Ahad, 8 Januari 2012

Buat Masa Ini, BN-lah Pilihan Tepat Buat Rakyat


BN telah membuktikan yang mereka tiada galang gantinya.

Dengan kehadiran seorang nakhoda baru jelmaan ayahnya, DS Najib telah membawa satu era baru yang lebih meyakinkan kepada negara ini. Najib juga bukan sahaja menjelma seperti ayahnya, dia juga berani seberani Tun Mahadhir bekas Perdana Menteri, di setiap keputusan yang dilakukannya.

Sikap "Rakyat Didahulukan" menjadi tonggak utamanya. Soal duit dan peruntukkan difikirkan kemudian asalkan kemahuan rakyat perlu diutamakan. Ini sikap Najib yang mencontohi bapanya. Jesteru, dengan adanya nakhoda seperti ini, dia, UMNO dan BN seharusnya menjadi pilihan utama rakyat dikesemua parlimen dan negeri pada PRU ke-13 nanti.

Rakyat nampak jelas apa yang mahu dilakukan Najib dan BN kepada Malaysia. Mereka bukan mahu menjual negara ini kepada Yahudi Israel seperti yang mahu dilakukan Anwar. Mahadhir semasa pemerintahannya menolak untuk meminjam wang dari Bank Dunia semasa krisis kewangan tahun 1997 walaupun Anwar ketika itu beriya-iya mahu negara ini meminjam dari institusi Yahudi itu. Jadi, seteliti Mahadhir, begitu juga Najib yang tidak akan sewenang-wenangnya tunduk kepada desakan yang semata-mata mahu menjatuhkan imej negara. Apa yang dicita-citakan Najib, dia mahu melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Hakikatnya, Pakatan Haram iaitu PAS, DAP dan PKR telah menjelmakan wajah sebenar mereka di negeri-negeri pemerintahan mereka. Ini harus disyukuri kerana jika mereka masih menyimpan tembelang mereka sebelum PRU-13 dan menjelmakannya selepas itu, masakan kita mampu mengubah undi kita. Kegagalan mereka membawa agenda rakyat ke persada penyelesaian amat diakui. Rakyat Selangor berdepan dengan krisis pembangunan apabila kerajaan PKR negeri itu lebih mementingkan perniagaan dari kebajikan rakyat. PAS Kelantan pula lebih mendahulukan tembolok sendiri dari kepentingan rakyat Kelantan. DAP pula mengamalkan pemerintahan maha Rasis di P.Pinang manakala PAS Kedah gagal meneruskan legasi pembangunan di negeri jelapang padi itu.   

Tamingsari amat berharap agar rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu harus menilai perkara ini dari sudut menang-menang. Jangan kita jadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai. Di kala itu, bubur tidak mungkin boleh diubah menjadi nasi minyak.

Buat masa ini, yakinlah kepada BN kerana dengan BN, Islam dan Melayu bakal terbela di dalam perlembagaan manakala kepentingan kaum lain tidak akan dilupakan. Keharmonian negara akan terpelihara dan rakyat akan menikmati hasil ekonomi yang berjaya.

Ini bukan omongan dan renunglah diluar jendela, ia terbukti benar.

Wallahhu'alam.

Penulis,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif