 dikeluarkan secara rasmi. Kesilapan itu telah membunuh keyakinan sebahagian besar pengundi terhadap Romney.
Berbanding dengan kemenangan Obama pada tahun 2008, pengundi berumur 45 hingga 64 tahun boleh dikatakan seimbang dan Obama berupaya menarik sokongan pengundi berumur 18 hingga 29 tahun sebanyak 60 peratus. Pengundi muda tetap kecali bersama Obama kerana mereka yakin, Obama mampu melakukan yang terbaik untuk AS.
Keputusan itu mungkin dapat dipelajari oleh pengundi Malaysia kerana selewat-lewatnya akhir April 2013, pilihan raya umum akan diadakan. Para pengundi akan lebih berani menyatakan keputusan sebenar mereka dalam PRU 13 kerana dalam PRU 12 mereka hanya lebih terpengaruh dengan pendekatan popular, enak didengar dan sukar dilaksanakan sehingga menyebabkan parti-parti pembangkang kian hilang auranya.
Pergelutan dalaman dalam pakatan pembangkang akibat “manifesto” yang gagal dilaksanakan, pendekatan kempen bersifat retorik dan tidak memperlihatkan nilai kebebasan sebenar bakal menjerat mereka ke kancah kekalahan yang teruk. Itulah yang dapat dipelajari daripada gaya berkempen Mitt Romney yang ada banyak persamaan dengan apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang, semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah dan tidak betul, sedangkan rakyat merasai sentuhan itu sebagai suatu usaha membantu meredakan banyak kesukaran.
Pakatan pembangkang hanya sekadar menabur janji, menambahkan politik dalam keraguan dan sanggup menutupi kelemahannya dan kesilapan dengan menyalahkan parti-parti politik yang sudah lebih 55 tahun berkhidmat untuk rakyat dan membangunkan negara.
Seperti juga rakyat AS tidak boleh menerima Romney sebagai presiden ke-45 mereka, begitu juga dengan sebahagian besar pengundi Malaysia tidak boleh menerima pakatan pembangkang kerana pemimpin-pemimpin mereka semakin bercelaru, tidak mempunyai ideologi yang sama dan diterima bersama, saling bercakaran atas masalah prinsip walaupun berjaya disembunyikan, ia bakal menjelma sebagai “bom masa” dan akhirnya meletup.
Ketika itulah rakyat menjadi taruhan, sedangkan mereka masing-masing berusaha melepaskan diri tanpa menunjukkan tanggungjawab sebenar, kerana tetap berkata: Kami berjuang atas kebenaran, walhal kebenaran itu terus berada dalam kekaburan tindakan dan matlamat.
Yang mereka utamakan ialah kuasa, kerana itulah mereka sanggup memperjudikan segalanya termasuk agama, bangsa dan negara. Jika tidak, kenapa menagih bantuan asing dan mempersendakan kepimpinan negara bila berada di luar negara? Kenapa tidak sanggup memohon maaf bila tersilap kata: Orang Melayu tidak wajar disekat kebebasan memilih agama?
Bagaimana pakatan pembangkang telah menghina orang Melayu secara halus di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah (doktrin asabiyah dan apartheid ke atas istilah bumiputera dan orang Melayu), memindahkan aset-aset yang dibina khusus untuk kelompok peniaga bumiputera kepada swasta seperti sedang dilakukan oleh PKR di Selangor? Bukankah ini merupakan satu kaedah politik yang cacat dan mencipta kecelaruan rakyat untuk terus menentang statusquo sedangkan ia tidak pernah berlaku dalam perjuangan politik bukan Melayu.
Bahkan, politik AS tidak mampu membendung fahaman perkauman kerana demokrasi hanyalah tunggangan yang digunakan untuk memperoleh kuasa. Maka, demokrasi jugalah yang akan membunuh kebebasan seseorang untuk membuat pilihan berdasarkan kehendak hati dan keyakinannya, kerana mereka sebenarnya dilabelkan sebelum tiba masa memilih. Mereka sebenarnya sudah bias, seperti biasnya sistem penentuan kemenangan berdasarkan kolej pemilih yang diamalkan di AS.
Kalau inilah yang mahu diaplikasikan di Malaysia, maknanya, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, termasuk penyingkiran persepsi buruk terhadap institusi pemerintahan, undang-undang dan dwistandard setiap kali membuat penilaian atau keputusan.
Jangan hanya menganggap, jika keputusannya berpihak kepada A maka ia adalah tidak adil. Ia akan adil bila keputusan itu berpihak kepada B walaupun menggunakan undang-undang dan proses yang sama sedangkan keadilan itu ialah mengembalikan hak kepada golongan yang sepatutnya mendapat hak itu setelah hak itu dicabar atau dinodai oleh pihak lain.
Rakyat AS kembali menerima keputusan sebaik sahaja diumumkan. Mereka tidak mempersoalkan keputusan itu kerana ia adalah sistem yang mereka percaya. Manakala pemimpin pembangkang di Malaysia terus mempersoalkan kekalahan yang dialaminya tetapi dalam masa yang sama menerima kemenangan yang berpihak kepadanya. Itulah ironinya politik Malaysia sehingga keputusan pilihan raya 2008 masih dipersoalkan, meskipun BN menang secara majoriti dan pakatan pembangkang terus menerus berusaha mengheret rakyat untuk merasakan bahawa setiap hari adalah hari pilihan raya. Itulah sikap buruk yang perlu ditolak, kerana ia menyebabkan berlakunya politicking dan perpecahan dalam masyarakat walhal matlamat berpolitik itu ialah kesepaduan dan kemuafakatan.
Kalah dalam pertandingan tidak bermakna mengetepikan atau bermusuhan, keringat dan kesepakatan perlu ada kerana proses pembangunan itu bukanlah untuk dinikmati oleh satu kelompok tertentu sahaja. Ia adalah pemerataan nikmat dan yang kalah tidak wajar mensabotajkan atas alasan apa pun selagi tidak memudaratkan kehidupan bersosial, agama dan pelanggaran kebebasan peribadi. Itulah yang sedang dirintis oleh Obama, mengajak Romney kembali bersatu untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dan memulihkan imej AS di peringkat antarabangsa.
AS tetap mahukan kedudukannya sebagai hegemoni ekonomi dan politik, maka siapapun calon presiden yang menang akan tetap mendokongi Israel kerana penyumbang dana kempen hampir keseluruhannya adalah kapitalis Yahudi. Demokrasi AS tetap mempunyai kecacatan dan semakin banyak kurap yang timbul kerana politiknya tidak bebas sepenuhnya daripada perkauman.
Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Rabu, 7 November 2012

Ada 15 hari Saja Lagi Untuk Menang RM5000



MRT Corp sedang menjalankan peraduaan menaik video menyatakan bahawa :


"Saya Perlu MRT Sebab......"

Anda boleh melayari lama web peraduan tersebut. KLIK SINI untuk menyertainya.


Tamingsari tak join pun sebab Tamingsari tidak menetap di Kuala Lumpur. Jadi ini peluang sahabat pembaca yang duduk di sana.

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Mumia 700 Tahun Masih Elok Dijumpai!



Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik. Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam?

Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M.

Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’. Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau.

Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China.

Wallahhu'alam.

Sumber

Penulis,
Tamingsari

Selasa, 6 November 2012

Lawak Giler Kisah Ini. Mesti Baca

Sekadar Hiasan

Di dalam sebuah pesawat yang sedang mengalami kerosakan enjin dan tetus menjunam ke darat. Di dalam pesawat tersebut cuma ada lima orang aje di dalamnya tetapi beg payung terjun kecemasan hanya ada empat saja.

Penumpang yang pertama berkata " Aku Hafiz Hashim, Malaysia amat memerlukan aku, kalau tidak macammana nanti Malaysia nak menang All England lagi"? Lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pula berkata " Aku Hillary Clinton, bekas senator wanita pertama Amerika Syarikat, Aku paling bercita-cita tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi Presiden" Lalu dia pun mengambil beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga pulak menyampuk " Ah...aku president Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab berat untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula akulah President terpandai dalam sejarah Amerika. Orang Amerika mana yang hendak melihat aku mati?" Dia pun menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat pula, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. Katanya: " Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan nasib saya. Anak ambilah beg payung terjun yang tinggal itu dan terjunlah!"

Lalu budak itu pun menjawab" Pak Cik jangan bimbang, ada satu lagi beg peyung terjun untuk pakcik. President terpandai dalam sejarah Amerika itu tadi telah terambil beg sekolah saya!!!!?????"

Osama gelak terbahak-bahak........

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Ibarat Lantai Sudah Berair, Nurul Izzah Pula Nafi Klimaks

Wow! Nurul Izzah Anak Anwar
Malas sebenarnya hendak bercakap pasal anak sulung keluaran Anwar Ibrahim ini kerana dia sebenarnya menyambung legasi ayahnya yang bakal memporak perandakan masa depan Melayu dan Islam.

Beberapa kali Nurul Izzah dikecam oleh pro Kerajaan dan NGO atas beberapa kontroversi kenyataan beliau malah yang terbaru, kata-katanya berbaur IFC sekali lagi mengemparkan negara. Dia dilaporkan berkata sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.

Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.

“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum' Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.
Lantang menyatakan pandangan hanya dengan modal idealis bapa yang pro murtad

Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam. 

Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.
Hari ini semuanya sudah bertukar. Dia menafikan pula kenyataan yang dikeluarkan semasa forum tersebut malah menuduh media menyalahtafsirkan kenyataan ini.

Hari ini (6.11.2012) dia menafikan pula

Perangai tidak bertanggungjawab ini jelas adalah warisan dari ayahnya yang suka memutarbelit kenyataan jika sudah mati akal untuk menjawab.
....................................................................................
Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). 

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.

“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini. 

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.
“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.
Pandangan Nurul Izzah jika kita fahami ialah beliau:
- Sokong kebebasan agama iaitu menjurus kepada gejala murtadkan umat Islam
- Sokong golongan LGBT yakni Gay/lesbian sejenis boleh lakukan perbuatan itu selagi ia ditempat privasi .

Rakyat Malaysia bukalah mata untuk menolak Parti Keadilan Rakyat dan sekutu mereka kerana mereka pro kepada kebebasan beragama dan ini hanya memberi kesan kepada kehancuran kesucian agama kita semata. Pernahkah anda mendengar mengenai Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ? Apa yang Nurul nyatakan pro kepada tuntutan suruhanjaya itu.

Adaptasi dari blog Apa Yang Tersirat

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

STRAITS TIMES SINGAPORE: ANWAR SHOULD FULFILL PROMISE OF SHADOW CABINET

PUBLISHED IN STRAITS TIMES SINGAPORE
2012-10-29 01:50:17


A shadow Cabinet is defined as a senior group of politicians in the Westminster system of government who, together with the leader of the opposition, forms an alternative to the government's Cabinet ministers. Its members would shadow or mark each individual Cabinet member, passing criticisms on the current government and its respective policies and offering alternative programmes. If the opposition forms the next government, the shadow ministers would have had experience in drafting policies and defending them. Such a system, found mainly in Britain and Australia, does not exist in Malaysia.

But opposition leader Anwar Ibrahim ignited interest in a shadow Cabinet soon after the 2008 elections that almost toppled the ruling Barisan Nasional (BN), when he promised to form such a Cabinet "so that the rakyat could have transparency". He argued that the people would be able to see who from the individual parties in the opposition coalition Pakatan Rakyat (PR) would be in the Cabinet line-up, in the event that the opposition were to win Putrajaya, the seat of the federal government. Datuk Seri Anwar repeated the promise in 2010, last year and in January this year before the PR convention, saying that a shadow Cabinet would be a sign of the maturity of his opposition pact. But he has failed to announce his shadow Cabinet line-up, led by him as the prime minister-designate in a PR government.

Mr Anwar could only explain recently that a shadow Cabinet was suitable for countries like Britain and Australia, but not for Malaysia. His colleagues said that such a Cabinet would be announced only when PR took power. Mr Anwar and his opposition partners will have to wriggle their way out of a challenge by Prime Minister Najib Razak, who said PR should name its shadow Cabinet before it talks about forming the next federal government. Why the about-turn, after the promise of a shadow Cabinet in April 2009 generated so much interest among the public? The opposition either has no shadow Cabinet on its agenda, or has only a rough idea of what the Cabinet should be. But PR would not want to reveal it at this stage, because that would make it vulnerable to BN attacks. For the opposition, forming a shadow Cabinet and announcing it in public are not without problems and risks. First, it is not easy to reach a consensus on a power-sharing formula among three disparate parties, namely the Malay-based Parti Keadilan Rakyat (PKR), the secular Democratic Action Party (DAP) and the Islamist Parti Islam SeMalaysia (PAS). A supposed leak of its Cabinet list by the Umno-owned Utusan Malaysia recently revealed the distribution of Cabinet posts, with 13 seats for PKR, 10 for the DAP and eight for PAS.

The list was denounced by both the DAP and PAS as a fabrication because the opposition coalition has yet to firm up such a list. Second, there is a racial dimension to the Cabinet seat distribution. For instance, if the Cabinet is seen to be too multiracial or if non-Malays are given important portfolios like finance, trade and industry, or even defence, there will be a hue and cry, with BN warning the Malay electorate that they would lose political power if the opposition took over Putrajaya. This can undermine the vote for the opposition, because Mr Anwar would be branded a traitor who sold out his race. Meanwhile, PAS would lose support as it would be accused of being a puppet that gives in to the influence of the "infidels". The opposition may also lose Chinese support if the DAP is seen as playing second fiddle in this Cabinet. Third is the position of Mr Anwar himself as prime minister-designate.

There appears to be no other candidate for the job. But the current campaign by the DAP, to push for a probe on the alleged scandal involving the loss of RM30 billion (S$12.1 billion) of Bank Negara's reserves through foreign exchange speculation in 1994, may drag down Mr Anwar. Even though the probe's target is Tun Mahathir Mohamad, the then Prime Minister, Mr Anwar was the then Finance Minister. What will happen if Mr Anwar is implicated in the probe? Hence, a potential problem in the Cabinet line-up. It appears that PR has more to lose than gain if it discloses its shadow Cabinet line-up, hence the about-turn on the issue.

Datuk Seri Najib's pressure on the opposition is part of the ruling party's political manoeuvring. But Mr Anwar's promise of a shadow Cabinet has aroused interest among the electorate, who want to size up the opposition in the coming general election, due by April next year. "All talk of capturing Putrajaya is hollow if PR can't even show to Malaysians that it can share ministerial portfolios on merit," said news portal The Malaysian Insider. "This would be helpful to evaluate the kind of options Malaysians have before they vote in either coalition." There are other reasons for having a shadow Cabinet.

The burden of criticising the government in Parliament need not be shouldered by one opposition representative. In the old days, it would have been the then opposition leader Lim Kit Siang, who spoke out on all and sundry. Now the shadow ministers could speak out on their respective portfolios. With PR's intention to spread its influence far and wide in the country, a shadow Cabinet is timely and signals to Malaysians that the opposition has enough people and expertise to be in federal government. It will also notify investors that they do not need to worry should there be regime change.

The talk of a shadow Cabinet appears to be taking Malaysia to a new stage of its political development, where two groups of political actors face off in a contest. The ruling group, represented by BN, and the opposition, as embodied by PR, are slowly showing Malaysians that there will eventually be two groups of actors to run the country. It will be up to them to choose.

SALIM OSMAN SENIOR
WRITER THE TALK OF A SHADOW CABINET IN MALAYSIA IS IN VOGUE THESE DAYS, STARTED BY THE OPPOSITION.

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Isnin, 5 November 2012

Islam Hanya Tinggal Nama Dalam Diri Remaja Melayu?



Peranan remaja merupakan tonggak utama kemajuan dan kekuatan sesebuah negara. Kita dapati dalam sesebuah masyarakat yang maju dan suasana persekitaran yang baik adalah lantaran wujudnya remaja yang berpotensi, optimistik dan baik akhlaknya. Apabila masyarakat itu baik, maka secara tidak langsung negara turut maju dan aman. Namun yang menjadi masalah kita hari ini ialah masih wujud para remaja yang tidak tahu apakah sebenarnya peranan diri mereka sama ada untuk diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat ataupun negara.

Sejarah telah membuktikan bahawa golongan pemuda merupakan golongan yang paling berperanan di dalam perkembangan dakwah Islam. Rasulullah (s.a.w) sendiri sewaktu menerima wahyu yang pertama berusia 40 tahun. Sementara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar masing-masing berumur 37 dan 27 tahun sewaktu menerima Islam. Islam sangat mengambil berat tentang remaja. Di dalam al-Quran banyak terdapat ayat-ayat yang mengisahkan tentang peranan dan perjuangan remaja. Antaranya ialah menceritakan tentang kisah beberapa orang remaja yang lari ke gua kerana hendak menyelamatkan aqidah mereka dari kekejaman seorang raja.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “(Ingat peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”. (Al-Kahfi: 10)
Allah juga menyebutkan tentang wasiat Luqman kepada anaknya supaya tidak menyekutukan Allah, menyedarkan bahawa Allah S.W.T. Maha Mengetahui segala-galanya, mendirikan sembahyang, tidak merasa angkuh dan sentiasa bersederhana dalam tingkah laku.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Wahai anak kesayanganku, dirikan sembahyang, suruhlah berbuat kebaikan dan larang daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Luqman:17)
Dalam sebuah hadith Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan Arasy daripada Allah di akhirat kelak, yang mana pada hari itu tidak ada sebarang lindungan selain daripada lindungan tersebut. Antara golongan yang mendapat lindungan tersebut ialah pemuda yang sepanjang umurnya sentiasa tertumpu kepada masjid”. (Riwayat As-Syeikhan)
Hadith tersebut menekankan tentang sikap remaja yang sentiasa merujukkan segala permasalahan hidup yang dihadapinya. Permasalahan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga dengan masyarakat dan negara. Remaja yang menjadikan masjid sebagai sumber rujukan sudah pasti akan memperlihatkan watak yang lebih jelas dalam setiap tindak-tanduknya. Ia akan menjadikan dirinya model serta sebagai perantara masjid dengan masyarakat. Apabila ini terjadi maka remaja akan menjadi rujukan pula kepada masyarakat. Demikianlah fungsi remaja yang sebenarnya seperti yang dikehendaki oleh Islam.
Di dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah (s.a.w) berabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda (remaja) yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak”. (Riwayat Ahmad dan Abu Ya’la)
Pada zaman Rasulullah (s.a.w) didapati remaja Islam begitu gigih dan beriman. Golongan merekalah yang mencatatkan sejarah yang agung ke arah mengembangkan dakwah Islam. Remaja-remaja Islam pada zaman itu merupakan pembawa panji-panji Islam yang sentiasa tersebar dan berkibar dalam satu kawasan geografi yang luas. Keluasannya meliputi empayar Rom dan Parsi. Kekuatan yang ada pada remaja Islam pada masa itu ditunjangi oleh mereka seperti Abdullah bin Mas’ud, Abd.Rahman bin Auf, Said bin Zaid dan ramai lagi. Memang tidak dinafikan ketabahan dan ketulenan jiwa mereka sentiasa direstui oleh Allah S.W.T. sama ada di bawah pimpinan Rasulullah (s.a.w) mahupun sahabat-sahabat baginda yang menjadi khalifah kemudiannya.

Sejarah Islam telah membuktikan bagaimana peranan dua remaja yang mengharumkan nama Islam iaitu Saidina Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid yang memainkan peranan dalam perkembangan Islam. Saidina Ali sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah semasa Rasulullah dikepung oleh pemuda-pemuda Qurish sedangkan ia tahu nyawanya terancam. Manakala Usamah bin Zaid dalam usia remaja beliau telah menerima amanah yang besar daripada Abu Bakar As-Sidiq untuk memimpin satu bala tentera ke medan jihad sebagai pengganti ayahnya. Demikianlah pengiktirafan Islam terhadap peranan golongan remaja yang menunjukkan contoh perjuangan Islam yang dapat menyayangi golongan yang lebih tua kepada mereka. Peranan remaja menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara.

 Remaja yang baik akan mewujudkan negara yang maju dan seimbang dalam semua bidang rohani dan jasmani. Sebaliknya remaja yang tidak baik atau yang tidak mempunyai kesedaran adalah merugikan, malah melemahkan masyarakat dan negara. Pembentukan sesebuah negara yang baik dan maju haruslah bermula dari pembentukan individu yang baik terlebih dahulu, kemudian disusuli pula dengan pembentukan keluarga yang baik, kemudian dari keluarga yang baik ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang baik. Seterusnya melalui masyarakat yang baik akan tertegaklah sebuah negara yang baik dan maju. Ini bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh akal, negara yang sejahtera dan mendapat keampunan daripada Allah.

P/S : Rasulullah (s.a.w.) juga menegaskan tentang kelebihan masjid kepada umat Islam terutama sekali kepada golongan pemuda, iaitu antara manusia yang mendapat perlindungan Allah pada hari Qiamat ialah pemuda yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid.


Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Ahad, 4 November 2012

Satu Masa Dahulu, PAS dan UMNO Pernah Bersatu... Tetapi..



Mesti ramai diantara kita samaada pro kerajaan atau pro pembangkang yang masih tidak tahu mengenai kisah "PAS Ditendang Dari Barisan Nasional". Yang mana bibit perpecahan itu berpunca dari sikap anti kerjasama, assabiyah kepada parti dan tamak yang bersemat dijiwa kepimpinan PAS ketika itu.

Wajib anda semua baca. Ikutilah luahan di dalam bentuk ucapan yang diungkapkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn di dalam satu perhimpunan pada tahun 1977. Klik Sini untuk kisah selanjutnya

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

AES Dan Kelebihannya



Kita perlu diingatkan sekali lagi tentang tujuan dan kelebihan-kelebihan sistem ini. AES membawa banyak kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan keselamatan setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan bahawa AES bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh pegawai-pegawai polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun sepanjang lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan berdekatan lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi undang-undang.

Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan diproses di pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk pengeluaran denda atau saman. Apa yang membingungkan lagi adalah sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak AES sedangkan ianya adalah sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan terhadap pihak polis dalam pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan atau menghapuskan rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa yang kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita melanggar undang-undang jalanraya?

Satu lagi aspek yang bagus tentang AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh pegawai-pegawai polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih membawa nilai tambahan sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita memandu, kita juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka bersembunyi untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas lain. AES mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem yang berfungsi 24 jam, di bawah setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak mendiskriminasi, kerana tidak wujud sebarang interaksi peribadi di antara sistem ini dan pesalah-pesalah, dan ia juga tidak mendiskriminasi antara kenderaan-kenderaan persendirian, komersil mahukan awam.

AES juga mensasar untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim perayaan apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap dijalankan. Di negara-negara maju di mana pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan berpengetahuan, kadar POBC mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di belakang, namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan lihat saja apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di kesemua 817 kawasan-kawasan "blackspot" di seluruh negara. Sesetengah orang mula memanggil AES sebagai "rompakan lebuhraya" dan ada juga yang mahu nama sistem ini ditukar kepada "Saman 1-Malaysia."

Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik. Setiap perniagaan perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan walau satu sen pun untuk AES dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya. Sekiranya ini benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.

Tiada siapa yang membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang menjalankan model perniagaan yang serupa? Tidak perlu ada sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh dunia. Kini ada kira-kira 20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.

Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong

Oleh Muhammad Shaahidullah Shayaa
Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

AES: Mengupas kebenaran


Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas. Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua. Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua? Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan. Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES. Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.

Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih daripada separuh sejak minggu lepas? Pengguna-pengguna jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita.

Kenapa ini dianggap sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?

Oleh Muhammad Shaahidullah Shayaa

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Sabtu, 3 November 2012

Edisi Lawak: Kos Melepas Sekotak Rokok



Harga rokok naik RM 0.20
Dunhill Sekotak - RM 10.20
Sehari - RM 10.20 (boleh makan kfc satu set)
Seminggu - RM 71.40 (boleh isi minyak kereta penuh tangki)
Sebulan - RM 306.00 (boleh bayar duit kereta viva 9 tahun)
Setahun - RM 3,723.00 (boleh bayar duit insuran nyawa)
5 tahun - RM 18615.00 (boleh pergi mekah)
10 tahun - RM 37230.00 (boleh buat duit muka rumah)
20 tahun - RM 74460.00 (boleh nikah 4 )
21 tahun - out of servis..(.mampus peparu terbako..)

Petikan dari post ghodong TU Nazar Bakar... =)

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Ahad, 28 Oktober 2012

Filem "My Name Is Khan" Pro Liberalisme Agama


Siapakah yang sedar?

Filem hindi bertajuk My Name Is Khan arahan Karan Johar adalah filem yang sangat menguntungkan produksinya apabila berjaya membuat kutipan box office sebanyak USD27.8M berbanding kos pembikinnya hanya USD7.18M. Ia kerap ditayangkan di televisyen Malaysia sekarang ini.

Sedar atau tidak sebenarnya filem ini mengajak umat Islam menuju ke arah Islam liberal. Ini jelas kerana beberapa babak di dalam filem itu menunjukkan krew produksi filem itu sendiri sebenarnya amat dangkal dengan ajaran Islam malah mungkin mereka merasakan agama Islam itu sama saja tarafnya dengan agama lain.

Walaupun plot cerita itu mengambarkan Islam bukan agama penganas, namun fikrah Islamiyah yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan tidak menepati kehendak Islam itu sendiri sekaligus adegan lakonannya mengelirukan orang Islam yang jahil.

Antara contoh babak lakonan yang paling ketara bertentangan dengan ajaran Islam iaitu perkahwinan campur yang membolehkan pasangan wanita (lakonan Kajol) kekal beragama Hindu walaupun sudah berkahwin dengan pasangan Islam (Shah Rukh Khan). Walhal, Islam melarang perkara itu dan perkahwinan seperti itu adalah tidak sah. Jika golongan muda dan jahil tidak disedarkan segera, budaya seperti ini akan menjadi ikutan. Di Malaysia, apa yang dilakonkan itu amat bertepatan dengan tuntutan IFC yang di dokong Ambiga, Majlis Peguam dan Anwar Ibrahim.

Siapakah lagi yang sedar? Bagaimana filem ini boleh mudah masuk ke negara ini dan diluluskan penayangannya. Adakah pihak kerajaan sudah terlalu jahil menilai semua ini?

Persoalannya, adakah agenda tersirat di dalam pembikinan filem ini yang berstongkol dengan mana-mana musuh Islam untuk merosakkan akidah umat Islam itu sendiri? 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Mat Yo Buat Hal!


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menolak hasrat Nor Shahrul (Mat Yo) untuk berhijrah ke pasukan lain. Khabar angin mengatakan bahawa Mat Yo dipancing oleh pasukan Selangor.

KAFA menyatakan bahawa Mat Yo masih ada kontrak 1 tahun bersama Kelantan.

P/S: Tunggu habis kontrak le Mat Yo. The Red Warrior masih perlukan khidmat tuan. Minta naik gaji lah. Baru syok!

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Tanda Putera, Bilakah Akan Diputerakan?


Jom Like Page FB Tanda Putera di:


Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. 

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan ke
selamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.

Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.


P/S : Bilakah agaknya filem ini akan ditayangkan? Asyik ditangguh sahaja. Tamingsari pasti seluruh rakyat Malaysia yang cintakan sejarah tidak sabar untuk menonton filem ini yang digarap dari kisah benar kehidupan negarawan ulung. 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Apa Yang Orang PAS Tak Tahu Pasal Tun M


TAHUKAH ANDA?? 

1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia. 

2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir. 

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia. 

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine. 

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis. 

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat. 

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia. 

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2. 

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. 

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia. 

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.. 

Siapa dia? Ya... dia lah... 

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia . 

Say ♥ dan TERIMA KASIH TUN DR MAHATHIR !


Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari

Sabtu, 27 Oktober 2012

Stadium Hijau Baru PAS Kelantan Untuk The Red Warrior Sudah Siap?


Khabar angin mengatakan stadium baru untuk rakyat Kelantan yang dibina di Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh Kelantan tinggal kerja-kerja mengecat warna hijau sahaja lagi.

Cit....!!! Hakk!!! Tui!

Ludahan itu patut dituju tepat ke muka Husam Musa dan Nik Ajis kerana terang-terangan menipu rakyat. Kata mereka, stadium itu akan mula dibina pada Mac 2012. Hakikatnya kawasan tapak stadium masih belum ada apa-apa tindakan oleh mana-mana kontraktor kroni yang dilantik. Malah ia hanya tempat lembu-lembu orang kampung mencari rezeki meragut rumput-rumput disitu bagaikan lembu itu tahu Jentera Tolak Tanah Nik Ajis lepas kiamat nanti baru datang.

Beginilah keadaan tapak pecah tanah stadium mimpi PAS Kelantan

Mengikut Laporan sebelum ini :

Cadangan pembangunan ini telah dimaklumkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Mei 2011.

Perincian projek kemudiannya dinyatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Husam Musa, semasa Sidang DUN Kelantan (Bajet 2012) pada bulan Oktober tahun yang sama.

Projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini akan turut menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk. Kompleks yang berharga sekitar RM159 juta ini akan dibina di atas tanah seluas 123 ekar milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Rekabentuk stadium dikatakan akan menggabungkan ciri stadium dan masjid, yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di setiap aras bangunan.

Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) telah menerima cadangan pembangunan yang berasaskan BOT (Bina, Urus dan Pindah) daripada empat (4) buah syarikat.

Syarikat yang akan menjalankan projek berkenaan yang dijangka bermula pada Mac 2012, akan turut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos. 



Ini janji seorang munafik yang suka memperbodohkan rakyat Kelantan. 

Wallahhu'alam.

Penulis,
Tamingsari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif